kolokium geo 1 ekologi
TRANSCRIPT
1.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kami
dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan. Jutaan terima
kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang telah memberi sokongan moral yang tidak
terhingga serta bantuan kewangan dalam kajian yang kami jalankan ini.
Tidak lupa juga kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong yang
telah membenarkan kami menjalankan kajian di luar kawasan sekolah. Selain itu, ribuan
terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru Pra Universiti Sekolah Menegah Kebangsaan
Kangkong yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sama ada
secara langsung mahupun secara tidak langsung. Terutamanya kepada Pn. Hjh. Mazenah binti
Zakaria yang telah memberi tunjuk ajar dalam proses penyiapan projek penyelidikan ini
kepada kami sekumpulan yang juga merupakan guru penyelaras projek penyelidikan STPM
Geografi Alam Sekitar Fizikal.
Selain itu, terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang
tidak jemu-jemu menolong kami dalam menyiapkan laporan projek penyelidikan ini. Kami
juga ingin mengucapkan syabas kepada diri kami sendiri kerana dapat
menyempurnakan tugasan ini dengan lancar dan sempurna. Tugasan yang diberikan ini telah
kami jalankan secara berkumpulan dan sistematik dalam pembahagian kerja berkumpulan.
1
2.0 PENGENALAN
Kami telah menjalankan kajian berkaitan ekosistem sawah padi memandangkan
kawasan sawah padi semakin kekurangan keluasan akibat perubahan penggunaan tanah.
Kawasan sawah padi merupakan kawasan yang kaya dengan tanih aluvium iaitu tanah yang
sesuai untuk tanaman padi sawah dan tanah yang dapat menakung air. Kami mendapati
kawasan sawah padi menyediakan ekosistem yang unik. Pelbagai hidupan dapat hidup di
sekitar kawasan sawah padi seperti burung, tikus, serangga, siput, dan lain-lain. Bukan itu
sahaja, ikan air tawar seperti keli, haruan, puyu, belut, dan lain-lain turut hidup dalam
ekosistem ini. Penanaman padi sering mengalami masalah serangan penyakit dan haiwan atau
serangga perosak yang boleh mengurangkan hasil padi dan memusnahkan pokok-pokok padi.
Kejadian banjir turut memusnahkan pokok-pokok padi kerana hujan yang terlampau banyak
sehingga menenggelamkan pokok padi manakala kejadian kemarau yang berlaku juga
mengurangkan hasil padi kerana padi memerlukan sumber air untuk hidup.
Sejak akhir-akhir ini, banyak kawasan sawah padi telah mengalami kemusnahan. Hal
ini berlaku disebabkan oleh perubahan penggunaan tanah di kawasan tersebut. Kawasan-
kawasan sawah padi mengalami perubahan yang ketara apabila banyak pembangunan
dilakukan seperti membina petempatan, sekolah, pusat pentadbiran, jalan raya dan
sebagainya. Perubahan yang berlaku bukan sahaja mengurangkan aktiviti penanaman padi
malah turut memusnahkan ekosistem kawasan tersebut.
Selain itu, akibat perkembangan teknologi dalam bidang pertanian, ekosistem
kawasan sawah padi ini turut terganggu. Contohnya, penggunaan baja kimia dan racun
serangga berlebihan menyebabkan tanih hilang kesuburan. Penggunaan jentera-jentera
pertanian seperti traktor pembajak dan penuai menjejaskan ekosistem sawah padi kerana
membunuh komponen-komponen haiwan dan rantaian makanan yang sedia wujud.
Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk mengekalkan ekosistem seterusnya
memajukan kawasan tersebut. Kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi
masalah yang wujud dalam ekosistem tersebut. Antaranya ialah menyediakan kemudahan
infrastruktur pertanian seperti sistem pengairan, pengangkutan dan sebagainya. Selain itu,
kerajaan boleh menyediakan kemudahan kredit dan dana kepada para petani untuk
mewujudkan usahawan tani yang berdaya maju. Kemudahan subsidi juga perlu diberikan
kepada para petani seperti subsidi baja kimia, racun serangga dan subsidi harga hasil
pertanian.
2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 Objektif am
Kajian kami mengenai ekologi ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti ekosistem
sawah padi di kawasan Kg. Telok Chengal Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
3.1 Objektif khusus
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti dan menyenaraikan komponen
biotik dan abiotik dalam ekosistem sawah padi kawasan tersebut. Selain itu, kajian ini
dijalankan untuk membolehkan kami menghuraikan rantaian dan siratan makanan dalam
ekosistem sawah padi dalam kawasan tersebut. Bukan itu sahaja, kami menjalankan kajian ini
untuk menjelaskan kepentingan ekosisten sawah padi kepada alam semulajadi dan manusia.
Akhir sekali, supaya kami dapat menilai ancaman dan masalah dalam ekosistem sawah padi
kemudian mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
3
4.0 KAWASAN KAJIAN
Kami menjalankan kajian tentang ekosistem sawah padi ini di Kg. Telok Chengal,
Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan. Kampung ini merupakan kawasan penanaman padi yang
giat di Dataran Kelantan. Ini kerana ia merupakan tanah paling subur kerana bertanih aluvium
yang sesuai untuk penanaman padi. Secara tepatnya Telok Chengal terletak pada Latitude.
6.0333333°, Longitude. 102.2°.
Kg. Telok Chengal menjadi lokasi pilihan kami untuk menjalankan kajian ini kerana
tahap ketersampaian ke kawasan tersebut amat tinggi. Lokasinya begitu strategik iaitu di
sepanjang jalan dari Pasir Mas menuju ke pusat bandar Kota Bharu. Hal ini demikian kerana
kami mudah untuk sampai ke kawasan tersebut. Kawasan tersebut juga telah mengalami
perubahan yang ketara dari segi penggunaan tanahnya. Ekosistemnya juga telah berubah dari
semasa ke semasa. Keadaan ini telah menarik minat kami untuk mengkaji ekosistem dalam
kawasan tersebut.
