[koko] dokumentasi merentas desa
DESCRIPTION
kokoTRANSCRIPT
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015
1.0 PENGENALAN
Acara merentas desa bagi murid-murid SK Taman BUnga Raya
1 telah diadakan pada awal tahun 2015 serta merupakan salah satu
aktiviti tahunan bagi sekolah ini. Aktiviti ini yang terkandung di dalam
takwim tahun 2015 telah dirancang dengan lebih awal. Hal ini demikian
kerana pihak sekolah berhasrat mencari peserta yang layak bertanding
sehingga ke peringkat daerah.
Aktiviti ini telah disertai oleh 100% warga SK Taman Bunga
Raya 1. Ia dijalankan dalam bentuk pertandingan antara 5 Pasukan
rumah sukan iaitu Laksamana, Bendahara, Temenggung, Syahbandar
dan Panglima.
Kejohanan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang
menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Taman Bunga Raya 1 dengan
kerjasama warga sekolah dan komuniti setempat sesuai dengan
sarana ibubapa yang membantu dalam aktiviti kawalan keselamatan.
DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESAPERINGKAT SEKOLAH 2015SK TAMAN BUNGA RAYA 1
BUKIT BERUNTUNG48300 RAWANG, SELANGOR
TARIKH : 24 JANUARI 2015
MASA : 7.00 PAGI – 12.00 T/HARI
TEMPAT : KAWASAN SEKITAR TAMAN BUNGA
RAYA, BUKIT BERUNTUNG
1
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015
2.0 OBJEKTIF KEJOHANAN MERENTAS DESA
Kejohanan merentas desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif
utama. Anataranya adalah untuk :
Memperkembang dan meningkatkan potensi setiap warga SK
Taman Bunga Raya 1 seiring dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan secara positif
Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan
seterusnya membentuk warga SKTBR1 yang cergas.
Memilih wakil sekolah untuk bertanding pada peringkat daerah.
3.0 MATLAMAT
Menbahkan lagi bilangan penyertaan pelajar dan guru serta staf
kea rah integrasi Nasional.
Menbina budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan Konsep
Keghairahan Bersukan (Passion of Sport).
4.0 KONSEP
3.1 Jarak
Murid lelaki : 4.5 km
Murid Perempuan : 4.2 km
3.2 Garisan Permulaan : Padang SKTBR1
3.3 Garisan Penamat : Pintu pagar masuk SKTBR1
3.4 Format : Berbentuk pertandingan antara 5
kumpulan.
3.5 Hadiah : Tempat 1-25 (Setiap kategori)
3.6 Pakaian : Pakaian sukan
3.7 Sasaran : Murid tahap 2 (tahun 4,5,6 dan PPKI)
2
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015
5.0 PENYERTAAN MURID
5.1 Penyertaan adalah wajib bagi semua pelajar dan guru sebagai
pegawai pengelola KECUALI atas arahan kesihatan
5.2 Pendaftaran dikira melalui kehadiran pelajar yang telah di ambil
oleh guru rumah sukan masing-masing.
6.0 HADIAH
KATEGORI LELAKI PEREMPUAN
PPKI 1 - 10 1 – 10
TAHUN 4 1 - 25 1 – 25
TAHUN 5 1 - 25 1 – 25
TAHUN 6 1 - 25 1 – 25
7.0 PRARENTAS DESA
Satu sesi latihan untuk semua murid yang terlibat telah diadakan .
Sesi latihan ini amat penting supaya murid-murid supaya murid dapat
menyesuaikan diri dengan trek merentas desa tersebut.
Sesi latihan telah dimulakan dengan sesi pemanasan badan
terlebih dahulu sebagai persediaan sebelum mereka memulakan latihan.
Bagi murid sesi pagi, sesi latihan bermula pada pukul 4.30 – 6.00 petang
manakala bagi murid sesi petang, latihan bermula pada pukul 8.00 – 9.30
pagi.
8.0 KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015
Pada 24 Januari 2015, bersamaan hari Sabtu, iaitu pada pukul 7.20
pagi, para peserta telah berkumpul di tapak perhimpunan. Guru penasihat
3
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015
mengambil kehadiran peserta rumah masing-masing bagi tujuan
pendaftaran. Selepas nyanyian lagu negaraku dan juga bacaan doa, satu
aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Pn. Intan Erisha bt
Jamaluddin telah dilakukan di Dataran Zainah Zubir. Kemudian murid-
murid diberi taklimat mengenai perjalanan sepanjang acara merentas
desa berlangsung.
Pelepasan murid-murid dilakukan mengikut kategori. Kategori
murid perempuan dilepaskan dahulu dan kemudian murid lelaki. Para
peserta perlu menghabiskan larian mengikut jarak dan laluan yang telah
ditetapkan iaitu sejauh 4.5km bagi murid lelaki dan 4.2km bagi murid
perempuan.
