komuniti pembelajaran profesional

5
komuniti Pembelajaran Profesional Sebahagian info diperoleh dari blog painestewart77 Ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini kerana arahan wajib melaksanakannya daripada pihak PPD dan pihak Pengurusan Sekolah. Oleh kerana kata ARAHAN inilah yang menyebabkan keseronokan menjalankan program ini hilang nikmat yang sepatutnya dirasai oleh para guru. Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai oleh para guru kerana ia merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan rakan guru lain tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan hasil pengajaran kepada murid. APA ITU PLC? Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta

Upload: ian-hernandez

Post on 03-Dec-2015

84 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: Komuniti Pembelajaran Profesional

komuniti Pembelajaran ProfesionalSebahagian info diperoleh dari blog painestewart77

Ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini

kerana arahan wajib melaksanakannya daripada pihak PPD dan pihak Pengurusan

Sekolah. Oleh kerana kata ARAHAN inilah yang menyebabkan keseronokan

menjalankan program ini hilang nikmat yang sepatutnya dirasai oleh para guru. 

Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai oleh para

guru kerana ia merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan

rakan guru lain tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan

hasil pengajaran kepada murid.

APA ITU PLC?

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik

yangkomited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat

inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-

murid mereka.

LATAR BELAKANG

PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk

meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di

seluruh negara.

Page 2: Komuniti Pembelajaran Profesional

PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada 

1. menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru2. membina hubungan yang berkualiti3. mempunyai program yang sangat berfokus4. menggerakkan sumber-sumber sedia ada5. berkongsi kepimpinan6.

PRINSIP ARAS PLC

1. memastikan pembelajaran murid2. budaya kolaborasi3. fokus kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC

1. Kongsi kepimpinan2. kongsi nilai dan visi3. pembelajaran kolektif dan aplikasi4. kongsi amalan peribadi5. struktur6. hubungan

Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC

Borang-borang yang perlu diisi :

     Lesson Study

Peer Coaching

Learning Walk

Teacher Sharing Session

Video Critique

Page 3: Komuniti Pembelajaran Profesional

STRATEGI PLCPLC  berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki

pencapaian murid dan sekolah.  5 strategi tersebut adalah seperti berikut:

Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah

1. Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.

2. Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN

3. Mengadakan LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel PLC

4. Menyebarluas maklumat terkini mengenai PLC

5. Berbincang dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan rak khas

untuk Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat Sumber.

6. Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan menyusun PLC-Lesson

Study yang telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu Panitia-Satu Fail

untuk Lesson Study Sahaja.

Page 4: Komuniti Pembelajaran Profesional

Fail Penyelaras PLC Sekolah

Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah

1. Carta Organisasi

2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat

3. Perancangan Tahunan

4. Kitaran 1

     - Pelaporan PLC setiap Panitia

5. Kitaran 2

     - Pelaporan PLC setiap Panitia

6. Laporan PLC ke PPD

7. Lampiran

     - Tool kit (Borang)

     - Buku Panduan PLC

Kenapa   Lesson Study   dititik beratkan?

Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber

pendidikan yang terbaik untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak

semua topik perlu dijalankan lesson study hanya topik-topik kritikal sahaja. Untuk

masa hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar akan mempunyai sumber

rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat kejayaan murid

dan menyebarkan ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap, pihak

sekolah bolehlah menjilidkan buku berkenaan untuk disebarluaskan. Bukan Lesson

Study itu indah sebenarnya. Paksaan pihak atasan yang mahu kita menjalankannya

mengikut jadual tertentu menjadikannya hilang nikmat dalam mendalami dan

berkongsi ilmu. 

Tugas Guru Selepas PLC dijalankan

1.      Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer

Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah

cikgu jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP.