kompilasi jpi 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/...

14
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 78 Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu 1, Halaman 78-91 HUBUNGAN KBAT DI DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENERUSI PENDEKATAN ABDULLAH NASIH ULWAN RELATIONSHIP HOTS IN ISLAMIC EDUCATION THROUGH ABDULLAH NASIH ULWAN APPROACH Mohd Syaubari Bin Othman 1* , Dr. Ahmad Yunus Bin Kassim 2 1 Pelajar Ijazah Kedoktoran (PHD) Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected]. 2 Pensyarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] * Penulis Penghubung Artikel diterima: 11 April 2017 Selepas Pembetulan: 1 Jun 2107 Diterima untuk terbit: 1 Ogos 2017 Abstrak Kajian ini menghuraikan pendekatan Abdullah Nasih Ulwan menerusi karya Pendidikan Anak-Anak dalam Islam dengan perkaitan amalan pelaksanaan pengajaran KBAT di sekolah khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengaplikasian pendekatan Abdullah Nasih Ulwan ini dilakukan untuk mengkaji apakah kaedah atau pendekatan yang terbaik bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seiring dengan tranformasi pendidikan yang menetapkan asas KBAT sebagai kerangka utama. Bagi metodologi yang ditetapkan, penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah perpustakaan di dalam menganalisis maklumat sumber utama atau sumber sekunder di dalam menilai dan menganalisis hasil pemikiran Abdullah Nasih Ulwan berkaitan kesamaan dengan konsep KBAT, Berdasarkan kesimpulan, pendekatan yang digunakan oleh Abdullah Nasih Ulwan mempunyai asas elemen KBAT yang sepatutnya diberikan perhatian serius oleh semua pihak melibatkan pihak pentadbiran pendidikan, guru, komuniti masyarakat dan pelajar kerana ia menonjolkan dan menjustifikasikan bahawa teori Islam bukan sahaja bersesuian dengan konsep pendidikan masa kini malahan mencetuskan idea-idea baru berkaitan pendidikan yang berteraskan PdP abad ke 21. Kata Kunci KBAT, pendekatan, pendidikan anak-anak

Upload: others

Post on 20-Feb-2020

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 78

Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126

E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu 1, Halaman 78-91

HUBUNGAN KBAT DI DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENERUSI PENDEKATAN ABDULLAH NASIH ULWAN RELATIONSHIP HOTS IN ISLAMIC EDUCATION THROUGH ABDULLAH NASIH ULWAN APPROACH Mohd Syaubari Bin Othman

1*, Dr. Ahmad Yunus Bin Kassim

2

1 Pelajar Ijazah Kedoktoran (PHD) Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected]. 2 Pensyarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, [email protected] * Penulis Penghubung Artikel diterima: 11 April 2017 Selepas Pembetulan: 1 Jun 2107 Diterima untuk terbit: 1 Ogos 2017

Abstrak Kajian ini menghuraikan pendekatan Abdullah Nasih Ulwan menerusi karya Pendidikan Anak-Anak dalam Islam dengan perkaitan amalan pelaksanaan pengajaran KBAT di sekolah khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengaplikasian pendekatan Abdullah Nasih Ulwan ini dilakukan untuk mengkaji apakah kaedah atau pendekatan yang terbaik bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seiring dengan tranformasi pendidikan yang menetapkan asas KBAT sebagai kerangka utama. Bagi metodologi yang ditetapkan, penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah perpustakaan di dalam menganalisis maklumat sumber utama atau sumber sekunder di dalam menilai dan menganalisis hasil pemikiran Abdullah Nasih Ulwan berkaitan kesamaan dengan konsep KBAT, Berdasarkan kesimpulan, pendekatan yang digunakan oleh Abdullah Nasih Ulwan mempunyai asas elemen KBAT yang sepatutnya diberikan perhatian serius oleh semua pihak melibatkan pihak pentadbiran pendidikan, guru, komuniti masyarakat dan pelajar kerana ia menonjolkan dan menjustifikasikan bahawa teori Islam bukan sahaja bersesuian dengan konsep pendidikan masa kini malahan mencetuskan idea-idea baru berkaitan pendidikan yang berteraskan PdP abad ke 21. Kata Kunci KBAT, pendekatan, pendidikan anak-anak

