khutbah isra

8
ISRA’ DAN MIKRAJ MENGUJI KEIMANAN ( 18 Ogos 2006 / 24 Rejab 1427 H ) ُ د ْ مَ ح ل اِ ه ل لِ ّ بَ ر، َ نْ يِ مَ ل ا َ ع ل اِ م ل ا َ عِ بْ يَ " غ لاُ ِ $ ةَ ادَ هَ ّ ( ش ل اَ وَ وُ هَ وُ . ز ْ يِ " زَ عْ ل ا، ُ مْ يِ كَ ح ل اُ لْ وُ $ قَ يَ و يِ " فِ هِ ابَ $ تِ ك. زْ يِ " زَ عْ ل ا: ُ دَ هْ ( شَ B اْ نَ B ا لاَ َ ه لِ G ا لاِ G اَ ّ ُ ه ل ل اُ دَ هْ ( شَ B اَ وَ ّ نَ B ا اَ " نَ دِ ّ تَ س اً د َ ّ مَ حُ مُ ةُ د ْ تَ عُ هُ لْ وُ سَ رَ و، َ ّ مُ هّ ل ل اِ ّ لَ صْ مِ ّ لَ سَ وْ X كِ ار َ نَ وَ ي لَ ع اَ " نِ دِ ّ تَ سٍ د َ ّ مَ حُ م يَ لَ عَ وِ ه ِ ل\ اِ هِ ابَ حْ صَ B اَ وْ نَ مَ وْ مُ هَ عِ بَ $ تٍ انَ سْ حِ d اِ e ن ىَ لِ G اِ مْ وَ ي نْ يِ ّ الد. اَ ّ مَ B اُ د ْ عَ ي، اَ يَ " فَ اد َ تِ عِ ه ل ل ا! G ا اْ و ُ $ قَ ّ $ يَ ه ل ل اَ ّ $ قَ حِ ه ِ $ ابَ $ قُ $ ي لاَ وَ $ تَ مُ وْ َ ّ نُ $ ي لاِ G اَ ّ ْ مُ $ يْ " تَ B اَ وَ نْ وُ مِ لْ سُ م. 1

Upload: jhf1314

Post on 10-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

isra mikraj

TRANSCRIPT

ISRA’ DAN MIKRAJ MENGUJI KEIMANAN( 18 Ogos 2006 / 24 Rejab 1427 H )

د� م���� ب لل���ه الح� ، ر� ي�ن� ال�م الم الع���� �الغ�ي�ب ع����اد�ة ه� �و� و�الش ي�ز� و�ه� ، ال�ع�ز كي�م� و�ل� الح� ي�ق��� في و�

:ال�ع�زي�ز كت�ابه

د� ه� د� الل��ه� �إال إله� �ال أ�ن� أ�ش� ه� أ�ش��� ي د�ن�ا أ�ن� و� س���د4ا �م ح� ل�ه� ع�ب�د�ه� م� و� س��� م� ،و�ر� ل الل8ه� ل م� ص��� و�س���

ارك� ب���� ي دن�ا ع�لى� و� د= س���� �م��� ح� ه و�ع�ل�ى م� آل���ابه ح� أ�ص��� م� و�م�ن� و� ان= ت�بع�ه� و�م إل�ى بإح�س��� ي���

.الد ي�ن

ا �ما ،ب�ع�د� أ� ي��� اد� ف� ب��� و�اإ! الل��ه ع ق� الل��ه� ت�ق��� ح���

اته �ن�ت�م� �إال ت�ن��و�م�ت�و�ال ت�ق� أ و�ن� و� لم� .م�س�

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan para jamaah sekelian supaya bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan perintahnya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan beroleh rahmat dari Allah s.w.t..

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Kita kini sedang berada di bulan Rejab yang telah mencatatkan suatu peristiwa penting dimana pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah s.a.w. telah

1

berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj dimana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t. dalam memperjalankan diri Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis di Palastin dan seterusnya nabi s.a.w. diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah s.w.t.

