kkbi psv 3123
TRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Kepelbagaian budaya tradisional tempatan telah membangkitkan kita untuk
menghasilkan sesuatu yang berestetika sekali gus menghargai alam benda yang
memiliki keunikan tersendiri dalam negara ini. Maka kali ini, kerja kursus Psv 3124,
Lukisan dan Penyurburan Diri menghendaki pelajar untuk menghasilkan sebuah
karya yang bertemakan hal benda berdasarkan budaya tradisional tempatan. Hal
benda tersebut hendaklah disusun denga 4 item secara kreatif dan artistik.
2.0 Sumber Ilham
Penghasilan karya ini juga merupakan ilham daripada lukisan yang dihasilkan
oleh tokoh lukisan yang terkenal iaitu Albrecht Durer yang menggunakan teknik
cross-hachting. Antara karya yang dihasilkan oleh beliau yang menggunakan teknik
cross-hachting, hachting ialah St. Christoper dan Self Potrait Age 13. Beliau adalah
artis yang paling popular di zamanya, dan juga merupakan artis yang banyak
menghasilkan karya dari aliran Renaissance.
Gambar 1:
Albrecht Durer
“Self Portrait”
Beliau banyak menghasilkan karya dengan penggunaan material yang
berbeza. Selain itu, beliau juga sangat popular dengan karya-karyanya setanding
dengan Leonardo da Vinci yang mengisahkan kisah-kisah bible, mitos dan kisah
mengenai beliau sendiri. Bagi Self Potrait At Age 13 adalah mengenai beliau sendiri
1
telah dibuat pada tahun 1484 yang bermaksud budak yang sudah mula matang
pada usia yang muda. Dalam karya tersebut beliau menyatakan “ ini adalah
cerminan saya di sebalik kaca, ketika saya masih kanak-kanak”.
(Sumber: http://www.howtodrawjourney.com)
Gambar 2:
Albrecht Durer
“Self Potrait At Age 13”
2
Gambar 3:
Albrecht Dürer (1471 - 1528)
Salvator Mundi
Kesimpulannya, pengkarya telah memilih teknik croos-hatching oleh artis
agung iaitu Albrecht Durer sebagai sumber ilham untuk menghasilkan karya akhir
dalam tugasan kerja kursus ini. Salah satu keistimewaan lukisan Albrecht Durer
ialah kesan garisan pada permukaan lukisan yang boleh menimbulkan kesan jalinan
tampak yang boleh menyambarkan emosi dalam karya tersebut.
3.0 Lukisan
Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik beberapa sahaja
antaranya; perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya
dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan
‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan
tubuh badan. Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni
halus yang dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya,
bayang, jalinan dengan menggunakan media kering. Lukisan juga boleh menyatakan
luahan emosi, keintelektual & spiritual manusia. Biasanya lukisan dihasilkan secara
spontan, mengikut gerak hati & perasaan pelukis masing-masing. Ini menjadi
landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.
Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).
Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran
manusia. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga
spiritual. Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang pelukis
yang digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan di atas permukaan
untuk dijadikan bahan dokumentasi.
Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan dengan
keperluan psikologi, sejarah dan artistik – ini terbukti bahawa pelukis perlu
mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya visualisasi, daya emosi dan
daya estetika.
4.0 Nisbah Keemasan
Golden Ratio atau nisbah keemasan adalah istilah yang banyak digunakan
dalam bidang Matematik. Sesuatu disebut sebagai nisbah keemasan ialah
(perbandingan) dari jumlah dua bahagian (besar + kecil) terhadap bahagian yang
besar bernilai 1,61803398874989. Nama lain yang digunakan selain Rasio emas /
3
Golden Ratio adalah Golden Section (Sectio aurea), Golden Mean, Mean ratio,
Medial section, Divine proportion, Divine section (Sectio Divina), Golden proportion,
Golden cut, Golden number, & Mean of Phidias.