4
5.0 KAEDAH KAJIAN
5.1 Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian yang telah kami lakukan, beberapa kawasan didapati
berpotensi untuk diperkembangkan lagi. Kami telah memerhatikan keluasan tanah pertanian
yang ada di kawasan tersebut kira-kira 1-1.5 hektar. Kami juga memerhatikan kegiatan
pertanian yang dijalankan dan ternyata majoriti penduduk sekitar mengusahakan pertanian
padi sawah.
5.2 Temu bual
Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan keatas sepuluh orang responden, kami
menemu bual untuk mengetahui pendapatan yang diperolehi, guna tenaga, kegiatan pertanian
selain mengusahakan aktiviti penanaman padi serta perubahan yang berlaku di kawasan
sekitarnya.
5.3 Soal selidik
Kami telah mengedarkan beberapa helaian borang kaji selidik kepada sepuluh orang
responden untuk mendapatkan kepastian yang lebih teperinci tentang pendatapatan per kapita
yang diperolehi oleh para petani. Selain itu, kami juga memperolehi maklumat tentang
masalah yang telah mengganggu ekosistem sawah padi.
5.4 Maklumat sekunder
Berdasarkan maklumat sekunder yang telah kami, perolehi kami telah mendapat
pelbagai maklumat terutamanya dari sumber Peladang (LPP). Selain itu, kami memperolehi
maklumat daripada internet dan buku-buku rujukan.
5
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Konsep ekologi dan ekosistem
Ekologi merupakan kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam
persekitarannya. Semua hidupan saling bergantungan sesama sendiri dan perlu bergantung
kepada persekitaran dalam komuniti masing-masing atau komuniti lain.
Ernst Haeckel (1869) telah mengemukakan istilah ekologi. Menurutnya, perkataan
‘ekologi’ berasal daripada pekataan Yunani ‘oikos’, yang bermaksud rumah atau tempat
tinggal. Ini bermakna, ekologi adalah satu bidang yang mengkaji tentang rumah atau tempat-
tempat tinggal organisma.
Menurut AG Tansley (1935), ekosistem wujud daripada kombinasi antara konsep
‘ekologi’ dan sistem ekosistem adalah saling kaitan antara organisma. Organisma yang
menghuni ‘rumah’ dan ekosistem membawa maksud pecahan unit-unit terkecil yang dikaji
dalam sistem ekologi.
6.2 Komponen asas ekosistem
Komponen ekosistem diperkenalkan oleh seorang ahli ekologi Britain, Sir Author
Tansley (1935). Istilah ekosistem berasal daripada perkataan ‘oikos’ dalam bahasa Yunani
yang bermaksud ‘rumah’ atau tempat tinggal. Ekosistem merujuk kepada suatu sistem
dimana komponen hidup dan komponen bukan hidup saling bertindak balas. Komponen
hidup terdiri daripada manusia, haiwan dan tumbuhan termasuk juga hidupan-hidupan seni.
Komponen bukan hidup pula terdiri daripada unsur-unsur udara, cahaya, air dan tanih.
Kesemua komponen hidup dan komponen bukan hidup dalam persekitaran itu mempunyai
fungsi tertentu. Setiap unsur bagi kedua-dua komponen adalah saling bergantungan untuk
mewujudkan keadaan yang seimbang. Kajian ekosistem adalah berkaitan dengan pola
interaksi antara komponen hidup dan komponen bukan hidup dalam sesuatu kawasan.
Bagi komponen hidup dalam ekositem, sesuatu proses yang berkumpul dikenali
sebagai populasi. Populasi spesies yang berlainan mewujudkan kelompok komuniti seperti
padang rumput, burung dan ikan yang merupakan unit organisasi komponen hidup yang
berbagai-bagai dalam sesuatu ekosistem yang meliputi udara, air, cahaya matahari dan tanih
yang merupakan alam sekitar fizikal yang dikenali sebagai habitat.
6
Ekosistem adalah satu sistem yang unik. Sekiranya satu unsur dalam ekosistem
berubah, maka keseluruhan ekosistem akan terganggu. Sebagai contoh, jika hujan di sesuatu
kawasan semakin berkurang dalam jangka masa panjang, keadaan tumbuh-tumbuhan dan
hidupan liar dikawasan tersebut juga akan berubah. Ini disebabkan sesuatu ekosistem sentiasa
cuba menyesuaikan dan mengekalkan keseimbangannya.
6.3 Komponen biotik dan abiotik dalam ekosistem
Terdapat dua komponen utama dalam ekosistem iaitu komponen biotik (unsur hidup)
dan abiotik (unsur bukan hidup). Unsur biotik melibatkan organisma hidup seperti flora dan
fauna manakala komponen abiotik melibatkan elemen persekitaran seperti hidrosfera,
litosfera dan atmosfera yang terdapat cahaya matahari, udara, air dan tanih.
6.3.1 Komponen biotik
Setiap spesies flora dan fauna mempunyai habitat yang berbeza umpamanya
tumbuhan seperti pokok keladi dan kiambang yang hanya boleh hidup di kawasan berpaya.
Begitu juga dengan beruang kutub dan polar hanya sesuai di persekitaran yang sejuk iaitu di
kawasan Artik dan Antartik. Manakala di kawasan ekosistem sawah padi pula, ekosistemnya
berbeza kerana komponen biotik dikawal oleh tindakan manusia. Dalam ekosistem, setiap
komponen biotik memainkan peranan yang berbeza. Misalnya tumbuhan yang merupakan
pengeluar dan sumber makanan kepada haiwan yang bertindak sebagai konsumer
(pengguna). Apabila haiwan ini mati, mikroorganisma akan bertindak sebagai pengurai
kepada haiwan tersebut.