Peristiwa ini menguji tentang keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap kekuasaan Allah serta bukti kebenaran kenabian nabi Muhammad s.a.w., kerana bagi pandangan orang-orang yang tidak beriman atau tipis imannya mereka menyatakan bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj tidak mungkin akan berlaku dan tidak mempercayainya. Tetapi bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap percaya dengan penuh keimanan dan keyakinan serta memperakukan kebenaran peristiwa tersebut seperti yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dalam mempercayai Allah dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar “as-Siddiq” yang membawa maksud orang yang benar.

Tuan-Tuan Kaum Muslimin Yang Berbahagia,

Peristiwa ini berlaku 2 tahun sebelum hijrah Baginda ke Madinah. Walaupun sentiasa mendapat tentangan serta penganyaian dari kaumnya. Baginda tetap bersabar dan tabah menghadapinya, baginda tidak bertindak balas terhadap penganyaian tersebut, malahan baginda mendoakan kaumnya agar sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. dengan doanya seperti berikut :

�ه�م� �ه�م ق�وم�ي اهد� الل �ن �م�ون� ف�إ �عل �ي ال

Yang Bermaksud : “ Wahai Tuhanku! Berikanlah petunjuk kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui ”

Justeru, kita hendaklah menghayati peristiwa penting ini dengan menjadikan pengajaran sebagai panduan dalam menjalani kehidupan sebagai muslim yang tegoh berpegang dengan perinsip-perinsip Islam yang digambarkan melalui peristiwa tersebut. Maka bagi umat Islam meyakini berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj pada diri Rasulullah s.a.w. itu hukumnya adalah wajib tidak boleh diragukan sama sekali kerana nasnya disebut di dalam al-Quran secara jelas. Sebagaimanan firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 1 :

2

Maksudnya : “ Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palastin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Para Ulama’ Hadis, Ulama’ Fekah dan Ulama Tafsir sepakat menegaskan bahawa sesungguhnya peristiwa Isra dan Mikraj itu dimana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan diri baginda sedar berserta dengan jasad dan roh bukannya melalui roh sahaja.

Demikianlah peristiwa Isra’ dan Mikraj yang merupakan satu ujian dalam proses pemisahan antara orang yang benar-benar beriman atau mereka yang tipis imannya dan yang kufur ingkar terhadap Allah dan Rasul-Nya. Peristiwa ini juga memperlihatkan ramai yang sebelumnya menyatakan keimanan kepada rasul telah menjadi murtad setelah mendengar penjelasan Baginda tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj ini.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Dan ini merupakan suatu mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda. Dan diantara salah satu peristiwa yang wajar kita sama-sama mengambil pengajaran ialah baginda mendengar dua panggilan dari kiri dan kanan, tetapi baginda tidak menyahut panggilan tersebut lalu dijelaskan oleh Malaikat Jibril a.s. sekiranya baginda menyahut panggilan tersebut, maka ramailah dikalangan umatnya menjadi murtad atau menjadi sesat. Kerana kedua-dua panggilan tersebut merupakan panggilan dari pihak Yahudi dan Kristian.

Disini kita dapat melihat betapa bijaksananya baginda apabila berhadapan dengan panggilan tersebut, kerana baginda tidak mahu umatnya diseleweng dan ditipu oleh ke dua-dua golongan tersebut.

Tetapi malangnya hari ini, kita telah menyaksikan kekejaman golongan Yahudi terhadap umat Islam di Bumi Palastin dan Wilayah Lobenan mereka setaip saat diburu, dibom dan dibunuh dengan kejam oleh rejem Yahudi Israil. Perbuatan tersebut dilakukan terhadap

3

umat Islam adalah bertujuan bukan sekadar untuk memaksa Islam tunduk dan ikut kemahuan mereka tetapi sebenarnya mereka mahu membunuh umat Islam dan menghancurkan agama Islam. Inilah cita-cita mereka, kerana mereka tidak akan senang selagi mana mereka melihat adanya umat Islam dan agama Islam. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 120 :

Maksudnya : “ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu) ”.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Bersempena memperingati peristiwa Isra dan Mikraj pada kali ini diharap dapat memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam kerana Amerika Syarikat (Pihak Kristian) yang mengaku dirinya sebagai polis dunia atau pengaman dunia telah dibeli oleh rejim Yahudi bagi menghalalkan tindakkan mereka membunuh penduduk Islam di Wilayah Palastin serta mengumumkan Baitul Maqdis bumi Isra’ yang penuh dengan keberkatan sebagai ibu negara kepada negara haram Yahudi.

