kolej tun hussein onn 2014 · web viewmeningkatkan kemahiran komunikasi pelajar melalui interaksi...
TRANSCRIPT
DOKUMEN PEMBUKTIAN
KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM
(HHHC 9701 SET 8: KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN)
MINGGU USAHAWAN SATRIA 2014 (MUS)
KOLEJ TUN HUSSEIN ONN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH PROGRAM : 31 MAC – 4 APRIL 2014
TEMPAT : FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA,UKM
NAMA : WAN NUR NINI ADILA BT WAN OMAR
NO MATRIK : A 145485
FAKULTI : UNDANG-UNDANG
NAMA PROGRAM : MINGGU USAHAWAN SATRIA 2014
TARIKH PROGRAM : 31 MAC – 4 APRIL 2014
RINGKASAN PROGRAM :
Pada 31 Mac 2014 sehingga 4 April 2014, Bahagian Kewangan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun
Hussein Onn telah menganjurkan Minggu Usahawan Satria 2014 yang bertujuan untuk menyediakan
dan melatih pelajar tentang pengalaman berorganisasi dan betapa pentingnya penglibatan mereka
dalam aktiviti-aktiviti kolej yang telah diadakan sepanjang sesi pengajian, selaras dengan dasar
Universiti yang menekankan aspek Kontrak Pembelajaran dan kokurikulum. Mereka juga telah
didedahkan dengan struktur organisasi kolej yang sebenar agar mereka dapat mengenali dengan
lebih dekat pentadbiran kolej dan dapat mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
Program tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan telah dirasmikan oleh pengetua
Kolej Tun Hussein Onn sendiri iaitu Dato’ Dr Shamsu Adabi bin Mamat pada hari penutup (MUS),
4 April 2014. Program ini berakhir dengan rasminya jam 6.00 petang pada hari penutup tersebut dan
ahli jawatankuasa memulakan aktiviti mengemas tapak program dan kesemuanya selesai pada jam
10 malam. Tema (MUS) pada kali ini ialah "Menuju Kesatriaan Usahawan".
Akhir sekali, diharapkan program yang telah dijalankan ini dapat membantu mengukuhkan lagi
hubungan silaturrahim antara pelajar kolej yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pihak pentadbir
kolej. Diharap juga agar program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk manfaat generasi akan
datang.
OBJEKTIF :
1. Mendedahkan golongan mahasiswa/i terhadap sistem pengurusan dan kemahiran
keusahawanan.
2. Mempertingkatkan dan mengasah bakat kepimpinan mahasiswa menerusi penglibatan
berorganisasi, serta melatih mahasiswa lebih proaktif dan mesra masyarakat.
3. Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar melalui interaksi pelajar dengan masyarakat
luar serta agensi kerajaan dan swasta apabila para pelajar berurusan dengan usahawan,
syarikat besar dan juga ahli korporat untuk mendapatkan dana dan juga tajaan bagi program
Minggu Usahawan Satria 2014 untuk memeriahkan lagi program ini.
JUMLAH PESERTA :
Seramai lebih kurang 60 orang pelajar Kolej Tun Hussein Onn, UKM telah melibatkan diri sebagai
ahli jawatankuasa bagi program MUS ini,dan kami telah dibahagikan mengikut pos masing-
masing dimana seorang ketua telah dilantik untuk memastikan kelancaran kerja di bawah pos
mereka. Saya telah ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa pos pemasaran bersama 3 orang rakan
yang lain.
MASALAH / KEKANGAN YANG DIHADAPI :
Antara masalah yang kami hadapi sepanjang program ini dijalankan ialah antaranya terdapat
beberapa peserta yang terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir kerana mereka mempunyai
komitmen yang lain di fakulti pada masa yang sama. Contohnya di bawah pos saya sendiri iaitu
pos pemasaran,terdapat 3 orang ahli pos menarik diri di saat-saat akhir dan kami terpaksa
mencari ahli baru sebagai ganti untuk menjalankan tugas mereka.