Komponen biotik boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu individu,populasi dan
komuniti.
6.3.1.1 Individu
Pada peringkat individu, komponen biotik terdiri daripada organisma tunggal.
Contohnya seekor ular dalam persekitaran habitatnya, katak, pokok kiambang, pokok padi
dan sebagainya. Bagi meneruskan kelangsungan hidup, individu biotik memerlukan
penyesuaian sama ada dari segi fizikalnya atau perilakunya. Keadaan ini disebut sebagai
adaptasi biotik terhadap persekitarannya.
7
Misalnya, dalam sesebuah sawah padi yang berminggu-minggu lamanya kering pada musim
kemarau, tiba-tiba masih lagi dihuni oleh spesies ikan keli, ikan haruan, ikan puyu dan belut
apabila tibanya musim hujan. Dalam keadaan ini spesies ikan ini telah diadaptasi dengan
persekitaran yang ekstrem dengan mengorek lubang sedalam yang mungkin di dasar tanah
sehinggalah ke dasar tanah yang persekitarannya yang lembap. Maka, ikan-ikan tersebut
berupaya hidup sementara menuggu hujan berikutnya tiba.
6.3.1.2 Populasi
Peringkat populasi merupakan kumpulan individu daripada spesies yang sama dalam
suatu ekosistem. Dalam satu populasi, setiap individu perlu bersaing untuk meneruskan
kelangsungan hidup. Disebabkan oleh individu biotik mempunyai sifat fizikal yang berbeza
(kuat, lemah,kecil, besar). Maka hanya individu yang berupaya dan dominan sahaja yang
boleh hidup. Selain itu, pertambahan populasi juga dipengaruhi oleh faktor semula jadi
umpamanya kebakaran hutan, banjir dan serangan penyakit. Contohnya, serangan selesema
burung yang melanda Malaysia dan Thailand pada tahun 2006 menyebabkan banyak haiwan
ternakan seperti ayam dan itik dimusnahkan bagi mangawal penyakit tersebut. Akibatnya
populasi ayam dan itik di sesuatu kawasan berkurangan pada satu-satu masa.
Tindakan manusia di kawasan sawah padi juga mempengaruhi populasi sesuatu
komponen biotik flora dan fauna dikawasan tersebut. Misalnya penggunaan racun serangga
yang berlebihan ke atas serangga perosak dan belalang mengakibatkan haiwan pemakan
serangga ini berkurangan di kawasan tersebut.
6.3.1.4 Komuniti
Kumpulan populasi yang lebih besar akan membentuk komuniti di dalam sesuatu
ekosistem. Komuniti bermula di suatu kawasan yang ‘mati’. Pada peringkat awal, didapati
hanya dihuni oleh tumbuhan seperti alga dan lumut. Lama-kelamaan ia akan diganti oleh
tumbuhan lain sehingga ia mencapai tahap komuniti klimaks. Peralihan satu spesies kepada
suatu spesies lain disebut sebagai sesaran. Proses untuk mencapai komuniti klimaks ini
memerlukan beberapa peringkat komuniti yang saling berinteraksi antara satu sama lain.
Peringkat ini melibatkan pengeluar, pengguna dan pengurai.
Pengeluar merupakan tumbuhan hijau yang membuat makanan melalui proses
fotosintesis. Ia merupakan peringkat komuniti asas kepada semua komponen biotik untuk
hidup.
8
Pengguna merupakan organisma hidup yang memperolehi makanan atau tenaga
daripada organisma lain. Pengguna boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu
pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier. Pengguna primer merupakan
organisma yang mendapatkan sumber makanan daripada tumbuhan hijau (pengeluar).
Pengguna sekunder merupakan organisma yang memperolehi makanannya daripada
pengguna primer. Pengguna tertier pula merupakan organisma yang mendapat makanan
daripada pengguna sekunder.
6.3.2 Komponen abiotik
Komponen abiotik adalah unsur bukan hidup yang terdiri daripada elemen
persekitaran. Umumnya, komponen abiotik boleh dibahagikan kepada tiga iaitu hidrosfera,
litosfera dan atmosfera.
6.3.2.1 Hidrosfera
Unsur utama di dalam hidrosfera ialah air. Air merupakan unsur penting bagi setiap
organisma untuk hidup. Air membentuk hampir 71% daripada keseluruhan komposisi bumi.
Air juga merupakan agen kepada proses luluhawa fizikal dan hakisan tanah. Dari segi kimia,
air merupakan medium terpenting untuk sesuatu bahan melarut. Dengan itu membolehkan
sesuatu bahan kimia itu dipindahkan dari satu ekosistem ke satu ekosistem yang lain.
6.3.2.2 Litosfera
Secara Umumnya, litosfera boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu
batuan, mendakan dan tanih. Batuan merupakan sumber mineral yang terhasil daripada
proses luluhawa fizikal, kimia dan biologi.
Mendakan pula merupakan bahagian batuan yang mengalami proses luluhawa dan
dimendapkan di sesuatu kawasan melalui agen pengangkutan seperti air dan angin. Di
kawasan dataran banjir, misalnya di kawasan sawah padi, pemendapan sedimen
membolehkan spesies baru hidup lazimnya spesies tumbuhan seperti rumput, rumpai dan
tumbuhan mangambil alih sawah padi.
Tanih sebagai unsur biotik merupakan struktur batuan yang telah terlerai membentuk
bahan mendak yang lebih halus. Tanih merupakan campuran batuan, mineral, humus dan
organik. Lazimnya, tanih boleh dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya pasir, kelodak
dan tanah liat.
