konsep dan kepentingan integriti

16
1.1 Konsep Integriti Integriti ditakrifkan sebagai kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu. Ia berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari (Pelan Integriti Nasional, m/s 18). Integriti secara umumnya bermaksud kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi (Yusof, 2010). Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan dengan apa yang dilakukan; keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang- undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Integriti juga bermaksud keihklasan, ketelusan, amanah, benar dan berpegang kepada prinsip. Integriti yang diamalkan oleh seseorang individu akan melahirkan insan yang jujur, beretika serta memiliki nilai- nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh. Selain itu, integriti juga penting dalam membentuk pelapis kepimpinan yang berkaliber. Sebagai penjawat awam, individu yang berintegriti akan melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum dan bukannya kepentingan diri sendiri. Mereka tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri mahupun keluarga. Apabila berlaku konflik

Upload: mat-king

Post on 08-May-2017

254 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Dan Kepentingan Integriti

1.1 Konsep Integriti

Integriti ditakrifkan sebagai kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan

dan padu. Ia berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-

hari (Pelan Integriti Nasional, m/s 18). Integriti secara umumnya bermaksud

kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan

kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi

(Yusof, 2010). Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara apa yang

dikatakan dengan apa yang dilakukan; keselarasan di antara tindakan dengan

prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan

diri dengan kepentingan umum. Integriti juga bermaksud keihklasan, ketelusan,

amanah, benar dan berpegang kepada prinsip. Integriti yang diamalkan oleh

seseorang individu akan melahirkan insan yang jujur, beretika serta memiliki

nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh. Selain itu, integriti juga

penting dalam membentuk pelapis kepimpinan yang berkaliber.

Sebagai penjawat awam, individu yang berintegriti akan melaksanakan

amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum

dan bukannya kepentingan diri sendiri. Mereka tidak boleh menyalahgunakan

kuasanya untuk kepentingan diri mahupun keluarga. Apabila berlaku konflik

kepentingan, mereka haruslah memberi keutamaan terhadap kepentingan

awam. Dengan demikian, penjawat awam perlu telus serta harus memikul

tanggungjawab yang diamanahkan (Sulaiman Mahbob, 2005).

Integriti selalunya dikaitkan dengan etika. Integriti merupakan konsep

penting dalam pentaakulan etika (Widang & Fridlund, 2004) kerana integriti

berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik serta

melaksanakan perkara yang betul (Musatafar Ali, 2004). Sekiranya

perbincangan berkaitan integriti dibahaskan, maka ianya tidak lengkap selagi

takrifan etika diabaikan (Yusof, 2005). Hal ini kerana takrifan konsep integriti

Page 2: Konsep Dan Kepentingan Integriti

individu dalam Pelan Integriti Nasional itu sendiri menyatakan bahawa integriti

individu ialah keselarasan antara apa yang dikata dan dikota, antara tindakan

dengan prinsip moral, etika dan undang-undang, kepentingan diri dengan

kepentingan umum. Etika adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai

bagi tingkah laku  individu, organisasi dan profesion. Etika ialah ‘not only what is

legal but what is right’. Menurut Yusof lagi, etika merupakan suatu

tanggungjawab dan akibat daripada tingkah laku seseorang atau profesion

terhadap masyarakat.

1.2 Kepentingan Integriti

Nilai integriti dalam masyarakat kini semakin rapuh dan masalah ini kian

berleluasa. Kehakisan nilai dalam masyarakat yang dicerminkan oleh kakitangan

awam dengan wujudnya jenayah kolar putih, gejala sosial, rasuah, diskriminasi,

penindasan dan penyalahgunaan kuasa semakin parah (Mustafar Ali,2006). Oleh

yang demikian, kerajaan sedar betapa pentingnya menerapkan nilai-nilai integriti

secara holistik dalam kalangan kakitangan awam negara terutamanya guru.

Hanya guru yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai integriti mampu menyediakan

generasi modal insan kelas pertama (Ismail, 2009). Oleh itu, penerapan nilai-nilai

integriti dalam jiwa pendidik amat penting untuk memastikan warga pendidik

sentiasa menjalankan tugas dengan bersistematik, berintegriti dan membina

kerja cemerlang yang luhur (Hamidah Sulaiman et.al, 2006).

Sebagai seorang guru, integriti amatlah penting untuk diamalkan. Hal ini

kerana, sekiranya seseorang guru atau penjawat awam tiada ketelusan dan sifat

tanggungjawab, ialah boleh menjejaskan kepercayaan umum terhadap penjawat

awam. Seorang guru yang berintegriti akan melaksanakan amanah dan kuasa

yang diberi untuk kepentingan umum dan tidak menyalahgunakannya untuk

kepentingan diri mahupun keluarga. Integriti dalam diri akan memacu individu ke

Page 3: Konsep Dan Kepentingan Integriti

arah hidup yang lebih baik di samping dapat mengelakkan seseorang individu itu

daripada terlibat dalam gejala yang tidak bermoral.

Fenomena ini membuktikan bahawa guru sekolah rendah perlu dinilai dan

dipantau untuk memperkukuhkan jati diri kerana dapatan kajian Hamidah et.al.

