khutbah

12
Khutbah : Si Tanggang Moden َ ّ لا َ ه َ ل َ لاْ نَ ُ دَ هْ شَ َ ، لاَ مَ عُ نَ سْ ح ْ مُ كُ ّ ! ي ْ مُ كَ و ُ لْ بَ * ي لَ - اة َ ! يَ ح ل َ وَ - تْ و م ل َ - ق لَ 8 خ ى 8 د َ ّ ل ه ل ل ُ د ْ مَ حْ لَ َ ّ مُ هَ ّ ل لَ ، ُ هُ لْ وُ سَ رَ وُ ةُ د ْ بَ ع ً د َ ّ مَ حُ م اَ 8 يَ د ّ ! بَ سَ ّ نَ ُ دَ هْ شَ َ ، وُ هَ لَ J كْ ! ي رَ شَ لاُ ةَ دْ خَ وُ له ل ىَ لَ عْ م ّ لَ سَ و ّ لَ ص. نْ ! ي ّ د ل مْ وَ ! ي ىَ ل ٍ انَ سْ ح ا a يْ مُ هَ ع بَ - تْ نَ مَ و ه ابَ حْ صَ َ و ه لi ىَ لَ عَ وٍ د َ ّ مَ حُ م اَ 8 ي د ّ ! بَ سَ اد َ ب ع ا َ ! يَ 8 ف، ُ د ْ عَ ب ا َ ّ مَ . َ نْ وُ - قَ ّ - بُ مْ ل َ 8 ارَ 8 فْ دَ - قَ 8 ف له ل ىَ وْ - قَ - ب تَ ! اىَ ّ ! ي َ وْ مُ كْ ! ب ص وُ َ له ل وُ - قَ ّ - ب ، له ل م،! ي ح ر ل ي!طان س ل ن م له ل ا ي8 ود ع Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah swt dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan menanti buat mereka yang bertakwa kepadaNya di dunia dan juga di akhirat. Yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu-bapamu. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur yang tua dan berada dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan "Ah!", dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan

Upload: paul-chavez

Post on 03-Oct-2015

220 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Khutbah : Si Tanggang Moden

. . Yang bermaksud:Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kitabertaqwa kepada Allah swt dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan menanti buat mereka yang bertakwa kepadaNya di dunia dan juga di akhirat.Yang bermaksud :Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu-bapamu. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur yang tua dan berada dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan "Ah!", dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendahkan dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): "Wahai Tuhanku! cucurilah rahmatmu kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka memelihara dan mendidikku semasa kecilku". Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang Yang bertaubat.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Setiap manusia yang lahir ke dunia sudah semestinya mempunyai ayah dan ibu. Kesibukan bekerja dan mengumpul harta dunia kadang-kadang menyebabkan kita lalai serta lupa kepada kedua insan yang amat banyak berjasa kepada kita. Sesuatu yang amat menyedihkan jika kita telah berjaya dalam kehidupan dunia kita tetapi gagal untuk memberikan sedikit ruang untuk ayah dan ibu kita sama ada dalam bentuk masa, wang ringgit serta yang lebih pentingnya adalah perhatian dan kasih sayang di saat mereka meniti usia tua.

Kadang-kadang pelbagai alasan dan masalah dicipta dan direka-reka oleh si anak untuk mengelakkan diri daripada terpaksa menjaga kedua orang tuanya yang mungkin sudah tua ataupun uzur. Sibuk dengan kerja, tidak ada masa, anak-anak bersekolah dan sebagainya merupakan alasan yang selalu dilontarkan oleh si anak jika sekiranya tidak berkesempatan untuk menjenguk kedua mereka di kampung.

Mungkin ada benarnya kata orang tua-tua zaman dahulu,

"Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anaknya tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu atau ayahnya".

Siapa sangka anak-anak yang dibela dan dimanja-manjakan dari sebesar tapak tangan dan ditatang bagaikan minyak yang penuh tapi apabila merekadewasa ada yang gamak dan sanggup menaikkan tangan kepada orang tua mereka. Amat memilukan hati bilamana ada kalangan anak-anak yang berjaya dalam hidupnya hasil daripada penat lelah serta pengorbanan ayah dan ibu yang membesar serta mendidiknya tetapi sanggup membiarkan si ibu atau si ayah keseorangan di kampung halaman tanpa berteman menunggu saat-saat kematiannya. Tidak kurang juga yang lupa daratan sehingga sanggup menghantar ayah dan ibunya ke rumah kebajikan dengan alasan masa mereka amat berkualiti dan tidak sepatutnya dibazirkan untuk menjaga kedua orang tuanya.