Page 2: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 79

Abstract This study describes the approach Abdullah Nasih Ulwan work through "the education of children in Islam" in connection with the implementation of teaching practices in schools HOTS especially in Islamic Studies. Applying this approach Ulwan Abdullah Nasih conducted to assess whether the best method or approach for producing teaching and learning (TL) in line with the transformation of education that lays the groundwork HOTS as mainframes. For the methodology prescribed, the researchers used a qualitative approach, namely the method library in analyzing information primary source or a secondary source in evaluating and analyzing the ideas of Abdullah Nasih Ulwan connection in common with the concept of HOTS, based on the conclusions, the approach used by Abdullah Nasih Ulwan have basic elements HOTS which should be given serious attention by all parties involved in the administration of education, teachers, community and students as it enhances and justifies that the theory of Islam is not only appropriate to the concept of education today even spark new ideas related to education that is based on TL 21st century Keywords HOTS, the approach, the education of children 1.0 Pengenalan Kepelbagaian isu yang timbul di dalam masyarakat ketika ini membentuk suatu paradigma yang memerlukan keperluan untuk merujuk kembali kepada fitrah agama dengan penuh penghayatan dan kesungguhan. Untuk itu, asas pendidikan merupakan kerangka yang perlu diteliti secara mendalam bagi mengembalikan keupayaan dan kekuatan umat Islam. Sekiranya di lihat dari perspektif pelaksanaan pendidikan, ianya telah mencetuskan kepelbagaian pendekatan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.(PdP) berdasarkan kemampuan guru dan pelajar untuk berinteraksi menerusi konteks yang lebih kondusif dan bersistematik. Maka menjadi keperluan kerangka teori Abdullah Nasih Ulwan yang bersistematik di angkat sebagai suatu tunjang utama di dalam memastikan hala tuju pengajaran bergerak dengan fungsi yang sepatutnya bersesuian menurut konteks kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). 2.0 Konsep Pendidikan Menurut Abdullah Nasih Ulwan Menurut (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Abdul Rosyad, 2010) pembentukan penghayatan agama seharusnya bermula menerusi penekanan oleh ibu bapa dan guru-guru. Abdullah Nasih Ulwan telah menyenaraikan tujuh elemen utama yang perlu diterapkan di dalam proses pendidikan yang berkesan kepada kanak-kanak (pelajar) iaitu pendidikan Iman, pendidikan akhlak, pendidikan fizikal, pendidikan akal, pendidikan psikologi, pendidikan sosial dan pendidikan seksual. Konsep pendidikan ini sekiranya

Page 3: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 80

di analisis secara mendalam mengandungi asas elemen KBAT yang dapat diterjemahkan menerusi konteks persamaan dengan falsafah pembentukan KBAT Penjelasan elemen ini diperincikan menerusi pernyataan seperti berikut 2.1 Pendidikan Iman Proses pentarbiahan keimanan ini dibentuk menerusi kesepaduan ilmu akidah, feqah, tasawuf dan tafsir Al-Quran serta merupakan langkah pertama ke arah penghasilan kelompok individu yang mempunyai keseimbangan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Untuk itu, keupayaan menterjemahkan kefahaman akidah merupakan prinsip penting di dalam pembelajaran ilmu yang dengan setiap amalan memerlukan pelaksanaan yang menyeluruh dan bukan hanya melibatkan kefahaman teori sahaja (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Al-Attas, 1978).

Selain itu, menurut (Abdullah Nasih Ulwan, 2002) yang dimaksudkan dengan pendidikan keimanan adalah penekanan terhadap dasar-dasar keimanan, rukun Islam dan asas syariat. Dasar-dasar keimanan yang melibatkan rukun iman dan perkara-perkara bersifat sami’yat seperti kepercayaan pembalasan di alam barzakh, penentuan syurga dan neraka serta ganjaran pahala dan dosa. Manakala rukun Islam yang dimaksudkan ialah setiap ibadah yang bersifat praktikal dan melibatkan harta seperti puasa, solat, zakat dan haji. Untuk pelaksanaan pensyariatan ini elemen-elemen yang terkandung adalah melibatkan asas seperti akidah, ibadah, akhlak, perundangan, peraturan dan hukum-hakam (Al-Attas, 1978; Sidek Baba, 2011).

Abdullah Nasih Ulwan (2002) juga menjelaskan cara untuk membangunkan aspek keimanan ini ialah dengan mengajarkan anak kalimah taiyyibah iaitu, memperkenalkan hukum hakam, halal dan haram, menyuruh beribadah pada usia tujuh tahun, mendidik mereka mencintai Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda serta mengajarkan membaca al-Quran. Matlamat akhir penerapan pendidikan iman ini bertujuan untuk membina keperibadian yang menjadikan Islam sebagai Ad-Din, Al-Quran sebagai panduan dan Rasulullah SAW sebagai panduan bimbingan (Al-Ghazali, 2006; Mastura, 2010).

Untuk itu, nilai-nilai KBAT seperti kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana idea perlu dilihat menerusi konteks penghasilan peningkatan iman di kalangan pelajar. Untuk itu, bagaimana keperluan guru mengaplikasi konsep iman di dalam pengajaran dengan mengaitkan penghasilan amalan seharian agar setiap gerak perlakuan pelajar bersifat keterikatan dengan peraturan Allah swt (Sulaiman, W.M & Pg Hj Hashim. Hjh, 2011). 2.2 Pendidikan Akhlak Menurut (Abdullah Nasih Ulwan, 1976; 2002) perkara yang perlu dibangunkan dan dimantapkan di dalam diri setiap pelajar adalah pendidikan berkaitan konsep dan prinsip akhlak yang terpuji. Oleh itu keutamaan di dalam bertingkahlaku dan pentabiatan yang baik merupakan keperluan yang harus wujud serta dijadikan kebiasaan di

Page 4: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 81

dalam tindakan seharian. Pembangunan akhlak perlu bermula sejak dari usia yang masih muda kerana ini sangat penting mengambarkan salah satu interpretasi daripada iman dan individu yang berakhlak mulia pasti memiliki keimanan yang tinggi kepada Allah SWT (Sidek Baba, 2011). Menerusi pendekatan untuk menyuburkan akhlak mulia kepada para pelajar, beberapa pendekatan diberi penekanan oleh Abdullah Nasih Ulwan iaitu menjauhkan diri daripada peniruan dan bersifat taklid buta, larngan bermewah-mewah, larangan mendengarkan muzik yang melalaikan, larangan menyerupai jantina yang berlainan, larangan bersolek dan bergaul bebas serta memandang perkara yang diharamkan (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Sidek Baba, 2011).

