kifayatul akhyar mukammal 1

783
ار ي خ الأ ة اي ف ك صار ت خ الأ ة اي ل غ ح ي ف ي ع ف ا ش ل ا ي ق ش م الدّ يِ نْ صِ ح ل اّ يِ نْ + يَ شُ ح ل مد ا ح م ر ك5 ب ي5 ب ن: ا ي الد ي ق تام مB الأ ف ي ل ا ب ع س ا ي ل رن: ا ق ماء ل غ: ن م ء ال ز5 ج ل ا* ول ا* ) ف ي ر ش ث يحد( : ن ي الد ي ف هة ق ف ت را ي خ ة5 لة ي ل رد ا ي: ن م* م ي خ ر ل ن: ا م ح ر ل لة ا ل م اس5 بKIFAYATUL AKHYAR pada merungkaikan GHAYATUL IKHTISAR. Juzuk pertama. Karangan al Imam Taqiyuddin Abu Bakr bin Muhammad al Husaini dan al hisni ad dimasqi as Syafi e seorang daripada ulamak kurun kesembilan hijrah. ((barang siapa yang Allah hendaklah kebaikkan pada dia dia beri dia kefahaman pada ugamaNya)). دمة ف م اد5 iii ج يB ور الأ iii ن5 بدمiii ع ل ا ةiii م لr ظ: ن م ودات5 iii ج و م ل ا قiii ل ح ي دiiiة الiii ل لدiii م ح ل ا ها عل5 ج ، و وي دiii ة ل iii ت ي ن ي وحدا غل لأ ي ل د5 ان ي ك ة5 ل ي ر ي سة، وا ف ي ل اره ت خ ا رغا ش رع ش عاد، و م ل وم ا ي ي لB ر ا ي صا5 ت ل ا ة، ا i ي ل ح i ض و ا اد، ف5 ii ي ع ل د ا يi س ة5 iل يi س ر وا ة ت5 ح ح م، ال وف: اد ف ت لأ5 ب ة ت ك ر لأه ص اعة و5 ي ب لة وا ي ا غل م و سل ة و ت ل غ لة ل ي ا صل اد. رس ل ل ا ي ي س ه هد. 1. Segala puji bagi Allah yang menjadikan segala yang ujud dari gelap ketiadaan dengan cahaya pengujudan, dan menjadikannya sebagai dalil diatas keasaanNya bagi segala orang yang punya matahati hingga Hari Kembali, dan yang mensyariatkan syariat yang Dia pilih untuk diriNya, dan yang menurunkan dengan sebabnya akan kitabNya dan mengutuskan dengan sebabnya akan

Upload: che-goo-bart

Post on 16-Apr-2017

638 views

Category:

Spiritual


76 download

TRANSCRIPT

KIFAYATUL AKHYAR

* * ( ) * KIFAYATUL AKHYAR pada merungkaikan GHAYATUL IKHTISAR. Juzuk pertama. Karangan al Imam Taqiyuddin Abu Bakr bin Muhammad al Husaini dan al hisni ad dimasqi as Syafie seorang daripada ulamak kurun kesembilan hijrah. ((barang siapa yang Allah hendaklah kebaikkan pada dia dia beri dia kefahaman pada ugamaNya)).

: . . 1. Segala puji bagi Allah yang menjadikan segala yang ujud dari gelap ketiadaan dengan cahaya pengujudan, dan menjadikannya sebagai dalil diatas keasaanNya bagi segala orang yang punya matahati hingga Hari Kembali, dan yang mensyariatkan syariat yang Dia pilih untuk diriNya, dan yang menurunkan dengan sebabnya akan kitabNya dan mengutuskan dengan sebabnya akan penghulu segala hamba-hamba lalu dia menjelaskan bagi kita hujjahnya, dan dia berkata: ini jalan petunjuk. Moga Allah berselawat keatasnya dan keatas kaum keluarganya sebagai selawat yang murni yang tidak kehabisan.

() . .2. Adapun selepas itu, maka segala jiwa-jiwa yang murni yang menuntut martabat-martabat yang tinggi tidak putus-putus bertabiat pada menghasilkan ilmu-ilmu syara, yang satu daripada jumlahnya adalah mengetahui cabang-cabangan hukum-hukum fekah, kerana dengannya tertolaklah segala was-was yang berpunca dari syaitan dan sah segala muamalat dan segala ibadat yang direstui.

( ). .3. Hendaklah kamu ambil kata penghulu orang-orang yang dulu dan kemudian pada kemuliaan fekah itu, selawat dan salam keatasnya ((orang yang Allah hendakkan ada kebaikkan pada dirinya Allah berikan dia fekah i.e kefahaman pada ugama)). Meriwayatkannya dua syeikh dari riwayat Muawiyah. ( ). .4. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah sawm berkata ((tidak disembah Allah subhanahu dengan sesuatu yang lebih afdhal dari fekah i.e faham pada ugama)). Meriwayatkanya Turmizi didalam jaminya. ( ) : .5. Dan dari Yahya bin Abu kathir pada kata Allah taala ((dan tahanlah diri kamu bersama orang-orang yang berdoa kepada Tuhan mereka dipagi dan petang hari, mereka itu mahukan wajahNya)), katanya: majlis zikir.

( . : ! : ). 6. Kata Atha pada kata nabi sawm bila kamu lalu pada taman-taman syurga maka hendaklah kamu singgah. Kata mereka: wahai rasulullah! Apa dia taman-taman syurga itu? Katanya: halaqah-halaqah zikir.

.7. Kata Atha: zikir itu adalah majlis halal dan haram, bagaimana kamu membeli, bagaimana kamu menjual, bagaimana kamu sembahyang, bagaimana kamu mengerjakan haji, bagaimana kamu berkahwin, bagaimana kamu bercerai dan yang seumpama yang demikian itu.

: .8. Kata Sufian bin Uyaynah: tidak diberikan kepada sesaorang selepas daripada kenabian akan suatu yang terafdhal daripada ilmu dan fekah pada ugama.

: .9. Kata Abu Hurairah dan Abu Zarr r anhuma: satu bab ilmu yang kami pelajari lebih kasih kepada kami dari seribu rakaat sunat. : . .10. Kata umar r.a: sungguhnya kematian seribu ahli ibadat yang berdiri malam dan puasa siang lebih ringan dari kematian seorang alim yang tajam mata hati berkenaan halal dan haram bagi Allah taala. Ayat-ayat dan hadith-hadith dan athar-athar pada demikian itu sangat banyak.

. 11. Bilamana fekah itu berada pada martabat yang mulia dan kelebihan yang tinggi sebegini adalah pengamatan padanya berada pada darjat pertama, dan memalingkan masa yang mahal bahkan semua umur padanya adalah terutama, kerana jalannya jalan syurga dan beramal dengannya penjagaan dan perisai dari neraka.

.12. Ini bagi orang yang mencarinya untuk memahami ugama diatas jalan menjayakan diri dari neraka, bukan kerana tujuan meninggi diri diatas rakan-rakan sebaya dan tujuan mendapatkan harta dan kemegahan.

( ). . 13. Kata rasulullah sawm siapa yang mempelajari satu ilmu yang jenisnya dituntut wajah Allah taala dengannya tidak dia mempelajarinya melainkan untuk mendapatkan dengannya akan tujuan dunia tidak dia mendapat bau syurga pada hari kiamat kelak. Meriwayatkannya Abu Daud dengan isnad yang sahih. ( ). . : ( ). .14. Katanya lagi siapa menuntut ilmu untuk berbalah dengan orang-orang bodoh atau bermegah-megah dengannya sesama ulamak atau memalingkan wajah orang ramai kepadanya maka hendaklah dia mensiapkan tempat duduknya didalam neraka. Meriwayatkannya Turmizi dari riwayat Kab bin Malik. Dan dia berkata ((Dia memasukkannya kedalam neraka)). Moga Allah yang maha pemurah memaafkan kita dari demikian itu.

. . : .15. Ketahuilah bahawa para penuntut ilmu itu berbeza dengan sebab berbeza tujuan-tujuan mereka, dan himmah-himmah mereka berlainan dengan sebab berlainan martabat-martabat mereka. Maka yang seorang ini menyelam dilautan dan umpamanya untuk mendapatkan mutiara yang besar, sementara yang seorang ini berpuas hati dengan seringkas-ringkas ilmu. Kemudian orang yang berpuas hati itu ada dua jenis, satu daripadanya orang yang mempunyai keluarga yang sungguh dia dikuasai oleh penat lelah, sementara yang seorang lagi mengadap kepada Allah taala dengan benar dan kesungguhan.

16. Maka orang yang pertama itu tidak dapat bergaul dengan makhluk sementara yang salik pula sentiasa sibuk dengan apa yang dia tumpukan malam dan siangnya bersama dirinya yang berada didalam resah. . . ( ).17. Maka aku mahukan kedua mereka berehat dengan mengekalkan apa yang dia berada diatasnya dan membiarkan usaha setiap mereka pada apa yang menyeru hajat kepadanya. Aku berharap dari Allah yang mulia yang berkuasa agar memudahkan apa yang terhasil dengannya oleh jelas dan mudah, maka sungguhnya ia harapan orang yang mengharap dan penampung orang-orang yang lemah lagi pecah hati. Aku namakan kitab ku ini dengan KIFAYATUL AKHYAR pada menghuraikan ibarat GHAYATUL IKHTISAR. .18. Aku mohon Allah yang maha besar maha pengampun agar mengampunkan aku dan kekasih-kekasih ku dari balasan tipudayaNya dan murkaNya dan dari azab neraka, sungguhnya Dia diatas apa yang Dia mahukan Tuhan yang maha berkuasa dan dengan memperkenan doa Tuhan yang pasti. ( . ).19. Kata syeikh [Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam].

() . : : . . .20. [Segala puji]. Puji itu sebut baik keatas Allah taala dengan sifat-sifat zatNya yang cantik dan selainnya, dan syukur adalah sebut baik keatasNya dengan pemberian nimatNya.kerana ini boleh kamu katakan: aku puji si pulan diatas ilmunya dan murah hatinya, dan tidak boleh kamu katakan: aku syukuri dia diatas ilmunya. Maka setiap syukur itu puji dan tidak setiap puji itu syukur. Dikatakan selain demikian itu.

() . : . . . 21. [Bagi Allah]. Huruf lam pada nama yang mulia itu untuk istihqaq. Tidak kamu katakan . Diidhafatkan puji itu kepada nama yang mulia ini tidak baki nama-nama kerana ia nama zat yang mana ia bukannya musytaq. Ramai ulamak muhaqqiq berjalan diatas bahawa ianya musytaq.

( ). . : . . 22. [Rabb i.e Tuhan sekelian alam]. adalah dengan makna pemilik dan dengan makna mengasuh dan mengelokkan. Kerana ini dikatakan iaitu si pulan itu menambahbaikkan kampung itu. Maka Allah taala adalah pemilik yang mendidik dan membaikkan sekelian alam ini. Maha suci dan maha tinggilah Dia.

. : . . . .23. i.e sekelian jamak yang tidak ada mufrad baginya dari lafaznya. Berselisih ulamak pada mereka itu. Maka dikatakan: mereka itu adalah manusia dan jin. Mengatakannya Ibnu Abbas. Dikatakan: semua makhluk. Mengatakannya Qatadah dan Hasan dan Mujahid.

: ( ). . .24. Kata musannif [selawat Allah keatas Muhammad penyudah para nabi-nabi dan keatas para sahabatnya sekeian]. Selawat dari Allah adalahrahmat, dan dari malaikat istighfar dan dari anak adam rendah diri dan doa. Rasulullah sawm dinamakan dengan nama Muhammad kerana banyak sifat-sifatnya yang terpuji.

: . . : . : . . 25. Dikhilafkan pada keluarga maka dikatakan: mereka itu Bani Hasyim dan Bani Muttalib. Ini apa yang dipilih Syafie dan para sahabatnya. Dikatakan: mereka keturunan dan ahli rumahnya. Dikatakan: keluarganya adalah semua umatnya. Memilih pendapat ini sekumpulan daripada ulamak muhaqqiq yang sebahagian mereka itu al Azhari.

. . . .26. jamak . Dia adalah setiap orang Islam yang bertemu nabi sawm dan para sahabatnya walaupun sesaat. Dikatakan orang yang lama bersahabat dan semajlis dengannya. Yang pertama adalah yang rajih disisi para muhaddith. Yang kedua adalah yang rajih disisi ulamak dua usul.