9
6.3.2.3 Atmosfera
Atmosfera ialah udara yang merupakan unsur abiotik yang terdapat di atmosfera yang
terletak dalam lingkungan 100 km di atas permukaan bumi. Umumnya, atmosfera boleh
dibahagikan kepada empat lapisan udara mengikut perbezaan suhu iaitu troposfera,
stratosfera, mesosfera dan termosfera. Dalam konsep ekosistem, organisma hidup lazimnya
tinggal di kawasan troposfera iaitu lapisan atmosfera yang paling hampir dengan permukaan
bumi.
6.4. Fungsi ekosistem
Ekosistem memainkan peranan penting kepada setiap organisma hidup. Perbezaan
dari satu ekosistem ke satu ekosistem lain membolehkan sesuatu organisma itu beradaptasi
dan seterusnya meneruskan kehidupan.
Keupayaan organisma untuk beradaptasi merupakan satu proses penting kerana dari
sinilah organisma itu akan berkembang membentuk populasi dan seterusnya komuniti.
Ekosistem juga penting kerana di sinilah interaksi di antara komponen biotik dan abiotik
berlaku. Sebagai contoh, tumbuhan hijau iaitu padi sawah menerima cahaya matahari sebagai
tenaga dengan bantuan karbon dioksida (CO2) dan air, tumbuhan akan menghasilkan
karbohidrat. Keadaan ini boleh dilihat berdasarkan tindak balas dibawah:
Tenaga yang dihasilkan oleh tumbuhan akan digunakan untuk respirasi dan
tumbesaran. Seterusnya haiwan herbivor akan mendapatkan tenaga dengan memakan
tumbuhan tersebut. Proses ini membantu pemindahan tenaga daripada satu tingkat organisma
ke tingkat organisma yang lain.
6.5 Aliran tenaga dalam ekosistem
Merujuk kepada peringkat-peringkat atau sirkit pemindahan tenaga yang berlaku
dalam rantaian makanan atau siratan makanan sesebuah ekosistem. Aliran tenaga mestilah
bermula dari tenaga matahari yang seterusnya tenaga ini akan bergerak dan berubah bentuk
dalam aras trofik yang berbeza.
10
CH2O +H2O CH2O+O2
6.5.1 Konsep rantaian makanan
Rantaian makanan ialah proses pemindahan atau aliran tenaga yang berlaku dalam
konteks hubungan mangsa-pemangsa bersifat sehala. Organisma dalam kelompok ekologi
11
Matahari8% drp cahaya matahari sampai ke bumi digunakan oleh tumbuhan hijau
Aras trofik pertama (pengeluar) - tumbuhan hijau Daripada 8% daripada cahaya tersebut, 2% daripadanya digunakan untuk proses fotosintesis. Tenaga lain digunakan untuk proses metabolisma, transpirasi dan
pertumbuhan
Aras trofik kedua - pengguna primerApabila haiwan memakan tumbuhan, kira-kira 10% daripada biojisim tumbuhan
ditukarkan menjadi tisu haiwan (herbivor). Sebahagian besar tenaga (90%) hilang semasa proses-proses
respirasi, metabolisme dan pertumbuhan
Aras trofik ketiga - pengguna sekunder (karnivor kecil) kira-kira 10% daripada biojisim mangsa ditukar menjadi daging badannya. Sebahagian
besar (90%) tenaga terhilang dalam proses-proses respirasi, metabolisme dan pertumbuhan
Aras trofik ke empat – pengguna tertier (karnivor besar) kira-kira 10% sahaja dalam kecekapan pemindahan tenaga. Sebahagian besar (90%)
tenaga hilang dalam proses-proses respirasi dan metabolisme dan pertumbuhan
Tenaga semakin berkurangan
dalam rantaian makanan mempunyai aras tertentu dinamakan sebagai peringkat trofik.
Tingkat trofik yang paling atas ialah tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan merupakan
organisma jenis autotrof dimana ianya mampu untuk membuat makanannya sendiri denagan
bantuan cahaya matahari.
Tumbuhan yang menghasilkan glukosa melalui proses fotosintesis hanya
menggunakan tenaga matahari dan karbon dioksida daripada udara. Oleh sebab itulah
tumbuhan dianggap sebagai aras trofik pertama sebagai contoh, wadah rantaian makanan,
tumbuhan akan dimakan oleh ulat, ulat dimakan oleh burung, manakala burung pula dimakan
oleh ular.
Contoh:
Proses makan dan memakan ini akan membentuk rantaian makanan. Sekiranya rantaian
makanan ini bercabang, maka ia akan dinamakan sebagai siratan makanan. Namun apabila
sesuatu organisma itu mati, tenaga tidak akan terhenti di situ sahaja. Ianya akan diuraikan
oleh agen pengurai seperti bakteria, parasit dan protozool. Bahan yang terurai ini akan
diambil oleh tumbuhan sebagai bahan makanan. Tenaga tersebut akhirnya akan kembali
kepada rantaian makanan. Tenaga tersebut akan kembali kepada rantaian makanan yang asal.
Rantaian makanan berfungsi sebagai:
Menerangkan jumlah tenaga yang dipindahkan
Pemindahan tenaga daripada satu paras trofik ke paras trofik yang lain
Bilangan tenaga yang hilang daripada rantaian makanan sama ada respirasi atau
proses pereputan.
Secara umumnya, rantaian makanan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu rantaian pemangsa,
rantaian parasit dan rantaian saprofit.