Oleh itu,elemen pendidikan akhlak merupakan teras utama di dalam penerapan yang perlu kepada setiap pelajar di dalam proses pendidikan yang berkesan. Asas akhlak yang menyeluruh ini merupakan landasan kepada penghasilan pelajar yang bukan berpengetahuan tetapi berupaya mengaplikasi nilai kebaikan di dalam setiap gerak kerja kehidupan (Zaharah, 2008; Shahabuddin & Nazrul, 2011). Penjanaan sifat akhlak yang terpuji memerlukan penerapan yang bersifat menganalisis, menjana idea, menstrukturkan mengikut pengkategorian dan menghasilkan asas kerangka yang memerlukan pelaksanaan secara jelas di dalam PdP (Zuraidah, 2013; KPM, 2014). Cetusan idea yang dikemukakan oleh Abdullah Nasih Ulwan mengenai tatacara pendidikan akhlak dengan asas KBAT adalah di sandarkan dengan prinsip kesamaan dan perkaitan di antara kedua-dua pendekatan tersebut.

2.3 Pendidikan Akal Pendidikan ini bermaksud membina aliran pemikiran dan pengetahuan pelajar dengan segala sesuatu yang mendatangkan manfaat. Menurut (Abdullah Nasih Ulwan, 2002) pendidikan akal di kalangan pelajar seharusnya diterapkan pada masa yang lebih awal. Ini kerana, asas pemikiran di kalangan kanak-kanak sangat bersih, daya ingatan yang kuat dan komitmen belajar yang tinggi. Selain itu, ilmu yang diberikan semasa kecil akan berkekalan di dalam ingatan dan berkemampuan di aplikasikan sekiranya struktur akal di laksanakan secara menyeluruh meliputi kefahaman, menganalisis, menilai dan menjanakan idea (Rohani, 2001; Novie Adilah, 2011). Menurut, (al-Ghazali, 2006), ilmu yang disertakan dengan kekuatan akal akan dapat mengenalkan manusia dengan penciptaNya, beribadah, mengagungkanNya, melahirkan ketaatan dan menjauhkan daripada perlakuan maksiat.

Bagi memastikan pendidikan akal yang diperolehi menepati garis panduan Islam, menjadi keperluan untuk para pelajar membentuk kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan sebaya yang baik bagi membincangkan mengenai hakikat Islam, dasar-dasar Islam, ajaran-ajaran Islam, penjelasan tentang gambaran yang benar tentang Islam dan mengajarkan tentang susah payah pejuang-pejuang agama mempertahan syiar Islam daripada diceroboh oleh pihak musuh (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Jas Laile, 2008). Menerusi pendekatan ini, akal yang dapat diterjemahkan mempunyai perkaitan dengan konstruk dan prinsip

Page 5: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 82

KBAT yang mengandungi keperluan meletakkan keupayaan untuk menrefleksikan, menjana idea dan mentadaburkan setiap ciptaan Allah. Kesemua ini hanya dapat dibentuk menerusi penganalisaan dan penilaian dengan terperinci agar matlamat akhir pendidikan adalah melahirkan manusia yang dapat memandu manusia yang lainnya (Ab Halim, 2002; Sulaiman, W.M et al, 2011).

2.4 Pendidikan Fizikal Pendidikan fizikal diterapkan bagi menjadikan fitrah pembesaran pelajar berada di dalam situasi sihat dan selamat. Ini sekaligus dapat mengetahui kepentingan memelihara kesihatan diri yang merupakan tuntutan di dalam Islam (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Rohani, 2001). Oleh itu, cara praktikal yang disarankan ialah dengan menjaga kesihatan keluarga dan anak, menyeimbangkan makan, minum dan tidur, mencegah diri daripada terdedah kepada sebarang wabak, merawat penyakit dan membiasakan anak-anak bersukan atau melakukan aktiviti bersukan. Di samping itu, para pelajar juga seharusnya dibiasakan dengan kehidupan yang zuhud dan tidak dipengaruhi dengan kenikmatan dunia seperti merokok, onani, minum arak, pengambilan dadah, zina dan liwat (Ab Halim Tamuri & Zarin Ismail, 2002; Morrison. G.S, 2011).

Pendidikan fizikal yang dilaksanakan ini akan membentuk kekuatan jati diri dan membangukan otak pelajar untuk lebih cergas di dalam memahami sesuatu ilmu yang disampaikan oleh guru (Rubin, 2010; Mastura, 2011). Maka sebab itu (Abdullah Nasih Ulwan, 2002) meletakkan prioriti di dalam pendidikan fizikal bagi menyeimbangkan elemen kejiwaan dan perlakuan. Sekiranya di lihat daripada elemen pendidikan fizikal yang dinyatakan, wujud perkaitan di antara konsep KBAT yang di utarakan. Ini berkaitan bagaimana KBAT memerlukan kecergasan fizikal di dalam memastikan pengaplikasian, penilaian dan penjanaan idea dapat disampaikan secara jelas dan berfokus. Ini bertentangan sekiranya fizikal yang lemah, ianya berkeupayaan menjejaskan daya tumpuan dan perlakuan di dalam membentuk pemikiran aras tinggi.