(2006) mendapati bahawa guru yang berintegriti sahaja yang akan dapat

memacu sesebuah organisasi ke arah perkhidmatan yang berkualiti yang

menyumbang ke arah pembangunan negara dengan lebih berkesan. Dapat

difahami bahawa corak didikan yang disemai oleh guru dalam diri pelajar akan

menentukan masa depan pelajar dan juga masa depan bangsa dan negara.

Integriti yang dimiliki oleh seseorang guru akan mendorongnya memajukan diri di

samping menyumbang kepada pencapaian negara untuk menjadi negara maju

bukan sahaja dari aspek pembangunan ekonomi tetapi juga pembangunan diri

dan sahsiah penduduknya. Secara idealnya, integriti yang bermaksud 'code of

behavior’, jika dilaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang

ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah

masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun.

Integriti juga penting kerana ianya dapat meningkatkan kesedaran

seseorang supaya menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara

negatif. Sebagai guru, contoh tauladan yang ditunjukkan oleh guru akan menjadi

ikutan para pelajar. Sekiranya seseorang guru tidak jujur, tidak

bertanggungjawab dan tidak mempunyai budi pekerti, para pelajar juga akan

terdorong untuk melakukan perkara yang sama. Integriti yang terdapat dalam diri

seseorang guru akan dapat membawa guru tersebut ke arah pencapaian nilai-

nilai murni dalam dirinya yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan,

amanah, benar, keutuhan, ketulusan, jujur, berbudi pekerti, berpegang kepada

prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan sebagainya. Nilai-nilai

seperti inilah yang akan dicontohi oleh para pelajar di sekolah.

Page 4: Konsep Dan Kepentingan Integriti

Integriti dalam kalangan guru juga penting bagi mengurangkan gejala

rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan. Hal ini kerana

dalam konteks pendidikan juga boleh berlakunya kejadian rasuah dan

penyelewengan. Ketika di sekolah, guru akan terlibat dengan urusan jual beli

buku dan kutipan yuran. Setiap urusan haruslah dilakukan secara telus supaya

tiada ruang untuk membolehkan berlakunya penyelewengan dan membabitkan

unsur rasuah.

Selain itu, integriti dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem

penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi masalah birokrasi. Menurut

Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), organisasi pendidikan merupakan antara

organisasi yang melibatkan pelbagai peringkat pentadbiran dan pengurusan.

Terdapat peringkat, hierarki dan prosedur yang perlu dipatuhi ketika berurusan

dengan pihak pengurusan. Bagi meningkatkan meningkatkan kecekapan dalam

pengurusan, guru haruslah cuba mengurangkan karenah birokrasi dan

menyampaikan maklumat kepada pelanggan dengan cekap dan memberikan

kesan yang maksimum.

Guru yang berintegriti dan berakauntabiliti akan melahirkan insan yang

memiliki nilai-nilai positif dalam diri mereka. Hubungan antara guru dan murid

yang berteraskan rasa tanggungjawab, kasih sayang dan keikhlasan akan

memberikan impak yang baik kepada murid-murid. Hal ini kerana guru adalah

contoh teladan yang terdekat dengan murid-murid selain ahli keluarga mereka.

Wajarlah dikatakan bahawa integriti amat penting dalam diri seseorang guru.

Integriti memacu guru ke arah pembentukan sahsiah yang baik di samping

melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi demi melahirkan anak

bangsa yang turut berintegriti.

Page 5: Konsep Dan Kepentingan Integriti

2.0 Contoh Isu Integriti

Pelbagai isu yang melibatkan integriti guru sering berlaku di sekolah.

Antara isu integriti yang sering berlaku ialah guru tidak menyiapkan Rancangan

Pengajaran Harian (RPH). Perkara ini sering berlaku tertutamanya dalam

kalangan guru lelaki. Walaupun penulisan rancangan pengajaran merupakan

perkara wajib, namun masih terdapat guru yang memandang remeh akan

perkara tersebut. Pada pemerhatian kami semasa menjalankan praktikum di

sekolah, guru-guru hanya menyiapkan rancangan pengajaran apabila diminta

oleh guru besar untuk disemak. Hal ini menunjukkan bahawa integriti dalam

kalangan guru masih di tahap yang rendah. Bagi menggalakkan guru menulis

Rancangan Pengajaran Harian, pihak sekolah harus memastikan buku RPH

dihantar setiap hujung minggu. Seterusnya, pihak pentadbir sekolah membuat

sistem ganjaran kepada guru yang dapat menghantar buku RPH terawal

diberikan nombor bertuah. Bila ada majlis sambutan hari guru, nombor yang

terpilih akan mendapat ganjaran. Program seperti ini bukan sahaja dapat

merapatkan hubungan sesama guru malah memberikan semangat untuk guru

menyiap dan menghantar buku RPH.

