koleksi bahan cg narzuki online · kertas kerja seminar penyelidikan pendidikan kebangsaan ke-xiii...
TRANSCRIPT
1
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGINGATI FORMAT PENYATA
KEWANGAN DALAM MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH FAHAM DAN INGAT (FDI)
Oleh
RUSILAWATI BINTI MOIN
Sekolah Sultan Alam Shah
62520 Putrajaya
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam menjawab soalan prnyata kewangan. Kajian ini dilaksanakan oleh 10 orang pelajar Tingkatan 5 terdiri daripada 5 orang pelajar 5Cita dan 5 orang pelajar 5Bestari, Sekolah Sultan Alam Shah. Tinjauan awal dilaksanakan dengan membuat pemantauan semasa ujian bulanan dan peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah. Hasil tinjauan didapati pelajar tidak mahir dalam menyelesaikan masalah bagi topik ini dengan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan dan ketinggalan banyak jawapan. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati oleh pelajar selama 30 minit dan kajian ini dilaksanakan selama 8 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan mudah dalam menyelesaikan soalan-soalan penyata kewangan dengan menggunakan teknik Faham dan Ingat (FDI).
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Analisa keputusan peperiksaan menunjukkan pelajar tidak mahir dan cekap
dalam menjawab soalan penyata kewangan. Pelajar mengambil masa yang
sangat lama dalam menjawab soalan ini. Selain itu, pelajar ramai yang
tertinggal catatan dan memperolehi jawapan yang tidak tepat. Beberapa
persoalan sering ditimbulkan oleh pelajar seperti “cikgu, susah nak jawab
soalan penyata kewangan”, “nampak macam senang tapi kenapa tak boleh
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
2
dapat markah penuh”, “cikgu, macamana nak buat penyata kewangan”,
“cikgu, saya tak faham penyata kewangan” dan lain-lain. Persoalan-
persoalan ini menyebabkan saya terfikir mencari satu alternatif baru untuk
memudahkan anak murid saya menjawab soalan penyata kewangan dengan
mudah dan dalam masa yang singkat.
2.0 ISU KEPERIHATINAN
Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan
mendapati bahawa item penyata kewangan merupakan satu item yang
sentiasa keluar bagi setiap tahun sama ada ianya dijadikan soalan wajib atau
pun pilihan. Soalan ini menyumbang antara 12 hingga 20 markah. Jadi
sekiranya topik ini pelajar menguasainya dengan baik dan tepat, peluang
untuk mereka mendapatkan gred yang tinggi adalah sangat tinggi. Masalah
yang wujud dalam menjawab soalan penyata kewangan adalah pelajar tidak
mahir dalam pelarasan dan tidak mengingati format.
Saya yakin dan percaya dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan
masalah ini dengan mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Menurut Gardner (1991), ketidakserasian antara kaedah
mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang
pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar-pelajar
dalam menyediakan penyata kewangan Prinsip Perakaunan dengan
menggunakan kaedah FDI.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat penyata
kewangan dengan baik.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
3
3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan dengan
tepat dan mudah serta dalam masa 30 minit ke bawah.
3.2.3 Meningkatkan kefahaman pelajar dalam pelarasan.
3.2.4 Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalam
peperiksaan.
3.2.5 Memudahkan pelajar memahami Prinsip Perakaunan dengan
lebih tepat dan menyeronokkan semasa pembelajaran.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan kepada 10 orang pelajar terdiri daripada 5 orang pelajar
lelaki Tingkatan 5 Bestari dan 5 orang pelajar 5 Cita, Sekolah Sultan Alam Shah,
Putrajaya.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Pemerhatian dilaksanakan sebelum dan semasa teknik FDI
diperkenalkan.
5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
sejauh mana kefahaman dan ingatan pelajar dalam topik
penyata kewangan milikan tunggal. Item penyata kewangan
yang diuji adalah soalan 2 SPM Kertas 2 tahun 2005. Selepas
semakan jawapan, saya tidak memulangkan jawapan kepada
pelajar dan saya membuat penerangan teknik FDI. Minggu
keempat, saya membuat ujian pos 1 dengan menggunakan
soalan yang sama. Minggu keenam selepas itu saya membuat
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
4
ujian pos 2 dengan menggunakan soalan 2 SPM Kertas 2 tahun
2009.
5.1.3 Soal Selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada
pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan
dengan penyata kewangan sebelum dan selepas teknik FDI
diperkenalkan.
