kisah keangkuhan raja namrud

21
KISAH KEANGKUHAN RAJA NAMRUD Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih tuan pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa dan seterusnya hadirin hadirat sekalian. 1

Upload: nuramalinaalthafunnisa

Post on 25-Nov-2015

197 views

Category:

Documents


70 download

TRANSCRIPT

KISAH KEANGKUHAN RAJA NAMRUD

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Terima kasih tuan pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa dan seterusnya hadirin hadirat sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah kisah keangkuhan Raja Namrud.

Hayatilah cerita saya,Nabi Ibrahim menentang Raja Namrud.

Kawan-kawan sekalian,Nabi Ibrahim a.s adalah putera kepada Azar iaitu Tarikh bin Sam bin Nuh, yang dilahirkan dalam kerajaan Babylon. Pada ketika itu, kerajaan Babylon diperintah oleh seorang raja yang sangat zalim bernama Namrud. Dia merupakan seorang raja yang memiliki pemerintahan yang masyhur.

Raja Namrud sangatlah angkuhMenganggap diri sebagai tuhanNabi Ibrahim dihina dicaciDiburu ke sana jua ke mari.(Nasyid Sepohon Kayu)

Sejak kecil lagi Nabi Ibrahim telah mendapat petunjuk daripada Allah swt. Baginda musykil dengan aqidah anutan ayahandanya yang menyembah berhala. Baginda terfikir mungkin ada kuasa lain yang menjadikan alam ini.

Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu... (Surah Al-Mulk ayat 15)

Ya kawan-kawan, Dalam segala hal yang kita lakukan, kita mesti bijak berfikir. Lantaran, pemikiran yang bijaklah menyebabkan ipar kepada Tony Blair memeluk Islam lewat tahun 2010.

Dewasanya Ibrahim menjadi rasulMengajar manusia menyembah Yang EsaMarahnya Namrud rasa terpukulMenyerah kalah bukan prinsipnya.(Pantun)

Namrud dan Ibrahim ke arena debatDalam mencari kebenaran IlahiNamun Namrud sering terjeratOleh tikaman hujahnya sendiri.(Pantun)

Ya kawan-kawan,Namrud mendakwa dirinya berkuasa menghidup dan mematikan manusia. Dia membawa dua orang banduan di hadapan Nabi Ibrahim. Seorang dibunuhnya, sementara yang seorang lagi dibiarkan hidup.

Lalu, Nabi Ibrahim mencabar Namrud dengan kuasa yang ada padanya supaya menjadikan matahari terbit dari sebelah barat. Marahnya Namrud dengan cabaran Nabi Ibrahim kerana perkara tersebut amat mustahil baginya.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 258,

Nabi Ibrahim berkata : Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat.

Ya kawan-kawan, Berhikmahlahdalam menyampaikan dakwah. Pelbagai cara boleh kita gunakan seperti melalui blog dan laman sosial di internet.

Kaum Namrud asyik berpestaPeluang Ibrahim kini menjelmaSemua berhala dipenggal kepalaTinggallah yang besar bersama senjata(Pantun)

Hadirin hadirat sekalian,Keberanian Nabi Ibrahim memusnahkan berhala tersebut telah mendatangkan kemarahan Raja Namrud.

Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya ayat 60,

Mereka berkata, Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela (berhala-berhala ini), namanya Ibrahim.Ya kawan-kawan,Kita haruslah mencontohi keberanian Nabi Ibrahim dalam menegakkan Islam. Cabaran di era globalisasi ini menuntut kita agar sentiasa bersiap sedia menghadapi anasir luar yang ingin menghancurkan Islam. Contohnya pergerakan zionis yang dipelopori oleh Israel.

Hadirin hadirat sekalian,Raja Namrud bertekad untuk menghapuskan Nabi Ibrahim. Beliau mengarahkan Nabi Ibrahim dibakar hidup - hidup di kawasan lapang.

Atas kuasa Yang Maha EsaApi yang panas sejuk terasaTerkejut kaumnya menyaksikan peristiwaNabi Ibrahim terselamat akhirnya (Pantun)

Ya kawan-kawan,Kita hendaklah percaya bahawa setiap Nabi dikurniakan mukjizat oleh Allah swt dalam membuktikan kerasulannya.

Hadirin hadirat sekalian,Namrud berasa sangat marah lalu mengarahkan Nabi Ibrahim ditangkap dan dibunuh. Namun, Allah telah mengirimkan tentera nyamuk untuk menghapuskan tentera Namrud. Akhirnya Namrud mati diserang seekor nyamuk sebagai balasan kepada kekejaman dan kezalimannya.

Benarlah Allah itu Maha Berkuasa. Hanya seekor nyamuk kecil dapat menewaskan Raja Namrud yang gagah perkasa. Lihat sahaja pada masa kini. Negara yang besar dilemahkan oleh kuasa kecil seperti wabak denggi yang telah membunuh ramai nyawa di negara kita.

Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar. (Surah Luqman ayat 13)

Hanya Allah yang wajib disembahAjaran Nabi jangan disanggahAbadikan diri kepada AllahSemoga hidup mendapat barakah. (Pantun)

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.14