2.5 Pendidikan Psikologi Pendidikan psikologi bermaksud mendidik anak supaya berani, berterus terang, bermotivasi, suka berbuat baik terhadap orang lain dan menahan diri daripada perasaan marah. Penerapan pendidikan psikologi ini memberi kesan yang sangat baik terhadap keperibadian dan sahsiah anak-anak (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Ab Halim, 2005). Bagi memastikan psokologi anak-anak sentiasa positif dan baik, ibu bapa hendaklah mengelakkan daripada menyuburkan sifat anti sosial, penakut, rendah diri, dengki dan pemarah di dalam diri anak-anak. Sifat-sifat ini akan menyebabkan sahsiah anak-anak menjadi buruk dan kehidupan mereka menjadi tidak tenteram di masa akan datang (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Shaharudin et al, 2011; Sidek Baba, 2011) .

Page 6: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 83

Psikologi dan KBAT mempunyai perkaitan dari aspek bagaimana KBAT ini hendak dihasilkan dan dibentuk. Asas psikologi yang baik berkemampuan menjana pemikiran yang bersifat pragmatik dan menguasai KBAT secara sepenuhnya (Anderson, Krathwol, 2002). Elemen ini merupakan aspek afektif dan psikomotor yang merupakan pelengkap kepada aspek kognitif yang dibentuk menerusi taksonomi bloom (Naggapan, 1998; Morisson, 2011). Maka dapat dinyatakan bahawa pendekatan pendidikan Psikologi yang dibangunkan oleh Abdullah Nasih Ulwan mempunyai nilai kesamaan seperti yang dihasilkan oleh penyelidik pendidikan daripada Barat. 2.6 Pendidikan Sosial Pendidikan sosial yang dimaksudkan ialah pendidikan pergaulan bersama dengan masyarakat daripada kepelbagaian latarbelakang dan umur. Penerapan ilmu kemasyarakatan ini akan membiasakan para pelajar dengan adab sosial yang baik dengan disepadukan asas akidah Islamiah (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Zaharah, 2008). Penerapan elemen pendidikan sosial mendedahkan kepada pelajar mengenai tatacara interaksi di kalangan masyarakat melalui penghasilan interpretasi pemikiran secara menganalisis, membanding beza dan menilai setiap situasi yang berlaku. Kepelbagaian jalinan sosial yang terbentuk mengupayakan maklumat dan pengetahuan di serapkan oleh pelajar dan seterusnya menghasilkan pemikiran yang bersifat kritis. Untuk itu, pendidikan sosial merupakan keperluan utama di dalam bergerak ke arah tranformasi pemikiran beraras tinggi (Shahabuddin Hashim & Nazrul Hassan, 2011). 2.7 Pendidikan Seksual Pendidikan seksual ialah pendedahan dan penerangan tentang hal-hal seksual kepada para pelajar setelah menjangkau usia yang sesuai untuk dijelaskan. Kepentingan pendidikan ini adalah sebagai kefahaman tentang konsep seksualiti, faktor seksualiti yang mendatangkan kemudaratan atau persoalan berkaitan dengan perkahwinan. Asas ini merupakan pendedahan awal dalam menjana kefahaman yang jelas mengenai fungsi tubuh untuk diselarikan dengan ilmu-ilmu yang lain (Jas Laile, 2008; Novie Adilah, 2010)

Pelaksanaan di peringkat kanak-kanak sekitar umur lapan sehingga 14 tahun (Nazneen Ismail, 2014) dengan penekanan bagaimana tentang bahagian-bahagian fisiologi badan dan bagaimana pemeliharan badan yang berkualiti. Selain itu, pelaksanaan pendidikan seksual yang dijelaskan oleh Abdullah Nasih Ulwan ialah mengajar adab meminta izin, adab melihat, adab menghindarkan pelajar daripada gejala negatif, penjelasan dan peringatan kepada para pelajar mengenai bahaya pergaulan bebas dan kepentingan untuk perkahwinan yang sah (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Zaharah, 2008).

Untuk itu, aspek penilaian menjadi suatu kerangka penting di dalam KBAT melalui menterjemahkan kefahaman pendidikan seksual ini agar kefahaman yang diterima tidak digunakan ke arah yang tidak betul. Demikianlah secara keseluruhan pendekatan yang telah dihasilkan oleh