5.2 Analisa Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisa Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan :
a) Pelajar lebih yakin dalam menjawab soalan penyata
kewangan dengan mudah dan cepat. Dapat menjawab
soalan dalam masa kurang daripada 45 minit.
b) Pelajar berjaya dan boleh mengesan dan membetulkan
kesalahan yang dibuat.
c) Suasana pembelajaran lebih meyakinkan dan
menyeronokan.
5.2.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos
Markah Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
Bilangan Pelajar
20 – 23 0 0 1
16 – 19 1 2 4
12 – 15 2 4 3
08 –11 2 3 2
04 – 07 3 1 0
00 – 03 2 0 0
Jadual 1 :
Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
5
Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan
dari segi pencapaian pelajar. Dapati pelajar yang pada awalnya
lemah tetapi dapat meningkatkan prestasi bagi ujian seterusnya.
5.2.3 Analisa Soal Selidik
Pelajar telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik
yang telah dilaksanakan. Berikut adalah analisa soal selidik yang
telah dijawab oleh pelajar.
Skala : 1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Sangat setuju
Bil SKALA 1 2 3 4 5
ITEM BILANGAN PELAJAR
1. Prinsip Perakaunan adalah satu
subjek yang mudah 0 0 0 2 8
2. Penyata kewangan adalah tajuk yang
mudah 0 0 1 8 1
3. Teknik FDI lebih memudahkan saya
menjawab soalan penyata kewangan 0 0 0 3 7
4. Saya lebih suka dengan teknik sendiri 7 1 1 1 0
5.3 Tindakan yang dijalankan
1. Selepas pelaksanaan ujian pra, saya telah membimbing serta
memberikan penerangan tentang teknik FDI kepada pelajar-pelajar.
2. Selepas penerangan dengan jelas, saya menjalankan ujian pos 1 dan
ujian pos 2. Jawapan pelajar dipulangkan semula dan dibincangkan
sebagai latihan pengukuhan.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
6
3. Setiap kali latihan penyata kewangan, saya pasti akan
mengingatkan pelajar dengan teknik FDI.
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian
Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Semasa
melaksanakan kajian ini saya telah menyelesaikan bab Penyata
Kewangan Milikan Tunggal. Sebelum menggunakan Teknik FDI saya
mendapati pelajar tidak dapat memahami topik yang dipelajari dengan
mudah. Ini dibuktikan dengan ujian pra yang telah dilaksanakan pada
minggu pertama. Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan
dengan Teknik FDI pada minggu kedua, apa yang saya dapati pelajar
telah memahami dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pos 1 yang
telah dilaksanakan pada minggu kelima.
Seterusnya pada minggu ketujuh saya telah menguji pelajar semula
keberkesanan Teknik FDI dalam soalan yang lain. Penilaian memang
membanggakan kerana peningkatan dalam pemahaman perakaunan
lebih baik serta masa menjawab soalan yang diberi dengan lebih cepat.
Minggu kelapan saya telah membuat tinjauan dengan menggunakan
soal selidik terhadap pelajar-pelajar dalam mempelajari Prinsip
Perakaunan dengan pendekatan Teknik FDI.
Pelaksanaan Teknik FDI adalah seperti berikut :
1. Pelajar diberi soalan penyata kewangan dan sehelai kertas
beruangan dan kosong.
2. Guru menerangkan teknik FDI kepada pelajar. (rujuk lampiran)
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
7
5.5 Refleksi Kajian
Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan
Teknik FDI boleh diterima pakai dalam menjawab soalan penyata
kewangan Prinsip Perakaunan dengan lebih mudah. Dapatan juga
menunjukkan Teknik FDI dapat mengurangkan masa menjawab
kepada 20 hingga 45 minit bagi soalan yang dikemukakan.
Saya berasa gembira dan terharu apabila ada pelajar yang telah
berjumpa dengan saya dan memberitahu Teknik FDI amatlah
menyeronokkan dan sekarang dia boleh mengetahui kesilapan yang
dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah. Dengan teknik ini
juga, pelajar lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
1. Menggunakan konsep BADLEH dalam semua penerangan bagi setiap topik
Prinsip Perakaunan.
2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentu
seperti pembubaran dan tafsiran penyata kewangan.
Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan
kepada semua pelajar dan guru.
RUJUKAN
Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn Bhd.
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-XIII 2006, 20 – 22
November 2006, Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu, Sabah.
Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia.
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
8
LAMPIRAN
Pelarasan adalah langkah ke-5 dalam kitaran perakaunan. Bab ini amat penting kerana
semua soalan biasanya ada pelarasan (maklumat tambahan). Jadi pelajar MESTI kuasai
semuanya.
