kkbi waj 3106 2013

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PISMP NAMA GURU PELATIH: TAJUK KURSUS: HUBUNGAN ETNIK SEMESTER : 3 TARIKH MULA: 24 JAN 2013 TARIKH HANTAR: 14 MAC 2013 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menjelaskan pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik. 2. Membincangkan aspek kerjasama politik dan hubungan etnik. 3. Menghuraikan konsep Islam Hadhari dan hubungan etnik. 4. Meramal cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di Malaysia. 5. Membincangkan peranan masyarakat dan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran1,2,4 dan 5. Objektif Tugasan: Pelajar dapat : 1. Menghuraikan maklumat berkaitan dengan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak Inggeris dan Jepun semasa menjajah Tanah Melayu. 2. Menyatakan langkah/dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. 1

Upload: aur-cmr

Post on 13-Aug-2015

27 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kerja Kursus

TRANSCRIPT

Page 1: kkbi waj 3106 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PISMP NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS: HUBUNGAN ETNIK

SEMESTER : 3

TARIKH MULA: 24 JAN 2013 TARIKH HANTAR:

14 MAC 2013

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik.

2. Membincangkan aspek kerjasama politik dan hubungan etnik.

3. Menghuraikan konsep Islam Hadhari dan hubungan etnik.

4. Meramal cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di Malaysia.

5. Membincangkan peranan masyarakat dan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran1,2,4 dan 5.

Objektif Tugasan:

Pelajar dapat :

1. Menghuraikan maklumat berkaitan dengan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak Inggeris dan Jepun semasa menjajah Tanah Melayu.

2. Menyatakan langkah/dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.3. Menjelaskan dasar penjajah telah memberi kesan kepada rusuhan kaum pada 13

Mei 1969. 4. Melahirkan kerjasama dalam kumpulan dalam menyiapkan tugasan.

1

Page 2: kkbi waj 3106 2013

TUGASAN PROJEK (SOALAN) (50%)

Pihak pejajah telah melaksanakan pelbagai dasar politik, ekonomi,pendidikan dan sosial semasa memerintah Tanah Melayu yang menyebabkan ketidakseimbangan dan menyulitkan perpaduan antara kaum sebelum tahun 1970.

Berdasarkan penyataan di atas , bincangkan bagaimana ia memberi kesan kepada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.

Penerangan Tugasan:

1. Rujuk pada sumber-sumber untuk mendapat maklumat berkaitan dengan dasar-Dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak Inggeris dan Jepun semasa menjajah Tanah Melayu.

2. Sila dapatkan data lengkap:-kaum-kaum Utama di Tanah Melayu yang terlibat dalam bidang pekerjaan profesional.-lokasi penempatan kaum-kaum utama di Tanah Melayu-bentuk/jenis dan jumlah sekolah di Tanah Melayu-jenis kegiatan ekonomi kaum-kaum utama di Tanah Melayu

3. Nyatakan langkah/dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan .(tidak melebihi 5 langkah/dasar). 4. Hasilkan satu laporan lengkap. 5. Laporan anda hendaklah tidak kurang daripada 1500 patah perkataan.

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan adalah tugasan berkumpulan (Dua Orang satu kumpulan).2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

3.1 . Muka depan hendaklah mengikut templet terkini.3.2 .Fon Arial.3.3 .Saiz huruf-123.4 .Langkau 1.5 baris3.5 .Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association).3.6 .Lampiran adalah wajib3.7 .Jawab dalam Bahasa Malaysia sahaja.

4. Panjang tugasan antara 2500 hingga 3000 perkataan atau tidak lebih melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual).

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh dua hingga empat minggu.8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

2

Page 3: kkbi waj 3106 2013

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria – kriteria Berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperijci.2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut:

a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas dengan baik.b. Perkembangan isi adalah menyeluruh dan tepat.c. Huraian kesan adalah tepat dan baik.d. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah ada hendaklah dikemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran.6. Penulisan esei/laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang

sesuai dan tiada kesalahan ejaan da kematangan hujah.7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak

tugasan(sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal,2 bahan bercetak yang lain).

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

(NAMA: ) (NAMA: )Penyelaras Kursus Hubungan Etnik Ketua Jabatan Kajian SosialJabatan Kajian SosialIPG Kampus Kota Bharu IPG Kampus Kota BharuTarikh: 10 Jan 2013 Tarikh: 10 Jan 2013

3