Begitu juga, mereka pada hari ini mereka begitu berani dan rakus melakukan kekejaman terhadap umat Islam dengan membunuh dan menyerang penduduk awam Lobenan dimana sehingga kehari ini telah mengorbankan penduduk awam yang tidak berdosa serta menyebabkan seramai hamper 500,000 orang penduduk menjadi pelarian.

Maka, kita sebagai umat Islam yang bermaruah dengan tegas mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman dan tindakan jahat yang dilakukan oleh rejim Yahudi. Kerana ia bukan sahaja telah melanggar hak kemanusiaan tetapi ia memberi kesan yang cukup besar terutama ke atas Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam dan sejarah Isra’ baginda s.a.w.

Selain itu, kita sama-sama berdoa dan mengharapkan kuasa dunia khususya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Negara-negara Islam (OIC) khususnya Negara jiran di sekitar Palastin dan Lobenan mampu memberi bantuan dan menghentikan kekejaman rejim Yahudi ini dengan secepat mungkin. Kerana kita tidak sanggup lagi melihat setiap saat umat Islam diburu dan dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusiaan seolah-olah nyawa umat Islam tidak berharga.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Akhirnya, sebagai kesimpulan khutbah kita pada hari ini, melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj terdapat beberapa hikmah dan pengajaran yang terkandung didalamnya yang dapat kita jadikan pengajaran, diantaranya :

4

1. Allah s.w.t. ingin memperlihatkan kebesaran-Nya sebagai pencipta agar keyakinan dan keimanan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar tumbuh di jiwa manusia.

2. Agar sentiasa menjalin hubungan dengan Allah, baik diwaktu senang mahupun diwaktu ditimpa musibah, kerana Allah sahajalah yang mampu memberi pertolongan kepada diri manusia.

3. Sebagai membuktikan sesuatu perkara yang mustahil pada fikiran manusia boleh berlaku tetapi bukan mustahil bagi Allah untuk menjadikanya. Disamping ianya merupakan suatu mukjizat bukti tentang kebenaran agama Islam yang disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w.

4. Peristiwa yang digambarkan sewaktu Isra’ dan Mikraj, khususnya mengenai bahayanya terhadap golongan Yahudi dan Kristian, ia benar-benar berlaku pada hari ini. Dimana mereka bukan sahaja memusuhi dan mahu umat Islam tunduk kepada mereka, sebaliknya mereka mahu menghapuskan sama sekali agama dan umat Islam.

الرجيم، الشيطان من بالله اعوذ

Maksudnya : “ dan tiadalah kami menjadikan ( pada malam Mikraj ) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai suatu ujian bagi manusia ; dan (demikian juga kami jadikan) pokok yang dilaknat didalam al-Quran; dan kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semua itu tidak manambahkan keimanan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau”.

( Surah al-Isra’ ayat 60 )

ك� ار� ل�ك�م� �ىل الل��ه� ب��� ء�ان �ىف و� ر� الع�ظي�م، الق���ع�ن ن�ف� ي�اك�م� ىو� إ ا و� ي�ه بم� ن� ف ات م ال��ذ ك�ر اآلي��� و�

،كي�م ب�ل� الح� ت�ق� ن و� ن�ك�م� ى�م ه� و�م ت��� ه� تال�و� �ن�� و� إ ه���

5

ي�ع� م �ول� ،الع�لي�م� الس ل أ�ق� و� ر� هذ�ا ىق� ت�غ�ف أ�س��� و�، �ىل الع�ظي�م� الله� ل�ك�م� ائر و� لس��� ي�ن� و� لم الم�س���

، لم�ات ني�ن و�الم�س���� ؤ�م ات و�الم���� ن���� ؤ�م ،و�الم�وه� ر� ت�غ�ف اس� ي�ا ف� ز� ف� و� ري�ن� ف� ت�غ�ف ي�ا الم�س� اة� و� ن�ج�

. الت�ائبي�ن�

6