knak-kank

Upload: nur-asyiqin

Post on 03-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

AKTA

TRANSCRIPT

PENGENALAN(JENAYAH JUVANA) Jenayah juvana merupakan tindakan jenayah yang telah dilakukan oleh kanak-kanak yang bertindak menyalahi undang-undang seperti gangsterisme,membunuh,vandalisme,kongsi gelap dan sebagainya.. Mereka tidak cukup tua untuk dibicarakan bagi kes jenayah.Kanak-kanak adalah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun dan hanya di sesetengah tempat seperti di Malaysia dan bukan di Amerika Syarikat. Mereka yang terlibat dalam jenayah juvana akan dibicarakan di Mahkamah juvana. Di Malaysia sahaja mengikut statistik,pada tahun lalu terdapat 7,816 kes jenayah juvana, sudah semestinya jumlah tersebut amat merisaukan dan membimbangkan. Di Amerika pula, umur telah ditentukan sama ada kanak-kanak itu akan dibicarakan sebagai orang dewasa atau hanya perlu berada di mahkamah juvana sahaja.Sebagai contoh di Wyoming,Amerika , makhamah juvana adalah untuk seseorang yang berumur di bawah 19 tahun, di New York , Connecticut dan Utara Carolina makhamah juvana adalah untuk seseorang di bawah 16 tahun. Di Malaysia, juvana telah diwujudkan di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 ( Akta 90) dan berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada tahun 1949 , di Sabah pada tahun 1972 dan di Sarawak pada tahun 1986 Akta Mahkamah Juvana adalah akta untuk mengadakan peruntukan mengenai jagaan dan perlindungan kanak-kanak dan orang muda dan perlaksanaan Mahkamah Juvana. .Juvana adalah seseorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 28 Kanun Keseksaan dan di bawah umur 18.Mahkamah ini membicarakan kes-kes melibatkan kanak-kanak berumur 10 18 tahun, kanak-kanak merujuk kepada mereka yang berumur di bawah 14 tahun dan orang muda kepada mereka yang berumur 14 sehinga 18 tahun, kecuali kes-kes yang melibatkan hukuman mati. Di dalam mahkamah juvana ,perkataan sabitan dan hukuman tidak digunakan tidak seperti di mahkamah biasa. Ianya bertempat di Mahkamah Majistret dan maklumat peribadi seperti nama,gambar,tempat tinggal kanak-kanak dilarang disiarkan dan didedahkan oleh media. Antara tindakan yang diambil oleh mahkamah juvana adalah kanak-kanak diberi amaran dan dilarang melakukan kesalahan,dibebaskan dengan ikat jamin,diletakkan di bawah jagaan saudara mara dan dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak atau Sekolah Henry-Gurney sehinggan kanak-kanak mencapai umur 21 tahun. Mahkamah ini tidak terbuka kepada orang ramai bagi melindungi pesalah daripada publisiti. Mahkamah tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman mati ke atas kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2002, Seksyen 97. Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Kanak-kanak boleh dibuat di Mahkamah Tinggi.Di Amerika pula, undang-undang juvana sebahagian besarnya adalah perkara undang-undang di setiap negeri di Amerika. Pada peringkat persekutuan, Kongres Amerika telah mengekalkan dalam Kod AS iaitu 18U.SCA 5031 et seq. Undang-undang juvana persekutuan Amerika adalah sama dengan undang-undang juvana negeri di Amerika.Prosiding jenayah adalah bersifat peribadi dan identiti dan rekod prosiding juga adalah dirahsiakan.Mahkamah juvana telah diwujudkan di setiap negeri di Amerika.