: ( . . ). 27. Kata syeikh: [meminta aku sebahagian rakan-rakan ku, moga Allah taala memelihara mereka, agar aku membuat satu mukhtasar pada ilmu fekah diatas mazhab imam Syafie, pada sehabis-habis ringkas, yang ringan diatas penuntut memahaminya dan mudah diatas orang yang mula belajar menghafalnya, dan agar aku membanyakkan padanya pembahagian-pembahagian dan pembatasan perkara-perkara. Maka aku perkenankan dia kepada semikian itu dalam keadaan aku mencari pahala lagi gemar kepada Allah subhanahu pada taufik kepada kebenaran, sungguhnya Dia Tuhan yang kuasa diatas apa yang Dia hendak dan dengan dengan para hamba-hambaNya maha tahu lagi nampak. . . 28. Mukhtasar adalah apa yang sedikit lafaznya dan banyak makna-maknanya. Mazhab Syafie adalah jalannya. . . . 29. Syafie dinisbahkan kepada datuknya, Syafi. Kuniahnya Abu Abdillah. Namanya Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafi bin Saib bin Abid bin Yazid bin Hashim bin Muttallib bin Abdu Manaf. . . 30. Dia bertemu dengan rasulullah sawm pada Abdu Manaf, kerana rasulullah sawm adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdu Manaf. Nisbah yang betul kepadanya adalah , sementara adalah silap. . .31. Ghayah bagi sesuatu maknanya terjadi satu kesan diatas suatu itu, sepertimana kamu katakan: ghayah jualan yang sah adalah halal ambilan manfaat dengan barang jualan, dan ghayah bagi sembahyang yang sah adalah memadanya dan tidak perlu dikadha. Yang dikehendaki disini adalah sehabis-habis ringkas lafaz dan .

. . . .32. Taufik adalah menjadikan kuasa melakukan ketaatan. Bersalahan khizlan maka ia manjadikan kuasa melakukan maksiat. Betul adalah lawan bagi salah. Wallahu alam.#

. . .33. KITAB TOHARAH. dipecahkan dari iaitu himpun. Dikatakan apabila anak-anak si pulan itu berhimpun. Daripadanya i.e longgokkan pasir. . : . .

34. Thoharah pada bahasa adalah bersih. Kamu katakan iaitu aku membersihkannya. Pada syara: ibarat dari mengangkatkan hadath atau menghilangkan najis atau apa yang pada makna keduanya atau diatas rupa keduanya, seperti basuhan kedua dan ketiga dan mandi-mandi sunat dan tajdid wudhuk dan tayammum dan selain demikian itu daripada apa yang tidak mengangkatkan hadath dan tidak menghilangkan najis, akan tetapi pada maknanya.

( : ).35. Kata Musannif [air-air yang harus bersuci dengannya tujuh air: air langit dan air laut dan air sungai dan air telaga dan air mata air dan air salju dan batu hujan].

{ } . 36. Asal pada air langit itu kata Allah taala ((dan Dia turunkan keatas kamu dari langit akan air untuk Dia menyucikan kamu dengannya)), dan selain ayat ini.

( ). .37. Asal pada air laut kata nabi sawm bilamana ditanya tentang air laut maka katanya ((laut itu airnya menyucikan dan bangkainya halal)). Mengesahkannya Ibnu Hibban dan Ibnu Sakan dan Turmizi dan Bukhari. (: ! . : ). . .38. Asal pada air telaga hadith Sahl r.a, ((kata mereka: wahai rasulullah! Sungguhnya engkau berwudhuk dari telaga Budhaah, sedang padanya air yang orang ramai buat istinja dan perempuan berhaid dan orang berjunub buat bersuci, maka kata rasulullah sawm: airnya menyucikan, tidak menajiskannya sesuatu)). Membilangnya hasan oleh Turmizi sementara Imam Ahmad dan selainnya membilangnya sahih. Air sungai dan air mata air pada makna air telaga. : ( : ! : . . ). .39. Adapun air salju dan air batu hujan maka asal padanya hadith Abu Hurairah r.a yang namanya Abdul Rahman bin Sakhr diatas yang lebih sahih, katanya: ((sentiasalah rasulullah sawm bila bertakbir didalam sembahyang dia diam sebentar sebelum dia membaca fatihah, maka aku kata: wahai rasulullah! Apa yang kamu baca? Katanya: aku baca ya Allah jauhkan diantara aku dan diantara kesalahan-kesalahan ku sepertimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Ya Allah! bersihkan aku dari kesalahan-kesalahan ku sepertimana dibersihkan kain putin dari kekotoran. Ya Allah! basuhlah aku dari kesalahan-kesalahan ku dengan air dari salju dan air dari hujan batu)). Meriwayatkannya Bukhari dan Muslim.* ( : ). . : . . 40. Kata musannif. [Kemudian air-air itu diatas empat bahagian: air yang suci lagi yang menyucikan yang tidak makruh, iaitu air mutlak]. Air yang mengangkatkan hadath dan menghilangkan najis adalah air mutlak. Dikhilafkan pada tarifnya maka dikatakan: ia adalah air yang sunyi dari kaid-kaid dan idhafat yang lazim. Ini adalah yang sahih didalam Raudhah dan Muharrar dan dinaskan oleh Syafie. { } { }. . . 41. Maka katanya dari kaid-kaid keluar dengannya oleh seumpama kata Allah taala ((dari air yang hina)) ((dari air yang memancut)). Katanya idhafat yang lazim keluar dengannya seumpama air mawar dan umpamanya. Dijaga-jagakan dengan idhafat itu akan idhafat yang tidak lazim seperti air sungai dan umpamanya, maka idhafat ini tidak mengeluarkannya dari keadaannya mengangkatkan hadath dan menghilangkan najis kerana kekal keadaannya mutlak.: . . . .42. Dikatakan: air mutlak itu adalah air yang kekal diatas sifat kejadian asalnya. Dikatakan : apa yang dipanggil air. Dipanggil ia sebagai mutlak kerana perkataan air bila dituturkan terpaling kepadanya. Ini apa yang disebutkan Ibnu Solah, dan Nawawi mengikutnya diatas demikian itu didalam Syarah Muhazzab.

( ). . . 43. Kata musannif [dan air yang suci yang menyucikan yang makruh, iaitu air musyammas i.e terjemur matahari]. Ini adalah bahagian kedua daripada bahagian-bahagian air, iaitu air musyammas. Ianya suci pada dirinya kerana tidak bersentuh dengan najis dan menyucikan iaitu mengangkatkan hadath dan menghilangkan najis kerana kekal itlak nama air keatasnya.

. . . ( : ). 44. Adakah ianya dimakruhkan? Padanya khilaf. Yang paling sahih disisi Rafie bahawa ianya makruh digunakan. Ia adalah yang musannif jazamkan. Rafie berhujjah untuknya dengan bahawa rasulullah sawm ((menegah Aisyah r.a dari air musyammas dan berkata bahawa ianya mewariskan sopak)).

( ). : . 45. Dan daripada Ibnu Abbas r.anhuma bahawa rasulullah sawm berkata ((siapa yang mandi dengan air musyammas maka mengenainya sopak maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri)). Umar r.a memakruhkannya dan berkata: sungguh ianya mewariskan sopak.

. .

46. Maka diatas ini air musyammas itu hanyalah makruh dengan dua syarat. Satu daripadanya bahawa jemuran matahai itu pada bejana-bejana yang boleh ditempa seperti tembaga besi dan timah, kerana matahari bila berkesan padanya keluarlah daripadanya karatnya yang terapung dipermukaan air, dan kerananya terjadilah sopak.

. . . 47. Yang demikian itu tidak terjadi pada bejana emas dan perak kerana murni jauhar keduanya, akan tetapi haram penggunaan keduanya diatas apa yang telah lalu disebutkan. Maka kalau dituangkan air musyammas dari bejana emas dan perak kedalam bejana yang mubah tidak makruh ia kerana tidak ada karat itu. Begitu juga tidak dimakruhkan ia pada bejana tembikar dan selainnya kerana luput illat itu.

. . . 48. Syarat kedua bahawa jemuran matahari itu berlaku dinegeri yang kuat kepanasannya tidak yang sejuk dan yang sederhana, kerana kesan matahari pada keduanya lemah. Tidak ada beza diantara bahawa jemuran itu disengajakan atu tidak kerna ujud perkara yang bahaya itu. Tidak makruh air musyammas itu dikolam-kolam tanpa khilaf.

. . . . 49. Adakah karahah itu dari sudut syara atau nasihat? Padanya dua wajah. Yang paling sahih daripadanya didalam syarah Muhazzab bahawa ianya dari sudut syara. Maka diatas ini diberi ganjaran seorang diatas meninggalkan penggunaannya. Dan diatas yang kedua yang mana ianya sebagai nasihat tidak diganjari padanya kerana ia dari sudut penjagaan kesihatan.

. .50. Dikatakan: bahawa air musyammas itu tidak dimakruhkan semata-mata. Rafie membangsakannya kepada imam-imam yang tiga itu.

: . . . . . . .51. Kata Nawawi didalam Ziadah Raudhah: ianya yang rajih dari sudut dalil, dan ianya mazhab kebanyakkan ulamak. Karahahnya itu tidak ada dalil yang diiktimadkan. Bila kita katakan karahahnya maka ianya karahah tanzih, ia tidak menegah sah thoharah, dan khusus penggunaannya dengan tubuh, dan hilang ia dengan disejukkan diatas yang paling sahih. Pada hal yang ketiga ini dirujuk para doktor. Wallahu alam. Intaha. . 52. Apa yang Nawawi sahkan daripada hilang karahah musyammas itu dengan disejukkan sungguh Rafie mengesahkan didalam syarah Shaghir akan kekalnya.

: . . . . . . 53. Katanya didalam Syarah Muhazzab pula: yang betul bahawa musyammas itu tidak makruh. Dan hadith Aisyah ini dhaif dengan ittifak para muhaddith. Sebahagian mereka menjadikannya maudhu. Begitu juga apa yang diriwayatkan Syafie dari Umar al khattab bahawa ia mewarisikan sopak adalah dhaif, kerana ittifak para muhaddith diatas mendhaifkan Ibrahim bin Muhammad. Sementara hadith Ibnu Abbas tidak makruf. Wallahu alam.

. . 54. Apa yang dia sebutkan daripada athar Umar r.a maka tidak dibenarkan, dan dakwaannya tentang ittifak diatas mendhaifkan Ibrahim seorang daripada para perawi bagi selain Muslim, maka syafie mengatakan dia thiqah, dan pada perbuatan syafie menthiqahkannya itu mencukupi. Dan sungguh menghukumkan dia orang thiqah oleh ramai para huffaz, dan Daruqutni meriwayatkan athar ini dengan sanad-sanad lain yang sahih.

: . . . . 55. Kata Nawawi didalam Ziadah Raudhah: makruh kuat panas dan sejuk. Wallahu alam. Illat padanya adalah tidak meratakan air. Katanya pada telaga Thamud bahawa ia ditegah darinya, maka serendah-rendah martabatnya bahawa penggunaannya makruh. ( ).

56. Kata [dan yang suci yang tidak menyucikan, iaitu air mustamal].

. ( ). ( ) . . 57. Ini adalah bahagian ketiga daripada bahagian-bahagian air iaitu air yang telah digunakan pada mengangkatkan hadath atau menghilangkan najis bilamana ia tidak berubah dan tidak bertambah timbangannya. Maka ianya suci kerana kata nabi sawm ((Allah menjadikan air itu menyucikan, tidak menajiskannya sesuatu melainkan apa yang mengubah kecapannya atau baunya)). Pada satu riwayat ((atau warnanya)) yang mana ianya dhaif. Yang sabit adalah kecapannya atau baunya sahaja.

. . . . . 58. Adakah ianya menyucikan, mengangkatkan hadath dan menghilangkan najis juga? Padanya ada khilaf mazhab bahawa ia tidak menyucikan kerana para sahabat r.anhum serta kuat ambil berat dengan urusan ugama tidak pernah mereka mengumpulkannya untuk berwudhuk dengannya kali kedua. Kalaulah demikian tu harus nescaya mereka melakukannya. Berselisih ashab syafie pada illat tegahan penggunaannya kali kedua. Yang sahih bahawa telah tertunai satu fardhu dengannya. Dikatakan: bahawa telah tertunai ibadat dengannya.

. . . 59. Zahir faedah khlaf ini pada dua rupa masaalah. Pertamanya pada keadaan yang digunakan air pada toharah sunat seperti tajdid wudhuk dan mandi-mandi sunat dan basuhan kedua dan ketiga. Maka diatas pendapat yang sahih adalah air itu menyucikan kerana tidak tertunai sebarang fardhu dengannya. Sementara diatas yang dhaif ianya tidak menyucikan kerana telah tertunai satu ibadat dengannya.

