kitab al fitan
TRANSCRIPT
KITAB AL FITAN
KATA PENULIS MENGENAI KAJIAN INI.
Penulisan dan pengajian di dalam menerangkan dan melebarkan lagi pengetahuan di
dalam lapangan hadith sebenarnya amat kurang di dalam budaya bangsa melayu kita ini jika
mahu dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang telah mengamalkan islam sebagai
pegangan tauhidnya. Hal ini nampak lebih jelas dan lebih ketara apabila kita perbincangkan
hal-hal yang khusus di dalam tajuk yang khusus mengenai hal-hal yang khusus contohnya
bab al fitan ini sendiri. Memang banyak penulisan di luar sana samada di dalam media cetak
atau elektronik di rangkaian internet mahu pun di dalam buku-buku di perpustakaan namun
pengajian yang khusus di dalam bab al fitan ini di dalam bahasa melayu itu sendiri amatlah
kurang.
Penulis terpanggil bagi menulis dan mengkaji secara amnya hadith-hadith yang telah
dilabelkan dan dikumpul di dalam bab al fitan ini kemudiannya diasing dan diletakkan di
dalam tajuk-tajuk yang kecil di bawah satu bab yang besar ini bagi tujuan pemahaman yang
lebih mendalam dan galakkan kepada diri sendiri dan mahasiswa yang lain bagi melanjutkan
lagi pengajian yang khusus di dalam perkara ini.
Kebanyakan buku-buku yang dibaca dan didapati adalah buku yang menyatakan
bagaimana kiamat terjadi, apakah prosesnya, apakah tanda-tandanya dan siapakah dajjal,
ya’juj dan ma’juj, siapakah gerangannya imam al mahdi. Tidak ketinggalan juga persoalan
mengenai turunnya Nabi Isa a.s ke muka bumi semula, persoalan adakah ini nabi isa ataupun
ianya adalah bentuk kelahiran semula sebagaimana teori hukum karma dan sebagainya. Oleh
sebab persoalan-persoalan ini penulis ingin mempelajari dan mengetahui apakah sebab
sebenarnya hadith-hadith ini diriwayat, direkod, dan ditulis serta dikumpulkan serta di
letakkan di bawah satu bab ‘ al fitan’. Apakah tujuan yang sebenarnya. Apa yang sebenarnya
yang nabi kita Muhammad s.a.w mahu kita tahu dan bertindak ke atas pengetahuan yang kita
tahu itu. Bagi penulis bertindak di atas pengetahuan adalah lebih bijak daripada taklid
membabi-buta, namun bertindak di atas hasil pemikiran yang tercetus oleh sebab penelitian
terhadap pengetahuan dan ilmu adalah yang terbaik. Sebagai mana kata pepatah arab yang
sangat terkenal :
“pohon yang rendang itu lebih bermakna dan lebih berguna jika ianya berbuah”
PENGENALAN
‘Al fitan’ adalah sebuah nama bab yang diberikan oleh Imam Bukhari di dalam
sahihnya (Sahih Al Bukhari) dan juga imam muslim yang mana imam muslim telah
menambahkan ‘Kitab Al Fitan dan syarat-syarat akan berlakunya hari qiamat’ di dalam tajuk
bab pada juzuk terakhir yang terdapat di dalam kedua-dua jenis jami’ al sahih ini.1 Selain itu
perkataan ‘Kitab’ adalah sebutan lain yang digunakan oleh Imam Bukhari bagi tajuk-tajuk
utama di dalamnya.2 Kaedah yang sama ini juga digunakan oleh anak muridnya Imam
Muslim di dalam kitabnya Sahih Muslim.
Melalui kitab Sahih Al Bukhari penulis telah mengenalpasti bahawa kumpulan-
kumpulan hadith yang berkaitan di dalam kitab al fitan ini telah diletakkan di bawah 26 buah
1 Maktabah shameela2 Fitnah sebagai satu dosa besar..salmah
tajuk kecil yang dimulai dengan ‘bab’3, yang mana di dalam bab-bab ini telah terkumpul
sebanyak 78 buah hadith sahih4. Manakala di dalam kitab Sahih Muslim pula kitab al fitan ini
telah diletakkan di dalam juzuk terakhir kitab itu dan ianya telah diberi nama ‘kitab al fitan
dan syarat-syarat/tanda-tanda kiamat’5. Di bawah tajuk besar ini Imam Muslim telah
membahagikan hadith-hadith sahih yang terkumpul di dalam 28 bab-bab kecil dan hadith
yang terkumpul di dalamnya adalah sebanyak 128 buah hadith sahih6.
AL FITAN
Maksudnya : fitnah;
1. Siksaan
2. Sesuatu yang diperolehi semasa siksaan
3. Ujian
4. Kesulitan dan kelapangan yang menimpa manusia7
Sabda Rasulullah saw:
“Wahai sekalian manusia! sesungguhnya tidak ada fitnah di mua bumi ini
semenjak Allah menciptakan keturunan Adam yang lebih besar dari fitnah Dajjal,
sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang Nabi, melainkan telah diperingatkan
kaumnya tentang fitnah Dajjal. ” [HR. Bukhari]
3 Maktabah shameela4 ibid5 ibid6 ibid7 Fathul bari syarah sahih bukhari
Seorang pendakwah yang bergelar maulana yusoff telah mengatakan di dalam salah
satu siri ceramahnya iaitu fitnah itu adalah satu kecelakaan bagi orang yang membuatnya
(menyebarkannya) ataupun orang yang terkenanya.8
Namun berdasarkan hadith di atas sememangnya tiada perkara yang lebih besar
daripada fitnah dajjal al masih itu kerana pabila zaman itu tiba, sememangnya kita sendiri di
dalam kegelapan yang mana kita sendiri tidak tahu yang mana satu benar dan yang mana satu
adalah satu lagi bentuk penipuan.
Maka fitnah yang dimaksudkan di sini ( al fitan ) adalah peringatan di dalam bentuk
ujian yang didatangkan oleh Allah taala kepada manusia samaada di dalam bentuk kesusahan
atau kesenangan semasa hidup mereka ke atas muka bumi ini dan juga tindak balas kita
terhadapnya samaada kita menghadapinya mengikut suruhan Allah taala dan ajaran ataupun
dakwah nabi Muhammad s.a.w ataupun kita menurut hawa nafsu dan cenderung kepada
hasutan syaitan laknatullah.
8 http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5464:sahih-al-bukhari-kitab-al-fitan-1-bab-firman-allah-takutilah-fitnah&catid=58:maulana-mohd-asri-yusoff