1. BELANJA TERAKRU DAN BELANJA TERDAHULU
1. Mesti faham maksud tempoh perakaunan. Tempoh masa yang dinilai untuk
menyediakan penyata kewangan. Contoh 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 12 bulan.
2. Mematuhi prinsip pemadanan/asas perakaunan akruan.
Contoh tempoh perakaunan ialah 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011.
01/07/10 30/06/11
Contoh soalan SPM
1. Sewa tahunan ialah RM4 200.
2. Kadar bayaran terakru RM240.
3. Sewa terdahulu sebanyak RM1 500.
4. Elektrik dan air belum dibayar sebanyak RM800.
Peristiwa selepas tempoh perakaunan. Sepatutnya tak
bayar lagi tapi bayar lebih. Jadi belanja tidak boleh diambilkira.
“Terlebih Bayar (TERDAHULU)”
Peristiwa berlaku dalam tempoh perakaunan. Sepatutnya dah bayar tapi tak bayar lagi. Jadi
belanja perlu ditambah. “Tidak Bayar (TERAKRU)”
Dt Belanja (+B) Kt Belanja Terakru (+LS)
Dt Belanja Terdahulu (+AS) Kt Belanja (-B)
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
9
Contoh:
ID ; Belanja am RM42 970
MT ;
Belanja am terakru RM800 Belanja am terdahulu RM350
PENYATA PENDAPATAN
KUNCI KIRA-KIRA
2. HASIL TERTUNGGAK/TERAKRU DAN HASIL TERDAHULU
1. Mesti faham maksud tempoh perakaunan. Tempoh masa yang dinilai untuk
menyediakan penyata kewangan. Contoh 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 12 bulan.
2. Mematuhi prinsip pemadanan/asas perakaunan akruan
Contoh tempoh perakaunan ialah 1 April 2010 hingga 31 Mac 2011
01/04/10 31/03/11
Contoh soalan SPM
1. Sewa diterima RM1 000.
Peristiwa selepas tempoh perakaunan. Sepatutnya tak
terima lagi tapi telah diterima. Jadi hasil tidak boleh diambilkira.
Terlebih Bayar (TERDAHULU)
Peristiwa berlaku dalam tempoh perakaunan. Sepatutnya dah terima bayaran tapi tak terima
lagi. Jadi hasil perlu ditambah. Tidak Terima (TERTUNGGAK)
Dt Hasil Tertunggak (AS) Kt Hasil (+H)
Dt Hasil (-H) Kt Hasil Terdahulu (LS)
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
10
2. Pada 31 Disember2006, didapati yuran ahli berjumlah RM535 telah diterima untuk tahun
2007.
Contoh:
ID ; Sewa diterima RM3 000
MT ; Sewa diterima terakru ialah RM1 000
PENYATA PENDAPATAN KUNCI KIRA-KIRA
Dalam bab Kelab dan Persatuan pasti akan keluar soalan untuk Hasil Terakru atau
Terdahulu kerana Yuran adalah HASIL.
3. HUTANG LAPUK (HL)
• Hutang yang pasti tidak dapat dikutip daripada penghutang.
• Dianggap sebagai BELANJA.
Disebabkan oleh:
a. Penghutang tidak mampu membayar hutangnya
b. Penghutang meninggal dunia
c. Penghutang tidak dapat dikesan / menghilangkan diri
d. Penghutang diisytiharkan muflis
• Hutang lapuk ditolak daripada jumlah penghutang dan dihapuskan sebagai kerugian.
(HL akan mengurangkan penghutang)
Butiran JURNAL AM PENYATA
PENDAPATAN KUNCI KIRA-KIRA
HUTANG
LAPUK
Dt Hutang Lapuk
Kt Penghutang
BELANJA
( - )
ASET SEMASA
Penghutang (Penghutang – Hutang
Lapuk)
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
11
Contoh soalan SPM
1. Baki akaun seorang penghutang RM235 hendaklah dihapuskira sebagai hutang lapuk
pada akhir tahun kewangan.
2. Seorang penghutang diisytiharkan muflis dan baki hutangnya berjumlah RM150
dihapuskira sebagai hutang lapuk.
4. HUTANG LAPUK TERPULIH (HLT)
• Seorang penghutang yang hutangnya telah dihapuskan sebagai hutang lapuk tiba-
tiba membayar balik hutangnya.