. .60. Tidak ada khilaf bahawa air basuhan ketiga adalah menyucikan diatas dua illat ini kerana tidak tertunai fardhu dengannya dan ia tidak disyarakan. Dan basuhan yang pertama tidak menyucikan diatas dua illat ini kerana telah tertunai fardhu dan ibadat dengan airnya.

: . . . . 61. Rupa masaalah kedua: air yang mandi perempuan kitabiah dengannya kerana haid supaya dia halal bagi suaminya yang muslim. Adakah ianya menyucikan? Terbina ia diatas bahawa kalau dia memeluk Islam adakah lazim dia mengulang mandi? Padanya khilaf. Jika kita katakan tidak lazim dia mengulang mandi maka ia tidak menyucikan, dan jika kita katakan lazim dia mengulang mandi yang mana ia yang sahih maka pada air yang telah dia gunakan ketika kufurnya ada dua wajah yang dibina diatas dua illat itu. Jika kita katakan bahawa illatnya tertunai fardhu maka air itu tidak menyucikan, dan jika kita katakan bahawa illatnya tertunai ibadat maka ia menyucikan kerana perempuan kafir itu bukan ahli ibadat.

. . 62. Ketahuilah bahawa isteri yang gila bila berhaid dan suaminya memandikannya hukumnya adalah hukum perempuan kafir pada apa yang telah kami sebutkan tadi. Ianya masaalah yang cantik yang disebutkan Rafie pada sifat wudhuk sementara Nawawi menggugurkannya dari Raudhah.

. . . 63. Ketahuilah bahawa air yang berwudhuk kanak-kanak dengannya adalah tidak menyucikan. Begitu juga air yang berwudhuk dengannya orang yang berwudhuk sunat. Begitu juga orang yang tidak mengiktikadkan wajib niat, diatas yang sahih pada semua masaalah ini.

. . 64. Kemudian, selama mana air itu berulang alik diatas anggota tidak sabit baginya hukum istimal. Kalau mengalir air dari satu anggota orang yang berwudhuk kepada anggota yang lain jadilah ia mustamal, hinggakan kalau ia berpindah dari satu daripada dua tangannya kepada yang satu lagi jadilah ia mustamal.

. . .65. Kalau berpindah air yang biasanya berpindah, dari satu anggota ketempat lain pada anggota itu, sepertimana yang terjadi ketika memindahkan air dari tapak tangan kepada lengan, dan dia mengembalikannya ketapak tangan dan umpamanya, tidak mudharat pindahannya, sekalipun memisahkannya dari tangan itu oleh angin. Ianya masaalah yang cantik. Rafie menyebutkannya pada akhir bab kedua daripada bab-bab tayammum, sementara Nawawi mengabaikannya.

. .66. Walau begitu dia menyebutnya disini didalam Ziadah Raudhah bahawa kalau terpisah air dari sebahagian anggota-anggota orang yang berjunub kepada sebahagiannya akan dua wajah. Yang paling sahih disisi Mawardi dan Ruyani bahawa pindahan itu tidak memudharatkan dan air itu tidak menjadi mustamal. . . . . . 67. Yang rajih disisi syeikh-syeikh Khurasan bahawa ia menjadi mustamal. Kata al Imam bahawa pindahannya dengan kasad jadilah ia mustamal. Jika tidak maka tidak. Nawawi mengesahkan didalam Tahkik bahawa ia menjadi mustamal, sementara Ibnu Rifah mengesahkan bahawa ia tidak menjadi mustamal.

. : . 68. Kalau seorang berjunub menyelam didalam air kurang dua kolah dan air itu meratai tubuhnya kemudian dia berniat terangkatlah janabahnya tanpa khilaf, dan jadilah air itu mustamal dengan nisbah kepada orang lain, dan tidak menjadi mustamal dengan nisbah kepada dirinya. Al Khawarizmi menjelaskannya, hingga bahawa dia berkata: kalau dia berhadath kali kedua ketika selamannya itu harus terangkat hadath itu dengan air itu. . . 69. Jika orang berjunub itu berniat sebelum sempurna selam terangkatlah janabahnya dari juzuk yang bersentuh dengan air tanpa khilaf, dan air itu tidak menjadi mustamal, bahkan boleh dia sempurnakan selaman itu dan terangkatlah janabahnya dari baki tubuhnya diatas yang sahih lagi dinaskan. Wallahu alam.

( ).

70. Katanya [dan yang berubah dengan apa yang bergaul dengannya, daripada benda-benda suci.]

. : . 71. Ini penyempurnaan bahagian ketiga. Takdir kalamnya: air yang berubah dengan sesuatu daripada benda-benda suci adalah suci pada dirinya tidak menyucikan yang lain, seperti air mustamal. . . .72. Dhabitnya bahawa setiap perubahan yang menegah nama air yang semata-mata menanggalkan keadaannya menyucikan. Jika tidak maka tidak. Maka kalau ia berubah dengan perubahan yang sedikit maka yang paling sahih bahawa ia menyucikan kerana kekal nama air yang semata-mata itu.

" " . . 73. Katanya dengan apa yang bergaul dengannya kerana memelihara dari apa yang berubah dengan benda suci yang berjiran dengannya, walaupun perbubahan itu banyak, maka ia kekal diatas keadaannya menyucikan, sepertimana bila ia berubah dengan minyak atau lilin. Ini adalah yang sahih, kerana kekal nama air yang semata-mata itu.

. . 74. Tidak dapat tidak bahawa adalah benda yang jatuh kedalam air itu daripada benda yang ia terkaya darinya seperti zafaran dan simen dan umpama keduanya. Adapun bila perubahan itu dengan barang yang tidak terkaya air darinya seperti tanah dan kiambang dan kapur dan zirnikh dan selainnya yang berada pada tempat tetap dan tempat lalunya, dan air yang berubah dengan sebab lama tetapnya maka ianya menyucikan, kerana payah dan kekal nama air yang semata-mata itu. : . . 75. Memada pada perubahan itu oleh satu daripada sifat-sifatnya yang tiga: rasa atau warna atau bau, diatas yang sahih. Pada satu wajah yang dhaif disyaratkan berhimpun ketiga-tiganya.

. . . . 76. Tidak ada beza diantara perubahan yang nampak atau perubahan yang maknawi, sepertimana bila bergaul dengan air oleh apa yang menyamainya pada sifat-sifatnya, seperti air mawar yang hilang bau dan air pokok dan air mustamal. Maka kita takdirkan bahawa kalau yang jatuh itu mengubahnya dengan sifat yang dapat dikesan dengan pancaindera dan ia menanggalkan keadaannya menyucikan. Maka kita hukumkan tertanggal keadaan menyucikan air ini yang jatuh padanya cecair yang menyamainya pada sifat-sifatnya. Jika tidak maka ia tidak menanggalkan keadaan menyucikan darinya. . . . 77. Kalau air berubah dengan tanah yang sengaja dicampakkan kedalamnya maka ia menyucikan diatas yang sahih. Yang berubah dengan garam ada beberapa wajah. Yang paling sahihnya menanggalkan keadaannya menyucikan oleh garam bukit tidak garam air. . . . . . . 78. Kalau air berubah dengan daun-daun pokok yang berguguran dengan sendiri jika ia tidak hancur lumat didalam air maka ia menyucikan diatas yang paling zahir. Jika ia hancur lumat dan bergaul maka ada beberapa wajah. Yang paing sahih bahawa ia kekal diatas keadaannya menyucikan kerana payah memelihara darinya. Maka kalau daun-daun itu dicampakkan kedalam air dengan sengaja dan ia berubah dengannya maka pendapat mazhab bahawa ia tidak menyucikan. Sama sahaja ia dicampakkan kedalam air itu dalam keadaan sekeping atau hancur. Wallahu alam. ( ).79. Katanya [dan air najis, iaitu air yang jatuh najis padanya sedang ia kurang dari dua kolah atau cukup dua kolah lalu ia berubah]. . . . 80. Ini adalah bahagian keempat daripada bahagian-bahagian air. Ianya sepertimana disebutkan terbahagi kepada yang sedikit dan yang banyak. Maka adapun yang sedikit maka ia menjadi najis dengan semata-mata bersentuh najis yang memberi kesan, sama sahaja ia berubah atau tidak, sepertimana diitlakkan oleh syeikh. ( ). (). . 81. Demikian itu kerana mafhum kata nabi sawm ((bila air sampai dua kolah ia tidak menanggung khabath)). Pada satu riwayat ((najis)). Maka hadith ini dengan mafhumnya menunjuk keatas bahawa bila ia kurang dari dua kolah ia terkesan dengan najis. . : . 82. Dipelihara dengan najis yang memberi kesan dari yang tidak memberi kesan. Kata Nawawi didalam Raudhah: seperti bangkai yang tidak ada baginya darah yang mengalir seumpama lalat dan lipas dan umpamanya, dan seperti najis yang tidak dapat dilihat pandangan sepintas lalu kerana umum bala dengannya, .83. Dan sepertimana bila hinggap lalat diatas najis kemudian dia jatuh kedalam air, dan percikkan kencing yang tidak dapat dikesan pandangan sepintas lalu, maka dimaafkan darinya. . .84. Dan sepertimana bila menjilat air oleh kucing yang bernajis mulutnya kemudian ia ghaib dan diihtimalkan suci mulutnya itu. Maka air yang sedikit itu tidak bernajis pada rupa-rupa masaalah ini.

. . . 85. Diihtimalkan juga sedikit bulu najis, maka ia tidak menajiskan air yang sedikit. Menjelaskannya nawawi didalam babbejana-bejana didalam ZiadahNya, dan dia menakalkannya dari para ashab. : . . : .86. Katanya: tidak khusus ia dengan bulu anak adam pada yang palling sahih; iaitu sebagai cabangan diatas najisnya bulu anak adam. Kemudian dia kata: diketahui sedikit itu dengan uruf.

: . : . 87. Kata al Imam: barangkali ianya bulu yang biasa tercabut. Akan tetapi dia berkata didalam Syarah Muhazzab: dimaafkan dari sehelai dan dua helai dan tiga helai. . . .88. Dikecualikan juga haiwan bilamana ada najis pada manfaznya kemudian dia jatuh kedalam air, maka ia tidak menajiskannya diatas yang paling sahih kerana payah menjaganya. Menyebutkannya Rafie pada syarat-syarat sembahyang. Bersalahan kalau haiwan itu orang yang beristinja dengan batu maka ia menajiskannya tanpa khilaf, sepertimana yang dia katakan didalam Syarah Muhazzab, kerana orang yang istinja dengan batu itu boleh menjaga diri darinya.

. . 89. Dikecualikan juga keadaan bilamana kanak-kanak memakan suatu yang najis kemudian dia ghaib dan diihtimalkan suci mulutnya, sama seperti kucing, maka ia tidak menajiskan air sedikit. Menyebutkan demikian itu Ibnu Sholah, dan ianya masaalah yang cantik.

: . . .90. Kata Malik rahimahullah taala: air sedikit itu tidak menajiskan melainkan dengan berubah, sama seperti yang banyak. Ianya satu wajah didalam mazhab kita. Memilihnya Ruyani.

. . ( ) ( ) . 91. Pada qaul qadim bahawa air mengalir tidak jadi najis melainkan dengan berubah. Memilihnya sekumpulan ulamak yang daripada mereka itu al Ghazali dan baidhawi didalam kitabnya Ghayatul Quswa. Ianya kuat dari sudut tilikkan, kerana dilalah Allah menjadikan air itu menyucikan adalah dilalah tuturan dan ianya lebih kuat dari dilalah mafhum pada kata nabi sawm bila air sampai dua kolah. ( ) .92. Adapun air yang banyak iaitu dua kolah maka lebih maka ia tidak jadi najis melainkan dengan berubah, kerana kata nabi sawm ((Allah menjadi air itu menyucikan)), dan kerana ijmak yang tersimpul diatas kenajisannya dengan berubah.

. . . . . 93. Kemudian tidak ada beza diantara perubahan yang sedikit dan yang banyak, sama sahaja berubah kecapan atau warna atau bau. Ini tidak ada khilaf padanya disini. Bersalahan apa yang telah lalu pada perubahan dengan benda suci. Dan sama sahaja najis yang bersentuh dengan air itu bergaul atau berjiran. Pada satu wajah yang syaz bahawa najis yang berjiran itu tidak menajiskannya.

.94. Katanya jatuh padanya najis dia menjaga dengannya dari keadaan kalau air berbau dengan bangkai yang terdampar ditebing air maka ia tidak menajiskan kerana tidak ada sentuhan.

