kkd 2063 pembangunan sahsiah -...
TRANSCRIPT
KKD 2063 Pembangunan Sahsiah
Teori Kognitif : Teori Pilihan Dan Terapi Realiti
Pengenalan
• Teori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia.
• Terdapat banyak teori-teori yang dikategorikan di bawah teori kognitif seperti Teori Kognitif Tingkah Laku, Teori Rasional Emotif Tingkah Laku, Teori Pilihan Terapi Realiti dan lain-lain.
• Persamaan teori-teori di bawah pendekatan Kognitif adalah semua masalah individu dianalisis berdasarkan kognitif.
• Manakala perbezaan teori-teori di bawah pendekatan kognitif adalah daripada aspek konsep dan aplikasinya kepada pelajar.
• Teori Pilihan Terapi Realiti menekankan sistem berfikir merupakan sistem kawalan yang mengawal tingkah laku individu.
• Setiap individu bebas untuk membuat pilihan.
Pendekatan Kognitif
• Perkataan kognitif berasal daripada perkataan latin ‘cognitio’ yang bermaksud ‘to know’ iaitu mengetahui atau memahami.
• Perkembangan kognitif adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang individu mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah.
• Perkembangan Kognitif kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat aspek iaitu:
i . Pemikiran.
ii. Persepsi.
iii. Penyelesaian masalah.
iv. Pembentukan konsep
Tahap Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Berdasarkan pandangan Piaget, perkembangan kognitif dapat dibahagikan kepada empat tahap iaitu:
• Motor deria (0-2 thn). Tahap ini ialah
kebolehan memahami melalui deria.
• Pra operasi (2-7 thn). Tahap memahami konsep asas misalnya konsep asas nombor dan membilang secara hafalan. Pada peringkat ini kanak-kanak belum memahami konsep keabadian (konkrit).
• Operasi konkrit (7-12 thn). Tahap ini kanak-kanak boleh memahami sesuatu konsep apabila disertai dengan bukti konkrit misalnya memahami konsep nombor dan mengaitkan dengan objek.
• Operasi formal (12 thn keatas) peringkat mula berfikir dan memahami sesuatu secara logik dan abstrak. Perkaitan dengan konteks am alam fizikal mula berkurangan.
Definisi Terapi (Kamus perubatan Mosby, 2001)
1) Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan.
2) Kaedah untuk membantu murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai sesuatu kemahiran dan mencapai perkembangan kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.
3) Proses interaksi dan intervensi yang terancang
8
Bila Perlu Terapi?
• Setelah
1.ubat , vitamin tidak berfungsi
2.alat bantuan (ganjaran, kerusi roda, ABM)
3.strategi-strategi lain (latih tubi, modifikasi tingkahlaku) tidak berkesan
4.Kes masalah teruk.
5.Dilaksanakan oleh terapis/ahli terapi.
9
Fungsi Terapi
• Bermatlamat, berasaskan penilaian ke atas keperluan, kekuatan dan kelemahan individu.
• Digunakan untuk mempengaruhi perubahan
tingkah laku, pemikiran, perasaan, kemahiran dan keadaan individu.
• Ia bertujuan merangsang & mengembalikan kefungsian badan secara normal
10
Pengasas Teori Pilihan Dan Terapi Realiti
• Teori Pilihan dan Terapi Realiti telah diasaskan oleh William Glasser seorang doktor psikologi klinikal yang telah dilahirkan di Cleveland, Ohio, California pada 11 Mei 1925.
• Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea Teori Pilihan dan Terapi Realiti dalam sistem pendidikan di California.
Teori Pilihan
Membincangkan bagaimana seseorang individu itu bertingkah laku dan mengapa mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai.
Pengetahuan, skala perimbangan, tingkah laku keseluruhan, sistem tingkah laku, identiti berjaya dan identiti gagal.
• Tegas Glasser (2000), Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan termasuklah kita bersedih.
• Individu bebas bertingkah laku berdasarkan kepada motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif.
• Glasser (2000) melihat masalah manusia berpunca daripada keperluan asas (basic needs) tidak dipenuhi.
Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010), keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan.
Aspek menyayangi dan disayangi ini merangkumi keperluan kasih sayang, rasa intim, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan, majikan dan orang sekeliling.
Rasa ingin penghargaan meliputi keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap, mempengaruhi.
• Fisiologi ini merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu ini berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat.
• Teori Pilihan memberi penekanan kepada sifat tanggungjawab individu.