Sepanjang laluan trek merentas desa tersebut, guru-guru bertugas
menjaga checkpoint juga bertindak sebagai pegawai keselamatan bagi
menjamin keselamatan para peserta. Marshal atau guru peronda juga
meronda dengan motosikal di sepanjang laluan trek merentas desa bagi
mengenalpasti peserta yang mungkin mengalami masalah atau
kecederaan. Walaubagaimanapun, acara ini berjalan dengan lancar tanpa
sebarang kecederaan.
Para peserta tiba di garisan penamat iaitu di depan pintu pagar
SKTBR1 lebih kurang pada pukul 9.40 pagi. Murid-murid di benarkan
untuk berehat seketika sebelum dimulakan acara perasmian penutup dan
penyampaian hadiah. Tepat pada pkl 10.30 pagi, acara perasmian
penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan.
Murid-murid berkumpul di Dataran Zalinah Zubir mengikut
pasukan rumah masing-masing. Penyampaian hadiah disampaikan oleh
YDP PIBG SKTBR1, En. Khiruddin b. Hashim serta Guru Besar SKTBR1 En.
Mohd Hasren b. Damiri. Hadiah disampaikan kepada 25 pemenang
terawal bagi setaip kategori manakala bagi kategori PPKI adalah
4
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015
sebanyak 10 pemenang terawal mengikut kategori. Para pemenang
menerima hadiah berbentuk kalungan pingat.
Selepas tamat majlis penyampaian hadiah, Pn. Fadzlina bt. Kadri
selaku pengerusi majlis mengumumkan keputusan keseluruhan pungutan
mata bagi setiap rumah. Keputusan rasmi adalah seperti berikut.
KEDUDUKAN PASUKAN PUNGUTAN MATA
PERTAMA Temenggung 393
KEDUA Bendahara 346
KETIGA Panglima 339
KEEMPAT Syahbandar 307
KELIMA Laksamana 299
9.0 PENUTUP / POST MORTEM
Kejohanan merentas desa SK Taman Bunga Raya 1 telah berjalan
lancer dengan kerjasama semua pihak yang terbabit. Para peserta telah
menunjukkan minat yang tinggi dan kerjasama yang baik. Begitu juga
dengan semua petugas yang terdiri daripada guru-guru dan warga
SKTBR1 yang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan
komitmen yang jitu.
Perjalanan acara sukan merentas desa telah dapat dijayakan
dengan sempurna berikutan kerjasama yang sepenuhnya diberikan oleh
para petugas. Aspek keselamatan amat diutamakan. Pada akhir acara ini
tiada sebarang situasi yang tidak diingini berlaku.
Walaupun dengan kesuntukan masa untuk berlatih kerana
penangguhan pembukaan sekolah kerana bencana alam, kejohanan ini
masih dapat diteruskan dengan jayanya. Murid-murid yang terpilih akan
5
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015
mewakili daerah di dalam acara merentas desa peringkat daerah Hulu
Selangor.
Penyertaan murid-murid SKTBR1 pada hari kejohanan tersebut
adalah sangat meberangsangkan. Walaubagaimanapun ia masih boleh
dipertingkatkan lagi di masa akan datang.
Semoga pada tahun-tahun akan dating, pihak sekolah dapat
menjayakan kejohanan ini dengan lebih baik dan sempurna. Penghargaan
harus diberikan kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk
menjayakan acara tahunan ini supaya berjalan lancer dan menepati
matlamatnya.
Syabas kepada semua yang berjaya.
“MAJULAH SUKAN UNTUK SKTBR 1”
Disediakan oleh , Disahkan oleh ,
………………………………………….
(PN SUHAILA BT SAMSUDDIN)
AJK Dokumentasi,
Kejohanan Merentas Desa 2015,
SK Taman Bunga Raya 1.
…………………………………………………
(EN. MOHD HASREN B. DAMIRI)
Guru Besar,
SK Taman Bunga Raya 1
6
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015
Murid berkumpul di dataran Zalinah Zubir bagi
aktiviti memanaskan badan
Taklimat diberi kepada para peserta
sebelum bermulanya acara
oleh En. Zainal Abidin
LAMPIRAN
8
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015
Perlepasan bagi murid perempuan tahun 4, 5 dan 6
mengikut kategori masing-masing.
Perlepasan bagi murid lelaki tahun 4, 5 dan 6
mengikut kategori masing-masing.
LAMPIRAN
Laluan trek merentas desa di kawasan Apartmen Dahlia
bagi kategori murid lelaki
9
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015
Antara laluan trek merentas desa
LAMPIRAN
Antara guru-guru yang bertugas sebagai
marshal dan juga menjaga checkpoint.
Garisan penamat
10