. . .95. Katanya maka ia berubah dia menjaga dengannya dari keadaan bilamana air yang banyak tidak berubah dengan najis, walhal najis itu sedikit dan hancur didalam air maka ia tidak jadi najis. Boleh digunakan semua air itu diatas pendapat mazhab yang sahih. Pada satu wajah ditinggalkan kadar najis itu. . 96. Kalau jatuh kedalam air yang banyak oleh najis yang menyamainya pada sifat-sifatnya seperti air kencing yang hilang baunya maka kita takdirkannya diatas apa yang telah lalu pada benda-benda suci. . . . . 97. Kalau jatuh kedalam air yang banyak oleh najis yang keras maka dua pendapat. Yang paling zahir bahawa harus dia menceduk dari mana-mana tempat yang dia mahu. Tidak wajib menjauhi najis itu kerana air itu semuanya suci. Pendapat yang satu lagi bahawa dia menjauhi najis itu kadar dua kolah. . . . . .98. Kalau berubah sebahagian daripada air yang banyak maka yang paling sahih didalam Rafie Kabir adalah najis semua air itu. Yang paling sahih didalam Ziadah Raudhah jika bakinya kurang dua kolah maka najis. Jika tidak maka suci. Mentarjihkannya Rafie didalam Syarah Shaghir. Wallahu alam.

(). . . . . . 99. Cabangan. Didalam Ziadah Raudhah bila jatuh najis kedalam air dan disyakkan dakah ianya dua kolah atau tidak. Maka yang dijazamkan al mawardi dan selainnya bahawa ianya najis kerana najis itu pasti. Bagi al Imam padanya ada ihtimal. Yang dipilih bahkan yang betul adalah jazam dengan sucinya kerana asal adalah sucinya dan tidak lazim dari ujud najis oleh menjadi najis air. Wallahu alam.

( ) : ( ). 100. Katanya [dua kolah itu lima ratus kati Iraq, diatas jalan taqrib, pada kaul yang paling sahih], kerana apa yang diriwayatkan al Mawardi dari Abdullah bin Umar r.anhuma, katanya: kata rasulullah sawm ((bila air sampai dua kolah dengan kolah-kolah Hajar tidak menajiskannya oleh sesuatu)).

: . . . . . 101. Kata Syafie r.a: kata Ibnu Juraij: aku pernah lihat kolah-kolah Bani Hajar itu. Satu kolahnya memuatkan dua qirbah atau dua qirbah dan sesuatu. Maka Syafie r.a bercermat dan menjadikan sesuatu itu setengah. Satu qirbah itu tidak lebih ghalibnya dari seratus kati. Ketika itu maka jumlah demikian itu adalah lima qirbah iaitu lima ratus kati Iraq.

.102. Adakah demikian itu diatas jalan taqrib atau tahdid? Yang paling sahihnya bahawa ia diatas jalan taqrib.

.103. Maka diatas pendapat yang paling sahih ini bahawa tidak memudharatkan oleh kurang kadar yang tidak zahir dengan sebab kurangnya oleh berlebih kurang pada perubahan dengan satu kadar daripada benda-benda yang mengubah sifat air.

. . . . 104. Contohnya: kalau kita letakkan kadar sekati benda yang mengubah sifat air kedalam lima ratus kati air ia tidak berkesan, dan kalau kita kurangkan dari air yang lain kadar dua kati atau tiga kati sebagai contoh walhal ianya lima ratus kati dan kita letakkan sekati ia tidak berkesan, maka kurang sebanyak ini tidak berkesan (pada keadaannya dua kolah). Kemudian kalau kita letakkan kadar sekati benda yang mengubah sifat air pada lima ratus kati melainkan lima kati sebagai contoh maka ia berkesan, kita katakan kurang sebanyak ini memberi kesan.

. . .105. Diatas kaul tahdid: memudharatkan sebarangmana kurang, sama seperti melaksanakan zakat. Dikatakan: dimaafkan kurang dua kati. Dikatakan tiga dan umpamanya.

. . . 106. Kadar dua kolah itu dengan ukuran adalah satu dan satu perempat hasta nisbah panjang dan lebar dan dalam. Kadarnya dengan kati Damsyiq seratus lapan dan dua pertiga kati diatas jalan taqrib diatas pendapat Rafie bahawa sekati Baghdad itu seratus tiga puluh dirham. Wallahu alam.

* ( ).

107. Katanya [Fasal. kulit-kulit bangkai jadi suci dengan disamak melainkan kulit anjing dan babi dan apa yang lahir dari keduanya atau dari satu daripada keduanya]. .108. Haiwan yang jadi najis dengan sebab mati bila disamak kulitnya sucilah ia dengan samakkan itu, sama sahaja pada demikian itu haiwan yang dimakan daging dan selainnya. ( : . : ). . 109. Asal pada demikian itu hadith Maimunah r.a sekira-kira nabi sawm berkata pada kibasnya ((hendaklah kamu ambil belulangnya. Maka kata mereka: ianya bangkai. Maka kata rasulullah sawm: menyucikannya air dan daun salam)). Meriwayatkannya Abu Daud dan nasaie. Isnadnya hasan. ( ). .

110. Daripada Ibnu Abbas r.anhuma bahawa rasulullah sawm berkata ((bila disamak belulang maka ia suci)). Meriwayatkannya Muslim. . . 111. Kemudian bila disamak kulit sucilah zahirnya dengan jazam, begitu juga batinnya diatas kaul jadid yang masyhur, maka sembahyang seorang diatasnya dan padanya dan menggunakannya pada benda-benda kering dan basah. Harus menjualnya dan menghibahkannya dan mewasiatkannya. Adakah harus memakannya hal keadaan ian daripada haiwan yang boleh dimakan? Rafie mentarjihkan harusnya, sementara Nawawi haramnya.

. . . 112. Adalah samakkan itu dengan benda-benda yang tajam seperti tawas dan xx dan daun salam dan kulit limau dan manjakani. Terhasil samakkan dengan benda-benda bernajis dan najis seperti tinja merpati diatas yang paling sahih. Tidak memada mengeraskannya dengan tanah dan matahari diatas yang sahih.

113. . . 114. Wajib membasuhnya selepas proses samakkan jika ia disamak dengan najis diatas jalan putus. Begitu juga jika ia disamak dengan benda suci diatas yang sahih. : . . . 115. Kata para ashab: diiktibarkan pada keadaannya menjadi disamak akan tiga perkara. Satu daripadanya tertanggal fahdlah-fadhlahnya, keduanya bahawa menjadi elok diri kulit itu, ketiganya bahawa ia sampai pada samakkan itu kepada keadaan yang kalau direndam ia didalam air tidak kembali rosak dan busuk. Wallahu alam. . .116. Adapun kulit anjing dan babi dan anak satu daripada keduanya maka tidak suci disisi kita, tanpa khilaf, kerana keduanya najis pada ketika hidup lagi, sedangkan samakkan itu hanya menyucikan kulit yang jadi najis dengan sebab mati, kerana samakkan itu setakat menanggalkan fadhlah-fadhlah kulit dan mengelakkan dari berubah zatnya, dan yang maklum bahawa hidup itu lebih mendalam pada demikian itu berbanding samakkan. Maka bilamana hidupnya tidak berfaedah pada sucinya maka terutama bahawa samakkan itu tidak berfaedah padanya.

( ). { }. . . 117. Katanya [Tulang bangkai dan bulunya adalah najis melainkan anak adam]. Asal pada demikian itu kata Allah taala ((diharamkan keatas kamu bangkai)). Pengharaman apa yang tidak haram dan tidak memudharatkan pada memakannya menunjuk atas najisnya. Tidak ada syak bahawa tulang dan bulu itu daripada juzuk-juzuk haiwan.

. . . 118. Naam, pada rambut itu ada khilaf, pada bahawa ianya jadi najis dengan sebab mati atau tidak. Ianya dua pendapat. Satu daripadanya ia tidak jadi najis kerana tidak jatuh nyawa padanya, maka tidak ada roh padanya, maka ia tidak jadi najis dengan sebab mati dengan dalil bila ia dipotong ia tidak berasa dan tidak sakit.

. .

119. Yang paling zahir daripadanya bahawa ia jadi najis. Ianya adalah yang dijazamkan syeikh kerana jika ia bernyawa maka ia jadi najis dengan sebab mati, dan jika ia tidak bernyawa maka ia jadi najis kerana mengikutkan keseluruhan tubuh kerana ia sebahagian daripadanya sepertimana wajib membasuhnya pada toharah dan janabah,

. . . .

120. Adapun tulang maka padanya ada khilaf. Dikatakan: ianya sama seperti rambut. Pendapat mazhab adalah jazam dengan najisnya kerana ia berasa dan sakit dengan dipotong. Bulu halus dan bulu pahat dan bulu pelepah sama seperti bulu rambut.

. . . . 121. Maka bila kita kata dengan najis bulu maka pada bulu anak adam ada dua pendapat kerana bina diatas jadi najisnya dengan sebab mati. Jika kita katakan dia jadi najis dengan sebab mati maka begitu juga jadi najis bulunya. Dan jika kita katakan dia tidak jadi najis yang mana ia yang rajih maka tidak jadi najis bulunya diatas yang paling sahih. Wallahu alam.* ( ) : ( ). .122. Katanya [Tidak harus mengunakan bejana emas dan perak, dan harus menggunakan selain keduanya daripada bejana-bejana], kerana apa yang sabit pada hadith yang sahih daripada riwayat Huzaifah r.a katanya: aku dengar rasulullah sawm berkata ((jangan kamu memakai sutera dan dibaj dan jangan kamu minum pada bejana emas dan perak, maka ianya untuk mereka didunia dan untuk kamu diakhirat)). ( ). ( ). ( ) . 123. Didalam Muslim ((orang yang minum pada bejana emas dan perak dia hanya mengalirkan masuk didalam perutnya api neraka jahannam)). Pada satu riwayat ((siapa minum pada bejana emas atau perak maka dia hanya mengalirkan kedalam perutnya api neraka jahannam)). Pada satu riwayat ((sungguhnya orang yang makan dan minum)), al hadith. . . . .124. Huruf jim pada yang kedua dikasrahkan tanpa khilaf. Mengatakannya Nawawi. Didalam al Iqlid ada satu hikayat yang menyalahinya. Adapun maka harus padanya rafa dan nashab, nashab adalah yang sahih. . . . . .125. Maknanya bahawa peminum itu mencampakkan api neraka kedalam perutnya dengan tegukkan yang berturutan didengar baginya bunyi menggelegak iaitu bunyi kerana mengalir air itu didalam halkumnya. Diatas riwayat rafa adalah itu fael. Maknanya bahawa api itu berbunyi didalam rongganya. Moga Allah taala mensejahterakan kita darinya dan dari perbuatan yang endekatkan kita kepadanya. : . . . . 126. Kata Nawawi didalam syarah Muslim: kata para ashab: tersimpul ijmak diatas pengharaman makan dan minum dan sekelian penggunaan pada bejana emas atau perak, melainkan apa yang dihikayatkan dari Daud. Kaul qadim Syafie bahawa ianya dimakruhkan. Para ulamak muhaqqiq tidak mengambil kira, bersalahan Daud. Kata-kata Syafie itu ditakwilkan sepertimana dikatakan pengarang Taqrib, serta bahawa Syafie telah menarik balik kaul qadim itu.

. . 127. Maka terhasil bahawa ijmak tersimpul diatas haram penggunaan bejana emas dan perak pada makan dan minum dan bersuci dan makan dengan sudu daripada satu daripada keduanya dan berdupa dengan pedupaan diperbuat daripadanya dan semua wajah-wajah penggunaan. Daripadanya bekas dan batang celak dan bekas-bekas yang mahal dan selain itu. Sama sahaja bejana yang kecil dan yang besar.

. . . . 128. Sama pada pengharaman itu oleh lelaki dan perempuan tanpa khilaf. Beza diantara lelaki dan perempuan hanyalah pada memakai barang kemas dengan tujuan berhias perempuan untuk suami dan penghulunya. Haram menggunakan air mawar dan minyak pada botol dari emas dan perak. Ini adalah yang sahih.

. . . .129. Didalam al Qanani: begitu juga haram menghiasai kedai dan rumah dan tempat-tempat duduk dengan bejana-bejana emas dan perak. Ini yang betul. Sebahagian ashab mengharuskannya yang mana ia kesilapan kerana setiap suatu yang asalnya haram maka memandang kepadanya adalah juga haram. Syafie da para ashab menaskan bahawa kalau seorang berwudhuk atau mandi dari bejana emas atau perak dia melakukan maksiat.