6.5.2 Konsep siratan makanan
Merujuk kepada pemindahan tenaga secara bersilang dan kompleks. Aliran tenaga yang
berlaku adalah dari dan ke pelbagai arah dalam hubungan mangsa dan pemangsa. Ia berlaku
12
Padi ulat burung ular
atau bergerak secara silang-menyilang antara organisma-organisma yang hidup dalam
sesebuah ekosistem. Suatu organisma itu boleh menjadi mangsa atau pemangsa bukan kepada
satu organisma sahaja tetapi kepada banyak organisma. Malah peluang untuk sesuatu
organisma itu menjadikan dirinya pemangsa atau mangsa adalah sama banyak. Pada ketika ia
memakan organisma yang lain ia juga boleh dimakan oleh organisma yang lebih besar, malah
organisma yang dimakan olehnya itu juga boleh dimakan olehnya itu juga boleh dimakan
oleh organisma lain. Oleh kerana siratan makanan ini adalah bertindan lapis dan pelbagai
arah serta bersifat rencam ia juga dipanggil sebagai jaringan makanan.
6.5.3 Aras trofik
Aras trofik merujuk kepada kedudukan organisma-organisma yang dihubungkaitkan
oleh tenaga dalam rantai makanan di mana pengeluar pada aras pertama, herbivor (pengguna
primer) aras kedua, karnivor (pengguna sekunder) pada aras ketiga dan omvivor (pengguna
tertier) pada aras keempat.
13
Padi
ayam belalang kumbang tikusBurung pemakan
biji
Burung pemakan serangga
ular helang
Rajah Siratan Makanan
6.5.3.1 Piramid ekologi (piramid aliran)
Piramid aliran bermaksud peringkat-peringkat atau tahap-tahap di dalam rantaian
makanan dengan bilangan organisma atau haiwan yang terlibat di dalam setiap peringkat.
Aliran tenaga dalam siratan makanan boleh dilihat dalam bentuk piramid kerana
bilangan di setiap peringkat adalah tidak sama. Bilangan pengeluar adalah bilangan yang
paling banyak dan berada di peringkat paling bawah di dalam piramid kerana bilangan
pengeluar ini tidak menggnakan tenaga yang terlalu banyak untuk terus hidup.
Selepas pengeluar pengguna primer pula berada di lapisan yang kedua. Ini kerana
bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar tetapi lebih berbanding
dengan pengguna sekunder. Pengguna primer berada di atas pengeluar dalam piramid
menunjukkan pengguna primer memerlukan tenaga yang lebih berbanding dengan pengeluar.
Bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar juga penting untuk
memastikan pengguna primer mendapat makanan yang secukupnya.
Pada peringkat ketiga piramid dihuni oleh pengguna sekunder. Bentuk piramid yang
semakin mengecil ke atas mengambarkan bilangan pengguna sekunder lebih sedikit
berbanding dengan pengguna primer. Dan ia berada di atas pengguna primer menggambarkan
pengguna sekunder memerlukan tenaga yang banyak berbanding dengan pengguna primer.
Bilangan pengguna sekunder sedikit berbanding dengan pengguna primer penting untuk
memastikan supaya pengguna sekunder mendapat makanan yang secukupnya.
Pada peringkat keempat atau puncak piramid dihuni oleh pengguna tertier. Ia berada
di puncak menunjukkan tenaga yang diperlukan oleh pengguna tertier ini sangat banyak
berbanding dengan pengguna-pengguna yang lain. Ruang yang runcing dan kecil
menunjukkan bilangan pengguna ini adalah sangat sedikit. Ini penting untuk memastikan
pengguna tertier ini mendapat makanan yang secukupnya.
14
Rajah Piramid aras trofik
6.5.4 Proses aliran tenaga dalam ekosistem sawah padi
Merujuk kepada peringkat-peringkat atau sirkit pemindahan tenaga yang berlaku
dalam rantaian makanan atau siratan makanan sesebuah ekosistem. Aliran tenaga mestilah
bermula dari tenaga matahari yang seterusnya tenaga ini akan bergerak dan berubah bentuk
dalam aras trofik yang berbeza. Dalam ekosistem sawah padi, aliran tenaga boleh diterangkan
melalui rantaian makanan. Ianya melalui beberapa aras trofik berikut:
6.5.4.1 Tahap Pertama
Aliran tenaga berlaku dari matahari terus kepada pengeluar yang terdiri daripada
tanaman atau pokok padi dan juga tumbuh-tumbuhan lain biasanya hidup bersama dengan
pokok padi seperti rumpai air, keladi, telipot, kiambang dan sebagainya. Pokok padi dan
tumbuhan ini akan menggunakan tenaga matahari untuk membuat makananya sendiri melalui
proses fotosintesis. Dalam konteks ini, tenaga suria ditukarkan kepada tenaga kimia yang
disimpan dalam klorofil ( sel-sel daun), bunga, buah dan sebagainya.
15
Helang(pengguna tertier)
Ular(pengguna sekunder)
Tikus(pengguna primer)
Padi(pengeluar)
6.5.4.2 Tahap Kedua
Aliran tenaga berlaku daripada pengguna pertama yang memakan pengeluar. Antara
pengguna pertama yang berada dalam ekosistem ini adalah seperti belalang, pelbagai jenis
serangga perosak seperti kumbang, api-api dan tikus. Bagi hidupan liar pula pelbagai jenis
siput seperti gondang yang mungkin menggunakan tumbuhan (pokok padi) sebagai
makanannnya. Antara contohnya, siput gondang emas yang dianggap antara perosak utama
tanaman padi. Apabila pengguna primer ini memakan tumbuhan (pokok padi) maka tenaga
kimia yang disimpan dalam tumbuhan (pokok padi) berkenaan akan berpindah ke sel-sel
badan haiwan tersebut yang membolehkan haiwan berkenaan memiliki tenaga untuk
membesar, bergerak dan membiak.