Satu kisah untuk kita jadikan tauladan bersama yang berlaku ketika Saidina Umar al-Khattab r.a menjadi Khalifah. Satu hari ketika Saidina Umar keluar berjalan-jalan di sekitar Kota Madinah, beliau ternampak seorang perempuan menanggung di atas belakangnya seorang laki-laki tua yang telah uzur dan nyanyuk. Setiap apa kehendak dan kemahuan laki-laki tua itu akan ditunaikan oleh perempuan tadi sedaya mungkin. Melihat kepada gelagat mereka berdua maka Saidina Umar pergi bertanya kepada perempuan tersebut,"Siapakah lelaki ini bagi kamu?", lalu jawap perempuan itu,"Dia adalah ayahku dan umurnya telah lanjut serta nyanyuk pula, apa jua kehendaknya akan aku tunaikan sedaya upayaku".Kata Umar kepada perempuan itu,"Sesungguhnya kamu telah menunaikan tanggungjawap kamu sebagai seorang anak bahkan terlebih pula".Lalu kata perempuan itu kepada Umar,"Tidak ya Amiralmu'minin, dahulu ketika aku kecil dia memeliharaku dan sentiasa mengharapkan agar aku terus hidup dengan sihat sejahtera, tapi kini walaupun aku menjaga dan melayannya setiap hari sebenarnya dalam hati kecilku mengharapkan agar dia segera mati supaya senang hidupku".

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Melihat kepada kisah tersebut maka tidak pelik apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat menyatakan bahawa mereka terpaksa menggalas bantu tugas memberi nafkah Bantuan Orang Tua kepada lebih 70,000 warga emas setakat September 2009 sahaja. Lebih mengejutkan lagi apabila 30 peratus daripada penghuni rumah-rumah kebajikan orang tua di Malaysia dihantar oleh anak-anak kandung mereka sendiri kerana tidak sanggup untuk menanggung beban perubatan serta enggan untuk menjaga ayah atau ibu mereka yang telah tua dan nyanyuk.

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi ad-Darda' katanya, Rasulullah saw telah mewasiatkan kepadaku 9 perkara, (1) Jangan kamu syirikkan Allah dengan sesuatu pun sekalipun kamu dicincang atau dibakar, (2) Jangan sekali-kali meninggalkan solat 5 waktu, barangsiapa yang meninggalkannya maka terlepaslah dia daripada tanggungan dan keamanan Allah, (3) Jangan sekali-kali kamu minum arak kerana itulah punca segala maksiat, (4) Taatlah kamu kepada kedua orang tuamu sekalipun mereka menyuruh kamu meninggalkan kehidupan duniamu maka tinggalkanlah untuk mereka, (5) Jangan sekali-kali kamu berebut jawatan atau kuasa sekalipun kamu layak untuknya, (6) Jangan kamu lari dari medan peperangan sekalipun kamu kalah dan telah lari kawan-kawanmu, (7) Nafkahkanlah sebahagian daripada hasil pendapatanmu kepada ahli keluargamu, (8) Jangan kamu pukul anak isterimu tanpa kebenaran syarak, (9) Takutkanlah mereka kepada Allah swt.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Seorang anak tidak mungkin dapat membalas jasa kedua orang tuanya. Itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh kita semua, namun kadang-kadang disebabkan leka dan lalai dengan kesenangan dunia dan kemewahannya maka kita terlupa untuk membahagiakan mereka di penghujung usia mereka. Daripada Said bin Abi Burdah katanya,

"Aku telah mendengar ayahku berkata, dia melihat Ibnu Umar dan juga seorang lelaki dari Yaman sedangkan melakukan tawaf di Baitullah. Lelaki Yaman itu melakukan tawaf sambil membawa ibunya di atas belakangnya dan sambil berkata kepada Ibnu Umar, "Wahai Ibnu Umar, apakah engkau melihat bahawa aku telah membalas jasa-jasa ibuku kepadaku?". Lalu jawap Ibnu Umar, "Tidak sekali-kali, bahkan apa yang kamu lakukan itu masih belum mampu untukmembalas sekali kesakitan ibumu sewaktu dia mahu melahirkanmu".

