komponen aktif & komponen pasif
TRANSCRIPT
KOMPONEN AKTIF & KOMPONEN PASIF
NAMA:-NIK AMIRA SYAHIRAH BINTI HAMADPISMP BM / PJ / KH 2 SEMESTER 4
KOMPONEN ELEKTRONIK
KOMPONEN AKTIF KOMPONEN PASIF
DEFINISI
Komponen elektronik bermaksud alat yang
membenarkan:-
a. Pengaliran arus elektrik ke satu arah.
b. Pengaliran arus ulang alik ke arus terus.
Komponen elektronik ini juga berfungsi sebagai:-
a. Pengawal arus elektrik.
b. Rintangan dalam sesuatu litar.
KOMPONEN AKTIF
Sejenis bahan semikonduktor yang terdiri
daripada silikon dan germanium.
Komponen aktif berfungsi untuk membentuk,
mengawal dan memproses isyarat elektrik.
CONTOH KOMPONEN AKTIF
Diod
Transistor
Diod pemancar
cahaya (LED)
DIOD
Diod merupakan sejenis komponen elektronik
yang membenarkan arus mengalir hanya
dalam satu arah sahaja.
Tanda anak panah yang terdapat pada simbol
diod merujuk kepada arah aliran arus.
GAMBAR SIMBOL
Diod dibina daripada bahan semikonduktor.
Diod mempunyai dua terminal iaitu terminal
anod (+) dan terminal katod (-).
Terdapat dua keadaan pincang semasa diod
disambungkan pada punca bekalan kuasa iaitu:-
a. Pincang hadapan (forward bias).
b. Pincang balikan (reversed bias)
Pincang hadapan (forward bias).
- Merujuk kepada terminal anod disambung dengan
punca positif bekalan kuasa dan terminal katod
disambung dengan punca negatif bekalan kuasa.
Sambungan ini akan menghasilkan halangan yang
rendah dan membolehkan diod mengalirkan arus.
Pincang balikan (reversed bias).
- Merujuk kepada terminal anod yang disambung
dengan punca negatif bekalan kuasa. Manakala,
terminal katod disambung dengan punca positif
bekalan kuasa. Sambungan ini menghasilkan
halangan
yang tinggi dan menyebabkan diod tidak
mengalirkan
arus.
JENIS –JENIS DIOD
Diod isyarat
Diod kuasaDiod
zener
DIOD PEMANCAR CAHAYA (LED)
Sejenis diod yang tidak berfilamen yang
hanya membenarkan arus elektrik mengalir
dalam satu arah sahaja.
Berfungsi untuk memancarkan cahaya dan
menukarkan arus elektrik kepada cahaya.
Mempunyai 2 kaki iaitu anod (+) dan katod (-).
Jangka masa penggunaannya lebih lama
daripada mentol.
GAMBAR SIMBOL
TRANSISTOR
Sejenis komponen yang diperbuat daripada bahan
separa pengalir seperti silikon dan germanium .
Berfungsi untuk:-
a. Meninggikan arus, voltan dan kuasa.
b. Boleh juga digunakan sebagai suis kawalan.
Terdiri daripada 2 jenis iaitu:-
a. Transistor NPN
b. Transistor PNP
Komponen ini mempunyai tiga kaki iaitu:-
a. Pemancar (Emitter - E).
b. Pemungut (Collector - C).
c. Tapak (Base – B)
GAMBAR SIMBOL
TRANSISTOR PNP
TRANSISTOR NPN
KOMPONEN PASIF
Komponen pasif dibina daripada bahan
penebat seperti mika, seramik, kertas atau
elektrolit.
Komponen ini berfungsi sebagai peranti
sokongan untuk membantu operasi komponen
aktif.
CONTOH KOMPONEN PASIF
Perintang Pemuat / kapasitor
Pearuh
PERINTANG
Perintang memainkan peranan penting untuk
a. Mengawal jumlah arus.
b. Mendapatkan susutan voltan dalam litar.
Nilai perintang ini disukat dalam unit OHM (Ω).
Nilai rintangan akan dicatat pada perintang
atau menggunakan kod warna.
Perintang ini terdiri daripada 2 jenis iaitu:-
a. Perintang tetap.
Contoh:- jenis karbon @ dawai berlilit.
b. Perintang boleh laras.
Contoh:- meter upaya & reostat.
GAMBAR SIMBOL
Perintang tetap
Perintang boleh laras
PEMUAT
Pemuat adalah sejenis komponen elektronik
yang berkeupayaan menyimpan dan
melepaskan cas dalam bentuk medan
elektrostatik.
Reka bentuk pemuat terdiri dari dua kepingan
plat logam yang dipisahkan oleh bahan
dielektrik.
Unit asas bagi pemuat ialah FARAD (F).
Pemuat terdiri daripada 2 jenis iaitu:-
a. Pemuat berkutub.
Contoh:- Elektrolitik dan tantalum.
b. Pemuat tidak berkutub.
Contoh:- Seramik dan mika.
GAMBAR SIMBOL
Pemuat berkutub
Pemuat tidak berkutub
PEARUH
Pearuh adalah satu komponen pasif yang
menyimpan tenaga dalam bentuk medan
magnet.
Pearuh terdiri daripada gulungan dawai
pengalir.
Unit bagi karuhan ialah Henry (H).
Pearuh bertindak sebagai litar penapis untuk
menghilangkan voltan riak.
Nilai kearuhan sesuatu pearuh bergantung
kepada:-
a. Bilangan lilitan gelung.
b. Jenis teras yang digunakan.
c. Luas muka keratan lilitan gelung.
d. Panjang dawai lilitan.
GAMBAR SIMBOL