Page 7: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 84

Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitabnya Tarbiyah al-Aulad yang merupakan kitab yang dapat di analisis secara kepelbagaian dimensi 3.0 Amalan KBAT dalam pendidikan Pemikiran yang berorentasikan KBAT mendefinisikan pembahagian kepada 3 komponen utama iaitu melibatkan elemen kognif, afektif dan psikomotor. Maka menerusi kajian ini, perhubungan KBAT di analisis dari asepk kognitif yang mengetengahkan pandangan daripada Anderson dengan ditambahbaik taksonomi domain afektif. Taksonomi ini dapat dijelaskan menerusi perincian elemen KBAT seperti huraian di bawah 3.1 Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Definisi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) menurut (Brookhart, 2010) adalah kemahiran di dalam menyoal, keupayaan untuk memahami dan menganalisa sesuatu berasaskan pemikiran sendiri atau orang lain. Di antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ini adalah melalui berfikir aktif, melihat konteks persekitaraan berdasarkan persepektif yang berbeza dan menyusun setiap idea dengan teratur (Hassan et al, 2008; Saad, et al 2012). Untuk itu, penguasaan KBAT ini, memerlukan beberapa kemahiran seperti berikut 3.1.1 Kemahiran membuat kategori. Kemahiran ini memerlukan keupayaan pelajar untuk membina kefahaman tentang perbezaan yang wujud di dalam sesuatu kandungan seperti amalan ibadah yang dikategorikan ibadah atau yang dikategorikan adat. Maka menjadi keperluan kefahaman pelajar di isi dengan pengetahuan amalan ibadah dan adat seperti yang terdapat di dalam kandungan pengajaran (Hassan et al, 2008). 3.1.2 Kemahiran menyusun mengikut urutan. Penyusun mengikut urutan adalah kemahiran yang dijana menerusi pemikiran yang kritikal dan tersusun. Penyusunan ini melibatkan sama ada daripada abstrak kepada kejelasan, mudah kepada susah, khusus kepada umum dan keutamaan kepada kebiasaan. Penyusunan ini dilakukan dengan mengumpul keseluruhan isi kandungan dan diteruskan dengan penganalisaan yang tinggi di dalam memastikan susunan yang dilakukan adalah bertepatan dengan struktur ilmu terbabit (Nagappan, 1998; Hassan et al, 2008). 3.1.3 Kemahiran membuat ramalan. Kemahiran mengandaikan perkara yang dijangka berlaku daripada pendekatan yang kita gunakan adalah melalui terma-terma yang telah ditetapkan. Keupayaan untuk menjangka ini memerlukan menganalisis dan menilai keseluruhan item agar segala dapatan menuju kepada perkembangan yang sepatutnya. Kemampuan membuat ramalan mampu menjadikan pembudayaan untuk menganalisis dan seterusnya membentuk keputusan yang tepat (Lockman & Noordin, 2008).

Page 8: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 85

3.1.4 Kemahiran menjana idea. Keupayaan pelajar untuk mengembangkan fakta yang di dapati berdasarkan pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Proses penjanaan idea ini memerlukan penstrukturan dan panduan agar idea yang dikembangkan bertepatan dengan kehendak objektif yang dikendaki. Proses penjanaan idea ini memerlukan penguasaan kemahiran oleh guru melalui kefahaman berkaitan bagaimana idea yang seharusnya dikembangkan dan dihubungkait dengan idea yang lain (Sulaiman et al, 2011). 3.1.5 Kemahiran mencipta definasi. Keupayaan pelajar untuk mendefinisikan sesuatu perkara menandakan kefahaman yang ada pada pelajar. Definisi merupakan gambaran keseluruhan sesuatu kandungan ilmu yang menjadi kerangka untuk penghuraian seterusnya yang lebih mendalam. Guru bertanggungjawab membimbing pelajar untuk mempunyai kemahiran di dalam pendefinisikan sesuatu kandungan ilmu walaupun setiap pelajar mungkin mempunyai kepelbagaian definisi tetapi selagi berada di dalam lingkungan ilmu tersebut, maka definisi tersebut harus diterima (Hassan et al, 2008; Sulaiman, 2011). 3.1.6 Kemahiran mencipta analogi. Proses kemahiran untuk mencipta perumpaan atau analogi memerlukan kefahaman yang sepenuhnya di dalam kandungan ilmu kerana perhubungan kandungan ilmu dengan situasi semasa memerlukan keupayaan menganalisa dan mengaplikasi yang tinggi di kalangan pelajar. Ketidakmampuan untuk mencipta analogi menandakan penguasaan yang belum sepenuhnya berkaitan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), maka guru perlu menerapkan kemahiran ini di dalam setiap pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang akan di jalankan (Hassan et al, 2008; Lockman & Noordin, 2008).

Pelaksanaan KBAT ini melibatkan keseluruhan kandungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) termasuklah kurikulum, bina upaya, kokurikulum, pengurusan sumber, pentaksiran, komuniti setempat dan pentadbiran. Pelaksanaan KBAT ini khususnya di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam berupaya mengaplikasikan konsep penghayatan dan pengamalan di dalam kehidupan seharian seiring dengan penekanan yang ditekan menerusi panduan daripada Al-Quran dan As-Sunnah (Zuraidah, 2013). 4.0 Hubungan KBAT bersandarkan pandangan Abdullah Nasih Ulwan Pembentukan akidah yang mantap memerlukan kefahaman menyeluruh dan terperinci mengenai asas ilmu pendidikan. Pengisian pendidikan yang berkesan memerluan penggunaan keupayaan akal yang luas dan kritis. Untuk itu, menerusi kesepaduan pendekatan yang digunakan Abdullah Nasih Ulwan dengan KBAT, ia dapat diperjelaskan menerusi tiga konsep

Page 9: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 86

yang utama iaitu pengetahuan, pelaksanaan dan kandungan pendidikan (Abdullah Nasih Ulwan, 2002).

i. PENGETAHUAN-pengetahuan keimanan, pengetahuan menggunakan akal, pengetahuan psikologi

ii. PELAKSANAAN –mengikut adat kebiasaan, hukuman, ganjaran dan kesihatan

iii. KANDUNGAN PENDIDIKAN - menerusi elemen iaitu kewajipan untuk mengajar, membentuk kesedaran tentang kepentingan menuntut ilmu dan kejelasan di dalam pemikiran melangkaui amalan di dalam kelas.