• Glasser (1965) mendefinisikan tanggungjawab adalah keupayaan untuk memenuhi sesuatu keperluan, dan bersedia untuk menghadapi halangan bagi memenuhi keperluan yang diingini.
• Glasser (1998) menolak konsep mimpi dan
angan-angan tanpa berpaksikan kepada realiti yang sebenar.
Mengapa Manusia Bermasalah Berdasarkan Teori Pilihan?
• Keinginan tidak dipenuhi
– Keinginan dipengaruhi keperluan psikologi dan fisiologi (menyayangi dan disayangi, penghargaan, kebebasan dsbnya).
• Memperoleh sesuatu yang tidak dikehendaki.
• Konflik akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi individu.
• Personaliti gagal terbentuk apabila gagal memenuhi kehendak dengan cara yang bertanggungjawab – Kecewa dengan kehidupan
– Menafikan kegagalan yang dihadapi
• Biasanya akan memilih simptom negatif dan akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak efektif.
• Akan melarikan diri daripada tanggungjawab akibat emosi dan pemikiran terganggu.
Mana Satu Pilihan Individu : Individu Berjaya Atau Gagal?
Tingkah laku efektif Tingkah laku tidak efektif
Sentiasa menyokong orang lain Selalu mengkritik
Sentiasa mendapat galakan Selalau menuduh orang lain tanpa bukti
Kemahiran mendengar yang tinggi
Sentiasa tidak berpuas hati
Mudah menerima orang lain Selalu berleter
Mewujudkan kepercayaan kepada orang lain
Rasa terancam
Menghormati orang lain Buat sesuatu kerana takutkan hukuman
Selalu berunding Terlalu mengawal orang lain
Kata Kunci Dalam Teori Pilihan
a) Apakah kehendak kualiti (quality world)?
– Setiap individu ada impian masing-masing.
– Bergantung kepada pengalaman dengan orang lain, benda, kepercayaan, dan situasi yang kita alami.
– Menghasilkan satu kehendak dan harapan yang diingini.
b) Apakah keperluan asas(basic needs)?
– Keinginan banyak ditentukan oleh keperluan asas
– 4 keperluan psikologi
1. Menyayangi dan ingin dimiliki
2. Inginkan penghargaan
3. Inginkan kegembiraan
4. Inginkan kebebasan
Keperluan fisiologi pula untuk terus hidup.
c) Apakah tingkah laku keseluruhan (total behaviour)? – Meliputi perlakuan, pemikiran, perasaan, dan
fisiologi tingkah laku keseluruhan.
– Boleh kawal pelakuan dan fikiran sendiri tetapi sukar mengawal perasaan.
d) Apakah identiti berjaya dan identiti gagal? – Identiti berjaya – rasa cinta,dihargai,
keperluan psikologikalnya.
– Identiti gagal – tidak rasa dicintai, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa.
e) Individu bertanggungjawab untuk memilih keputusan dalam hidupnya
Setiap pilihan berdasarkan keperluan asas
Setiap pilihan mempunyai risiko
Individu berupaya memilih tingkah laku efektif dan tidak efektif
Tingkah laku efektif membentuk identiti berjaya
Tingkah laku tidak efektif membentuk identiti gagal
f) Perlakuan tidak efektif dan efektif
Rasa tidak gembira kerana hubungan yang tidak baik disebabkan oleh pengaruh kawalan luaran
Rasa menderita kerana hubungan yang tidak baik
Fizikal dan mental
Keperluan psikologi dan fisiologi tidak dapat dipenuhi
Diri rasa kecewa
Psikologi yang tidak tenteram
Memilih tingkah laku yang tidak berkesan
Rumusan Kita boleh mengawal tingkah laku kita
Kita hanya mendapat maklumat daripada orang tetapi tidak semestinya apa yang kita inginkan
Kebanyakan masalah psikologi berpunca daripada masalah hubungan.
Masalah hubungan adalah suatu proses yang sentiasa wujud
Masa sekarang sangat penting berbanding dengan masa lepas dan perlu bimbang tentang masa akan datang
Kita mempunyai keperluan asas iaitu ingin menyayangi dan ingin dimiliki, inginkan penghargaan, inginkan kebebasan, inginkan kegembiraan dan ingin terus hidup.
Kita rasa puas setelah memilih untuk memenuhi kehendak kita
Konflik dengan apa yang kita hendak akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi.