• Dianggap sebagai HASIL.
NOTA!!!
Hutang lapuk terpulih juga boleh dicatatkan seperti berikut iaitu dengan membuka semula
Akaun Penghutang dan Akaun Hutang Lapuk Terpulih
Dt Akaun Penghutang , Kt Akaun Hutang Lapuk Terpulih
5. PERUNTUKAN HUTANG RAGU (PHR)
• Satu anggaran jumlah hutang yang tidak dapat dikutip.
• Tujuan untuk;
a. Memadankan hasil dengan belanja perniagaan
b. Menampung satu kerugian perniagaan dalam bentuk hutang lapuk
Butiran JURNAL AM PENYATA
PENDAPATAN KUNCI KIRA-KIRA
HUTANG LAPUK
TERPULIH
Dt Tunai/Bank
Kt Hutang Lapuk Terpulih
HASIL
( + )
ASET SEMASA
Bank / Tunai
(Bank/Tunai +
Hutang Lapuk
Terpulih)
PHR = Kadar PHR x Penghutang Bersih (PB)
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
12
• Kadar peruntukan / peratus peruntukan hutang ragu berbeza-beza mengikut tempoh
hutang. Semakin panjang tempoh hutang, semakin tinggi peratus peruntukan
hutang ragu.
• Penentuan sama ada pertambahan atau pengurangan dalam Peruntukan Hutang
Ragu dalam tempoh semasa perlu dibuat perbandingan di antara tahun semasa
dengan tahun sebelumnya.
NOTA!!!
Sekiranya ada hutang lapuk di akhir tempoh perakaunan (mengurangkan penghutang), nilai
hutang lapuk perlu ditolakkan dengan penghutang untuk mendapatkan nilai penghutang
bersih.
(PENGHUTANG BERSIH = PENGHUTANG – HUTANG LAPUK)
• Ada 3 situasi :-
Butiran JURNAL AM
PENYATA
PENDAPATA
N
KUNCI KIRA-KIRA
1. Baru
wujud
Dt Hutang Ragu
Kt Peruntukan Hutang
Ragu
BELANJA
ASET SEMASA
Penghutang
Tolak Peruntukan Hutang
Ragu
Contoh soalan : Perniagaan mewujudkan peruntukan hutang ragu sebanyak 5% atas
penghutang
2. + PHR
Dt Pertambahan
Peruntukan Hutang Ragu
Kt Peruntukan Hutang
Ragu
BELANJA
(Beza antara PHR lama dan
baru)
ASET SEMASA
Penghutang
Tolak Peruntukan Hutang
Ragu (Nilai PHR yang baru)
3. – PHR
Dt Peruntukan Hutang
Ragu
Kt Pengurangan
Peruntukan Hutang Ragu
HASIL
(Beza antara PHR lama dan
baru)
ASET SEMASA
Penghutang
Tolak Peruntukan Hutang
Ragu (Nilai PHR yang baru)
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
13
Contoh:
ID ;
Peruntukan hutang ragu RM800
Penghutang RM10 000
MT ; Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 5% atas penghutang. Penyelesaian : 5% x RM10000 = RM500 (jwpn ini yang akan dipindahkan terus ke 3K) Lihat beza antara yang lama dan baru tolak
berkurang maksudnya Pengurangan Peruntukan
Hutang Ragu (HASIL)
PENYATA PENDAPATAN
Tambah HASIL
Pengurangan Peruntukan
Hutang Ragu RM300
KUNCI KIRA-KIRA
ASET SEMASA
Penghutang RM10 000
Tolak Peruntukan hutang
ragu RM500
Contoh soalan : Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 5% atas penghutang.
Lama
800
Baru
500
300
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
14
Jika di dalam Imbangan Duga tiada butiran peruntukan hutang ragu (PHR) dan
Maklumat tambahan ada mengenai PHR, ini bermaksud PHR masih tidak wujud.
Pengiraan PHR adalah jawapan yg perlu ditulis dalam Penyata Pendapatan (BELANJA)
dan Kunci Kira-Kira.
6. BELANJA SUSUT NILAI (BSN)/ SUSUT NILAI TERKUMPUL (SNT)
• Susut nilai – pengurangan nilai aset bukan semasa. Belanja susut nilai yang tidak
dibayar dengan wang tetapi ditolak daripada kos aset bukan semasa berkenaan.