Penjelasan konsep perhubungan di antara KBAT dengan kosep pengajaran yang dikemukakan oleh Abdullah Nasih Ulwan dapat digambarkan menerusi rajah dan huraian berikut Rajah 1: Konsep Pendidikan Menurut Abdullah Nasih Ulwan disepadukan dengan KBAT

(Sumber: Anderson, 2002; Abdullah Nasih Ulwan, 2002)

Berdasarkan rajah 1 menunjukkan pertalian perhubungan di antara konsep yang dihasilkan oleh Abdullah Nasih Ulwan dengan prinsip

Pengetahuan Pelaksanaan Penghasilan Kandungan

Pengetahuan keimanan, pengetahuan akal, pengetahuan psikologi

Pelaksanaan adat kebiasaan, hukuman, ganjaran dan kesihatan

Tanggungjawab, kesedaran dan kejelasan pemikiran

Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta

Melahirkan penghayatan di dalam kehidupan beragama

Page 10: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 87

pelaksanaan KBAT, perhubungan dapat dijelaskan menerusi huraian seperti berikut 4.1.1 Penghasilan pengetahuan menerusi adat kebiasaan Penerapan yang memerlukan setiap pengamalan menerusi pengetahuan dapat diterjemahkan berasaskan realiti kehidupan semasa. Menurut (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Abdul Rosyad, 2010) perkembangan pelajar menerusi penghasilan iman yang benar, menghiaskan diri dengan nilai etika islam, bahkan perlu untuk sampai kepada ketinggian nilai-nilai spiritual dan keperibadian yang utama. Faktor utama yang menyumbang di dalam situasi ini adalah kemantapan elemen pengajaran di dalam pendidikan khususnya pendidikan Islam dan lingkungan sosial yang baik (Zaharah, 2008; Abdul Rosyad, 2010). Selain itu nilai-nilai di dalam yang perlu ada di dalam membentuk pengetahuan yang bersumberkan adat kebiasaan adalah seperti pendidikan bersifat kejiwaaan

i. Taqwa ii. Persaudaraan iii. Kasih sayang iv. Mengutamakan orang lain

Kefahaman dan pengaplikasian setiap nilai hanya dapat di aplikasi

sekiranya ia melibatkan kesepaduan dengan elemen mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. sekiranya nilai ini tidak disepadukan, pengetahuan yang diperolehi menerusi amalan adat seharian tidak dapat membentuk jiwa penghayatan sebaliknya hanya wujud sebagai suatu pengetahuan sahaja (Zuraidah, 2013). 4.1.1 Penghasilan pengetahuan menerusi interaksi yang baik Penghasilan medium interaksi yang baik dimulai dengan pemerhatian, pengawasan dan mendampingi di dalam proses melengkapkan rohani dan jasmaninya dengan pembentukan akidah dan akhlaknya. Pendekatan seperti bersoal jawab, interaksi tidak formal, bermain bersama dan sentiasa menunjuk cara mendapatkan ilmu (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Sidek Baba, 2011).

Pendidikan cara ini adalah merupakan pendekatan asas di dalam membentuk seorang individu yang sempurna dan bertimbang rasa. Ini akan melibatkan menunaikan hak dari keperluan hidup, dorongan kepada melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab serta menghasilkan pengetahuan mengenai kewajipan dengan kesempurnaan dan berkualiti. Komunikasi menerusi interaksi ini juga menjadikanya seorang individu muslim yang benar-benar memahami sebagai batu asas untuk mendalami perkara-perkara lain yang berkaitan Islam bagi memenuhi tatacara keperluan untuk melihat ketinggian agama Islam (Abdullah Nasih Ulwan, 2002;Ab Halim, 2005).

Pelaksanaan pengetahuan bagi menghasilkan penghayatan beragama memerlukan proses interaksi yang baik di antara guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekitar. Interaksi yang dilaksanakan dengan penerapan elemen menganalisis, menilai dan mencipta akan

Page 11: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 88

mengwujudkan penghasilan idea, dapatan dan matlamat yang lebih berfokus serta berkeupayaan memberi kesan yang bersifat mendalam kepada pelajar (Hassan, 2008; KPM, 2014). 4.1.2 Penghasilan pengetahuan menerusi pemberian ganjaran Penetapan ganjaran berkeupayan menwujudkan nilaian suasana yang lebih menarik dan interaktif di antara guru dan pelajar. Pemberian ganjaran tidak semestinya melibatkan pemberian di dalam bentuk fizikal sahaja, ucapan dan perlakuan juga merupakan nilaian kepada sesuatu ganjaran. Elemen melibatkan ganjaran cukup bersesuian dengan perlakuan pelajar sekolah rendah seperti pemberian hadiah disebabkan berjaya menjawab setiap soalan yang dikemukakan atau membantu guru di dalam menghiaskan kelas. Ini di antara bentuk pendekatan yang boleh digunakan selain daripada ganjaran diberikan di atas pencapaian di dalam bilik darjah (Novie Adilah, 2010; Shahabudin et al, 2011). Pendekatan pembelajaran kanak-kanak menurut Abdullah Nasih Ulwan memerlukan pemberian ganjaran sebagai suatu motivasi dalam peningkatan prestasi. Konsep ganjaran yang sememangnya sinonim dengan kanak-kanak menuntut guru untuk memahami fitrah tersebut. Untuk itu, dalam pengamalan KBAT ini, elemen ganjaran tidak dapat diasingkan daripada kanak-kanak yang dapat dilakukan menerusi pemberian hadiah bagi pelajar yang berkeupayaan menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Kesamaan di antara elemen KBAT dengan panduan yang diterapkan Abdullah Nasih Ulwan merupakan menifestasi kerangka ilmu Islam yang sentiasa bersesuian dengan keadaan peredaran semasa 4.1.3 Penghasilan pengetahuan menerusi pelaksanaan hukuman dan denda. Hukuman atau denda yang dikenakan kepada kanak-kanak adalah berbeza dengan hukuman yang dikenakan kepada orang dewasa. Berikut ialah pendekatan yang disarankan oleh Abdullah Nasih Ulwan berkaitan hukuman yang sepatutnya dilaksanakan kepada pelajar: 1) bertindak dengan lemah-lembut dan penuh kasih sayang, 2) Berasaskan penilaian yang menyeluruh, 3) Memahami sikap dan tahap penerimaan berbeza di antara juga satu sama lain (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Sulaiman et al, 2011). Kefahaman berkaitan perlakuan pelajar, akan membentuk guru yang bersifat tenang di dalam menyelesaikan masalah, berfikir rasional dan mengetahui kaedah untuk menangani permasalahan yang timbul. Pendekatan ini berkemampuan mengatasi amalan pentabiatan atau perlakuan yang keras, degil, sukar untuk tunduk. Kesemua ini kembali kepada asas keturunan dan pengaruh elemen persekitaran dan asas pendidikan yang berkualiti (Zaharah, 2008; Zuraidah, 2013).