. . .130. Haram membuat bejana-bejana ini tanpa menggunakannya diatas yang sahih, kerana apa yang haram menggunakannya haram membuatnya seperti alat-alat kelalaian. Moga Allah menyelamatkan kita dari mencapai apa yang menjadi sebab neraka. Haram diatas tukang membuatnya, dan dia tidak berhak kepada upah kerana perbuatannya maksiat. . .131. Kalau seorang memecahkan bejana-bejana ini maka tidak ada ganti rugi diatasnya. Tidak halal seorang menuntutnya dengan ganti rugi dan tidak juga melaporkannya kepada penguasa-penguasa zalim pada zaman kita ini kerana mereka itu orang-orang jahil yang mencapai bejana-bejana ini sampaikan mereka meminum arak menggunakannya beserta dengan alat-alat kelalaian.

( . : ! : ). 132. Pada hadith Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah sawm berkata ((diiubah rupa sekumpulan orang daripada umat ku pada akhir zaman kelak menjadi kera dan babi. Kata mereka: wahai rasulullah! Bukankah mereka itu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawa engkau rasulullah? Katanya: bahkan. Akan tetapi mereka mengambil pemuzik-pemuzik dan penyanyi-penyanyi maka mereka bermalam diatas kelalaian dan permainan mereka lalu diwaktu pagi mereka diubah rupa menjadi kera dan babi)). ( ). . .133. Pada satu hadith Anas r.a bahawa rasulullah sawm berkata ((siapa duduk mengadap penyanyi perempuan, mendengar darinya dituangkan pada dua telinganya aniq)). Aniq itu timah yang cair. Wallau alam.

. : . . . .134. Adapun bejana selain emas dan perak maka jika ia dari permata yang mahal seperti delima dan fairuz dan umpama keduanya maka adakah ianya haram? Padanya khilaf? Dikatakan: haram kerana padanya ada unsur bermegah-megah dan berlebih-lebih dan memecahkan hati fakir miskin. Yang sahih bahawa ianya tidak haram. Tidak ada khilaf bahawa tidak haram bejana yang mahal nilainya pada pembuatannya dan tidak dimakruhkan, sama seperti memakai sutera kattan dan bulu yang mahal.

() . . . 135. Cabangan. Kalau seorang membuat bejana dari tembaga dan umpamanya dan dia menyadurnya dengan emas atau perak, jika terhasil sesuatu daripadanya dengan diletakkan diatas api haram ia diatas yang sahih. Jika tidak terhasil sedikit daripadanya dengan dirintangkan diatas api maka yang ditarjihkan pada bab ini bahawa ia tidak haram. Yang ditarjihkan pada bab zakat dua duit bahawa ianya haram. : . . . . . 136. Kata Nawawi didalam Syarah Muhazzab: kalau seorang menyadur pedang dan selainnya daripada alat-alat perang atau selainnya dengan emas, sebagai saduran yang tidak terhasil sesuatu daripadanya dengan dirintangkan diatas api maka dua jalan. Yang paling sahih daripada keduanya dan dengannya jazam ulamak-ulamak Iraq adalah haramnya kerana hadith itu. Masuk padanya cincin dan kotak pasir dan botol dakwat dan selainnya. Maka hendaklah dia mengelakkan demikian itu. Wallahu alam.

: . . . . .137. Katanya didalam Syarah Muhazzab: menyadur bumbung rumah dan dindingnya dengan emas atau perak adalah haram dengan jazam. Kemudian jika terhasil daripadanya sesuatu dengan dirintangkan diatas api haram mengekalkannya Jika tidak maka tidak. Mengikutnya Ibnu Rifah diatas jazam dengan demikian itu. Wallahu alam.* (. . : ).

138. [Fasal. Siwak itu sunat pada setiap keadaan melainkan selepas zawal bagi orang yang puasa. Ianya pada tiga tempat lebih kuat sunatnya: disisi berubah bau mulut kerana diam lama, dan disisi bangun dari tidur, dan disisi berdiri untuk sembahyang.]

( ). . . . 139. Siwak itu sunat semata-mata kerana kata nabi sawm ((siwak itu bekas air untuk menyucikan mulut dan keredhaan Tuhan)). Ianya hadith sahih yang diriwayaktan Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dan Baihaqi dan Nasaie dengan isnad yang sahih. Menyebutkannya Bukhari sebagai talik dengan sighah jazam. Taliknya dengan sighah jazam itu betul. () . .140. dengan fathah mim dan kasrahnya. Ianya setiap bejana yang digunakan untuk bersuci, maka diserupakan siwak dengan demikian itu kerana ia menyucikan mulut.

. ( ). . ( ). 141. Adakah ia dimakruhkan bagi orang yang puasa selepas zawal? Padanya khilaf. Yang rajih didalam Rafie dan Raudhah bahawa ianya makruh kerana kata nabi sawm ((sungguhnya bau mulut orang yang puasa lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi)). Meriwayatkannya Bukhari. Pada satu riwayat bagi Muslim ((pada hari kiamat)).

. . 142. dengan dhammah kha dan lam adalah perubahan. Dikhaskan ia dengan perubahan selepas zawal kerana perubahan mulut dengan sebab puasa zahir ketika ketika itu.

. : . . . : .143. Maka kalau berubah mulut sesaorang selepas zawal dengan sebab lain seperti tidur atau selainnya maka dia bersiwak kerana demikian itu tidak dimakruhkan ia. Dikatakan: tidak dimakruhkan bersiwak semata-amata. Dengannya berkata imam-imam yang tiga, sementara Nawawi mentarjihkannya didalam syarah Muhazzab. Kata Qadhi Husain: makruh ia pada fardhu tidak pada sunat, kerana takutkan riak.

. . : . . 144. Kata Musannif bagi orang yang berpuasa difahami darinya bahawa karahah itu hilang dengan tenggelam matahari. Ini adalah yang sahih didalam Syarah Muhazzab. Dikatakan: kekal karahah itu hingga kepada makan berbuka. Wallahu alam.

. . . . 145. Kemudian siwak itu jadi kuat sunatnya pada beberapa tempat. Daripadanya disisi berubah mulut kerana azm dan selainnya. Azm itu dikatakan diam yang lama, dan dikatakan meninggalkan makan. Katanya dan selainnya masuk padanya keadaan bilamana ia berubah dengan makan benda yang punya bau busuk seperti bawang putih dan bawang merah dan umpama keduanya. . ( ). ( ). . . .146. Daripadanya disisi bangun dari tidur. ((sentiasalah rasulullah sawm bersiwak bila dia terjaga dari tidur)). Diriwayatkan ((membersihkan mulutnya dengan siwak)). Makna membersihkan dan membasuh. Wajah pengukuhan tuntutan sunatnya disisi bangun tidur bahawa tidur itu melazimkan tidak makan dan diam dari bercakap, yang mana keduanya sebeb-sebab perubahannya.

( ). . ( ). . 147. Daripadanya ketika berdiri untuk sembahyang kerana kata nabi sawm ((kalaulah aku tidak menyusahkan umat ku nescaya aku suruh mereka bersiwak disisi setiap sembahyang)). Meriwayatkannya dua syeikh. Daripada Aisyah r.a dari nabi sawm katanya ((dua rakaat dengan siwak terafdhal dari tujuh puluh rakaat tanpa siwak)). Meriwayatkannya Abu Nuaim dari hadith Humaidi dengan isnad yang setiap rijalnya thiqah.

. . . .148. Siwak itu kuat dituntut disisi berdiri untuk sembahyang sekalipun mulut tidak berubah. Tidak ada beza diantara sembahyang fardhu dan sunat, hingggakan kalau seorang mendirikan sembahyang yang punya banyak kali salam seperti dhuha dan tarawih dan tahajjud disunatkan dia bersiwak untuk setiap dua rakaat. Begitu juga sembahyang jenazah dan tawaf. Tidak ada beza diantara sembahyang dengan wudhuk atau tayammum atau disisi luput dua yang menyucikan.

. ( ). . 149. Kuat tuntutan sunatnya juga disisi wudhuk sekalipun dia tidak sembahyang. Meriwayat nasaie ((kalaulah aku tidak menyusahkan umat ku nescaya aku suruh mereka bersiwak disisi setiap wudhuk)). Ibnu Khuzaimah membilangnya sahih sementara Bukhari mentalikkannya. .150. Sunat ia disisi membaca Quran dan disisi kuning gigi sekalipun tidak berubah mulut.

. . .151. Ketahuilah, terhasil amalan siwak itu dengan perca kain dan dengan setiap benda kasar yang menghilangkan. Ranting kayu terutama, dan ranting arak terutama. Yang terafdhal bahawa ianya dengan ranting yang kering yang dilembabkan dengan air. Sunat membasuhnya untuk dia bersiwak dengannya kali kedua.

. . . . . . .

152. Kalau seorang bersiwak dengan jari orang lain dan ianya kasar ia memada dengan jazam. Dia mengatakannya didalam Syarah Muhazzab. Pada jari dirinya sendiri ada khilaf. Yang rajih didalam Raudhah bahawa ia tidak memada, sementara yang rajih didalam Syarah Muhazzab adalah memadanya. Dengannya jazam Qadhi Husain dan Muhamili dan Bughawi dan syeikh Abu Hamid, sementara Ruyani memilihnya didalam al Bahr. Tidak mengapa seorang bersiwak dengan siwak orang lain dengan izinnya. . . 153. Sunat bahawa dia bersiwak dengan kanannya dan mula dengan sebelah kanan mulutnya, dan bahawa dia melalukannya diatas bumbung halkumnya dengan lembut dan gusi gerahamnya, dan dia niatkan sunat dengan siwak itu.

. .154. Sunat ia ketika masuk rumah dan ketika hendak tidur. Wallahu alam.* (. : ).155. Katanya [Fasal. Fardhu-fardhu wudhuk itu enam: niat ketika basuh muka].

156. . . 157. Ketahuilah bahawa wudhuk itu punya syarat-syarat dan fardhu-fardhu. Maka syarat-syaratnya itu Islam dan tamyiz dan air yang menyucikan, dan tidak ada penghalang yang zahir seperti daki, dan tidak ada penghalang yang syarie seperti haid dan nifas, dan masuk waktu pada hak orang yang punya dharurat seperti perempuan mustahadah dan orang yang bertalian kentut.

. ( ). . .158. Adapun fardhu-fardhu maka enam sepertimana disebutkan syeikh. Satu daripadanya niat kerana kata nabi sawm ((hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat-niatnya)). Meriwayatkannya dua syeikh. Ianya fardhu pada bersuci dari hadath-hadath, dan tidak wajib ia pada menghilangkan najis diatas yang sahih.

. .159. Bezanya bahawa yang dimaksudkan dari najis-najis itu adalah menghilangkannya yang mana ia terhasil dengan basuh, bersalahan hadath-hadath, maka toharahnya adalah ibadat maka ia perlu kepada niat sama seperti sekelian ibadat-ibadat. Beginilah dikatakan Rafie.

. .160. Syarat sahnya adalah Islam, maka tidak sah wudhuk kafir dan tidak mandinya diatas yang sahih, kerana niat itu ibadat dan kafir itu bukan daripada ahlinya. Tidak sah toharah orang murtad dengan jazam kerana memberatkannya.

. .161. Waktu niat yang wajib adalah ketika basuh awal juzuk daripada muka kerana ia awal ibadat yang wajib. Tidak diberi ganjaran dia diatas sunat-sunat yang mendahuluinya.

. . . .162. Kaifiatnya jika orang yang berwudhuk itu orang yang sihat tidak ada sakit padanya adalah bahawa dia niatkan satu daripada tiga perkara. Satu daripadanya mengangkatkan hadath atau bersuci dari hadath. Keduanya bahawa dia berniat mengharuskan sembahyang atau selainnya daripada apa yang tidak harus melainkan dengan toharah. Ketiganya bahawa dia niatkan fardhu wudhuk atau menunaikan wudhuk, sekalipun yang berniat itu kanak-kanak.

: . . . .163. Kata Nawawi didalam Syarah Muhazzab: kalau seorang niat bersuci untuk sembahyang atau bersuci untuk selainnya daripada apa yang terhenti diatas wudhuk ia memada. Dia menyebutkannya didalam Tanbih. Kalau dia niatkan bersuci dan tidak mengatakan dari hadath ia tidak memadainya diatas yang sahih kerana bersuci itu adalah dari hadath dan dari najis, maka tidak dapat tidak dari niat yang membezakan.