Nisbah keemasan ini sangat istimewa karena mewakili banyak perbandingan
dari kehidupan di dunia. Contohnya pada tubuh manusia, seperti jarak antara ujung
jari dan siku atau jarak antara pergelangan tangan dan siku, jarak antara garis bahu
dan unjung atas kepala atau panjang kepala, jarak antara pusar dan ujung atas
kepala atau jarak antara garis bahu dan ujung atas kepala, jarak antara pusar dan
lutut atau jarak antara lutut dan telapak kaki. Matematik mempelajari nisbah
keemasan karena sifat yang unik dan menarik. Nisbah keemasan juga ditemukan
dalam banyak bidang lain.
Sejak itu, semakin erat golongan artis dan cendekiawan mencari dan
menggunakan nisbah keemasan ke dalam hasil karya mereka. Sejarah secara
falsafahnya menunjukan bahawa manusia selalu berusaha untuk mencari hukum-
hukum yang sederhana, tetap dan mendasar tentang alam semesta. Tidak terkecuali
nisbah keemasan memiliki tapak yang besar pada seni, mempengaruhi perspektif
seniman dari pandangan seni yang menyenangkan. Ia berusaha menggambarkan
dunia dalam kaitannya dengan hubungan-hubungan dan aturan-aturan sosial, garis,
dan ruang. Berdasarkan pemikiran Plato bahawa alam mempuyai material pada
dasarnya iaitu ukuran-ukuran geometrik yang teratur, maka musik, lukisan, dan
arkitek dapat dideskripsikan dalam hokum nisbah keemasan ini. Oleh itu, pada
zaman Yunani Klasik ditemukan idea yang disebut "The Golden Section"
(Myers,1958).
Kesimpulannya, nisbah keemasan merupakan medium utama dalam hasil
seni mahupun seni halu, seno photografi dan seni bina. Ini kerana setiap gambar
yang dihasilkan menampakkan penegasan dalam keadaan suasana yang
menyenangkan apabila menatap karya tersebut.
4
Gambar 4:
Nisbah Keemasan
5.0 Pemilihan Subjek Matter
5.1 Tema Budaya Masyarakat Iban
Pengkarya telah memilih hal benda yang berkaitan dengan kaum Iban. Bahan
tersebut adalah kegunaan orang Iban semasa bersawah dan berjalan dalam hutan
untuk mencari sumber makanan. Pemilihan subjek matter ini juga sangat berdekatan
dengan kehidupan pengkarya, kerana sebahagian masyarakat di kawasan
pengkarya masih melakukan aktiviti bersawah dengan menggunakan hal benda
yang diperbuat dengan pelbagai bahan.
Pemilihan hal benda untuk aktiviti kegunaan harian ini bertujuan untuk
menghargai kesenian yang masih ada dari semua aspek reka cipta alatan untuk
bersawah tersebut. Walaupun peredaran zaman semakin meningkat, kegiatan
membuat bahan untuk bersawah ini masih dilakukan di rumah panjang atau ada
persatuan tertentu yang masig meneruskan perusahaan untuk membuat produk
yang sangat berguna kepada masyarakat tempatan. Melihat kepada bahan yang
sering digunakan untuk membuat produk ini, pada zaman dahulu orang
menggunakan daun dari hutan seperti nibong, benbam dan rotan. Masa kini,
kebanyakan produk dihasilkan dengan menggunakan tali yang berwarna warni
dengan corak motif yang menarik.
5
Bagi hal benda yang dipilih, pengkarya telah menunjukkan bahawa
perubahan bahan bagi menghasilkan produk untuk kegiatan harian ini tidak
mengubah perubahan yang sebenar dalam kesenian membuat anyaman. Malah
masyarakat dahulu juga menggunakan warna yang dimasak bersama dengan daun
nipah dan benbam untuk menghasilkan warna dalam produk mereka. Perbanding
penggunaan bahan tidak sama sekali menyejaskan keaslian produk anyaman ini.