Mimbar ingin mengambil kesempatan, menyeru diri saya dan juga saudara-saudara sidang Jumaat sekalian, janganlah kita melangkah keluar dari rumah Allah yang mulia ini, melainkan setelah kita berjanji kepada Allah swt dan kepada diri kita sendiri, andainya ada di antara kita dan kedua ibu bapa kita perselisihan faham atau bermasam muka, maka rebutlah peluang yang masih ada ini untuk sama-sama kita memperbetulkannya.Jangan tertunggu-tunggu untuk memperbetulkan kesalahan kita terhadap mereka kerana ajal mereka, atau mungkin ajal kita akan datang pada bila-bila masa sahaja. Jika masih ada di kalangan kita yang sering melukakan hati kedua-dua insan mulia ini, maka berjanjilah di dalam tempat yang mulia ini yang kita akan berbakti kepada mereka selepas ini selagi hayat mereka ada.Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada kita di hari tua kita nanti, begitulah juga perlunya kita berbakti kepada kedua orang tua kita pada hari ini. Tidak ada maknanya kejayaan dan kemewahan yang kita kecapi pada hari ini andainya kejayaan dan kemewahan tersebut tidak diiringi dengan doa dan restu mereka berdua.

Rebutlah peluang yang masih ada untuk menjaga dan memelihara mereka, lebih-lebih lagi di saat mereka meniti usia tua, kerana pada saat inilah mereka amat memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kita. Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau singgah di rumah kita yang seindah istana disebabkan layanan buruk kita atau isteri kita, atau anak-anak kitaterhadap mereka.

Ingatlah sedikit pesanan berguna dari Rasulullah saw ini, kata Baginda,

"Celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia (sebanyak 3 kali), para sahabat bertanya, "Siapakah dia ya Rasulallah?", lalu jawap Nabi saw, "Dia ialah siapa yang sempat hidup sehingga ayah dan ibunya tuaatau salah seorang dari keduanya, tetapi dia menjadi ahli neraka (kerana tidak berbakti kepada orang tuanya sekalipun dia berpeluang untuk berbuat demikian)."

Barangsiapa di kalangan kita yang telah melakukan ketaatan dan kebaikan kepada mereka berdua, maka teruskanlah. Jika kedua-dua mereka sudah pergi menghadap ilahi, maka perbanyakkanlah sedekah untuk pihak mereka di samping hadiahkanlah mereka dengan doa. Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan bebanan mereka dan moga-moga mereka bahagia di sana, amin.

, , , . , , , , .Khutbah : Miskin Harta Kaya Jiwa

. . . . .

Yang bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t dengan kita melaksanakan setiap titah perintahNya dan menjauhi setiaplarangan dan tegahanNya, sesungguhnya berjayalah mereka yang bertakwa dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Yang bermaksud :Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia mereka, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedangkan mereka berada dalam keadaan kafir (untuk mendapat pula azab diakhirat).( at-Taubah-55 )

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Sudah menjadi resam dunia, mereka yang memiliki kekayaan dan dikurniakan anak-anak serta kekuasaan akan mudah dihinggapi perasaan megah dan berbangga-bangga dengan harta dan anak-anak serta kuasa yang dimiliknya. Apabila kekayaan serta nikmat kuasa ini tidak disertai dengan rasa syukur kepada Allah, maka ianya akan menimbulkan perasaan bongkak dan takabbur yang akhirnya akan menyebabkan seseorang itu lupa terhadap nikmat dan amanah yang telah diberikan kepadanya.Apabila manusia tidak memahami kebesaran Allah dan menyangka bahawa harta dan kuasa adalah segala-galanya, lalu dia menganggap sesiapa yang tidak kaya dan tidak berkuasa itu tidak mendapat nikmat kebahagiaan daripada Allah s.w.t, dan menganggap kurniaan Allah itu hanya tertumpu kepada yang berkuasa dan berharta sahaja, maka itu adalah satu tanggapan yang sesat sama sekali. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Bani Israel ketika mereka meminta Nabi Allah Syamwilberdoa memohon kepada Allah s.w.t agar dilantik seorang raja di kalangan mereka bagi mengetuai mereka untuk memerangi Raja Jalut yang zalim. Hal ini diceritakan oleh Allah s.w.t melalui firmanNya,

