kesing/pianggang dewasa dan - uptiadaspk.yolasite.comuptiadaspk.yolasite.com/resources/perosak...
TRANSCRIPT
Kesing/Pianggang dewasa dan
nimfanya menyerang padi dengan
menghisap biji padi pada
peringkat susu. Hasil akan
terjejas teruk kerana biji padi
akan rosak dan menjadi hampa.
Nimfa dan kutu beruang dewasa
merosakkan tanaman padi
dengan menghisap cairan sap
pada daun. Pada pokok dewasa
ia lebih suka menghisap
dibahagian pangkal daun/pokok.
Pokok akan menjadi kuning dan
boleh mati.
Serangga yang sering menyerang pada
peringkat awal tanaman dengan
menyebabkan daun menjadi kuning
kerana larva dan kutu trip dewasa
akan menghisap manisan daripasa tisu
dedaun. Ini akan menyebabkan daun
bergulung ke dalam dan mengering,
menjejaskan pertumbuhan tanaman.
Serangan dan kerosakan akan menjadi
lebih teruk semasa keadaan
kering.Perosak ini boleh dikawal
dengan meningkatkan paras air
sehingga 3 – 5 cm.
Serangga perosak ini selalunya bertelur di
celah pelepah daun di atas paras
air.Nimfanya juga selalunya berada di situ
serta menghisap bahagian tisu
mengakibatkan kerosakan daun. Perosak
ini menyerang secara berkumpulan (20
ekor dewasa @50 ekor nim). Sekiranya ini
berlaku dan kawalan tidak diuat, tanaman
padi akan menjadi kuning dan kering dan
keadaan di dipangil “ bom” @ hopperburn
dan akan menjejaskan hasil dengan serius.
Perosak dewasa bertelur di atas
permukaan tengah daun. Apabila
menetas larva akan memakan
bahagian tisu lembut sambil
menggulung/lipat daun dan
membolehkan ia makan tanpa
gangguan.Seekor larva boleh
berpindah sehingga empat helai daun
sebelum menjadi pupa serta boleh
menyebabkan kerosakan daun dn
menjejaskan pertumbuhan dan hasil
padi. Ia suka pada keadaan lembap dan
serangan boleh bermula dari
peringkat 2-6 helai daun.
Serangga perosak ini bertelur di atas @ celah daun.
Bila menetas larva akan memakan tisu lembut daun dan
terus masuk ke dalam batang menyebabkan saliran “air
dan makanan” (xylem dan phloem) terhalang. Sekiranya
serangan berlaku awal, pertumbuhan serta bilangan
anak padi (tillers) akan terjejas, menyebabkan mati
pucuk @ mati rosot. Pada peringkat berbuah, “bulu
ayam” akan terbentuk. Sekiranya serangan berlaku
selepas padi bunting, padi yang terhasil menjadi putih
dan hampa. Hasil akan terjejas.
Ulat ini menyerang bahagian daun dengan
memotong serta membuat sarung daripada daun
yang dipotong dan bersembunyi didalamnya. Larva
makan bahagian hijau daun meninggalkan lapisan
berwarna putih. Kawasan serangan akan kelihatan
kutikal berjalur atau bertompok putih.
Larva ini makan daun daripada bahagian
tepi sehingga daun habis. Banyak larva
dapat dikesan pada bahagian yang
diserang.
*** Serangan boleh berlaku pada semua peringkat umur
padi dan berbahaya ketika semaian dan pokok muda.
Menyerang pada semua peringkat tanaman. Bintik perang halus lonjong berlaku pada daun, upih,
tampok dan kulit padi. Simptom tama serangan dapat dilihat dengan jelas pada daun iaitu bintik
kecil berwarna perang yang kelihatan seperti bijian. Bintik kecil bersaiz (diameter) antara
0.05 - 0.1cm dan berwarna coklat pekat. Bintik matang bersaiz sehingga 0.2cm dan berwarna
kelabu atau putih di bahagian tengah.
Cara merebak : - Bawaan biji benih, angin atau perumah kedua.
Serangan boleh berlaku pada daun, buah daun, buah padi, buku batang dan tangkai buah pada semua
peringkat umur tanaman.Penggunaan baja N (urea) yang tinggi, kelembapan dan daun diliputi embun
akan menggalakkan serangan penyakit ini, Bintik bujur/lonjong yang tajam dihujung berwarna
perang di tepi dan warna kelabu keputihan di tengah akan kelihatan pada kawasan serangan. Pokok
akan musnah jika serangan berlaku antara peringkat semaian dengan pemecahan anak maksimum.
Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di pangkal tangkai.
Cara merebak : Angin, biji benih dan perumah kedua.
Selalunya menyerang pada peringkat akhir tanaman. Kecederaan yang tidak seragam
kelihatan pada seludang daun di paras air. Lama kelamaan akan menyebabkan kerosakan
pada seludang dan batang.Jika serangan berlaku pada musim yang sebelumnya, disarankan
menggunakan varieti padi yang tahan penyakit ini dan bakar jerami serta tunggul untuk
mengurangkan inokulum.
Boleh menyerang pada semua peringkat umur tanaman. Kecederaan bermula di hujung daun
menyebabkan daun menjadi pucat kemudian menjadi putih. Bahagian daun akan kelihatan
beralun. Jalur-jalur jernih (basah) akan kelihatan antara urat daun. Serangan yang teruk
boleh menyebabkan daun menjadi kering.
Cara merebak : Biji benih, sentuhan, air, perkakasan pertanian dan perumah sementara.
Boleh menyerang pada semua peringkat pertumbuhan terutamanya dari peringkat selepas pecah anak hingga
matang. Bahagian seludang/upih daun yang diserang akan kelihatan tompok dan perang disekelilingnya
berwarna kelabu keputihan. Ada sclerotia berbentuk seperti biji sawi pada tompok. Tompok bulat @ lonjong
bersaiz 1 cm akan membesar menjadi 2 @ 3 cm sebelum bercantum. Serangan serius menyebabkan hasil
terjejas.
Cara merebak : Air, angin sentuhan, tanah, tunggul dan perumah sementara.
Boleh menyerang pada semua peringkat tetapi lebih serius semasa bulan pertama
tanaman. Pokok akan terbantut dan warna perang kekuningan. Jika berlaku, kawal
vektor bena hijau dengan racun yang disyorkan, guna varieti yang rintang terhadap
penyakit ini dan musnahkan pokok yang diserang.
Serangan berlaku pada peringkat berbuah. Buah menjadi seperti baldu
berwarna kuning kehijauan atau hitam dan membentuk spora. Berlaku pada
kawasan yang terlalu subur dan kelembapan yang tingi. Jika ada tanda-tanda
serangan serius, kawalan hendaklah dibuat sebelum pokok berbunga. Bebola
spora muda bersaiz 1 cm dan lebih panjang apabila matang. Biasanya hanya
beberapa tangkai sahaja di dalam satu panikel akan dijangkiti.
Serangan pada peringkat awal tanaman menyebabkan anak bilah lebih tinggi dari anak bilah
yang lain dengan dedaun kurus hijau kekuningan. Tanaman yang dijangkiti kelihatan panjang
dan kurus dan akan mati. Akar udara akan kelihatan pada ruas. Anak padi akan mati satu
persatu, tetapi jika terselamat dari serangan sehingga tempoh matang, hanya sebahagian
kecil akan mengeluarkan hasil manakala yang lainnya akan mempunyai partikel yang
kosong (hampa)
Cara merebak : - Bawaan biji benih,tanah, air, tunggul atau perumah kedua.