Disebabkan keunikan dan kegunaannya masih diperlukan masyarakat sekarang
adalah sebab pengkarya memilih hal benda yang sangat berdekatan dengan tema
masyarakat setempat.
5.2 Seni Anyaman Iban
Seni anyaman adalah hasil-hasil yang dicipta dengan cara menganyaman.
Mengayaman adalah prosesmenjalin jaluran daun, lidi, rotan, akan, buluh dan
beberapa jenis tumbuhan yang lain. Orang Iban di Sarawak, mempunyai reka bentuk
kraf tangan tersendiri dan sebahagian besar daripada kraf tangan tersebut
dihasilkan melalui seni anyaman.
6.0 Media
Media kering yang digunakan untuk menghasilkan karya ini ialah:
a) Pensel
6
Gambar 5:
Hal Benda (siluk, uyut, tangi dan capan) oleh suku kaum Iban untuk bersawah
Dibuat daripada arang dan tanah liat. Jenis keras (H) digunakan untuk
melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel
semasa melukis dan tekanan pada pensel.
Gambar 6: Pensil
b) Media Pastel
Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya
memberi kesan lorekkan yang berbeza. Lukisan menggunakan pastel
handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi
menghalang dari warna tersebut tertanggal
Gambar 6:
Oil Pastel
Gambar 7:
Soft Pastel
7.0 Pemilihan Teknik Lukisan
a) Cross-Hatching
Teknik cross-hatching merupakan teknik lukisan yang mempunyai siri garisan
yang selari arah tetapi bertindan dengan siri lain dengang arah yang berlainan.
Dalam keseluruhan karya ini kebanyakannya menggunakan unsur garisan tebal dan
nipis dengan menggunakan teknik silang pangkah/cross-hatching.
7
b) Teknik Gosokan
Teknik gosokan dihasilkan dengan menggunakan media kering dan
menggosok kertas yang diletak di bawah sesuatu yang mempunyai permukaan yang
kasar.Jalinan di atas objek akan memberikan kesan kepada hasil gosokan.
c) Teknik Campuran
Teknik campuran merupakan teknik yang pelbagai media dan teknik
digunakan dalam hasil karya. Penggunaannya menghasilkan lukisan yang pelbagai
kesan yang menarik.
8.0 Unsur-Unsur Seni
Gambar 9:“Abi Jari Indai”
Teknik Campuran
8
Gambar 8:
Teknik silang pangkah/cross-hatching
Melalui pemerhatian tentang karya lukisan di atas, unsur garisan memainkan
peranan penting untuk menghasilkan imej dan kesan ton pada setiap sudut
pandangan objek tersebut. Garisan nipis, tebal dan halus boleh menghasilkan ruang,
jarak antara objek dan kadar banding objek. Pada bahagian ini hokum Nisbah
Keemasan akan digunakan untuk menghasilkan karya akhir.
Warna juga berfungsi untuk menimbulkan emosi semasa memerhati atau
menilai sesebuah karya. Warna juga memainkan peranan iaitu mewujudkan bentuk
sesuatu objek. Kesan warna kontra daripada latar belakang akan mewujudkan
penegasan pada karya tersebut. Warna panas iaitu oren, merah dan kuning adalah
berfungsi dalam menghasilkan kesan pencahayaan dan kawasan yang terlindung di
bawah pencahayaan. Warna sejuk pula, hijau yang terdapat di corak yang terdapat
pada anyaman bakul tersebut. Warna neutral iaitu hitam, putih dan coklat berfungsi
untuk meneutralkan keadaan dengan boleh memberikan kesan cerah dan gelap.
