koko

6
UNIT KOKURIKULUM DAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN CHONDONG, 84030 BKT KEPONG, LEDANG, JOHOR KONSEP DAN MATLAMAT UNIT KOKURIKULUM DAN SUKAN SK. DURIAN CHONDONG 1. Apakah Gerak Kerja Kokurikulum? Gerak Kerja Kokurikulum adalah gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Ianya dapat menyemai sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan murid-murid. Ianya boleh dilakukan melalui gerak kerja pakaian seragam, persatuan, hobi dan juga sukan. Oleh kerana gerak kerja Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum sekolah dan satu bidang pendidikan, semua murid hendaklah dilibatkan. Gerak kerja Kokurikulum adalah amat penting bagi menyediakan pengalaman dalam perkembangan mental, minat dan bakat, sosial, fizikal dan rohani mereka dan menjadikan sekolah tempat yang menarik. 2. Matlamat Gerak Kerja Kokurikulum Matlamat gerak kerja Kokurikulum adalah seperti berikut:- 2.1 Menyemai kesedaran terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid. 2.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial dan rohani murid. 2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid . 2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam bidang yang diceburi. 2.5 Membina dan meningkatkan disiplin diri. 2.6 Membina dan meningkatkan kerjasama serta sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. 2.7 Membina dan meningkatkan suasana sekolah supaya lebih menarik dan menggembirakan. 3. Matlamat Pasukan Pakaian Seragam 3.1 Adalah untuk melahirkan : 3.1.1 Generasi yang boleh berkhidmat dan bekerjasama secara sukarela kepada masyarakat. 3.1.2 Ahli-ahli yang bersahsiah tinggi dan bertatasusila yang boleh diterima oleh masyarakat. 3.1.3 Insan yang berpegang teguh dan taat kepada ajaran agama dan Tuhan, Raja dan Negara. 3.1.4 Ahli yang berpegang teguh dan patuh kepada undang-undang, persetiaan dan peraturan. 3.1.5 Ahli yang aktif dan boleh mematuhi masa lapang dengan kerja yang berfaedah kepada diri sendiri, ibu bapa, masyarakat, agama, bangsa dan Negara. 3.1.6 Insan yang berilmu, seimbang rohani dan jasmani dengan disiplin diri yang tinggi. 3.1.7 Insan yang berbakat, berkemahiran dan berketerampilan. zam/unitkoko@pengurusankoko/skdc/2013

Upload: wira-pairan

Post on 04-Jul-2015

184 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

KOKO

TRANSCRIPT

Page 1: KOKO

UNIT KOKURIKULUM DAN SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN

CHONDONG,

84030 BKT KEPONG, LEDANG,

JOHOR

KONSEP DAN MATLAMAT UNIT KOKURIKULUM DAN SUKAN SK. DURIAN CHONDONG

1. Apakah Gerak Kerja Kokurikulum?

Gerak Kerja Kokurikulum adalah gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Ianya dapat menyemai sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan murid-murid. Ianya boleh dilakukan melalui gerak kerja pakaian seragam, persatuan, hobi dan juga sukan. Oleh kerana gerak kerja Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum sekolah dan satu bidang pendidikan, semua murid hendaklah dilibatkan. Gerak kerja Kokurikulum adalah amat penting bagi menyediakan pengalaman dalam perkembangan mental, minat dan bakat, sosial, fizikal dan rohani mereka dan menjadikan sekolah tempat yang menarik.

2. Matlamat Gerak Kerja Kokurikulum

Matlamat gerak kerja Kokurikulum adalah seperti berikut:-

2.1 Menyemai kesedaran terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid.

2.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial dan rohani murid.

2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid .

2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam bidang yang diceburi.

2.5 Membina dan meningkatkan disiplin diri.

2.6 Membina dan meningkatkan kerjasama serta sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

2.7 Membina dan meningkatkan suasana sekolah supaya lebih menarik dan menggembirakan.

3. Matlamat Pasukan Pakaian Seragam

3.1 Adalah untuk melahirkan :

3.1.1 Generasi yang boleh berkhidmat dan bekerjasama secara sukarela kepada masyarakat.

3.1.2 Ahli-ahli yang bersahsiah tinggi dan bertatasusila yang boleh diterima oleh masyarakat.

3.1.3 Insan yang berpegang teguh dan taat kepada ajaran agama dan Tuhan, Raja dan Negara.

3.1.4 Ahli yang berpegang teguh dan patuh kepada undang-undang, persetiaan dan peraturan.

3.1.5 Ahli yang aktif dan boleh mematuhi masa lapang dengan kerja yang berfaedah kepada diri sendiri, ibu bapa, masyarakat, agama, bangsa dan Negara.

3.1.6 Insan yang berilmu, seimbang rohani dan jasmani dengan disiplin diri yang tinggi.

3.1.7 Insan yang berbakat, berkemahiran dan berketerampilan.

zam/unitkoko@pengurusankoko/skdc/2013

Page 2: KOKO

3.2 Untuk memupuk bakat dan kemahiran yang sedia ada.

3.3 Untuk memberi kefahaman yang betul terhadap FALSAFAH BERPERSATUAN.

Matlamat Sukan dan Permainan

5.1 Melahirkan pelajar yang cergas, berdisiplin serta sihat dari segi mental dan fizikal.

5.2 Melahirkan ahli yang mempunyai kemahiran yang khusus dalam tiap-tiap permainan.

5.3 Memberi peluang kepada mereka meningkat ke tahap yang lebih tinggi sebagai pemain.

5.4 Memupuk semangat kerjasama, tolenrasi dan interaksi di kalangan murid-murid serta mempunyai semangat kesukanan.

5.5 Mewujudkan dan dapat menyediakan ahli/satu pasukan yang berpotensi dan bakal menjadi pelapis di peringkat sekolah, MSSD, Negeri seterusnya Negara.