. . .164. Kalau dia niatkan wudhuk sahaja sah ia diatas yang paling sahih didalam Tahkik dan Syarah Muhazzab. Bersalahan keadaan bila dia niatkan mandi walhal dia berjunub maka ia tidak memadai. Mawardi membezakan dengan bahawa wudhuk tidak dituturkan diatas selain ibadat, bersalahan mandi.

.165. Kalau dia niatkan mengangkatkan hadath dan mengharuskan itu maka ia sehabis-habis baik niat.

. . : . : .166. Adapun orang yang ada sakit padanya seperti orang yang bertalian kencing atau perempuan mustahadhah maka dia niat mengharuskan diatas yang sahih. Tidak sah dia niat mengangkatkan hadath kerana hadathnya berterusan dan tidak tergambar terangkatnya. Dikatakan: wajib dia menghimpunkan diantara keduanya. Dikatakan: memada satu daripada keduanya. () . . 167. Cabangan. Syarat niat itu adalah jazam. Maka kalau dia syak pada bahawa dia berhadath lalu dia berwudhuk kerana bercermat kemudian dia yakin bahawa dia berhadath, tidak dikira wudhuknya diatas yang paling sahih, kerana dia berwudhuk dalam keadaan ragu-ragu.

. .168. Kalau dia yakin bahawa dia berhadath dan dia syak pada bahawa dia telah bersuci kemudian ternyata dia berhadath wudhuknya memadainya dengan jazam, kerana asal masaalah ini adalah kekal hadathnya, maka tidak memudharatkan ragu-ragunya bersama bersucinya, maka dikuatkan sisi niat dengan asal hadath itu, bersalahan rupa masaalah yang pertama tadi. Wallahu alam. () .169. Cabangan. Kalau dia berwudhuk maka dia lupa setompok pada basuhan pertama maka ia terbasuh pada basuhan kedua atau ketiga ia memadainya diatas yang sahih, bersalahan keadaan bila tompokkkan itu terbasuh pada tajdid wudhuk, maka ia tidak memadainya diatas yang sahih.

. . .170. Bezanya bahawa niat tajdid wudhuk tidak meliputi niat fardhu, bersalahan basuhan kedua dan ketika maka niat fardhu meliputi ketiga-ketiga basuhan itu, Maka apa yang tidak menyempurnakan yang pertama tidak menghasilkan yang kedua dan ketiga, dan kesilapan pada iktikad itu tidak memudharatkan. Adakah tidak kamu lihat bahawa seorang yang sembahyang kalau meninggalkan sujud rakaat pertama dalam keadaan lupa dan dia sujud pada rakaat keduanya sempurnalah yang pertama itu, sekalipun dia iktikadkan yang menyalahi demikian itu. Wallahu alam.

( ). . { }.171. Katanya [dan basuh muka]. Fardhu wudhuk yang kedua basuh muka. Muka adalah yang awal daripada anggota-anggota yang nampak. Kata Allah taala ((maka hendaklah kamu basuh muka-muka kamu)). . . . . . 172. Wajib meratai muka dengan basuhan. Hadnya mula dari permulaan dataran dahi hingga kepada penghujung dagu nisbah panjang, dan dari satu telinga hingga kepada satu telinga lagi nisbah lebar. Tempat andaman bukannya daripada muka. Dua pelipis bukannya daripada muka diatas yang paling sahih didalam Syarah Raudhah. Dia merujuk didalam al Muharrar, bahawa keduanya adalah sebahagian daripada muka. . . .173. Kemudian bulu yang tumbuh pada muka itu dua bahagian. Satu daripadanya tidak keluar dari had muka, sementara yang kedua keluar darinya.

. . .174. Yang tidak keluar dari had muka itu terkadang jarang-jarang tebal dan terkadang biasanya tebal. Maka yang jarang-jarang tebal itu seperti dua kening dan bulu mata dan misai dan tali tudung, iaitu dua yang setentang dengan telinga diantara pelipis dan bauk. Maka wajib basuh zahir bulu-bulu ini dan batinnya bersama dengan kulit dibawahnya, sekaipun ia tebal kerana ia sebahagian daripada muka.

. . .175. Adapun bulu bauk maka jika ianya nipis wajib basuh zahirnya dan batinnya bersama dengan kulit, dan jika ianya tebal wajib basuh zahirnya diatas pendapat yang zahir. Kalau sebahagiannya nipis dan sebahagiannya tebal maka yang rajih bahawa bagi yang nipis itu hukum yang nipis semata-mata dan bagi yang tebal itu hukum yang tebal semata-mata.

. .176. Sabit khilaf pada dhabit yang nipis dan yang tebal itu. Yang sahih bahawa yang nipis itu apa yang kelihatan kulit dibawahnya pada majlis bercakap, sementara yang tebal pula apa yang menegah pandangan.

. .177. Bahagian kedua bulu-bulu yang keluar dari had muka, iaitu bulu janggut dan bauk dan tali tudung dan dan janggut sepat nisbah panjang dan lebar. Maka yang rajih wajib basuh zahirnya sahaja kerana terhasil adap-mengadap dengannya. Dikatakan: tidak wajib kerana ia keluar dari had muka. : . . . .178. Katanya didalam Ziadah Raudhah: wajib basuh satu juzuk daripada kepala dan tengkoknya dan apa yang dibawah dagunya bersama dengan basuh muka supaya terpasti meratakannya. Kalau dipotong hidungnya atau bibirnya lazim dia membasuh apa yang zahir dengan sebab dipotong itu pada wudhuk dan mandi diatas yang sahih, kerana ia kekal sebagai muka. Wajib basuh apa yang zahir daripada merah dua bibir. Sunat bahawa dia mengambil air dengan kedua tangannya sekali.

( ).179. Katanya [dan basuh dua tangan bersama dengan dua siku].

{ }. { } . 180. Fardhu yang kedua basuh dua tangan bersama dengan dua siku, kerana kata Allah taala ((dan tangan-tangan kamu hingga kepada dua siku)). Lafaz datang dengan makna sepertimana pada kata Allah taala ((siap penolong-penolong Ku kepada Allah)), iaitu bersama dengan Allah. ( ). . : ).181. Menunjuk kepada demikian itu apa yang diriwayatkan Jabir r.a katanya ((aku lihat rasulullah sawm memutarkan air diatas siku)). Meriwayatkannya Daruqutni dan Baihaqi dan mereka tidak mendhaifkannya. Diriwayatkan ((bahawa dia memutarkan air diatas dua sikunya, dan berkata: ini adalah wudhuk, Allah tidak menerima sembahyang melainkan dengannya)).

. .182. Wajib menyampaikan air kepada semua bulu dan kulit, hinggakan kalau ada kekotoran dibawah kukunya yang menegah sampai air kepada kulit tidak sah wudhuknya dan sembahyangnya batil. Wallahu alam. ( ).183. Katanya [dan sapu sebahagian kepala]. { }. ( ) . 184. Fardhu keempat sapu sebahagian kepala, kerana kata Allah taala ((dan hendaklah kamu menyapu kepala kamu)). Bukanlah yang dikehendaki disini sapu semua kepala kerana hadith Mughirah r.a ((bahawa nabi sawm berwudhuk dan menyapu ubun-ubunnya dan diatas serbannya dan diatas dua khufnya)), meriwayatkannya Muslim, dan kerana orang yang memperlalukan tangannya diatas kepala anak yatim betul dikatakan bahawa dia menyapu kepalanya.

. 185. Ketika itu maka yang wajib adala apa yang dituturkan keatasnya nama sapu, walaupun sebahagian rambut atau kadarnya daripada kulit.

. . 186. Syarat rambut yang disapu itu bahawa ia tidak keluar dari had kepala kalau dia menjulurkannya dengan bahawa ianya kerinting. Tidak mengapa melepasi tempat tumbuh rambut yang disapu itu diatas yang sahih. . 187. Kalau dia membasuh kepalanya ganti daripada sapu atau dia mencampakkan keatasnya setitik air dan ia tidak mengalir atau dia meletakkan tangannya yang ada air diatasnya keatas kepalanya dan tidak melalukannya ia memadainya diatas yang sahih.

: . . . .188. Katanya didalam Ziadah Raudhah: tidak tertentu tangan untuk sapu, bahkan harus dengan kayu atau perca kain dan selain keduanya. Memada sapuan orang lain untuknya. Perempuan sama seperti lelaki pada sapu ini. Wallahu alam .

( ) { }. . : . . . 189. Katanya [dan basuh dua kaki beserta dua buku lali], kerana kata Allah taala ((dan kaki-kaki kamu hingga dua buku lali)). Maka diatas qiraat nashab adalah basuh itu tertentu. Takdirnya: dan basuhlah kamu akan kaki-kaki kamu. Sementara diatas bacaan jar maka sunnah menjelaskan wajib basuh itu, dan kalaulah sapu kaki itu harus tentu nabi sawm menerangkannya, walaupun sekali, sepertimana nabi sawm buat pada selain demikian itu.

: . . . . 190. Kata Nawawi didalam Syarah Muslim: telah sepakat ulamak diatas bahawa yang dikehendaki dengan dua buku lali itu dua tulang yang membonjol diantara betis dan tapak kaki, dan pada setiap satu kaki ada dua buku lali. Golongan Rafidhah mengeluarkan pendapat pelik -moga Allah mengkeji mereka- maka kata mereka: pada setiap satu kaki ada satu buku lali, iaitu tulang yang ada pada belakang tapak kaki. Dihikayatkan ini dari Muhammad bin Hasan. Ianya tidak betul.

. . ( ) . .191. Hujjah para ulamak pada demikian itu adalah nakalan ahli lughah dan isytiqaq, dan hadith sahih ini yang kita bincangkan menunjuk demikian itu. Maka padanya ((maka dia membasuh kakinya yang kanan hingga dua buku lalinya, dan kakinya yang kiri seperti demikian itu)), maka ia mensabitkan pada setiap satu kaki itu ada dua buku lali. Wallahu alam.

. ( : . ) . . .

192. Aku kata: hadith Numan dan Bashir r.a mengisyarat dengan jelas pada demikian itu. katanya ((berkata kepada kami rasulullah sawm: luruskan barisan kamu. Maka aku lihat seorang dari kalangan kami mendempekkan kepala bahunya dengan kepala bahu sahabatnya dan buku lalinya dengan buku lali sahabatnya)) meriwayatkannya Muslim, yang mana yang maklum bahawa ini pada buku lali sendi dan tidak terboleh pada buku lali yang diats belakang tapak kaki. Wallahu alam. . .

193. Ketahuilah bahawa basuhan itu wajib bila dia tidak menyapu diatas kuf. Bacaan jar itu ditanggungkan diatas sapu khuf itu. . . . . 194. Wajib basuh semua dua kaki dengan air dan membersihkan kulit dan bulunya, hinggakan wajib basuh apa yang zahir pada rekahan. Kalau dia meletakkan lilin atau inai pada rekahan itu dan ia mempunyai jirimnya tidak memada wudhuknya dan tidak sah sembahyangnya. Begitu juga wajib dia menghilangkan tahi kutu bila dia sedar dari tidurnya, maka hendaklah dia berjaga-jaga dari seumpama demikian itu.

. .

195. Maka kalau dia berwudhuk dan lupa untuk menghilangkannya kemudian dia tahu wajib dia basuh tempat itu dan apa yang selepasnya dan mengulang sembahyangnya. Wallahu alam.

() . . .196. Cabangan. Bila berhimpun diatas seorang hadath kecil iaitu wudhuk dan hadath besar iaitu mandi maka padanya ada khilaf yang tersebar luas. Yang betul yang difatwakan padanya adalah memadainya basuh semua tubuhnya dengan niat mandi dan tidak wajib dia menghimpunkan diantara wudhuk dan mandi, dan tidak ada tertib pada demikian itu. Wallahu alam.

( ).197. Katanya [dan tertib diatas susunan yang telah kami sebutkan]. . . ( ) . .

198. Fardhu keenam adalah tertib. Kefardhuannya difaham dari ayat itu bila kita katakan huruf wau padanya untuk tertib. Jika tidak, maka dari perbuatan dan kata-kata nabi sawm, kerana tidak dinakalkan darinya bahawa dia berwudhuk melainkan dalam keadaan tertib, dan kerana dia sawm berkata selepas bahawa dia berwudhuk dalam keadaan tertib ((inilah wudhuk. Allah tidak menerima sembahyang melainkan dengannya)), iaitu dengan seumpamanya, meriwayatkannya Bukhari. Dan kerana wudhuk itu ibadat yang dirujuk pada keadaan uzur kepada setengahnya, maka wajib padanya tertib sama seperti sembahyang. Maka kalau seorang lupa tertib ia tidak memada baginya, sepertimana kalau dia lupa fatihah didalam sembahyang atau najis diatas tubuhnya.