9.0 Apreasi seni
Melalui pemerhatian tentang karya “Abi Jari Indai”, terdapat unsur-unsur seni
iaitu garisan, bentuk, warna dan ruang. Garisan terdapat pada setiap sudut karya
dengan mengaplikasikan garisan tebal, nipis dan halus. Kemudian, penggunaan
warna panas ke dalam hasil karya adalah untuk menimbulkan kesan cerah dan
gelap dalam keseluruhan karya. Unsur bentuk juga menjadi tarikan utama apabila
menggunakan jalinan dan ton yang sesuai dan betul. Selain itu, apabila warna,
garisan dan bentuk telah diaplikasikan ke dalam karya, adalah menjadi fokum
utama dalam kejayaan menghasilkan sesebuah karya yang memiliki prespektif serta
9
Garisan
- Halus- Tebal- Nipis
Warna
- Sejuk- Panas
Teknik
- Gosokan
- Cross- Hacthing
- Campuran
Media
- Soft Pastel
- Oil Pastel
- Pensel warna
Rajah 1.1:
Elemen-lemen dalam hail karya
nisbah keemasan yang tepat. Karya “Abi Jari Indai” menunjukkan suatu peralatan
atau kegunaan semasa bersawah dan pergi ke hutan bagi mencari makanan.
Selain itu, prinsip penegasan dalam karya ini dapat dipersembahkan
disebabkan penggunaan warna kontra yang digunakan. Komposis subjek matter
sangat mempengaruhi dalam karya ini. Ini kerana penggunaan prinsip Nisbah
Keemasan dalam karya yang memboleh pandangan penonton tidak bosan untuk
memerhati karya tersebut. Penggunaan prinsip keemasan ini sangat membantu
dalam menjayakan keutamaan hal benda dalam karya ini.
Fungsi peralatan ini adalah untuk bercucuk tanam serta bersawah padi.
Masyarakat tempatan sangat menghargai dan menjaga hal benda ini dengan baik.
Ini kerana hal benda ini sangat berjasa kepada mereka semasa bekerja di sawah.
Selain itu, walau peredaran zaman, anyaman orang tempatan masih tidak berubah
malah semakin kreativiti dengan menghasilkan hal benda dengan bahan gantian
seperti tali. Di samping itu, motif yang terdapat pada anyaman juga tidak berubah
walaupun mengenakan bahan yang berbeza. . Perbandingan ini merupakan revolusi
bahan daripada zaman yang terdahulu yang hanya menggunakan rotan dan buluh
sahaja. Namun, bahan ini masih dikenali sebagai bahan tradisional walaupun
peruabahan oleh bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut.
Karya ini bermaksud, hasil kurdrat seorang ibu dalam menghasilkan anyaman
bagi membantu meringankan benda semasa bekerja keras di sawah atau dalam
hutan. Kerja keras seorang ibu menghasilkan anyaman yang halus dan mempunyai
estetika yang menarik pada corak anyaman tersebut. Kelarai anyaman tersebut juga
di namakan Anyam Mata Dua. Bermaksud anyaman yang bertindik dengan dua
jalur. Selain itu, ibu juga dapat menerima perubahan zaman dengan membuat
kreativiti dan mempelbagaikan penggunaan bahan untuk menghasilkan hal benda
tersebut dengan tali plastik. Hasil tangan seorang ibu menjadi satu kerja seni yang
sangat halus dan membawa kebaikan kepada keluargaanya. Kekuatan dan
kekemasan kesan jari ibu ke atas produk anyaman menunjukkan bahawa seorang
ibu yang tekun dan berusaha dalam menghasilkan peralatan yang berguna untuk
keluarga beliau.
