komunikasi kemanusiaan
TRANSCRIPT
Proses mendengar boleh digambarkan melalui lima langkah iaitu:Menerima MemahamiMengingatiMenilaiMaklum balas
Receiving HearingAttending
UnderstandingLearningDecipheringMeaning
RememberingRecallingRetaining
EvaluatingJudgingcriticizing
RespondingAnsweringGivingFeedback
Mendengar: berlaku juga kesilapan. Sebagai contoh, pada peringkat menerima, penerima menerima sebahagian daripada mesej tetapi kerana adanya gangguan menyebabkan mesej tidak dapat diterima sepenuhnya.
Memahami: pendengar memahami sebahagian mesej tetapi tidak boleh berkongsi maksud yang tepat dengan orang lain dan gagal untuk memahami sebahagian mesej yang lain.
Proses tersebut juga berlaku dengan cara yang sama
pada peringkat mengingati, menilai dan memberi maklum balas.
Maklum balas individu A bertindak sebagai perangsang kepada individu B dan bertukar pula daripada individu B sebagai perangsang kepada individu A.
Mendengar bukanlah proses memindahkan idea daripada fikiran orang yang bercakap kepada fikiran orang yang mendengar.
Tetapi mendengar adalah proses di mana orag yang bercakap dan orang yang mendengar bekerjasama untuk mencapai matlamat untuk memahami antara satu sama lain.
Mendengar berlaku apabila kita memasang telinga atau apabila kita mendapat rangsangan dari sesuatu bunyi.
Dalam mendengar, kita menerima kedua-dua mesej verbal dan nonverbal-bukan sahaja perkataan, tetapi juga isyarat, ekspresi muka, nada suara dan sebagainya.
Untuk meningkatkan penerimaan:Beri perhatian kepada mesej verbal dan nonverbal. Melihat kepada maklum balas terhadap respon kepada
mesej yang terdahulu dan mesej yang akan datang.Mengelak daripada gangguan dalam persekitaran dan
beri fokus kepada apa yang diperkatakan oleh speaker.
Merupakan peringkat di mana kita mempelajari apa yang dimaksudkan oleh speaker.
Proses memahami mengambil kira kedua-dua pertimbangan antara pemikiran dengan emosi-samada kebahagiaan atau kesedihan dalam mesej.
Untuk meningkatkan pemahaman:Hubungkan maklumat baru dengan maklumat yang sedia
ada. Melihat kepada isi kandungan mesej yang hendak
disampaikan oleh speaker. Elakkan daripada mempertikaikan mesej yang disampaikan.