() . . . .

199. Cabangan. Keluar dari faraj seorang oleh basahan yang harus bahawa ianya mani dan harus bahawa ianya mazi, dan keadaan ini kesamaran diatasnya. Maka apa yang wajib dia buat? Padanya ada khilaf yang masyhur. Aku talikkan ia pada sebahagian kitab-kita akan lebih daripada tiga belas pendapat. . . .200. Yang rajih didalam Rafie dan Raudhah bahawa dia memilih. Maka jika dia mahu dia jadikannya mani dan dia mandi, dan jika dia mahu dia menjadikannya mazi dan dia basuh apa yang dikenainya daripada tubuh dan kainnya dan dia berwudhuk, kerana bila dia menjadikannya mazi dan berwudhuk maka sungguh dia telah mendatangkan apa yang dituntut oleh wudhuk, maka terangkatlah hadath kecilnya dan tinggal hadath besarnya dalam keadaan disyakkan padanya, yang mana asalnya adalah tidak adanya. Beginilah dikatakan bila dia mandi.

. . . .201. Dikatakan wajib dia mengambil langkah cermat, kerana kita pasti zimmahnya terlibat dengan satu daripada dua hadath dan dia tidak keluar dari demikian itu melainkan dengan yakin, dengan bahawa dia bercermat, samalah sepertimana kalau melazimi zimmahnya satu daripada dua sembahyang dan dia tidak tahukan ainnya wajib dia sembahyangkan kedua-duanya. Pendapat ini kuat. Mentarjihkannya Nawawi rahimahullah didalam Syarah Tanbih dan didalam Ruus masail-nya. Wallahu alam.

* (. : ). . . ( : ) . ( ) .202. Katanya: [Fasal. Sunat-sunatnya sepuluh perkara: tasmiah] i.e menyabut nama Allah. Wudhuk mempunya sunat-sunatnya. Sebahagian daripadanya adalah tasmiah pada permulaannya. ((Diriwayatkan bahawa nabi sawm memasukkan tangannya kedalam bejana air dan berkata kepada para sahabatnya: berwudhuklah kamu dengan nama Allah)). Meriwayatkannya Baihaqi. Kata Nawawi: isnadnya baik. Pada satu hadith ((setiap perkara yang punya tujuan yang baik yang tidak dimulakan padanya dengan nama Allah maka ianya kudung)) iaitu putus tangan. . . . . . . ( . ). .

203. Ianya sunat muakkad. Imam Ahmad berkata dengan wajibnya. Maka kalau dia lupakannya pada mula wudhuk dia mendatangkannya bila dia ingatkannya didalam wudhuk sepertimana pada tasmiah makan. Kalau dia menginggalkannya dengan sengaja maka adakah disyarakan dia memperdapatkannya? Padanya khilaf. Yang rajih ia. Didalam satu hadith ((siapa berwudhuk dan menyebut nama Allah adalah wudhuknya itu menyucikan seluruh tubuhnya, dan siapa yang tidak menyebut nama Allah taala adalah ia menyucikan anggota-anggota wudhuknya)). Meriwayatkannya Daruqutni dan Baihaqi dan dia mendhaifkannya dari semua jalan-jalannya.

( ). . . . . 204. [dan basuh dua tapak tangan sebelum memasukkan keduanya kedalam bejana air]. Daripada sunat-sunat wudhuk itu basuh dua tapak tangan sebelum muka. Keduanya mempunyaia beberapa keadaan. Satu daripadanya bahawa seorang itu yakinkan najis keduanya. Maka orang ini dimakruhkan dia mencelupkan dua tapak tangannya kedalam bejana sebelum membasuh keduanya tiga kali, sebagai karahah tahrim, kerana dia merosakkan air.

( ). ( ). 205. Keadaan kedua bahawa seorang syak pada najis dua tapak tangannya, seperti orang yang tidur dan dia tidak tahukan dimana tangannya bermalam. Maka orang ini dimakruhkan juga mencelupkan dua tapak tangannya kedalam bejana sebelum membasuh keduanya tiga kali, kerana kata nabi sawm ((bila seorang dari pada kamu bangun dari tidur maka hendaklah dia membasuh dua tangannya sebelum dia memasukkan keduanya kedalam bejana, tiga kali, kerana dia tidak tahu dimana tangannya bermalam)). Pada satu riwayat ((maka janganlah dia celupkan dua tengannya kedalam bejana sebelum dia membasuh keduanya tiga kali)). . . . (( )). . . 206. Ini adalah mazhab Syafie dan Malik. Berjalan sebahagian ulamak kepada wajib basuh keduanya sebelum memasukkan keduanya kedalam bejana ketika bangkit dari tidur kerana zahir tegahan itu, dan dia tidak membezakan diantara tidur malam dan siang. Imam Ahmad berjalan kepada wajib demikian itu pada tidur malam, tidak tidur siang, kerana kata nabi sawm ((dimana bermalam tangannya)), yang mana bermalam itu adalah pada waktu malam tidak siang. Sementara Syafie rahimahullah menanggungkan tegahan itu diatas tidak wajib kerana karenah keadaan. . . . . . . 207. Ketiganya bahawa dia yakinkan suci keduanya. Maka orang ini tidak dimakruhkan dia mencelupkan dua tapak tangannya kedalam bejana sebelum basuh keduanya, sebaliknya sunat. Keadaan ini adalah yang disebutkan oleh syeikh. Tempat ambilannya adalah bahawa ia adalah yang warid pada sifat wudhuk nabi sawm, tanpa menyentuh tidur yang mendahului. Ternafi karahah itu kerana luput illat yang warid pada khabar itu kerana hukum berputar bersama illatnya, nisbah ada dan tidak ada. Wallahu alam. ( ) . . ( ). .

208. Katanya [dan kumur-kumur dan istinsyaq] kerana perbuatan nabi sawm. Imam Ahmad berpendapat dengan wajib keduanya. Hujjah Syafie kata nabi sawm ((sepuluh perkara daripada sunnah, dan dia membilangnya kumur-kumur dan istinsyaq sebahagian daripadanya)). Meriwayatkannya Muslim. . . .209. Kemudian asal sunatnya itu terhasil dengan menyampaikan air kepada mulut dan hidung, sama sahaja dia memutarkannya atau tidak. Ini adalah yang rajih. Akan tetapi nas Syafie adalah diatas memutarkannya didalam mulut.

. . .210. Tidak disyaratkan pada menghasilkan sunatnya itu bahawa dia meluahkan airnya, hinggakan kalau dia menelannya tertunai sunatnya. Mengatakannya Nawawi didalam Syarah Muhazzab. Berjalan sekumpulan ulamak kepada mensyaratkan luah pada menghasilkan sunatnya.

. . .211. Mendulukan kumur diatas istinsyaqsyarat pada menghasilkan sunat istinsyaq diatas yang rajih. Dikatakan sunat. Wallahu alam.() . . . . . . . .212. Cabangan. Sunat mubalaghah pada berkumur dan istinsyaq bagi orang yang tidak puasa. Adapun yang puasa maka dikatakan haram pada haknya. Mengatakannya Qadhi abu Thayyib. Dikatakan makruh. Mengatakannya Bandaniji dan selainnya. Dikatakan meninggalkannya sunat. Mengatakannya Ibnu Shabbagh. Wallahu alam.

( ). .213. Katanya [dan meratakan kepala dengan sapuan itu]. Daripada sunat-sunat wudhuk adalah meratakan kepala dengan sapuan, kerana perbuatan nabi sawm, dan kerana keluar dari khilaf wajibnya. . .214. Sunat pada kaifiat sapu semua kepala itu bahawa dia mula dengan belah depan kepala, kemudian dia melalukan dua tangannya hingga kepapan tengkoknya, kemudian dia memulangkan keduanya kepada tempat yang dia mula padanya. Meriwayatkan demikian itu Abdullah bin Zaid r.a pada sifat wudhuk rasulullah sawm.

. . .215. Dia meletakkan dua ibu jarinya diatas dua pelipisnya dan mendempekkan dua telunjuknya. Pergi dan baliknya sekali. Ini pada orang yang punya rambut yang terbalik dengan sebab pergi dan balik itu, supaya sampai basahan kepada batin rambut dan zahirnya.

. . 216. Adapun orang yang tidak punya rambut atau punya rambut yang tidak terbalik maka dia menghadkan diatas melalukan pergi saja. Maka kalau dia memulangkannya tidak dikira ia sebagai yang kedua kerana keadaan air itu kekal dalam keadaan mustamal. .217. Kalau dia tidak mahu menanggalkan apa yang ada diatas kepalanya daripada serban atau selainnya dia menyapu diatas satu juzuk daripada kepalanya dan menyempurnakan diatas serbannya. . . .218. Yang terafdhal bahawa dia tidak menghadkan diatas kurang daripada kadar ubun-ubunnya kerana nabi sawm menyapu ubun-ubunnya dan diatas serbannya. Rafie mensyaratkan bahawa susah mengangkatkan serban itu. Dia menyebutkannya didalam dua syarah baginya dan didalam Muharrar. Nawawi mengikutnya didalam Minhaj dan menghazafkannya dari Raudhah. . . .

219. Tidak harus menghadkan diatas sapu serban, dengan jazam didalam Rafie dan Raudhah, kerana dia disuruh menyapu kepala, dan orang yang menyapu serban bukan orang yang menyapu kepala. Didalam al Bahr dari Muhammad bin Nasr seorang daripada ashab yang besar bahawa ianya memada. Wallahu alam. ( ). . ( ). . : . 220. Katanya [dan sapu dua telinga]. Sunat menyapu dua telinga zahir dan batinnya dengan air baru. Begitu juga sunat sapu dua lubang telinga dengan air baru. Kata Abdullah bin Zaid r.a ((aku lihat rasulullah sawm berwudhuk lalu dia mengambil untuk dua telinganya akan air, bukan air yang dia ambil untuk kepalanya)). Meriwayatkanya Hakim dan Baihaqi dan mereka berkata isnadnya sahih. Hakim menambah maka katanya: diatas syarat Muslim . .221. Kaifiat sapunya bahawa dia memasukkan dua telunjuknya kedalam dua lubang telinganya dan memutarkan keduanya pada lipatan-lipatannya, dan dia melalukan ibu jarinya diatas zahir dua telinganya, kemudian dia mendempekkan dua tapak tangannya walhal keduanya basah pada dua telinga kerana menuntut rata. Kaifiat ini disebutkan Rafie, sementara Nawawi menggugurkannya dari Raudhah.

( ).

222. Katanya [dan menyelati janggut yang tebal, dan menyelati jari-jari dua tangan dan kaki]. ( ). . ( ). : . : .

223. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.anhuma ((bahawa nabi sawm bila berwudhuk dia menyelati janggutnya yang mulia dengan jari-jarinya dari pihak bawahnya). Ibnu Abbas r.anhuma meriwayatkan ((bahawa rasulullah sawm sentiasa menyelati janggutnya)). Kata Bukhari: ini yang paling sahih apa yang sabit pada bab ini. Kata Turmizi: bahawa ianya hasan lagi ahih. ( ). . : : .

224. Adapun menyelati jari-jari maka dari Ibnu Abbas r.anhuma ((bahawa rasulullah sawm berkata bila kamu berwudhuk maka selatilah jari-jari dua tangan dan dua kaki kamu)). Meriwayatkannya Ibnu Majah dan Turmizi dan katanya: hasan lagi gharib. Katanya berkenaan illat-illatnya: aku pernah tanya Bukhari tentangnya maka katanya: ia hasan. . .225. Kaifiat menyelati jari-jari kakinya bahawa dia mulakan dengan kelingking tangannya yang kiri dari belah bawah kaki, memulakan dengan kelingking kaki kanan, menyudahi dengan kelingking kaki kiri. Kaifiat ini ditarjihkan Nawawi didalam Raudhah.

. . . : . .

226. Dia menghikayatkan satu wajah yang lain bahawa dia menyelati diantara setiap jari-jari dua kaki dengan satu jari daripada jari-jari tangannya. Dia menghikayatkan didalam Syarah Muhazzab satu wajah yang lain bahawa dia mula dengan kelingking tangan kanan, dan dia mengkhabarkan bahawa keduanya sama. Dan dia membangsakannya kepada Imam Haramain. Kemudian dia berkata: bahawa apa yang dikatakan Imam adalah yang rajih yang dipilih. Begitu juga dia memilihnya didalam Tahkik.