Yang bermaksud :Dan Nabi mereka berkata kepada mereka: "Bahawa sesungguhnya Allah s.w.t telah melantik Thalut menjadi raja bagi kamu. Lalu mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa untuk menjadi raja kami sedangkan kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu berbanding dia, dan dia pula tidak memiliki harta kekayaan sedikit pun?" Lalu Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah s.w.t telah memilih Thalut menjadi raja bagi kamu, dan Allah juga telah mengurniakannya kelebihan dalam bidang ilmu pengetahuan serta tubuh badan yang gagah perkasa". dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. (al-Baqarah 247)

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Keengganan Bani Israel untuk mengiktiraf Thalut sebagai Raja mereka hanyalah disebabkan kerana Thalut bukan dari kalangan hartawan bahkan Thalut tidak memiliki sedikit harta pun, kerana pada tanggapan Bani Israel, sesiapa yang mahu menjadi pemimpin mereka mestilah terdiri dari kalangan hartawan. Namun di akhir ayat ini Allah s.w.t menjelaskan bahawa, Dialah yang memberikan kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki bahkan Dia jugalah yang menjatuhkan sesiapa yang Dia kehendaki kerana Dialah yang lebih mengetahui siapa yang layak dan siapa yang tidak.Memang tidak dinafikan, harta dan kuasa boleh menjadi faktor yang membawa ketenangan dan kebahagiaan jika ianya dikendalikan dengan betul. Namun jika tidak, ia boleh bertukar menjadi punca kepada penderitaan dan penyesalan bahkan boleh menjerumuskan pemiliknya ke lembah kehinaan. Entah berapa ramai penguasa dan si kaya yang tidak dapat tidur lena dalam mahligai mewahnya ketika si miskin sedang berdengkur menikmati nikmat tidur dalam rumah usangnya. Entah berapa ramai penguasa atau si kaya yang tidak berselera untuk menjamah hidangan mewah yang dihidangkan kepadanya ketika si miskin dengan begitu enak menikmati sebungkus nasi yang hanya dibungkus dengan daun pisang sahaja. Maha Kaya Allah s.w.t, Dia memberi kurniaanNya kepada hamba-hambanya dengan berbagai cara dan tanpa kita duga.

Satu kisah menarik yang pernah diceritakan olehBuya Hamkadalam satu siri ceramahnya. Hamka menceritakan bagaimana pada suatu hari ketika beliau menaiki kenderaan mewah bersama seorang hartawan melalui sawah padi, tiba-tiba mereka terlihat seorang petani sedang berehat kerana kepenatan bekerja, sambil isterinya menghidangkan makan tengahari. Walaupun hidangan yang dihidangkan itu hanyalah hidangan biasa sahaja, tetapi dimakan oleh petani tadi dengan penuh berselera. Lalu hartawan yang bersamaBuya Hamkadi dalam kereta mewah itu berkata:Buya, saya memiliki rumah besar serta kenderaan mewah, tetapi saya tidak pernah berpeluang makan dengan begitu berselera seperti petani itu.

Demikianlah Allah s.w.t membahagi-bahagikan nikmatNya kepada setiap hambaNya. Sesiapa yang diberikan makanan yang lazat dan mewah, belum tentu akan dapat menikmati keenakan itu di lidahnya. Sesiapa yang diberikan tempat tinggal yang mewah, belum tentu lagi dia akan dikurniakan ketenangan untuk tinggal di dalamnya. Maka tidak hairanlah jika ada orang kaya atau orang yang berkuasa kurang selera makannya bahkan terpaksa berpantang kerana menghidap kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya. Atau tidak hairanlah jika ada anak si kaya yang lari meninggalkan mahligai indah bapanya kerana tidak ada ketenangan dan kebahagiaan di dalamnya. Janganlah pula kita merasa pelik jika ada seorang petani yang sederhana sahaja hidupnya tetapi setiap hari dapat menikmati setiap suapan yang masuk ke dalam mulutnya, serta nyenyak pulatidurnya di malam hari walaupun hanya di sebuah pondok usang tanpa bantal dan tilam yang empuk.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Jika kita menganggap tangan yang mempunyai kuasa dan kekayaan itulah punca kepada kebahagiaan dan ketenangan maka kita akan menjadi hamba kepada manusia selama-lamanya. Namun jika kita yakin bahawa Allah s.w.t sahaja yang mampu memberi ketenangan dan kebahagian, maka jiwa kita akan merdeka. Sesiapa yang menjadi hamba manusia, dia tidak akan menjadi hamba Allah yang sebenar tetapi sesiapa yang menjadi hamba Allah yang sebenar maka dia akan bebas daripada menjadi hamba kepada manusia. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud,