Jelas di sini bahawa Abdullah Nasih Ulwan meletakkan perhatian terhadap pelaksanaan hukuman sama ada hukuman secara maknawiah mahupun hukuman madiyah dengan setiap hukuman-hukuman ini tertakluk kepada syarat-syarat dan ikatan-ikatan yang telah ditetapkan.

Page 12: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 89

Untuk itu, guru tidak boleh mengambil mudah tanpa memikirkan sebab dan akibatnya serta perlu meletakkan hukuman itu di tempatnya yang sepatutnya. Ini sebagaimana penghasilan sifat yang baik dan kehalusan pada tempatnya yang sesuai. Anologi ini dinyatakan oleh (Abdullah Nasih Ulwan, 2002) menerusi peranan ibu bapa akan menjadi seorang yang jahil sekiranya bersikap kasihan pada tempat yang sepatutnya dia berlaku keras dan tegas. Dan sebaliknya dia bersifat keras pada tempat yang sepatutnya dia bersifat rahmat dan pemaaf (Abdullah Nasih Ulwan, 2002). 5.0 Hubungan Pemikiran Abdullah Nasih Ulwan dan Konsep KBAT Pendekatan Abdullah Nasih Ulwan di dalam membicarakan berkaitan persoalan KBAT perlu diteliti menerusi perspektif bagaimana sesuatu kandungan maklumat yang diperolehi dapat diterjemahkan berdasarkan situasi yang sebenar. Penjelasan berkaitan penghuraian kefahaman ini ditentukan dengan di intergrasikan di dalam amalan kehidupan seharian dan proses ini menjadi tanda aras di dalam pendekatan Abdullah Nasih Ulwan untuk dihubungkan dengan KBAT (Abdullah Nasih Ulwan, 2002).

Penggunaan pengajaran bersumberkan pendekatan menerusi adat kebiasaan, contoh teladan, bimbingan dan nasihat, hukuman dan ganjaran adalah tatacara menerusi tindakan yang perlu di laksanakan sekiranya ingin membentuk pengetahuan guru yang bersifat konstruktivisme dan konseptual. Pengajaran tidak berkeupayaan terjadi sekiranya, ilmu atau maklumat hanya berlegar di dalam kelas tanpa di terjemahkan di dalam konteks yang sebenar. Jika dilihat, penerapan asas adat kebiasaan, pengajaran di dalam situasi ini memerlukan guru mengaitkan dengan situasi yang lain dan merupakan keadaan yang sentiasa wujud di dalam lingkungan pelajar tersebut (Abdullah Nasih Ulwan, 2002; Ab Halim, 2005; Sidek Baba, 2011).

Secara keseluruhannya, penterjemahan konsep KBAT ini adalah bersesuian dengan pendekatan yang digunakan oleh Abdullah Nasih Ulwan di dalam membicarakan mengenai keperluan mempraktikan setiap ilmu yang diperolehi. Untuk itu, beberapa komponen KBAT perlu di lihat di dalam konteks yang menyeluruh iaitu meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor bagi memastikan ruang pelaksanaan ini dapat menghasilkan matlamat seperti yang ditetapkan oleh Abdullah Nasih Ulwan 6.0 Rumusan. Pelaksanaan kepada pengaplikasian penghayatan agama adalah bermatlamat untuk menghasilkan nilai pengamalan dan pelaksanaan sistem agama secara menyeluruh di dalam keseluruhan aspek kehidupan. Nilai dimensi setiap perbahasan oleh Abdullah Nasih Ulwan mengupayakan kehidupan individu Islam muslim di dalam membentuk ruh akidah yang kukuh dan mantap. Nilaian berasaskan keperabadian yang unggul ini sangat diperlukan pada saat ini memandangkan terdapat ramai muslim yang tidak menghayati secara sepenuhnya tuntutan agama Islam sehingga mengakibatkan masyakat berhadapan dengan ancaman