(BELANJA)
• Susut Nilai Terkumpul – jumlah susut nilai terkumpul pada akhir setiap tahun
perakaunan. (mengurangkan aset : akaun kontra aset bukan semasa)
• Sebab aset bukan semasa mengalami susut nilai;
a. Kemerosotan fizikal – pudar, lusuh atau buruk
b. Kesusutan – penggunaan yang berterusan
c. Keusangan – tidak dapat digunakan akibat daripada perubahan teknologi
d. Usia guna yang pendek akibat faktor masa – hak cipta
• 3 kaedah pengiraan susut nilai;
1. Kaedah Penilaian Semula
2. Kaedah Garis Lurus / Ansuran Tetap
3. Kaedah Baki Berkurangan
KAEDAH JURNAL AM PENYATA
PENDAPATAN KUNCI KIRA-KIRA
Garis Lurus /
Ansuran
Tetap / Atas
Kos
BSN = % x Kos ABS
BSN = (Kos asal – Nilai Skrap*)
Usia guna
Dt Belanja Susut Nilai ABS
Kt Susut Nilai Terkumpul ABS
Tolak BELANJA
Belanja Susut
Nilai ABS (kiraan tahun semasa)
ASET BUKAN SEMASA
ABS
Tolak Susut Nilai
Terkumpul (SNT lama + SNT baru)
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
15
* Nilai skrap – nilai yang dijangka akan diperolehi setelah tamat usia guna aset
tersebut. (nilai bakian)
Contoh:
ID ;
Kenderaan (kos) RM40000
Susut Nilai Terkumpul RM4000
MT ; Kenderaan disusutnilai 10% setahun atas kos. Penyelesaian :Kaedah atas kos ; formula % x Kos 10% x RM40000 = RM4000 Jadi ; • Belanja Susut Nilai
Kenderaan RM4 000 • Susut Nilai Terkumpul
Kenderaan (4000+4000) RM8000
Bagaimana pula jika soalan dikehendaki mengikut kaedah baki berkurangan?
PENYATA PENDAPATAN
Tolak BELANJA
Belanja Susut Nilai
Kenderaan RM4 000
KUNCI KIRA-KIRA
ASET BUKAN SEMASA
Kenderaan RM40 000
Tolak Susut nilai terkumpul RM8 000
Baki
Berkurangan
BSN = % x (Kos – SNT lama)
Dt Belanja Susut Nilai ABS
Kt Susut Nilai Terkumpul ABS
Tolak BELANJA
Belanja Susut
Nilai ABS (kiraan tahun semasa)
ASET BUKAN SEMASA
ABS
Tolak Susut Nilai
Terkumpul (SNT lama + SNT baru)
Penilaian
Semula
BSN = ABS awal – ABS Akhir
Dt Belanja Susut Nilai ABS
Kt Susut Nilai Terkumpul ABS
Tolak BELANJA
Belanja Susut
Nilai ABS (kiraan tahun semasa)
ASET BUKAN SEMASA
ABS
Tolak Susut Nilai
Terkumpul (SNT lama + SNT baru)
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
16
7. PELUPUSAN ASET BUKAN SEMASA
• Pelupusan bermaksud menjual ABS yang lama.
• Pelupusan ABS akan menyebabkan keuntungan atau pun kerugian.
• Untung/Rugi pelupusan ABS dikira dengan mengambil kira harga belian, harga jualan
dan peruntukan susut nilai ABS tersebut.
NOTA!!!
Nilai buku ialah nilai sebenar ABS pada tempoh tersebut (semasa pelupusan) iaitu harga
belian ABS tolak SNT ABS.
8. MENILAI STOK AKHIR
• Pilih nilai yang Terendah Antara harga Kos Atau harga Pasaran (TAKAP).
• Tidak semestinya jawapan dinilai pada harga kos.
• Contoh : Stok akhir dinilaikan pada harga kos RM4,500 dan harga pasaran RM3,500.
Penyelesaian : nilai stok akhir dalam jawapan mestilah yang paling rendah
iaitu harga pasaran RM3,500.