10
10.0 Refleksi
Seni tempatan di Malaysia merupakan suatu seni yang sangat mendalam
untuk dikaji terutamanya seni orang pribumi. Di Bumi Kenyalang (Sarawak)
merupakan bumi yang kaya dengan segala seni tradisi kerana dapat dilihat dari segi
keunikan dan reka bentuk yang memiliki cerita mitos dan mistik dari segi reka letaik
motif dan bahan yang sangat sesuai dengan kehidupan dan norma masyarakat
tempatan. Malah, untuk mengukuhkan dan memartabatkan lagi pemikiran dan
pengetahuan mengenai seni masyarakat tempatan maka peluang saya tidak sia-sia
apabila tajuk kerja kursus bagi Lukisan dan Penyuburan Diri (PSV 3124)
menghendaki guru pelatih untuk menghasilkan satu lukisan yang bertemakan hal
benda berdasarkan budaya tradisional tempatan. Proses ini amat penting bagi saya
kerana bukan sahaja untuk membetulkan kesalahan dalam menghasilkan karya
catan mahupun menggunakan media kering, ianya mampu membawa saya mengerti
dengan lebih mendalam lagi cara untuk menyuburkan diri apabila melukis.
Walaupun bagi saya melukis bukan sesuatu perkara yang dipaksa, namun apabila
melukis timbul perasaan senang dan tenang. Perkara ini berlaku kerana
keseronokan itu dapat dicari melalui saya melukis.
Dalam penghasilan karya kali ini saya telah membawa konsep yang berlainan
yang jarang saya gunakan semasa membuat penghasilan karya lukisan. Saya telah
mencuba dengan sedaya upaya saya untuk melukis diatas kain dengan
menggunakan soft pastel dan oil pastel. Malah penggunakan bahan seperti kain
mencabar bagi saya apabila kain ini susah untuk dipadam kesan garisan dan
memerlukan banyak warna yang digunakan. Di samping itu, saya perlu memikirkan
frame yang sesuai dengan gaya persembahan lukisan saya. Maka saya perlu
berfikiran yang kritis supaya karya saya nampak menarik.
Dalam membuat portfolio yang menghendaki membuat banyak penerokaan
membuatkan diri saya sedar bahawa bahan yang terdapat disekeling mempuyai
fungi yang sangat bermakna dalam menghasilkan lukisan terutama dengan
penggunaan teknik campuran dalam hasil karya. Kepelbagaiaan bahan serta media
yang digunakan juga membuatkan saya dapat menghasilkan satu lukisan yang
berukuran besar dengan hanya menggunakan media pastel ke atas latar belakang
11
karya. Latar belakang karya ini berfungsi untuk memberikan penegasan terhadap
objek di bahagian hadapan.
Kebaikan yang dapat saya perolehi daripada penghasilan karya ini ialah saya
dapat membuka pandangan tentang penggunaan alat dan bahan untuk
menghasilkan lukisan. Sebelum ini saya hanya berfikir alat dan bahan yang
digunakan dalam lukisan ialah kertas dan pensel sahaja. Apabila melakukan banya
percubaan maka saya dapat memperolehi idea dalam satu lukisan diatas kain. Saya
telah mencabar diri sendiri untuk menerokai apakah kelebihan saya menggunakan
bahan seperti kain untuk lukisan. Selain itu, saya memang mengakui bahawa saya
memang lemah dalam menghasilkan kesan cahaya dalam sesebuah hasil karya.
Namun saya telah berusaha dengan usaha dan mempelajari dari sumber lain untuk
menghasilkan lukisan dengan ton dan kesan cahaya yang memberi impak dalam
lukisan.
Walaupun banyak rintangan dan cabaran yang diterima semasa saya mencari
maklumat dan menghasilkan karya namun saya tetap tabah untuk menyiapkan kerja
kursus ini, namun akhirnya berjaya juga saya menghasilkan lukisan dengan
menggunakan campuran media kering soft pastel dan oil pastel. Kesimpulannya,
menghasilkan karya lukisan adalah dapat menyuburkan diri kita terutamanya dalam
memenuhi masa lapang dan mampu meningkatkan tahap kita menghasilkan karya
dengan lebih baik. Disini kita bermula dan teruskan maju kehadapan untuk
menghasilkan karya seni bukan hanya satu lukisan sebagai insprasi dalam dalam
hidup ini.
12