Kemudian, sebagai ahli jawatankuasa pos pemasaran,kami juga ditugaskan untuk mendapatkan
sekurang-kurangnya 20 penggerai sebagai peserta (MUS) yang berlangsung selama 5 hari. Antara
masalah yang dihadapi ialah terdapat beberapa penggerai yang menarik diri di saat akhir kerana
terdapat komitmen lain dan penukaran tempat dan lokasi juga merupakan salah satu faktor
mereka menarik diri. Sehubungan itu,kami terpaksa mencari penggerai baru sebagai ganti dalam
masa yang terdekat sebelum bermulanya MUS.
Masalahnya seterusnya ialah semasa aktiviti mendapatkan dana dari pihak luar. Sebagai pos
pemasaran,kami ditugaskan untuk mendapatkan dana dari pihak penaja bagi menjayakan
program MUS ini. Semasa kami keluar mencari dana,terdapat beberapa syarikat yang enggan
memberikan kerjasama kerana mereka telah mempunyai komitmen yang lain. Ianya agak sukar
untuk mendapatkan dana kerana kami perlu merujuk kepada pusat utama syarikat mereka yang
kebanyakannya terletak di Kuala Lumpur dan tambahan pula kami mempunyai masalah kenaikan
untuk ke sana. Hal ini kerana hanya seorang daripada kami yang mempunyai lessen memandu.
KELEBIHAN PROGRAM :
Terdapat pelbagai kelebihan dan manfaat yang boleh diperolehi hasil daripada menyertai
program yang diadakan ini. Antaranya ialah:
1. Program ini telah mengukuhkan hubungan persahabatan dan ukhuwah antara pelajar Kolej
Tun Hussein Onn dan juga pihak atasan pentadbir kolej.
2. Memberikan pendedahan kepada para pelajar bahawa betapa pentingnya untuk mereka
menyertai program kolej terutamanya program terbesar kolej seperti MUS.
3. Memberikan pengalaman baru dan melatih para peserta dan ahli jawatankuasa sebagai
persediaan untuk kami menganjurkan program kolej pada masa akan datang.
4. Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ilmu keusahawanan dan
organisasi,sekaligus memberi pendedahan awal kepada pelajar sekiranya mereka berminat
untuk memulakan perniagaan sambil belajar.
CADANGAN / SARANAN :
Adalah diharapkan agar program seperti ini tidak dihentikan setakat ini sahaja dan akan diadakan
lagi pada masa akan datang suapaya dapat memberikan manfaat kepada generasi warga Kolej Tun
Hussein Onn yang lain. Saya juga mengharapkan agar lebih ramai pelajar dapat melibatkan diri
dalam program seumpama ini agar manfaatnya dapat dirasai bersama.
DISEDIAKAN OLEH
NAMA : WAN NUR NINI ADILA BT WAN OMAR
JAWATAN : AHLI JAWATANKUASA POS PEMASARAN MUS 2014
TARIKH : 31 MAC – 4 APRIL 2014
TUGAS – TUGAS YANG DILAKUKAN :
JAWATAN YANG DIPEGANG : AHLI JAWATANKUASA POS PEMASARAN
TUGAS SEBELUM PROGRAM DIJALANKAN :
- Membuat pencarian berkenaan syarikat yang boleh menyumbangkan dana kepada program
MUS
- Menyediakan setiap surat rasmi dan dokumen untuk memohon dana termasuklah surat
kelulusan dari JPPel dan pihak pentadbiran kolej
- Menyediakan laporan bagi setiap perjumpaan yang diadakan untuk membuat rumusan bagi
mengenal pasti sejauh mana projek ini telah berjalan agar tidak ada kekurangan dari mana-
mana sudut.
- Mengumpul dana yang diperoleh dan diserahkan kepada bendahari program
- Menghubungi pihak penggerai untuk menyertai MUS dan mendapatkan sekurang-kurangnya
20 penggerai
TUGAS SEMASA PROGRAM DIJALANKAN :
- Memastikan kelancaran program sepanjang berlangsungnya MUS iaitu selama 5 hari
- Memastikan kebajikan para penggerai terjaga
- Mengemas tapak program selepas jam 6.00 petang pada setiap hari sepanjang
berlangsungnya MUS
TUGAS SELEPAS PROGRAM DIJALANKAN :
- Membuat laporan mengenai program MUS untuk diserahkan kepada setiausaha program
selepas selesainya program.
- Melengkapkan laporan-laporan lain yang telah diminta oleh Ketua Projek.