6.5.4.3 Tahap Ketiga
Aliran tenaga seterusnya akan berpindah dari pengguna primer ke pengguna sekunder
yang menjadikan pengguna primer sebagai makanannya. Antara contohnya ialah pengguna
sekunder dalam ekosistem sawah padi ialah pelbagai jenis burung seperti burung pucung,
wak-wak dan ayam-ayam yang memakan belalang dan serangga perosak. Haiwan turut
termasuk dalam pengguna sekunder ini juga ialah ular yang memakan tikus. Seperti juga
dalam tahap kedua, tenaga kimia dalam badan pengguna primer akan berpindah ke sel-sel
badan pengguna sekunder untuk membolehkan haiwan tersebut membesar, bergerak dan
membiak.
6.5.4.4 Tahap Keempat
Tahap keempat ini melibatkan pemindahan tenaga dari pengguna sekunder ke
pengguna tertier yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan pemangsa yang terdiri
daripada burung helang atau burung pungguk yang menjadikan ular dan tikus sebagai
makanan. Di sesetengah kawasan sawah padi, burung pungguk dipelihara khas sebagai
pemangsa kepada tikus dan ular. Dengan itu, tenaga kimia dari haiwan sebagai pemangsa
kepada tikus dan ular. Dengan itu, tenaga suria dari haiwan sekunder akan berpindah ke
haiwan tertier.
6.5.4.5 Tahap Akhir
Pada tahap ini, semua tenaga yang disimpan oleh pengeluar dan pengguna tersebut
akan berpindah kepada pereput dan pengurai apabila pengeluar dan pengguna tersebut mati,
reput dan terurai untuk menjadi mineral dan tanih. Pengurai terdiri daripada pelbagai jenis
16
bakteria dan protozool. Misalnya, bakteria nitro somia yang bertanggungjawab menguraikan
bahan organik dan menukarkannya kepada mineral nitrogen. Semua mineral akan
dikembalikan kepada tanih sawah untuk digunakan semula dan pengeluar (padi sawah) bagi
memulakan rantaian makanan yang baru serta aliran tenaga yang baru.
6.6 Aktiviti manusia yang menganggu persekitaran fizikal dan ekosistem
kawasan tersebut.
Pelbagai aktiviti manusia di kawasan sawah padi yang boleh menganggu
keseimbangan ekosistem sawah padi. Kegiatan pertanian di sawah padi menentukan
penggunaan racun serangga dan racun rumpai. Penggunaan baja kimia yang berlebihan dan
berterusan boleh mencemarkan sumber air seperti air bawah tanah, air kolam, air tasik dan
sungai. Bahan kimia ini berupaya membunuh pelbagai hidupan biotik. Tanih juga akan hilang
kesuburan. Malahan agen pengurai seperti cacing tanah turut musnah.
Penggunaan baja kimia seperti baja urea yang berlebihan dan berterusan akan
merosakkan struktur tanah. Bahan kimia dalam baja akan menyebabkan tanah menjadi keras
sehingga hilang keupayaan untuk menyerap air. Penggunaan baja kimia juga terhadap
kawasan sawah padi juga boleh mencemarkan udara dan sumber air kawasan setempat.
Penggunaan jentera-jetera pertanian seperti traktor pembajak dan menuai sekiranya
digunakan secara meluas turut manjejaskan ekosistem sawah padi. Pergerakan jentera-jentera
ini akan membunuh komponen-komponen haiwan dari jaringan makanan yang sedia wujud
dalam ekosistem sawah. Dimana, tindakan ular sebagai pengguna tertier yang mengawal
tikus juga akan turut terbunuh. Cacing tanah yang berperanan sebagai agen pengurai bahan–
bahan organik juga akan turut termusnah.
Selepas kerja-kerja menuai padi, jerami dan harpas padi biasanya akan dibakar.
Pembakaran secara besar-besaran akan turut mencemarkan udara dan meningkatkan suhu
mikro udara persekitaran ekosistem pertanian sawah di kawasan setempat. Tindakan
pembakaran ini akan turut memusnahkan kepelbagaian komponen hidupan serperti tikus,
katak dan ular yang berfungsi sebagai pengguna tertier dalam siratan makanan ekosistem
pertanian sawah.
17
Kebiasaannya, aktiviti penanaman padi dilakukan sebagai tanaman yang giat
dijalankan secara turun temurun dan diwarisi. Aktiviti penanaman padi dalam jangka masa
yang panjang akan menyebabakan tanah kehilangan kesuburan iaitu zat galian yang semakin
berkurangan dan turut mempengaruhi daya pengeluaran pertanian dan menyebabkan tanah di
kawasan tersebut tidak sesuai untuk diusahakan dan digiatkan.
Selain itu, ekosistem di kawasan tersebut akan turut terganggu apabila adanya
kegiatan manusia seperti aktiviti pembangunan dan petempatan. Pembinaan rumah dan
sebagainya sudah tentu memerlukan kawasan yang rata, landai, bersih dan teratur. Dengan
penggunaan tanah untuk membina kawasan petempatan, ianya akan mengakibatkan
ekosistem asal di kawasan penanaman padi akan turut terganggu dan menyebabkan habitat
haiwan yang asal akan lari ke kawasan yang baru.
Seterusnya persekitaran fizikal dan ekosistem juga turut terganggu denagan adanya
kegiatan manusia seperti aktiviti pembinaan dalam menyediakan infrastruktur jalan
perhubungan dan pengangkutan. Biasanya kawasan yang berhampiran jalan utama akan
digunakan terutama kawasan yang luas seperti kawasan penanaman padi bagi menyediakan
jalan-jalan dan tempat yang sesuai untuk pembinaan pusat-pusat perhubungan. Kawasan
lembah yang berair akan dikambus dan diratakan bagi memudahkan jalan perhubungan.
Tindakan seperti ini boleh menyebabkan pelbagai habitat haiwan terganggu dan berpindah ke
kawasan baru untuk meneruskan kelangsungan kehidupannya.
6.7 Langkah-langkah pemeliharaan dan mengurangkan impak terhadap
alam sekitar.