Sesiapa yang menjadikan akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah s.w.t akan memberikan kekayaan dalam jiwanya. Allah s.w.t akan memudahkan segala urusannya, bahkan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Tetapi sesiapa yang menjadikan kemewahan dunia itu tujuan utama dalam kehidupannya, maka Allah s.w.t akan meletakkan kefakiran antara kedua matanya. Allah juga mencerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina).(Riwayat al-Tirmizi)

Apa yang dapat kita petik daripada hadis ini ialah, sesiapa yang benar-benar bergantung kepada Allah, maka jiwanya akan kekal merdeka dan mulia. Kemewahan dunia juga akan sampai kepadanya tanpa menjatuhkan maruah dan harga dirinya di sisi Allah. Sebaliknya, bagi sesiapa yang bergantung kepada manusia, kemewahan dunia mungkin juga akan sampai ke tangannya, tetapi dia akan terus hidup dalam penuh kehinaan dan sentiasa keluh kesah walaupun hidupnya dikelilingi harta dan kuasa. Mukmin yang sebenar akan bergantung hidupnya kepada Allah s.w.t semata-mata dalam apa jua keadaan sekalipun kerana Dialah yang merupakan Raja segala raja dan Dialah tempat bergantung yang kukuh. Sementara bagi mereka yang menjadikan manusia tempat pergantungannya maka dia sebenarnya telah bergantung dengan sesuatu yang amat lemah. Firman Allah s.w.t,

Yang bermaksud :Misal perbandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk dijadikan tempat perlindungannya), padahal sesungguhnya tempat perlindungan yang paling reput (paling tidaktidak selamat) ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka itu mengetahui akan kebenaran.(al-Ankabut-41)

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,Islam mengajar kita untuk berjiwa merdeka sekalipun kita miskin harta, gelaran dan kuasa. Jiwa yang merdeka daripada perhambaan sesama manusia dan hanya tunduk dan patuh kepada Allah, maka itulah yang menjadi punca kepada kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar. Jangan kita menjadi manusia yang berharta dan berkuasa, tetapi menjadi hamba sesama manusia. Petani yang miskin harta tetapi kaya dan merdeka jiwanya adalah lebih mulia daripada si kaya atau penguasa yang miskin jiwanya.

Yang bermaksud :Apa yang ada pada kamu (harta atau pun kuasa) akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan tetap kekal selamanya, dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang telah merekakerjakan.(al-Nahli 96)

, , , . , , , , .Firman Allah dalam ayat 132 surah Taha :

Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwaSaudara-saudaraku yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari Akhirat..

Hari-hari yang berlalu bagi sesetengah orang berdepan dengan pelbagai ujian. Macam-macam ujian datangnya dari lumrah kehidupan. Ada ujian berbentuk bala dari Allah yang memerlukan banyak kesabaran dan keinsafan seperti berlakunya fenomena perubahan cuaca dan alam. Semuanya kehendak Allah seperti gempa bumi, banjir, ribut itu dan ribut ini, ombak tsunami dan sebagainya.

Semuanya marilah menempuhinya dengan mengambil iktibar bahawa semuanya adalah datang daripada Allah jua untuk manusia semuanya mengambil pelajaran penting iaitu Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Maha Berkuasa pada kalimah-Nya KUN FAYAKUN... Dengan berkat kesabaran bagi manusia beriman diberi pula ganjaran pahala berlipat kali ganda dengan sebab bertambahnya iman di dada dengan meyakini Allah penetap segala sesuatu.

Gambaran hidup ini adalah sementara adalah amat benarlihatlah gunung-gunung yang dahulunya mungkin berjuta tahun lampau telah runtuh begitu sahaja dengan ledakan berapiitu yang berjuta-juta tahunapatah umur kita cuma berapa ya? Kalau usia kita 60, 80 tahun pun, cuma sekadar umur bayi sekiranya dibandingkan dengan umur Nabi Nuh Alaihis Salam yang telah diizinkan Allah sampai 1000 tahun lebih umurnya. Bahkan hari-hari, mungkin setiap saat ada yang mati menemui ajalnya.

