kk bmm3104 ppg

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR TUGASAN PROJEK TARIKH MULA 25 OGOS 2013 TARIKH HANTAR 22 SEPTEMBER 2013 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran bahasa. 2. Menyediakan rancangan pengajaran untuk mengajarkan kemahiran- kemahiran bahasa; 3. Membina dan menggunakan bahan bantu mengajar kemahiran-kemahiran bahasa; 4. Membuat latihan penilaian kemahiran-kemahiran bahasa. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4. Objektif Projek 1. Menghuraikan secara terperinci maklumat tentang kaedah yang dipilih berserta kelebihan dan kelemahannya; 2. Mengenal pasti Hasil Pembelajaran dan Huraian Hasil Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur serta Kemahiran Menulis yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu atau Standard Pembelajaran untuk tahun tertentu, serta TAJUK PROGRAM: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU NAMA PELAJAR: KOD DAN NAMA KURSUS: BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA SEMESTER: 5

Upload: fesely

Post on 18-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

q

TRANSCRIPT

Page 1: Kk Bmm3104 Ppg

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN PROJEK

TARIKH MULA 25 OGOS 2013 TARIKH HANTAR 22 SEPTEMBER 2013

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran bahasa.

2. Menyediakan rancangan pengajaran untuk mengajarkan kemahiran-kemahiran bahasa;

3. Membina dan menggunakan bahan bantu mengajar kemahiran-kemahiran bahasa;

4. Membuat latihan penilaian kemahiran-kemahiran bahasa.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4.

Objektif Projek

1. Menghuraikan secara terperinci maklumat tentang kaedah yang dipilih berserta

kelebihan dan kelemahannya;

2. Mengenal pasti Hasil Pembelajaran dan Huraian Hasil Pembelajaran Kemahiran

Mendengar dan Bertutur serta Kemahiran Menulis yang terkandung dalam Huraian

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu atau Standard Pembelajaran untuk tahun tertentu, serta

merancang satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan kedua-dua

kaedah tersebut berdasarkan kaedah yang dipilih;

3. Menunjuk cara pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan Kemahiran

Mendengar dan Bertutur serta Kemahiran Menulis, secara amali;

4. Menulis refleksi tentang dapatan, pandangan, dan penilaian terhadap tugasan yang dibuat.

TAJUK PROGRAM: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS: BMM3104PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

SEMESTER: 5

Page 2: Kk Bmm3104 Ppg

Tugasan Projek (100%)

Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami

perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum

balas. Kemahiran bertutur pula merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan

dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan

sebutan dan intonasi yang betul dan sopan. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan

murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan

yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dilalui. Penekanan kepada

kemahiran ini adalah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang

betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran

menulis memerlukan guru menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-

prosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan

oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik

dan psikologi. Oleh itu, sesuatu kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada

pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru.

Berdasarkan penyataan tersebut anda dikehendaki:

1. Menghuraikan secara terperinci maklumat tentang kaedah yang dipilih berserta

kelebihan dan kelemahannya; (20 markah)

2. Mengenal pasti Hasil Pembelajaran dan Huraian Hasil Pembelajaran Kemahiran

Mendengar dan Bertutur serta Kemahiran Menulis yang terkandung dalam Huraian

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu atau Standard Pembelajaran untuk tahun tertentu, serta

merancang satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan kedua-dua

kaedah tersebut berdasarkan kaedah yang dipilih; (30 markah)

3. Menunjuk cara pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan Kemahiran

Mendengar dan Bertutur serta Kemahiran Menulis, secara amali. Proses pengajaran dan

pembelajaran tersebut perlu dirakam bagi membuktikan tugasan tersebut dilaksanakan.

(30 markah)

4. Menulis refleksi tentang dapatan, pandangan, dan penilaian terhadap tugasan yang dibuat.

(20 markah)

Page 3: Kk Bmm3104 Ppg

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan dan individu.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini

3.2. Fon Arial

3.3. Saiz huruf - 11

3.4. Langkau 1.5 baris

3.5. Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association) .

4. Panjang tugasan antara 2 500 hingga 3 000 patah perkataan atau 15-20 muka surat

(termasuk persembahan visual) .

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut :

a. Pemahaman yang mendalam berkaitan kaedah dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah atau kemahiran yang dipilih mestilh merangkumi dua daripada yang berikut:

Kaedah Terus Kaedah Elektik Kaedah Komunikatif Kaedah Audio- Lingual Kaedah Fonetik/Linguistik

Kemahiran mekanis Kemahiran mengeja Kemahiran menulis perkataan dan  Kemahiran tatabahasa Kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi Kemahiran menggunakan gaya bahasa Kemahiran membuat pertimbangan

b. Perkembangan tahap pemahaman dan pemikiran terhadap tugasan.

c. Implikasi terhadap pembelajaran dapat dilihat semasa proses membina langkah pengajaran

d. Rumusan dan cadangan serta dapat menjawab persoalan tugasan.

Page 4: Kk Bmm3104 Ppg

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah

dikemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6. Penulisan esei/ laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa

yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.

7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan

(sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak

yang lain).

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( HJH. SITI NORMANISEH BINTI ZAKARIA ) (PN. HJH. AMANAH BINTI MOHD NOOR)

Penyelaras Kursus BMM3107 Pakar Bidang (SME)

Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh:

( AZMI BIN AYUB )

Ketua Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Raja Melewar