kisah si belalang yang degil

3
‘Si Belalang Yang Degil’ Oleh: Suhailah Binti Osman Si Belalang merupakan seeokor haiwan yang suka menari dan menyanyi, dia mengimpikan sesuatu tempat yang indah pada pandangannya untuk bersantai dan melunaskan hasrat serta hobinya itu. Kemudian suatu hari, dia telah terjumpa banyak tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang cantik, segar dan beraneka warna yang mendamaikan hatinya dalam taman yang luas itu. Di dalam taman itu, hampir setiap masa dan waktu Si belalng menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama. Pada suatu hari, Si belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain, menari dan menyanyi di Taman bunga tersebut. “mana semua kawan-kawan ni”, kata si Belalang. “rasanya tidak seronoklah sekiranya aku bermain seorang sahaja. Baik aku mengajak kawan-kawan yang lain untuk memeriahkan lagi taman ini” Dia mencari di segenap sudut taman tersebut lalu bertemu dengan si semut. Tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. “hei semut, kau hendak ke mana? Ayuh lah bermain bersamaku di taman yang indah dan wangi ini. Kata si Belalang kepada si semut.

Upload: sue-valentino

Post on 09-Sep-2015

239 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

story

TRANSCRIPT

Si Belalang Yang DegilOleh: Suhailah Binti Osman

Si Belalang merupakan seeokor haiwan yang suka menari dan menyanyi, dia mengimpikan sesuatu tempat yang indah pada pandangannya untuk bersantai dan melunaskan hasrat serta hobinya itu. Kemudian suatu hari, dia telah terjumpa banyak tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang cantik, segar dan beraneka warna yang mendamaikan hatinya dalam taman yang luas itu. Di dalam taman itu, hampir setiap masa dan waktu Si belalng menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, Si belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain, menari dan menyanyi di Taman bunga tersebut. mana semua kawan-kawan ni, kata si Belalang. rasanya tidak seronoklah sekiranya aku bermain seorang sahaja. Baik aku mengajak kawan-kawan yang lain untuk memeriahkan lagi taman ini

Dia mencari di segenap sudut taman tersebut lalu bertemu dengan si semut. Tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. hei semut, kau hendak ke mana? Ayuh lah bermain bersamaku di taman yang indah dan wangi ini. Kata si Belalang kepada si semut.Si semut membalasnya. Wahai belalang, apakah kau tidak melihat cuaca pada hari ini hendak hujan?, saya, si lebah, dan si rama-rama sedang mengumpul hasil makanan untuk disimpan semasa waktu hujan nanti dan sedang mencari tempat yang baru untuk berteduh ketika hujan nanti.Si belalang mengomel sendirian, tidak mengapalah semut, kalau kau tak nak tak mengapa, aku boleh main sendiri. Kemudian Si Belalang pun berlalu dan pergi ke pokok-pokok bunga untuk terus bermain.

Si Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. wah, penat sungguh hari ini, main sendirian pun seronok juga, alangkah baiknya sekiranya si lebah, si rama-rama dan si semut bermain sekali denganku tadi. Kata si Belalang bermonolog.

Hujan turun dengan lebatnya lalu belalang terbangun dari tidurnya. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan. Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah. Belalang kenapa awak dalam keadaan longlai begini? kata si lebah.Semenjak hujan yang lebat hari tu sehingga sekarang, aku tak makan dan badan aku mula panas sehingga sekarang. Balas Si Belalang.Saya akan membawa makanan dan awak berehatlah dulu kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang dalam mencari makanan dan memperbaiki tempat teduhan Belalang yang rosak akibat hujan yang sangat lebat. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Semenjak daripada peristiwa tersebut Si Belalang tidak lagi bersikap degil dan sering mendengar nasihat daripada rakan-rakannya. Melihat dengan kebaikan dan persahabatan yang telah dihulurkan oleh rakan-rakannya membuatkan Belalang terharu dan berubah kepada Seorang yang mendengar nasihat. Mereka hidup aman dan sentosa di dalam Taman tersebut dengan memegang kata berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.