5.6 Bermain untuk memenuhi masa lapang dengan berfaedah dan memenuhi kehendak riadah.

6. Strategi Gerak Kerja Kokurikulum

6.1 Mewujudkan/mengemaskan pentadbiran bagi membolehkan latihan dan pembelajaran dalam kelompok kecil lebih berkesan.

6.2 Menyediakan Jadual Aktiviti Tahunan yang tersusun dan berterusan. 6.3 Melibatkan murid secara aktif sama ada secara individu atau kumpulan dalam pelbagai jenis gerak kerja.

6.4 Merancang Gerak Kerja Kokurikulum dengan baik.

6.5 Melibatkan dan mendapatkan sokongan, kemahiran atau kepakaran daripada PIBG dan masyarakat setempat.

6.6 Memaklumkan kepada ibu bapa mengenai matlamat Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah serta langkah-langkah yang hendak diambil.

6.7 Mencatat segala gerak kerja dan kemajuan yang telah dijalankan.

6.10 Memberi penghargaan kepada murid, guru dan pihak-pihak yang terlibat.

7. Unsur-unsur Pendidikan Dalam Gerak Kerja Kokurikulum

7.1 Beradat dan bertatasusila seperti sopan santun, berbudi bahasa dan hormat-menghormati.

7.2 Taat dan patuh kepada peraturan dan perundangan.

7.3 Bertanggungjawab,Jujur, IkIhlas Dan Amanah.

7.4 Saling tolong-menolong dan bekerjasama.

7.5 Bertolak ansur dan bermaaf-maafan.

7.6 Mempunyai cita-cita, semangat, rajin dan usaha.

7.7 Berkeyakinan diri, berani serta cekal hati.

7.8 Bersistematik, rasional dan kritis.zam/unitkoko@pengurusankoko/skdc/2013

Page 3: KOKO

7.9 Imaginatif, kreatif dan motivasi serta berani mencuba.

PERANAN GURU PERSATUAN/KELAB/BADAN BERUNIFORM

1. Membentuk jawatankuasa bagi persatuan melalui cara-cara biasa dengan demokratik.

2. Memajukan persatuan yang dinasihatinya dengan cara yang difikirkan sesuai.

3. Memastikan jawatankuasa yang dipilih menjalankan tugas yang betul.

4. Memberi latihan dan tunjuk ajar tentang menjalankan tugas dengan betul.

5. Memastikan perjalanan aktiviti tidak menyalahi peraturan sekolah dan tidak menyeleweng dari perlembagaan persatuan.

6. Merancang aktiviti persatuan yang akan dijalankan bagi persatuan setiap tahun dengan kerjasama jawatankuasa murid. Senarai aktiviti hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Persatuan dan Badan Beruniform pada tarikh yang ditetapkan.

7. Memastikan satu salinan minit mesyuarat/perjumpaan disediakan oleh Setiausaha (Murid) setiap kali mesyuarat/perjumpaan diadakan kepada Penyelaras Persatuan dan Badan Beruniform pada masa yang ditetapkan.

8. Melaksanakan aktiviti mengikut jadual yang ditetapkan.

9. Menyelia dan menjadi Penasihat Pengurusan Kewangan Persatuan.

10. Menghubungi pihak berkenaan bagi melaksanakan aktiviti luar kawasan sekolah.

11. Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga apabila murid-murid diperlukan untuk sesuatu aktiviti di luar kawasan sekolah.

12. Mengiringi rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya. Jika tidak dapat bersama hendaklah mencari wakil.

13. Menentukan semua surat menyurat daripada persatuan kepada pihak luar hendaklah dibuat melalui Guru Besar. Juga dikehendaki menentukan semua surat menyurat daripada pihak luar yang tidak dihantar melalui Guru Besar.

14. Memastikan Setiausaha Persatuan menyediakan Laporan Tahunan Persatuan dan serahkan satu salinan untuk simpanan Penyelaras Persatuan dan Badan Beruniform.

15. Menyelaras tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

PERANAN KETUA GURU RUMAH SUKAN

1. Mengurus latihan murid mengikut jadual yang ditetapkan oleh Setiausaha Sukan.

2. Mengagihkan tugas kepada Guru Penolong Rumah.

3. Menyediakan atau memastikan adanya buku kedatangan ahli-ahli rumah.

4. Membentuk pasukan rumah mengikut kumpulan umur.

zam/unitkoko@pengurusankoko/skdc/2013

Page 4: KOKO

5. Menentukan kegiatan-kegiatan rumah.

6. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Rumah.

7. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan pemain untuk perlawanan antara rumah.

8. Menganggotai Majlis Sukan Sekolah.

9. Menjadi Pengurus Peserta semasa Hari Sukan Sekolah.

10. Menjadi Penasihat Kewangan dan Kebajikan rumah pasukan.

11. Membuat Laporan Kegiatan Rumah kepada Setiausaha Sukan.

12. Mengambil tindakan ke atas ahli rumah yang melanggar peraturan.

13. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

zam/unitkoko@pengurusankoko/skdc/2013

Page 5: KOKO

zam/unitkoko@pengurusankoko/skdc/2013

Page 6: KOKO

zam/unitkoko@pengurusankoko/skdc/2013