ketokohan ustaz abdul khair bin jalil

Upload: zuhailiarinahzabhi

Post on 07-Mar-2016

96 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tokoh tarannum, Ustaz Abdul Khair bin Jalil. Pensyarah di UIAM mendapat naib johan dalam Musabaqah Tilawah al-Quran Kebangsaan 2015.

TRANSCRIPT

KETERLIBATAN USTAZ ABDUL KHAIR BIN JALIL DI DALAM BIDANG TARANNUM DAN TILAWAHNur Insyirah Najwa Othman, Zuhaili Arinah Mohamad Zabhi, Nurul Husna Zulkipli, Nur Shamila LahikodiKolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

AbstrakPembelajaran tentang lagu-lagu tarannum sentiasa mengalami perubahan mengikut peredaran tempat dan masa. Dewasa kini, telah lahir ramai tokoh-tokoh besar dalam bidang tarannum yang mempunyai kelainan dan lenggok suara yang menjadikan ramai umat Islam semakin mendekati kitab al-Quran. Antara negra yang terkenal dengan tokoh tarannum termasuklah, Mesir, Syria, Pakistan, Indonesia serta tidak ketinggalan Malaysia sendiri. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji tentang latar belakang tokoh Ustaz Abdul Khair bin Jalil dan keterlibatan beliau dalam bidang tarannum dan tilawah al-Quran di Malaysia. Hasil dapatan kajian adalah melalui kaedah temu ramah dan analisis video bacaan beliau. Hasil kajian mendapati bahawa keterlibatan Ustaz Abdul Khair bin Jalil secara aktif dalam pertandingan-pertandingan tilawah al-Quran banyak membantu beliau untuk mendekati masyarakat serta mengasah bakat-bakat qari dan qariah yang baru yang ingin mempelajari cara bacaan tarannum dengan betul.Kata kunci: Pertandingan, Tilawah, Tarannum

PendahuluanSetiap tahun, setiap negeri di Malaysia akan mengadakan pertandingan tilawah al-Quran peringkat negeri. Pemenang bagi setiap negeri itu akan menyertai pertandingan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan seterusnya mewakili Malaysia di dalam pertandingan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa. Ustaz Abdul Khair merupakan salah satu permata yang menyerlah sepanjang penyertaan beliau di dalam setiap musabaqah yang disertainya. Hasil daripada usaha dan ketekunan beliau melibatkan diri di dalam pertandingan-pertandingan ini menjadi beliau seorang yang sangat berpengalaman dan matang di dalam mengalunkan bacaan ayat-ayat al-Quran.

Biodata BeliauUstaz Abdul Khair bin Jalil merupakan anak kelahiran Slim River, Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1979 dan berumur 37 tahun dan berstatus sudah berkawin. Terkini, Ustaz Abdul Khair telah menetap di Meru, Klang.

KerjayaPada peringkat awal, beliau telah berkhidmat di sekolah menengah lama beliau iaitu di Kelantan iaitu di Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Beliau mula berkhidmat pada tahun 2003 hingga pertengahan 2008 iaitu sepanjang tempoh 5 tahun. Seterusnya, beliau ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bahagian Center for Languages and Pre-university Academic Development (CELPAD). Beliau telah diberikan amanah untuk mengajar subjek Tilawah asas kepada pelajar-pelajar jurusan Sains dan subjek Tilawah yang lebih tinggi bagi pelajar jurusan Pengajian Islam. Selain itu juga, bermula pada tahun 2008 beliau telah ditawarkan untuk menguruskan kelas tarannum khas bagi kelas awam yang berbayar. Kelas awam ini diuruskan oleh sebuah unit iaitu unit khusus Tilawah al-Quran (KUTAQ) yang berada di bawah CELPAD. Khusus ini menyediakan pengajian tajwid, tafsir, qiraat dan tarannum. Bagi pelajar U.I.A.M yang berminat mengikuti pengajian kelas di dalam bidang-bidang tersebut boleh mengikuti kelas-kelas pengajian yang disediakan di bawah kelab.

Pendidikan FormalPendidikan pertama beliau ialah di Sekolah Rendah Slim River, Perak. Kemudian, beliau meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Maahad Tahfiz Pulai Condong, Kelantan. Pengajaran beliau selama 7 tahun bermula tahun 1991 sehingga 1998. Di dalam bidang tarannum, beliau telah didedahkan dengan pengajian formal bermula darjah 5 apabila beliau terlibat dengan pertandingan tilawah al-Quran dan telah berjaya mewakili daerah. Beliau lebih mengenali bidang tarannum ini apabila mengikuti bengkel-bengkel pengajian tarannum bagi mempertingkatkan mutu bacaan sebagai wakil peserta daerahnya. Antara guru-guru beliau adalah Arwah Hj Zainal Abidin, Ustaz Yahya Daud dan Dr. Lokman Ibrahim. Selepas itu, beliau meneruskan pengajiannya di Maahad Qiraat Shoubra, Mesir selama 3 tahun. Beliau telah mengambil jurusan qiraat dan menyebabkan beliau lebih fokus di dalam bidang qiraat berbanding bidang tarannum. Anggaran masa keseluruhan pengajian formal tarannum beliau adalah selama 5 tahun.