Saudara-saudaraku yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari Akhirat..

Sayugia matlamat hidup semestinya menjurus kepada kehidupan Akhirat yang dijanjikan Allah dengan membawa sebaik-baik bekalan. Apakah bekalan itu? Kekayaan dan kemewahan? Pangkat dan darjat? Sedarkah kita sekelianhari-hari hidup dalam permainan dan ditipu dunia bagi orang yang tidak mahu kepada Syurga. Ingatlah sebaik-baik bekalan adalah ketakwaan kepada Allah. Takutlah kepada Allah!

Oleh itu, majoriti manusia hari ini hidup mengejar kemewahan dan kekayaan, kejar pangkat dan populariti, mengejar nikmat dunia dan hidup kerana perempuan. Seolah-olah semua itu tiada di Akhirat. Walhal Akhirat adalah lebih baik dari segala yang ada di dunia.

Islam tidak melarang mencari dunia tetapi ada kawalan baik dan buruknya, halal dan haramnya. Janganlah menjual agama. Janganlah jadikan kekayaan bertapak di hati kerana akan merosakkan diri, sebaliknya jadikan kekayaan di tapak tangan saja. Tiada ertinya jika kaya tetapi kedekut dan bakhil. Jadilah orang kaya yang banyak pahala dengan menyumbang fi sabillahbersedekah ke tempat yang di redhai Allah. Orang kaya dan mewah pada kebiasaanya lupa diri dan ego. Akan sentiasa menambahkan kekayaan kerana tamak haloba kerana disangka modal yang banyak harus dipusing-pusing agar bertambah kekayaan dan mendapat populariti.Bangga diri akan memakan diribahkan pepatah orang tamak selalu rugi ada benarnya, tamak dengan hanya menyimpan tiada disedekah orang mana nak dapat pahala bahkan kematiannya tiada apa yang dibawa ke dalam liang kecuali keranda kayu, kain kapan, kapas, sedikit bau-bauan. Berapakah harganya? Mana keretamu? mana rumahmu? mana hartamu? mana buku-buku akaunmu? Mana kalkulatormu?

Mungkin sebahagian orang-orang ini tidak tahu apa yang akan berlaku sesudah kita dikebumikanAlangkah meruginya hidup sebegini di dunia. Hidup yang hanya tahu mencari makanan, perhiasan dan melepaskan nafsu semata! Bagai binatangbangun pagi makan dan makan, cari makan, hidup untuk mencari makan!

Yang fardu dilupa dan dialpakan kononnya terlampau sibuk sehingga ada yang meninggalkan solat fardu, tiada masa untuk solat jamaah, tiada waktu untuk melangkah ke masjid/surau, tiada kelapangan untuk mendengar kuliah/tazkirah/mauizah/ceramah kerana mengejar dunia yang tidak pasti.yang tidak kekal.yang sementara. Zakat harta diabaikan bimbang akan rugipuasa diabaikan bimbang tiada tenaga untuk mengerjakan dunia, haji sengaja dilewat-lewatkan kononnya itulah kewajipan terakhir! Walhal itulah yang mesti diutamakan bila mampu dengan kekayaan dan mampu jasmani. Bukankah itu menyenangkan daripada masa perlukan bantuan orang?

Muslimin Sidang Jumaat Sekelian

Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir. Raja tercengang dan berkata, Mengapa kamu berkata begitu? Hukama itu menerangkan, Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih.Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

Oleh itu, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah adakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagai hambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akan mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah tak mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagai umatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kita nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum kerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan rasulnya.. Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah. Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita, insyaallah.

Saudara-saudaraku.jangan tertipu dengan dunia ini. Makin hari semakin banyak godaan terutama skim-skim cepat kaya di dalam rangkaian online dan offline kerana mencari orang. Banyaklah sangatyang mengundang bala dari Allah dan bakal mengundang mirip skim Jutawan Firaun yang juta disebut orang sistem piramid. Ramai terpengaruh dengan skim-skim yang menjanjikan pelbagai imbuhan riba.

Apa guna kaya jika segala ibadat sunat dan wajib tidak diterima Allah? Apa guna kaya jika akhirnya masuk neraka, dipijak2, dilenyek2, disalai dan dibakar sehingga rentung oleh Allah swt?