Terapi Realiti • Salah satu teori yang utama dalam pendidikan psikologi
kaunseling. • Terapi ini adalah sebahagian daripada pendekatan Kognitif. • Terapi Realiti tidak boleh dipisahkan dengan Teori
Pilihan. • Teori Pilihan membincangkan bagaimana manusia itu
bertingkah laku manakala Terapi Realiti adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain.
• Terapi ini adalah suatu proses untuk memahami tingkah laku individu untuk seseorang itu memilih dan membuat keputusan yang tepat untuk kehidupannya.
• Terapi Realiti berfokus kepada tingkah laku semasa dan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan kehendak murid. Proses dalam Terapi Realiti adalah merujuk kepada prosedur WDEP.
Aplikasi Terapi Realiti Berasaskan Sistem WDEP
• WDEP merupakan akronim strategi -digunakan oleh guru untuk menolong murid berubah dari segi aspek tingkah laku yang sesuai dengan kehendak individu.
• Wubbolding dan Brickell (1999) menyatakan WDEP merujuk kepada wants, needs and perceptions (kehendak, keperluan dan persepsi). D merujuk kepada directions and doing (terarah dan lakukan) manakala E merujuk kepada evaluation (penilaian) dan akhirnya P pula merujuk kepada planning and commitment (pelan bertindak dan komited)
• Strategi WDEP merupakan langkah-langkah yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid.
• Sebelum guru mengaplikasikan sepenuhnya aplikasi WDEP perlu mewujudkan suasana kaunseling agar kepercayaan, penerimaan dan proses membantu dapat dijalankan dengan lancar.
1. Guru Mewujudkan Suasana Perbincangan Yang Kondusif – Pembinaan perhubungan yang tulen, mesra,
tidak menghukum, menerima dengan seadanya, menunjukkan empati, fokus pada isu murid, berkongsi cerita dan menggunakan sedikit humor
2. Guru Meneroka Kehendak, Keperluan dan Persepsi Murid – Penerapan strategi dalam Terapi Realiti
bermula di peringkat W (Wants, Needs & Perception) di mana guru akan meneroka kehendak, keperluan dan persepsi murid tentang hidupnya
3. Guru Meneroka Arah Tuju Pelajar (Doing and Direction)
– hendaklah bertindak secara aktif, mengarah, didaktif dan kognitif bersama murid meneroka hala tujunya. Elemen D (Doing & Direction) akan muncul apabila guru perlu memfokuskan kepada tingkah laku semasa murid Guru Meneroka Kehendak, Keperluan dan Persepsi Murid
4. Murid Membuat Penilaian Terhadap Diri Mereka (Evaluation)
– penilaian secara spesifik dibuat terhadap perlakuan -perlakuan yang ingin dijalankan. Guru bukan sekadar menilai tingkah laku yang wujud tetapi ianya juga melibatkan persepsi, komitmen dan kesediaan murid untuk berubah. Penilaian yang dibuat adalah berterusan termasuk perancangan murid untuk menunaikan segala tindakannya
5. Guru Berbincang Tentang Pilihan Murid Membuat Tindakan (Planning and Commitment)
guru menggunakan konsep P (Plan of Action).
Dalam konteks ini guru membantu murid membuat perancangan berasaskan persetujuan murid untuk berubah.
Perancangan yang dirancang bersama murid perlu mudah, boleh dicapai oleh murid, boleh diukur, segera dibuat oleh murid, penglibatan murid, murid mengawal setiap perancangannya, murid komited dengan perancangannya dan setiap perancangan yang dirancang perlu konsisten dan berterusan.
Pelan ini dinilai dan disemak dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian murid.
Rumusan
• Teori Pilihan boleh digunakan oleh individu untuk memahami tingkah laku dirinya dan orang lain berdasarkan kepada prinsip-prinsip psikologi yang tertentu dalam teori ini
• manakala, Terapi Realiti mempunyai strategi WDEP untuk menolong individu.
• Teori Pilihan dan Terapi Realiti ini sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan di sekolah.
• Terapi ini memberi tumpuan kepada konsep tanggungjawab dan kesannya kepada perlakuan individu.
• Terapi ini memberi kebebasan kepada individu untuk berfikir secara rasional, menilai, menentukan dan membuat keputusan sendiri.
KATA KUNCI
• Teori Pilihan • Kehendak kualiti • Keperluan asas • Tingkah laku keseluruhan • Identiti berjaya • Identiti gagal • Bertanggung jawab • Perlakuan tidak efektif • Perlakuan efektif • Terapi Realiti