BUTIRAN JURNAL AM PENYATA
PENDAPATAN KUNCI KIRA-KIRA
UNTUNG
ATAS
PELUPUSAN
Harga Jualan > Nilai Buku
Dt Pelupusan ABS
Kt Untung Atas Pelupusan
Tambah HASIL
Untung atas
pelupusan (kiraan tahun semasa)
ASET BUKAN
SEMASA
Nilai ABS akan berkurang
RUGI ATAS
PELUPUSAN
Harga Jualan < Nilai Buku
Dt Rugi atas Pelupusan
Kt Pelupusan ABS
Tolak BELANJA
Rugi atas
Pelupusan (kiraan tahun semasa)
ASET BUKAN
SEMASA
Nilai ABS akan berkurang
BUTIRAN PENYATA
PENDAPATAN KUNCI KIRA-KIRA
Pilih nilai yang Terendah
Antara harga Kos Atau
harga Pasaran (TAKAP)
Tolak KOS JUALAN
Kos barang untuk dijual
Tolak stok akhir
ASET SEMASA
Stok Akhir / Stok
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
17
Contoh:
• Stok pada 30 Jun 2007
bernilai RM9 580
• Stok pada 30 September
2005 bernilai RM11305 pada
harga kos dan RM10505 pada
harga pasaran.
PENYATA PENDAPATAN
KUNCI KIRA-KIRA
9. STOK BEKALAN
• Stok yang tidak habis digunakan pada tarikh imbangan.
• Contoh;
o Bekalan alat tulis; kertas, pen, dakwat, pensil
o Kain, benang, jarum dan butang
o Alat solek dan syampu
• Bayaran yang sudah dibuat untuk barang yang belum habis digunakan pada tarikh
imbangan dianggap sebagai belanja terdahulu (aset semasa)
BUTIRAN PENYATA
PENDAPATAN KUNCI KIRA-KIRA
Contoh alat tulis yang
dibeli tidak habis
digunakan
Tolak BELANJA
Alat tulis (baki b/b alat tulis + belian alat tulis – baki h/b alat tulis)
ASET SEMASA
Stok Alat Tulis
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
18
FORMAT PENYATA KEWANGAN : MILIKAN TUNGGAL
NAMA PERNIAGAAN
PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR ………
RM
RM
RM
Jualan
XX
tolak Pulangan Jualan
XX
XX
tolak Diskaun Diberi
XX
XXX
TOLAK KOS JUALAN
Stok Awal
XX
Belian XX
tolak Pulangan Belian XX
XX
tolak Diskaun Diterima XX
XX
Angkutan Masuk XX
Duti Import XX
Insurans Belian XX
Upah atas Belian XX
Kos Belian
XX
Kos Barang Untuk Dijual
XX
tolak Stok Akhir
XX
KOS JUALAN
XXX
UNTUNG KASAR
XXX
TAMBAH HASIL
Hutang Lapuk Terpulih
XX
Untung atas Pelupusan Aset
XX
Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu
XX
XXX
XXXX
TOLAK BELANJA
Angkutan Keluar
XX
Hutang Lapuk
XX
Rugi atas Pelupusan Aset
XX
Belanja Susut Nilai Aset Bukan Semasa
XX
Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu
XX
XXX
UNTUNG BERSIH @ RUGI BERSIH
XXX
J1
-KJ2
UK
+H
-B
UB SAw
+KB3
KBuJ
-SAk
KJ
B
-PB
XX
-DDt
XX
+AM
+DI
+UAB
KB
J
-PJ
XX
-DDb
XX
1
2
3
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
19
NAMA PERNIAGAAN
KUNCI KIRA-KIRA PADA ………
RM
RM
RM
ASET BUKAN SEMASA
Perabot
XX
Kenderaan
XX
tolak Susut Nilai Terkumpul
XX
XX
XXX
ASET SEMASA
Stok Akhir
XX
Stok Akhir Bekalan
XX
Penghutang XX
tolak Peruntukan Hutang Ragu XX
XX
Bank
XX
Tunai
XX
Hasil Terakru
XX
Belanja Terdahulu
XX
XX
TOLAK LIABILITI SEMASA
Pemiutang XX
Overdraf Bank XX
Belanja Terakru XX
Hasil Terdahulu XX
XX
MODAL KERJA
XXX
XXX
EKUITI PEMILIK
Dibiayai oleh:-
Modal awal
XX
tambah Modal Tambahan
XX
XX
tambah Untung Bersih @ tolak Rugi Bersih
XX
XX
Tolak Ambilan
XX
Modal akhir
XXX
LIABILITI BUKAN SEMASA
Pinjaman Bank
XX
Pinjaman Bercagar
XX
Gadai Janji/Pajak Gadai
XX
XXX
XXX
NILAI MESTI SAMA/SEIMB
ANG
Susunan AS : SSPBT (Stok akhir, Stok akhir Bekalan, Penghutang, Bank, Tunai, Belanja terdahulu, hasil
terakru)
ABS
+MK
XX
EP
-LBS
XX
AS
-LS
MK
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online