FAKTOR-FAKTOR Antara faktor yang berlakunya juvana dalam kalangan kanak-kanak yang berlaku di setiap negara termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat adalah kegagalan di sekolah. Faktor ini berlaku dalam umur kanak-kanak yang masih muda.Contoh kegagalan di sekolah adalah mendapat keputusan akademik yang tidak baik, ponteng sekolah, dan tidak ingin pergi ke sekolah lagi.Ini akan menyebabkan jenayah juvana yang akan mendatang.Meninggalkan alam persekolahan terlalu awal akan menyebabkan kanak-kanak yang melakukan jenayah juvana mengurangkan perkembangan sosial yang sepatutnya mereka dapat atau belajar ketika di sekolah seperti mendengar arahan,langkah untuk menyelesaikan masalah secara berhemah dan sebagainya . Seterusnya masalah keluarga atau peranan ibu bapa. Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang tidak ambil berat tentang pendidikan agama.Jadi, bermulalah kehidupan anak tersebut tanpa didikan agama dan seterusnya mereka mudah terjebak dalam kes-kes jenayah juvana seperti ini.Ibu bapa ialah individu paling dekat dan paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Ada juga sebahagian ibu bapa yang mengabaikan anak yang menyebabkan anak berasa kurang disayangi dan akan memberontak lalu melakukan jenayah juvana ini. Selain itu, di Amerika ,senjata api sangat mudah untuk didapati Oleh sebab itu,kanak-kanak yang mempunyai senjata api akan dianggap jenayah juvana kerana ini akan membahayakan nyawa kanak-kanak dan orang yang berada di persekitaran kanak-kanak. Pengaruh rakan sebayajuga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar-pelajar.Ini kerana apabila kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya boleh mencorak personaliti individu. Oleh itu, hubungan mereka menjadi rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Meraka berasa bangga semasa diterima oleh rakan sebaya mereka.Oleh itu,mereka sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh rakan sebaya mereka. Akhir sekali,Media massa juga turut menjadi punca kegiatan jenayah juvana dalam kalangan jenayah juvana di kalangan kanak-kanak.Kemudahan seperti internet,e-mel,televisyen dan radio memudahkan untuk berkomunikasi,mendapatkan maklumat,dan berhibur.Akan tetapi banyak juga keburukannya seperti kanak-kanak akan menyalahgunakan internet untuk memalsukan data-data penting ,menonton gambar-gambar lucah dan sebagainya yang akan mendorong kanak-kanak melakukan jenayah seperti rogol,bunuh,pengedaran pil pil khayal ,dan dadah.

KESAN-KESANKesan jenayah juvana kepada masyarakat ialah negara kita akankehilangan modal insan yang berkaliber kerana kanak-kanak boleh dididik untuk menjadi seorang insan yang berguna kepada negara.Apabila kanak-kanak terlibat dengan jenayah juvana ,mereka tidak akan memperdulikan keselamatan negara sekaligus ini akanmengugatkan keselamatan negara kerana pada zaman ini semakin banyak anasir daripada luar yang boleh masuk ke sesuatu negara.Cuba bayangkan akibat sekiranyakanak-kanak kini yang ada sekarang rosak akhlaknya pada masa sekarang dan implikasi pada masa depan Kanak kanak juga akan mendapat masalah kesihatan seperti HIV atau AIDS sekiranya kanak-kanak mengambil dadah. Seterusnya ,kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah juvana akan disisihkan oleh masyarakat . Kesan jenayah juvana kepada masyarakat adalah banyak, antaranya adalah kerugian harta benda. Hal ini kerana apabila kaak-kanak melakukan vandalisme di kemudahan awam seperti telefon awam,perhentian bas dan sebagainya.Pihak kerajaan perlu mengeluarkan duit untuk membaiki kemudahan awam. Tambahan pula,akan terputusnyahubungan silaturahim, kehilangan nyawa dan juga kerugian masa.Masyarakat juga terpaksa membiayai perbelanjaan kanak-kanak yang menjadi pelaku jenayah juvana dalam bentuk seperti bayaran cukai untuk melancarkan program-program mencegah jenayah. Ini bermakna masyarakat akan mengalami kerugian dari segi wang ringgit.

PENGENALAN(PERKAHWINAN BAWAH UMUR)Kanak-kanak sepatutnya mengalami zaman kanak-kanak dengan penuh kegembiraan kerana hidup ini hanya singkat .Namun ada juga kanak-kanak yang bernasib malang apabila dipaksa untuk berkahwin. Mengikut definisi, perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah. Perkahwinan juga adalah asas kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Bagaimana pula definisi perkahwinan bawah umur? Pusat Kajian Wanita Antarabangsa (ICRW) memberikan definisi pernikahan bawah umur sebagai pernikahan atau penyatuan antara dua orang, iaitu salah seorang ataupun kedua-duanya berusia kurang daripada 18 tahun. Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) memberi statistik mengejutkan iaitu dalam setiap tiga saat, ada seorang kanak-kanak perempuan berusia bawah 18 tahun dilaporkan dipaksa berkahwin. Setiap tahun, dilaporkan kira-kira 10 juta kanak-kanak dipaksa berkahwin, dengan usia pengantin semuda lima tahun.Di Malaysia ,video perkahwinan antara pasangan muda iaitu Syafiq dan Yana dari Johor telah menjadi viral di facebook atau youtube sehingga ramai pihak komen berbentuk positif dan negatif. Di India pula, kanak-kanak perempuan dipaksa untuk berkahwin, yang bermula nasib tragis pengantin kanak-kanak. Pada bulan Mei setiap tahun musim perkahwinan di India, di mana beratus-ratus kanak-kanak yang diadakan besar-besaran perkahwinan besar-besaran.