Pendidikan Tidak FormalSejak kecil, beliau dilazimkan oleh keluarga dengan bacaan ayat suci al-Quran. Sejak berumur 3 tahun, beliau telah diperdengarkan dan diperkenalkan bacaan tarannum oleh keluarga. Keluarganya sememangnya sudah mengetahui asas-asas tarannum. semasa kecil, beliau gemar akan bacaan tarannum tetapi tidak mengetahui lagu dan asas-asas tarannum. Antara guru-guru yang mengajar pendidikan tidak formal ialah Ustaz Nur Hassan Sazali bin Salleh iaitu bapa saudaranya sendiri dan Ustazah Nur Helmi binti Salleh iaitu ibunya sendiri.

Penglibatan Dalam Dunia Tilawah al-QuranBeliau menyertai Pertandingan Tilawah al-Quran di peringkat daerah semasa mengikuti pengajian di sekolah rendah iaitu semasa beliau di darjah lima dan enam. Di peringkat sekolah menengah pula, beliau mula mengambil bahagian di dalam Pertandingan Tilawah al-Quran semasa di tingkatan empat. Semasa menjadi peserta pertandinga tilawah ini, beliau memulakan semual pengajian beliau di dalam bidang tarannum selepas tidak mengikuti pengajian tarannum dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Guru yang banyak mendidik dan memperkenalkan semula bidang tarannum adalah Dr Lokman Ibrahim. Pada tahun 2011, beliau mula menyertai pertandingan tilawah pada peringkat yang lebih tinggi. Pada tahun tersebut beliau telah mewakili Selangor di Pertandingan Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat kebangsaan . Beliau meneruskan penyertaan beliau pada tahun 2011 dan 2012 sebagai peserta namun belum menjadi rezeki beliau untuk memenanginya. Pada tahun 2014, beliau telah dianugerahkan tempat ke tiga, manakala pada tahun 2015 beliau telah dinobatkan sebagai peserta naib johan Pertandingan Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat kebangsaan. Johan pula telah diberikan kepada peserta yang mewakili Kelantan iaitu Ustaz Wan Ainuddin Helmi. Johan pertandingan tersebut akan mewakili Malaysia di dalam Pertandingan Tilawah al-Quran di peringkat antarabangsa.

Sumbangan Tokoh Dalam Dunia Tilawah al-QuranSumbangan dan jasa yang ditaburkan oleh Ustaz Abdul Khair bin Jalil dalam mengembang ilmu tarannum di Malaysia tidak dapat dipertikaikan lagi. Tanpa mengenal erti penat dan lelah, beliau sanggup menghabiskan sebahagian masa untuk membimbing qari-qari sama ada di peringkat daerah mahupun negeri. Begitu juga melatih pelapis-pelapis baru yang akan menggalas tanggungjawab menyebarkan ilmu al-Quran. Antara anak murid beliau yang telah berjaya adalah seorang qariah iaitu Ustazah Nuriah. Beliau telah menyertai pertandingan di peringkat daerah Gombak pada tahun 2012 bersama-sama Ustaz Abdul Khair. Ustaz telah menetapkan sasaran untuk menghantar 5 orang wakil ke pertandingan tilawah di daerah Klang pada tahun 2016 sebagai pendedahan. Ramai anak murid beliau masih dalam proses mempersiapkan diri untuk menyertai pertandingan tersebut.

Kaedah Bacaan Tarannum BeliauLagu-lagu tarannum yang telah diajar oleh beliau ialah kesemua tujuh-tujuh lagu tetapi mempunyai dua versi iaitu yang dibaca di dalam solat dan yang di baca dalam musabaqah. Versi bacaan di dalam solat bermaksud tarannum yang diajarkan adalah lebih mudah tarannum asas sahaja yang mana akan mudah dipelajari oleh murid-murid yang baru mula berjinak-jinak di dalam bidang tarannum. Bagi versi musabaqah pula, tarannum yang diajarkan adalah lebih tinggi dan bacaannya juga adalah lebih banyak diwuslahkan dengan pelbagai lagu-lagu. Akhir sekali, antara kepentingan belajar tarannum yang beliau nyatakan ialah dapat membaca Al-Quran dengan intonasi yang betul dan dapat mengenal kepelbagaian cerita-cerita yang terdapat di dalam al-Quran. Selain itu, kepentingan daripada kita membaca Al-Quran secara tarannum, kita akan lebih membaca Al-Quran dengan lebih baik dan bertartil (cermat) dan ia menjadi daya penarik pada al-Quran.

KesimpulanArtikel ini menceritakan tentang latar belakang Ustaz Abdul Khair bin Jalil dan kaedah tilawah beliau di dalam dunia tilawah al-Quran. Antara sumbangan besar beliau adalah beliau telah menjadi tenaga pengajar kepada pelapis-pelapis baru dan telah memperkenalkan dua cara bacaan tarannum iaitu versi bacaan di dalam solat dan versi bacaan musabaqah. Hasilnya, ramai qari-qari dan qariah-qariah didikan beliau mula mengenali tarannum dengan mudah. Kejayaan beliau sebagai naib johan di dalam pertandingan tilawah peringkat kebangsaan telah membuka mata masyarakat tentang kesungguhan dan ketokohan beliau di dalam bidang tarannum seterusnya mengukuhkan lagi kemampuan anak Melayu setanding bacaan orang-orang Arab.