komponen pasif

Upload: muhamad-hafiza

Post on 19-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kemahiran hidup

TRANSCRIPT

Jenis, Fungsi dan Simbol Komponen Elektronik

Sebagai seorang pelajar baru dalam bidang elektrik dan elektronik, anda mungkin kebingungan apabila melihat komponen-komponen yang terdapat pada satu papan litar. Anda mungkin tertanya-tanya tentang apakah nama, kegunaan, binaannya dan pelbagai soalan lain mengenai komponen-komponen berbagai-bagai itu. Dalam tajuk ini anda akan diperkenalkan dengan jenis, simbol dan fungsi beberapa komponen elektronik.

Jenis Komponen Elektronik

Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif dan komponen aktif. Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidak menyumbang kepada gandaan voltan, dan arus kepada suatu litar. Ianya tidak memerlukan sebarang input untuk berfungsi. Contoh komponen pasif ialah perintang, pemuat dan pearuh.

Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan untuk menghasilkan gandaan voltan, dan arus. Komponen ini juga boleh menghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini dibina menggunakan bahan separuh pengalir. Contoh komponen aktif ialah transistor, diod dan litar bersepadu.

Komponen Pasif

Perintang

Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm ().Rajah 1: Contoh-contoh Perintang

Terdapat dua jenis perintang:

Perintang tetap perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap

Perintang boleh ubah perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-ubah

Contoh perintang tetap dan boleh ubah serta simbol skematiknya ditunjukkan dalam Rajah 1.

Nilai perintang tetap dinyatakan dalam bentuk kod warna. Suatu perintang tetap jenis karbon biasanya ditandakan dengan 4 atau 5 jalur warna pada badannya. Mari kita pelajari cara menterjemah kod warna perintang yang terdiri daripada 4 jalur warna.