Langkah yang perlu dilakukan untuk menjamin sumber air di kawasan berkenaan
sentiasa bersih dan berterusan ialah:
Menyediakan sistem perangkap sampah untuk mengurangkan pencemaran di sungai
Kelantan dari pembinaan bangunan di kawasan pinggir sungai.Sistem ini amat berkesan
untuk membersihkan sungai dari pencemaran sampah sarap dan melancarkan kadar
aliran. Sampah yang terperangkap mesti diselenggara dengan sempurna dan berjadual.
18
Menyediakan kemudahan infrastruktur pertanian
Kemudahan infrastruktur pertanian seperti sistem pengairan, pengangkutan, pusat
pengumpulan dan pusat penyimpanan, pengedaran serta pemasaran hasil-hasil pertanian
dibangunkan dan diperlengkapkan.
Menyediakan sistem pengairan yang cekap bagi membekalkan air sepanjang tahun
kepada pertanian padi sawah di sini akan membolehkan padi ditanam sekurang-
kurangnya dua kali setahun atau lima kali dalam tempoh dua tahun.
Sistem pengairan yang cekap perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah kekurangan air
terutama pada musim kemarau untuk membekalkan air kepada sawah padi di kawasan ini.
Selain itu, sistem pengangkutan yang sempurna khususnya jalan raya perlu disediakan
bagi memudahkan pengangkutan input serta output pertanian dengan cepat, pantas dan
segera bagi menjamin hasil-hasil pertanian diproses atau dipasarkan.
Menyediakan dana atau kemudahan kredit
Dana atau kemudahan kredit kepada petani seperti skim kredit mikro yang dilaksanakan
oleh Agrobank Malaysia disediakan bertujuan untuk membantu para petani miskin di
samping mewujudkan usahawan tani yang berdaya maju .
Oleh itu, kerajaan mestilah tampil membantu petani dengan memberikan skim pinjaman
kewangan yang mudah serta kadr faedah yang rendah.
Selain agrobank, dana pinjaman modal juga disediakan oleh lembaga pertubuhan
peladang, koperasi dan lain-lain institusi kewangan.
Memberi kemudahan subsidi kepada petani
Kemudahan subsidi diberikan kepada para petani seprti subsidi baja kimia, racun
serangga dan subsidi harga hasil pertanian diberikan.
Contohnya, petani yang menjual hasil padi kepada BERNAS akan diberi tambahan harga
sekali ganda daripada harga hasil yang dijual.
Bantuan subsidi baja kimia, racun serangga dan jentera dibekalkan oleh Lembaga
Pertubuhan Peladang (LPP). Para petani boleh memiliki kemudahan yang disediakan ini
dengan harga yang lebih murah disamping mendapat tunjuk ajar dari kakitangan LPP
untuk mengendalikannya.
Mewujudkan sistem pemasaran hasil pertanian
19
Sistem pemasaran hasil pertanian yang cekap seperti FAMA, MARDEL dan BERNAS
diwujudkan bagi mengawal harga hasil pertanian melalui mekanisma harga yang stabil
agar petani tidak dibelenggu dan ditindas oleh orang tengah.
Contohnya, FAMA bertindak membeli terus segala hasil pertanian padi daripada para
petani.
Kawalan perosak dan penyakit tanaman padi secara mesra alam (kawalan biologi)
Kawalan tikus
Penggunaan Burung Pungguk Jelapang (Tyto alba) telah diadaptasikan dari
penggunaannya di ladang kelapa sawit sebagai agen kawalan biologi tikus sawah.
Kotak sarang burung yang digunakan diperbuat dari gentian kaca/kayu dan diletakkan di
setiap 40 hektar. Kerja-kerja membanci penghunian burung pungguk jelapang dijalankan
setiap musim. Kebaikan kaedah ini ialah mengurangkan populasi tikus di sawah padi
persekitaran yang sihat, bebas daripada pencemaran racun tikus, meningkatkan hasil padi
dan pendapatan petani serta mengurangkan penggunaan racun tikus.
Kawalan Siput Gondang
Tanah sawah diratakan. Sawah dialirkan ke paras kurang dari 1 sm ketika umur padi
kurang dari 6 minggu. Itik Jawa/Cambell/Mallard, ayam dipelihara dan dilepaskan di
sawah selepas menuai supaya memakan anak-anak siput. Kemudian, menjalankan bajak
dan menabur kering bagi kawasan yang terdapat siput. Jentera pembajak dan menuai
perlu dibersihkan slepas digunakan sebagai langkah menghalang merebak pembiakan
siput. Pintu-pintu masuk/keluar air diletakkan jaring bagi menghalang siput-siput
memasuki sawah dan merebak ke tempat lain.
Kawalan penyakit merah padi (Tugro)
Penyakit Merah Padi (Tugro) disebabkan oleh virus yang dibawa oleh Bena hijau.
Pengesahan awal penyakit ini dijalankan menggunakan semaian bergerak dan kaedah
ujian ELISA supaya tindakan kawalan dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkesan.
Kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu diamalkan dengan memusnahkan sumber
penyakit dan mengawal Bena hijau.
Penyakit Reput Perang Seludang dan Karah
20
Kawalan siput gondang
dapat dikawal dengan sentiasa melaksanakan amalan pertanian baik, seperti:-
Bakar jerami dan tunggul padi secara terkawal dan menyeluruh.
Penyediaan tanah yang sempurna.
Tanam padi yang rintang terhadap penyakit.
Guna biji benih sihat pada kadar yang disyorkan (120 kg biji benih/ha).
Penggunaan baja unsur N dikurangkan (kadar disyorkan 120 N/ha) dan diberi secara
berperingat-peringkat.
Digalakkan mengguna baja berunsur silika (kadar disyorkan 50-75 kg baja bersilika/ha)
sebagai baja asas untuk mengurangkan jangkitan penyakit.