Di Malaysia terdapat undang-undang bagi perkahwinan di bawah umur iaitu Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 yang menyatakan bahawa tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.Menurut Seksyen tersebut perkahwinan kanak-kanak di bawah umur hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Hal ini bukanlah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat kerana hakikatnya kebenaran dari Mahkamah adalah bertujuan memberi peluang kepada Mahkamah untuk menyelidiki gadis tersebut dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk berumah tangga demi menjaga kepentingan kanak-kanak tersebut. . Oleh itu, sekalipun wujud undang-undang yang seolah-oleh tidak membenarkan kanak-kanak di bawah 18 tahun berkahwin, namun, ianya masih lagi longgar kerana permohonan di Mahkamah boleh dibuat oleh pihak yang ingin berkahwin.Di India pula,kerajaan di India telah memperkenalkan akta larangan kanak-kanak perkahwinan 2006(Prohibition of Child Marriage Act, 2006). : Umur yang dibenarkan untuk berkahwin adalah 21 tahun ke atas bagi lelaki dan 18 tahun ke atas bagi wanita. Sekiranya sebarang pasangan terbabit dalam perkahwinan usia lebih rendah, dia boleh memohon perkahwinan tersebut diistiharkan sebagai batal,bubar,tak sah.Hal. Oleh sebab itu,secara automatik India telah mengistiharkan perkahwinan di bawah 16 tahun sebagai batal .Walaupun kerajaan India dalam undang-undang yang mengawal umur berkahwin, tetapi tidak ada langkah-langkah penguatkuasaan sama terhadap pesalah hukuman maksimum hanya 15 hari tahanan dan denda sebanyak 1,000 rupee menyebabkan perkahwinan bawah umur di India semakin berleluasa. FAKTOR-FAKTORTerdapat banyak faktor yang telah menyebabkan permohonan kahwin di bawah umur ini meningkat yang terjadi di Malaysia antaranya adalah kerana gejala seks bebas yang semakin berleluasa yang menyebabkan ramai kanak-kanak di bawah umur memilih untuk berkahwin setelah terlanjur bersama pasangan mereka. Antara faktor lain adalah trend atau budaya masa kini yang menunjukkan anjakan golongan muda yang ingin berkahwin di awal usia sebelum menamatkan pelajaran mereka. Yang lebih merisaukan adalah kerana ramai juga pelajar yang masih di sekolah menengah memilih untuk berkahwin. Dewasa ini, ada juga ibu bapa yang memilih untuk mengahwinkan anak mereka atas alasan tertentu . Kesemua perkara ini adalah antara penyumbang kepada meningkatnya jumlah permohonan perkahwinan bagi mereka yang di bawah had umur.Perkahwinan kanak-kanak India(perkahwinan kanak-kanak di India) adalah kerana adat perkahwinan India. Sesetengah orang berfikir bahawa bermula pada tempoh Vedic. Ibu bapa di India percaya jika anak berkahwin pada awal usia,keturuan mereka akan berterusan mengikut kepercayaan hindu lama.Selain itu, faktor kemiskinan. Seperti yang semua tahu,di India ,kebanyakkan kawasannya adalah mundur dan rakyatnya miskin tegar.Bagi ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai,mereka menyelesaikan masalah dengan menikakhkan anak perempuan mereka kerana ia membolehkan ibu bapa mengurangkan perbelanjaan keluarga.Dalam masyarakat sekarang ini di mana wujud urus niaga ekonomi dalam proses perkahwinan atau harga pengantin perempuan ditentukan melalui pemberian mas kahwin maka mereka sering menjadi mangsa untuk dikahwinkan pada usia muda.Tradisi juga menyebabkan kanak-kanak perempuan ini dikahwinkan pada usia muda Mereka yang enggan melaksanakan amalan (perkahwinan usia awal) itu akan disisihkan masyarakat.Kanak-kanak seharusnya diberikan pilihan bukannya dipaksa mengikut kehendak ibu bapa.

Selain itu,amalan tradisi juga menyaksikan perkahwinan kanak-kanak ini boleh digunakan untuk menyatukan hubungan keluarga atau menyelesaikan pertelingkahan. Keluarga juga mengahwinkan anak-anak perempuan mereka bagi menyekat risiko kehilangan kehormatan diri atau dara sebelum perkahwinan.