- Membuat ‘post-mortem’ dan menjelaskan serba sedikit mengenai sebarang kekurangan
yang terdapat dan agar dapat diubah untuk program MUS pada tahun hadapan.
KESIMPULAN :
HHHC 9701 SET 8: KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN
Terdapat pelbagai input dan output yang telah saya perolehi daripada Hasil Pembelajaran
(HHHC 9701 SET 8: KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN )
Salah satu kebaikan program ini adalah, saya sebagai seorang mahasiswa menyedari bahawa amat
penting bagi kami sebagai mahasiswa/i untuk belajar ilmu keusahawanan di peringkat awal supaya
dapat menjadikan perniagaan sebagai sumber kewangan sampingan di masa hadapan.
Sebagai ahli pos pemasaran,saya perlu lah menjaga etika saya semasa berkomunikasi dengan pihak
atasan dan harus lah menjalankan tanggungjawab saya memastikan kebajikan penggerai terjaga
sepanjang berlangsungnya MUS. Sepanjang program tersebut,banyak perkara yang saya pelajari
termasuklah cara dan tips untuk memulakan perniagaan daripada para penggerai kerana majoriti
daripada mereka juga menjalakan perniagaan secara online di laman Facebook,Instagram dan
sebagainya. Dengan ini secara tidak langsung saya dapat menambah ilmu dan pengetahuan saya
dalam bidang keusahawanan di mana saya perolehinya secara percuma sambil menyertai program
anjuran kolej.
Selain itu kemahiran pengurusan juga dapat disemai sepanjang berlangsungnya program ini. Hal ini
kerana sebagai ahli jawatankuasa pos pemasaran,saya dan rakan yang lain bertanggungjawab untuk
memastikan kelancaran program tersebut bermula jam 8 pagi sehingga jam 6 petang. Dengan ini
saya haruslah memastikan pengurusan program terutamanya yang berkaitan dengan penggerai dari
segi penyusunan tapak,peralatan lain seperti meja,keberfungsian lampu,penyediaan teknikal lain
dan sebagainya lengkap dan rapi sebelum bermulanya program.
Selain itu saya dan ahli pos yang lain juga bertanggungjawab untuk memastikan dana yang diperoleh
cukup untuk membuat persediaan program mengikut tema seperti yang telah dirancang. Saya
mestilah amanah dalam menjalankan tugas ini kerana ia melibatkan wang ringgit dan ia harus
diserahkan kepada ketua projek atau bendahari pada masa yang telah ditetapkan. Dalam hal ini saya
haruslah memastikan pengurusan dana yang diperolehi itu dibuat dengan penuh teliti dan teratur
supaya tidak berlakunya pembaziran. Alhamdulillah,semua berjalan dengan lancar dan pihak atasan
berpuas ahti dengan hasil kerja dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak.
AKTIVITI PROGRAM :
1. Pembahagian kumpulan mengikut pos dan tugas
2. Perkampungan di kolej selama seminggu sebelum permulaan semester kedua,iaitu sekitar
Februari
3. Memulakan aktiviti mendapatkan dana dari pihak penaja
4. Persediaan program MUS 2014
5. Mendapatkan penggerai untuk menyertai MUS 2014
6. Melangsungkan program selama 5 hari (31Mac-4April 2014)
7. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan busking,dart,tamiya dan tutorial HijabStylista oleh artis jemputan iaitu Yatt Hamzah
8. Post-mortem bersama semua ahli jawatankuasa program
Berikut adalah gambar perbincangan dan mesyuarat di kalangan ahli pos pemasaran sepanjang perkampungan MUS yang diadakan seminggu sebelum bermulanya semester kedua 2014,iaitu sekitar Febuari.
Persediaan sebelum bermulanya MUS 2014 di foyer Fakulti Kejuruteraan dan Alambina,UKM
Antara aktiviti yang dijalankan ,pertandingan busking
Antara aktiviti yang dijalankan ,pertandingan dart
Majlis perasmian penutup MUS 2014 yang dirasmikan sendiri oleh pengetua Kolej Tun Hussein Onn, Dato’ Dr Shamsu Adabi bin Mamat
**lampiran surat kelulusan JPPel dilampirkan dalam bentuk files adobe**
SEKIAN, TERIMA KASIH