Buat rawatan biji benih padi dengan racun kulat seperti Benomyl (4 gm/kg biji benih)
atau Captan (2 gm/kg. biji benih)
Bersihkan kawasan dari rumpai dengan cara menebas.
Jalankan pemantauan penyakit dengan kerap dan berterusan.
Bagi penyakit Karah, gunakan racun kimia yang disyorkan seperti Benomyl,
Isoprothiolane dan Carbendazim, gunakan racun mengikut label
21
7.0 RUMUSAN
Adalah menjadi satu kerugian jika sawah padi ini ini dibiarkan begitu sahaja, namun
begitu jika eksploitasi berlebihan dilakukan terhadap sawah padi untuk pembinaan
petempatan atau jalan raya ekosistem kawsan ini akan musnah. Memandangkan terdapat
berbagai hasilan yang boleh didapati dari kawasan sawah padi bukan hanya padi sahaja dan
berlakunya perubahan daripada penggunaan secara tradisional kepada aktiviti-aktiviti
pembangunan besar-besaran yang mengakibatkan perbalahan dalam penggunaan sumber oleh
sektor-sektor yang berbeza maka satu sistem pengurusan yang lebih meluas dan disokong
oleh rangka perundangan dan peraturan-peraturan tambahan adalah
diperlukan. Kepentingan kawsan sawah padi ini kepada semua seharusnya dihargai dan
usaha-usaha memeliharanya perlu dijalankan.
Sawah padi ini perlu dijaga dengan baik kerana perubahan yang berlaku memberi
kesan kepada alam sekitar sekiranya ekosistem ini diubah. Jika ekosistem dapat dijaga
sepenuhnya, penghasilan padi yang berterusan akan meningkat dari masa ke masa. Hal ini
membolehkan negara kita mengeksport beras ke luar seterusnya dapat meningkatkan
pendapatan negara kerana pegaliran masuk mata wang asing dan mengurangkan
kebergantungan sumber padi dari negara luar.
22
LAMPIRAN
Kawasan kajian
23
Siput dan gondang bertelur pada pokok padi
Gondang menghisap nutrien pada pokok padi
Kawasan tanaman padi yang musnah akibat serangan siput dan gondang
Kawasan kajian
Selepas padi ditanam
Tanah dibajak menggunakan jentera pembajak
untuk penanaman padi
24
Itik diguna dalam kawalan biologi untuk menghapuskan siput dan
gondang
Serangga penggerek batang padi
Padi yang telah sedia untuk dituaiPadi disembur racun serangga
Padi dituai menggunakan jentera penuai
25
Padi ditabur dengan baja
Sumber pengairan bagi sawah padi
Keadaan sawah padi selepas padi dituai
Sawah padi dibajak untuk penanaman padi kali kedua
Premis perniagaan yang baru siap dibina di kawasan sawah padi
Projek pembinaan yang sedang dijalankan di kawasan sawah padi
Pemancar dibina di kawasan sawah padi untuk kemudahan perhubungan
dan telekomunikasi
26
Premis perniagaan dibina di kawasan sawah padi
Jalan raya dibina di kawasan sawah padi untuk memudahan
pengangkutan dan perhubungan
Pusat pentadbiran yang dibina di kawasan sawah padi
27
Kg. Telok Chengal, Salor 15100 Kota Bharu, Kelantan
A
PRA UNIVERSITI
UNGGUL LESTARISMK KANGKONG17040 PASIR MAS KELANTAN
Tel : 09 – 7942330 Faks : 09 - 7941149
PROJEK PENYELIDIKAN ALAM SEKITAR FIZIKAL
Borang soal selidik Ya Tidak
1. Anda penduduk tempatan?
2. Telah lama menetap di sini?
3. Anda mengusahakan tanaman padi?
4. Pekerjaan tersebut kegiatan ekonomi utama anda?
5. Pendapatan anda lumayan?
6. Padi ditanam dua kali setahun?
7. Haiwan perosak menjadi maslah utama?
8. Padi sering diserang penyakit?
9. Anda menggunakan racun serangga dan baja kimia?
10. Anda menggunakan kawalan biologi?
11. Anda menggunakan baja organik?
12. Mendapat bantuan subsidi daripada kerajaan?
13. Hasil tanaman untuk keperluan sendiri dan sebahagian
dijual?
14. Hasil tanaman dijual sepenuhnya?
15. Sawah tersebut dijadikan kolam akuakultur atau ditanam
tanaman lain selain padi?
16. Kawasan ini sedang giat dibangunkan?
17. Kawasan ini mengalami perubahan infrastruktur?
18. Perubahan yang berlaku memneri kegan kepada kegiatan
ekonomi anda?
19. Kawasan sawah padi ini mengalami kerosakan yang teruk
apabila banjir?
20. Adakah aktiviti ekonomi ini akan diteruskan oleh generasi
anda yang akan datang?
28
Carta pai menunjukkan guna tanah di Kg. Telok Chengal, Salor
15100 Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2010.
projek pembangunan30%
jalan raya 28%
sawah padi15%
petempatan17%
premis perni-agaan
7% lain-lain4%
29
SENARAI RUJUKAN
Hj. Rusly Musa dan Hjh Nurashikin Abdullah, 2009. Longman Teks Pra-U STPM
Alam Sekitar Fizikal : Pearson Malaysia Sdn. Bhd
html-pdf-convert.com/cari/ciri-ciri-ekosistem-sawah.html
ms.wikipedia.org/wiki/Ekosistem
ms.wikipedia.org/wiki/Ekologi –
www.lpp.gov.my/
smrpanjang.blogspot.com/2010/05/sistem-ekologi.html
www.cikgunikmie.blogspot.com/
ms.wikipedia.org/wiki/Padi
http://maps.google.com.my/
30
31