. . : . . .227. Menyelati jari-jari dua tangan adalah dengan tasybik. Kemudian jika jari-jari itu melekat tidak sampai air kepadanya melainkan dengan diselati wajib ia. Jika ia bersedaging katanya: tidak wajib merekahkannya dan tidak sunat. Dia mengatakannya didalam Ziadah Raudhah, bahkan tidak harus.

( ).

228. Katanya [dan mendulukan yang kanan diatas yang kiri dan bersuci tiga kali-tiga kali dan mualat].

( ). .

229. Daripada Abu Hurairah r.a katanya ((bila kamu berwudhuk maka mulakanlah dengan kanan-kanan kamu)). Meriwayatkannya Abu Daud dan Ibnu Majjah dan mengesahkannya Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah.( ). . 230. Daripada Aisyah r.a, dia berkata: rasulullah sawm sentiasa suka mendulukan kanan pada memakai kasut dan bersikat dan bersuci dan pada semua urusannya)). Makna bersikat adalah menguraikan rambut, . . . 231. Dimulakan dengan belah kanan pada bersuci, dan dimulakan dengan tangan kanan dan kaki kanan pada wudhuk, dan dengan belah tubuh yang kanan pada mandi. Adapun dua telinga dan dua pipi maka keduanya dibesihkan serentak. Maka jika dia kudung dia mendulukan tangan kanan. ( ). . .232. Adapun menghukumkan sunat keadaannya tiga kali maka pada hadith Uthman r.a ((bahawa rasulullah sawm berwudhuk tiga-tiga)). Meriwayatkannya Muslim. Tidak ada beza pada demikian itu diantara kepala dan selainnya. . . : . . 233. Sebahagian ashab menghukum sunat sapu kepala sekali. Dia berhujah dengan bahawa hadith-hadith Uthman r.a yang sahih itu menunjuk keatas sapu kepala sekali. Katanya: sungguh datang pada Muslim pada bagaimana Abdullah bin Zaid mensifatkan wudhuk rasullah sawm bahawa dia menyapu kepalanya sekali. Sungguh dikatakan bahawa Turmizi menghikayatkannya dari nas Syafie.

. . 234. Yang masyhur pada mazhab Syafie dan jazam jumhur ulamak dengannya bahawa sunat menyapunya tiga kali. Hujjah demikian itu adalah hadith Uthman r.a, pada satu riwayat bagi Abu Daud pada hadith Uthman r.a bahawa nabi sawm pernah menyapu kepalanya tiga kali.

: . ( : )). .

235. Memang pada sanadnya ada Amir bin Syaqiq. Kata Hakim: aku tidak tahu pada Amir ada cercaan pada satu wajah pun daripada wajah-wajah cercaan. Dan didalam Ibnu Majah ((bahawa Ali r.a berwudhuk tiga-tiga kali dan menyapu kepalanya tiga kali dan berkata: ini adalah wudhuk rasulullah sawm)). Wallahu alam.

. . . ( ). 236. Musannif rahimahullah mengabaikan beberapa sunat. Daripadanya sapu tengkok. Rafie mengesahkan didalam syarah Shaghir bahawa ianya sunat. Dia berhujah didalam syarah Kabir dengan bahawa nabi sawm berkata ((sapu tengkok itu keamanan dari sakit hati)). : . . . : . : . . . 237. Nawawi mengkritik maka katanya: tidak disapu ia kerana tidak sabit apa-apa padanya. Kerana ini Syafie dan para ashab tidak menyebutnya. Ini adalah yang betul. Katanya didalam Syarah Muhazzab: hadithnya maudhu. Kata Hamawi pensyarah kitab Tanbih: kaul jadid bahawa sapu tengkok itu tidak sunat. Kehendaknya bahawa pada demikian itu ada dua pendapat. Wallahu alam. . . : . 238. Daripadanya adalah doa-doa keatas anggota wudhuk. Mengatakannya Rafie. Kata Nawawi: doa-doa ini tidak ada asal baginya. Tidak menyebutkannya melainkan Syafie dan jumhur. . . : . . . . . 239. Daripadanya minta bantuan. Adalah ia dimakruhkan? Dua wajah. Kata Nawawi: dua wajah itu adalah pada keadaan bila dia meminta bantuan orang menuangkan air keatasnya. Yang paling sahih daripada keduanya adalah tidak makruh. Adapun minta bantuan orang membasuh anggota-anggotanya maka makruh dengan jazam. Jika ia pada menghadhirkan air maka tidak mengapa, dan tidak dikatakan ia menyalahi utama. Sekira-kira ada padanya uzur maka tidak mengapa meminta bantuan semata-mata.

. . . . . . . 240. Daripadanya adakah sunat meninggalkan daripada mengelap air? Padanya ada beberapa wajah. Yang sahih bahawa meninggalkannya sunat. Beginilah dia tashihkan didalam asal Raudhah. Dikatakan bahawa ianya mubah, buat dan tidak membuatnya sama. Memilihnya Nawawi didalam Syarah Muhazzab. Dikatakan sunat semata-mata. Dikatakan makruh mengelap semata-mata. Dikatakan makruh pada musim panas tidak musim sejuk.

: . . . 241. Kata Nawawi didalam Syarah Muhazzab: tempat khilaf ini adalah bilamana tidak ada hajat kepada mengelapnya disebabkan panas atau sejuk atau melekat najis. Maka jika ada maka tidak ada karahah dengan jazam, dan tidak dikatakan bahawa ianya menyalahi sunat.

( ) . . . : . .242. Daripadanya sunat bahawa dia tidak meretak-retakkan dua tangannya kerana kata nabi sawm ((bila kamu berwudhuk maka janganlah kamu retak-retakkan tangan kamu, maka ianya kipas syaitan)). Meriwayatkannya Ibnu Abi Hatim dan selainnya. Maka kalau dia menyalahi dan meretak-retakkan tangannya maka yang jazam Rafie dengannya bahawa ianya makruh. Nawawi menyalahinya maka dia mentarjihkan bahawa ia tidak makruh, bahkan ianya mubah, melakukan dan meninggalkannya sama. Katanya didalam Tahkikk: kerana ia menyalahi aula. Berkenaan hadith itu dia berkata didalam Syarah Muhazzab bahawa ianya dhaif, tidak diketahui.

. 243. Daripadanya mualat, yang ianya wajib pada kaul qadim, dan bahawa dia membaca selepas tasmiah i.e segala puji bagi Allah yang menjadikan air sebagai alat penyucian, dan bahawa dia menyelati cincin, dan merawati apa yang perlu kepada cermat,

244. dan dia mula dengan bahagian atas mukanya dan hadapan kepalanya, dan pada tangan dan kaki dengan hujung jari-jari jika dia menjirus keatas dirinya, dan jika orang lain menjirus keatasnya dia mula dengan dua siku dan dua tumit, dan bahawa tidak kurang air wudhuknya dari secupak, dan tidak berlebih-lebih, dan tidak lebih diatas tiga kali, dan tidak dia bercakap ditengah wudhuk, dan tidak dia menamparkan mukanya dengan air,

( . . ). 245. dan bahawa dia berkata selepas wudhuk . . .

. . .246. Tinggal lagi beberapa sunat yang lain yang disebutkan didalam kitab-kitab besar. Kami tinggalkannya kerana takut memanjangkan bahasan. Wallahu alam.

() . . 247. Cabangan. Kalau seorang syak pada basuhan sebahagian daripada anggota-anggotanya ditengah dia bersuci tidak dikira ia baginya. Selepas selesai tidak memudharatkan syak diatas yang rajih kerana banyak berlaku syak serta bahawa yang zahir telah sempurna bersucinya itu. . .248. Disyaratkan pada basuh anggota mengalir air diatas angota yang dibasuh tanpa khilaf. Wallahu alam.

* (. ). 249. Katanya [Fasal. Istinja itu wajib kerana kencing dan berak]. ( ). .250. Dihujjahkan untuknya dengan kata nabi sawm ((hendaklah dia beristinja dengan tiga ketul batu)). Ianya perintah, yang mana zahirnya adalah wajib.

( ). .251. Dari Aisyah r.a bahawa rasulullah sawm berkata ((bila seorang dari kamu pergi ketandas maka hendaklah dia membawa tiga ketul batu, dia membersihkan diri dengannya, maka ia memadainya)). Meriwayatkannya Abu Daud dan Ahmad dan Daruqutni dan Ibnu Majah dengan isnad yang hasan lagi sahih.

: . : . : . : . 252. Katanya kerana kencing dan berak. Difaham daripadanya bahawa ianya tidak wajib kerana angin, bahkan kata ashab: tidak disunatkan, bahkan kata Jurjani: ianya makruh. Kata syeikh Nasr: ianya bidah dan berdosa seorang dengan sebabnya. Kata Nawawi didalam Syarah Muhazzab: adapun katanya bidah maka betul, dan adapun dosa maka tidak, melainkan bahawa dia iktikadkan wajibnya serta dia tahu tidak wajibnya. : . : .

253. Kata Ibnu Rifah: bila tempat angin itu basah sayugia bahawa datang khilaf pada wajib istinja kerananya, kerana dibina diatas najis asap najis sepertimana dikatakan yang seumpamanya pada bernajis kain yang dikenainya dalam keadaan ia basah. Kemudian katanya: terkadang dijawab dengan bahawa dia tidak menambah keatas apa yang tinggal pada tempat najis itu selepas digunakan batu.( . . ).254. [Yang terafdhal adalah bahawa dia beristinja dengan batu kemudian memperikutkannya dengan air. Harus dia menghadkan diatas air atau diatas tiga ketul batu yang bersih tempat najis dengannya. Bila dia hendak menghadkan diatas satu daripada keduanya maka air terafdhal].

{ }. 255. Yang terafdhal pada istinja adalah bahawa dia menghimpunkan diantara air dan batu atau apa yang pada maknanya, kerana Allah taala memuji penduduk Quba dengan sebab demikian itu, dan menurunkan pada mereka kataNya, yang mana Dia yang paling benar daripada orang-orang yang berkata ((padanya ada orang-orang yang suka bersuci, dan Allah kasih kepada orang-orang yang bersuci)). . . 256. Dan padanya dari sudut makna bahawa ain najis hilang dengan batu dan kesannya hilang dengan air, maka dia tidak perlu kepada berlumur dengan najis. Kerana ini didululan batu mula-mula.

. .

257. Kemudian bahawa kehendak talil ini bahawa tidak disyaratkan suci batu itu dan dengannya Ajali menjelaskan, dan dia menakalkan dari Ghazali. . ( : ). : ( ) .258. Ketahuilah bahawa hadith itu didhaifkan oleh mereka. Meriwayatkannya Bazzar dengan isnad yang dhaif. Lafaznya ((maka nabi sawm bertanya mereka tentang demikian itu, maka kata mereka: kami memperikutkan batu dengan air)). Nawawi ingkarkan riwayat ini didalam Syarah Muhazzab maka katanya: beginilah diriwayatkan fuqaha didalam kitab-kitab mereka, sedang tidak ada asal baginya pada kitab hadith, bahkan yang disebut padanya ((adalah kami beristinja dengan air)). Tidak ada padanya bersama batu. . . 259. Kalau dia menghadkan diatas air ia memadainya kerana ia menghilangkan ain dan kesan, dan ianya terafdhal disisi menghadkan diatas satu daripada keduanya. Harus bahawa dia menghadkan diatas tiga ketul batu atau diatas seketul yang punya tiga sisi.

. . .260. Yang wajib adalah tiga sapuan, maka jika terhasil bersih dengannya maka zahir. Jika tidak, wajib tambah hingga bersih. Sunat mengganjilkan bilangannya.

. . . . 261. Ketahuilah bahawa setiap apa yang sama makna dengan makna batu harus istinja dengannya. Baginya beberapa syarat. Satu daripadanya bahawa adalah ia suci. Maka kalau dia beristinja dengan najis tertentu air selepasnya diatas yang sahih. . . . . .262. Syarat kedua bahawa apa yang dia beristinja dengannya adalah benda yang menanggalkan najis lagi mengelapnya. Maka tidak memada kaca dan tidak buluh, dan tidak tanah yang peroi. Harus yang keras. Maka kalau dia beristinja dengan benda yang tidak menanggalkan najis ia tidak memadainya. Kalau dia beristinja dengan batu atau selainnya yang basah ia tidak memadainya diatas yang sahih.

. . 263. Syarat ketiga bahawa ia tidak dimuliakan. Maka tidak harus istinja dengan barang makanan seperti roti dan tulang, dan tidak dengan satu juzuk daripada dirinya seperti tangannya, dan tangan orang lain, dan tidak dengan juzuk haiwan yang bersambung dengannya seperti ekor unta kerana ia dihormati. Bila dia beristin