Seterusnya,kanak-kanak perempuan juga berkahwin tanpa rela kerana berlakunya peranan gender iaitu perkahwinan kanak-kanak dilihat sebagai upacara utama untuk seorang gadis memenuhi peranannya dalam kehidupan. Ketidaksamaan gender juga menyebabkan wanita dan kanak-kanak perempuan dilihat sebagai golongan kelas kedua, dan mereka dinafikan kuasa untuk membuat keputusan mereka sendiri mengenai masa depan masing-masing.Kebiasaannya ,ini merupakan pemikiran yang sempit bagi ibu bapa yang memaksa

Ahir sekali faktor perkahwinan kanak-kanak perempuan di awal usia adalah faktor keselamatan yang mana di kawasan konflik di seseengah tempat.anak gadis dijadikan pengantin untuk ketua pemberontak. Gadis dijadikan taruhan oleh keluarga untuk perlindungan daripada keganasan atau kematian.Di India ,selalu berlaku perperangan atau perebutan kuasa,di mana anak gadis yang menjadi mangsa keadaan.KESAN-KESANPerkahwinan bawah umur mempunyai banyak kesan kerana ia melibatkan kanak-kanak.Kebiasaannya,kanak-kanak perempuan yang akan lebih merasai kesannya kerana kanak-kanak perempuan yang mengalami kesakitan ketika hamil dan melahirkan anak.Antaranya adalah berlaku banyak komplikasi serta mempunyai pelbagai masalah kesihatan sepanjang kehamilan kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak berkahwin pada usia yang muda. Oleh sebab itu,kehamilan adalah sangat berbahaya untuk kalangan kanak-kanak.Sekiranya kanak-kanak hamil ,risiko kadar kematian ibu dan bayi juga meningkat bukan kerana masalah komplikasi tetapi kerana persekitaran juga menyukarkan mereka mendapatkan kemudahan dan penjagaan kesihatan yang secukupnya.Kanak-kanak yang hamil berkemungkinan akan mengalami kelahiran bayi pra-matang,keguguran ,kematian nayi dan ibu atau kehamilan yang terlalu kerap.Ini kerana faktor usia yang terlalu muda dan masih belum matang secukupnya.Kematian seorang gadis yang baru berusia 8 tahun di Yaman telah meninggal dunia kerana mengalami kecederaan dalaman akibat daripada malam pertama perkahwinan juga merupakan salah satu contoh kesan daripada perkahwinan bawah umur. Kematian ini menunjukkan kesan fizikal yang dialami oleh kanak-kanak bawah umur apabila berkahwin yang akhirnya menyebabkan kematian.Selain daripada memberi kesan terhadap emosi, kesihatan fizikal, dan masalah kehamilan, perkahwinan di bawah umur juga menyebabkan kerencatan terhadap pendidikan dan perkembangan minda seseorang kanak-kanak.

Pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid berkata, Sehingga kini 16,000 remaja perempuan di bawah umur 15 tahun di negara ini mendirikan rumah tangga dan kajian menunjukkan remaja yang berkahwin sebelum umur 18 tahun kehilangan empat tahun persekolahan berbanding orang yang berkahwin lebih lewat.Sepatutnya kanak-kanak di Malaysia hendaklah melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading.

Kajian otak yang telah dijalankan oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan pada 2000, mendapati bahagian otak yang terbabit dalam kewarasan alasan, pemikiran logikal, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan kawalan emosi akan berkembang sepenuhnya apabila mereka berumur 20 tahun. Sebelum umur 20, perkembangan otak tidak akan berlaku sepenuhnya dan menyebabkan ramai kanak-kanak berfikir di luar jangkaan dan tidak tahu jalan penyelesaian yang betul terhadap masalah yang timbul.

Perkembangan otak mereka akan terganggu kerana pada usia yang terlalu muda mereka terpaksa memikirkan rumah tangga, keluarga dan tanggungjawab sebagai ibu. Ada antara mereka yang disisihkan keluarga akibat telah terlanjur sebelum berkahwin, akibatnya mereka hilang tempat bergantung dan tidak menyambung pelajaran. Setelah tamat SPM, rata-ratanya memilih untuk tinggal di rumah menjaga anak-anak.Akhir sekali,kanak-kanak perempuan yang berkahwin dengan suami yang lebih tua berisiko untuk menghadapi penyakit AIDS dan HIV.Hal ini kerana,peningkatan AIDS dan HIV di india amatlah tinggi KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAKPage 1