Page 13: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 90

jenayah dan persekitaran yang tidak sihat. Justeru itu, usaha bagi membangunkan penghayatan agama dengan berteraskan konsep KBAT harus dilaksanakan seawal peringkat sekolah rendah lagi. Menerusi penelitian pendekatan Abdullah Nasih Ulwan yang berfokuskan kepada aspek pelaksanaan pendidikan yang melibatkan elemen akhlak, akidah, ibadah dan sahsiah. Maka elemen dihubungkan dan disesuaikan agar bertepatan dengan asas elemen seperti terdapat di dalam konsep pelaksanaan KBAT. Untuk akhirnya, kajian ini mencadangkan pendekatan pendidikan KBAT menurut Abdullah Nasih Ulwan berupaya dijadikan panduan dan keutamaan oleh ibu bapa dan pihak sekolah di dalam perancangan pendidikan dan kurikulum. Kaedah-kaedah berteraskan nilai penghayatan agama ini diharap dapat membantu melahirkan generasi Rabbani yang memberi tumpuan dan kepatuhan menyeluruh kepada Allah swt di dalam menunaikan segala syariat dan mengikut jalan yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Rujukan Abdullah, Rohani (2001). Penilaian Perkembangan Kanak-kanak: Secara

Portfolio. Serdang: Universiti Putra Malaysia Abdullah Nashih Ulwan (1996). Pedoman Pendidikan Anak-anak Dalam

Islam.Jilid 1-2. Terjemahan Saifullah Kamalie dan Hery Neor Ali. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Abdullah Nashih Ulwan (2002). Pendidikan Anak-anak dalam Islam (Jilid 1). (terjemahan Syed Ahmad Semait). Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Abdul Rashid Ahmad (2003). Surah Luqman: Mendidik Anak Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rosyad Siddiq (2010). Ringkasan Ihya’ Ulumiddin. Selangor: Berlian Publications Sdn. Bhd.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib (1978). Islam And Secularisme. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement Of Malaysia (ABIM).

Anderson, L., Krathwohl, D., Airasian, (2002), A Taxonomy for Learning, Teaching, and Assessing : A revision of Bloom's Taxonomy of Educational Objectives, New York ; Pearson, Allyn & Bacon.

Baba, S. (2011). Tajdid Ilmu dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Techknowlogic Trading Sdn. Bhd.

Hassan, Z., et al. (2008). "Pengaplikasian kemahiran berfikir dalam pengajaran kemahiran hidup bersepadu (ekonomi rumah tangga) di sekolah menengah.". Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia

Imam Al-Ghazali (2006). Mukhtasar Ihya’Ulumiddin. (terjemahan Ibnu Yasin). Johor Baharu: Perniagaan Jahabersa.

Imam Al-Ghazali (2007). Bimbingan Mu’minin: pada mencari redha rabbil-‘alamin. (terjemahan Syed Ahmad Semait). Singapura: Pustaka Nasional Pte.Ltd.

Jas Laile Suzana Jaafar (2008). Pengenalan Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Page 14: Kompilasi JPI 10(1)journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp... · -851$/ 3(1*$-,$1 ,6/$0 %,/ ,68 gdodp wlqgdndq vhkduldq 3hpedqjxqdq dnkodn shuox ehupxod vhmdn gdul xvld \dqj

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 78-91 91

Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia

Lockman, N. L. & S. Noordin (2008). Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal Dan Kemahiran mengawal Pembolehubah Dalam Kalangan Pelajar pendidikan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia.

Mastura Badzis (2010). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Morrison. G.S. (2011). Early Childhood Education Today. (12thInternation Edition).Pearson Prentice Hall.

Nagappan, R. (1998). Teaching higher-order thinking skills in language classrooms: the need for transformation of teaching practice. Paper presented at the 9thInternational Conference on Thinking, Auckland, New Zealand.

Novie Adilah Sondig (2010). Konsep Kesediaan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Terhadap Perkembangan Kognitif , Psikomotor dan Afektif Kanak-Kanak. Tesis Sarjana Seni dan Muzik ( tidak diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris

Rubin, K.H. & Watson, K. S.(1978). Free play behaviors in preschool and kindergarten children. Journal Society for research in Child Development ,49, 534- 536.

Shahabuddin Hashim & Nazrul Hassan (2011). Al Quran sebagai sumber ilmu dan implikasinya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Prosiding Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan Khas. Universiti Sains Malaysia.

Sulaiman,W.M & Pg Hj Hashim. Hjh (2011). Aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam. Journal of Applied Research in Education, Vol 15, No.1 & 2, 2011, pp.43-58.

Tamuri, Ab Halim & Zarin Ismail. (2002). Pendidikan akhlak dalam KBSM: Persepsi pelajar terhadap konsep akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 1. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tamuri , Ab Halim (2005) Hala tuju dan cabaran Pendidikan Islam dalam era globalisasi. Seminar Pendidikan dan Penghayatan Islam, Persatuan Program Pendidikan Islam dan TITAS, UPSI, Tanjung Malim

Zaharah Hussin. (2008). Pembinaan kandungan kurikulum pendidikan akhlak untuk Latihan Perguruan Pendidikan Islam. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (Tidak diterbitkan).

Zuraidah Binti Ramdzan@Ramban. (2013). Kesediaan, amalan dan strategi pengajaran pendidikan Islam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Satu (KSSR). Tesis M.ed. Universiti Teknologi Malaysia.