Isu integriti yang kedua ialah guru tidak menjaga kerahsiaan guru-guru

dan kerahsiaan murid walaupun menjaga kerahsiaan adalah salah satu etika

keguruan. Kerahsiaan guru dan murid didedahkan apabila guru berbual dengan

guru yang lain atau kata lainnya mengumpat. Terdapat juga guru yang

menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap rakan guru dan pentadbiran sekolah

secara terbuka di bilik guru. Perbuatan ini menunjukkan bahawa guru tidak

prihatin dan tidak bertanggungjawab dalam menjaga hal-hal kerahsiaan orang

lain. Telah dinyatakan di dalam kod etika keguruan di mana guru harus

menghormati maklumat sulit murid dan guru lain dan tidak memberitahu perkara

tersebut kepada orang lain. Namun, masih terdapat guru yang tidak mematuhi

kod etika tersebut. Hal ini jelas menunjukkan guru tersebut tidak mempunyai

integriti sebagai seorang guru dan juga sebagai pendidik. Hal kerahsiaan guru ini

Page 6: Konsep Dan Kepentingan Integriti

merupakan hal yang begitu besar. Oleh yang demikian, guru yang ditangkap

membocorkan rahsia guru yang lain haruslah dikenakan tindakan yang

sewajarnya. Tambahan pula, guru harus menunjukan perwatakan yang boleh

dicontoh oleh murid-murid bukannya yang boleh menjatuhkan maruah orang lain

di hadapan murid.

Isu yang seterusnya ialah guru-guru berniaga di sekolah. Perbuatan

berniaga barangan di sekolah adalah perbuatan yang dilarang. Namun begitu,

masih terdapat guru yang berniaga secara curi-curi di bilik guru. Sekiranya guru

mahu berniaga, mereka hendaklah meminta kebenaran pentadbir. Tambahan

pula, perniagaan boleh dijalankan selepas tamat waktu persekolahan. Ini

memastikan kerja guru dapat disiapkan semasa waktu persekolahan dan tidak

dibaziri dengan aktiviti jual beli. Selain itu, terdapat juga guru yang menjalankan

penyelewengan semasa berurus niaga untuk pembelian buku dan sebagainya.

Penyelewengan bukan sahaja dilakukan dalam urusan jual beli buku, malah

dalam pengurusan wang yuran murid-murid juga. Perkara ini jika tidak ditangani

akan menyebabkan kejatuhan integriti seseorang guru. Isu pecah amanah dalam

pengurusan kewangan amatlah serius sehingga telah tercatat di dalam kod etika

keguruan di mana telah dinyatakan bahawa “guru tidak harus bertingkah laku

begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan

amanah berhubungan dengan kewangan”. Perkara ini bukan perkara yang baru

malah perkara ini sering terjadi di sekolah. Bagi mengelakkan berlakunya

penyelewengan, pihak pentadbiran harus memberikan tugasan ini kepada

seorang yang boleh dipercayai. Guru tidak seharusnya dibebankan dengan kerja

selain mengajar. Oleh itu, seorang kerani wajar dilantik bagi menguruskan hal-

hal berkaitan yuran dan juga pembelian barangan sekolah. Guru yang berintegriti

sepatutnya mematuhi kod etika keguruan dan berusaha mengelakkan diri

daripada terjerumus dengan isu penyelewengan dan pecah amanah.

Page 7: Konsep Dan Kepentingan Integriti

Di sekolah, terdapat juga guru yang tidak menjalankan tanggungjawab

dengan sepenuh hati. Tanggungjawab merupakan salah satu daripada cabang

integriti selain kejujuran, ketelusan dan amanah. Sebagai contoh, guru tidak

masuk ke kelas pada masa pengajarannya, tidak mengajar walaupun masuk ke

dalam kelas, tidak menyemak tugasan murid-murid, tidak berpengetahuan dan

sebagainya. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menimbulkan masalah

kepada murid-murid yang datang ke sekolah untuk menuntut ilmu tetapi tidak

memperoleh apa-apa kerana guru tidak masuk ke kelas dan tidak mengajar.

Perbuatan ini menunjukkan bahawa guru tidak berintegriti dalam profesionnya

sebagai seorang pendidik yang sepatutnya berperanan menyampaikan ilmu

pengetahuan kepada anak-anak didiknya yakni murid-murid. Bagi mengatasi

masalah ini, wajarlah sebuah sekolah menetapkan sistem keluar masuk di dalam

kelas. Sistem seperti ini dapat membantu pihak pentadbir untuk menangkap

guru-guru yang tidak masuk ke kelas.

Di samping itu, terdapat juga pelbagai inisiatif lain yang boleh

dilaksanakan oleh guru dalam usaha memantapkan integriti dalam kehidupan

masing-masing. Integriti dalam kalangan guru dapat dilihat dalam dua kategori

yang berbeza yakni integriti berkaitan dengan peribadi guru dan integriti yang

melibatkan organisasi atau sekolah. Bagi membudayakan amalan integriti dalam

kalangan guru, nilai tersebut boleh disemai melalui dua aspek tersebut.

Antara amalan yang boleh diamalkan oleh guru untuk memantapkan nilai

integriti dalam diri ialah guru haruslah sentiasa memikirkan masa depan murid.

Guru berakauntabiliti akan sentiasa mendidik murid dengan niat untuk

menyediakan mereka ke arah kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Kejayaan dan kegagalan seseorang murid bergantung kepada perkara tersebut.

Bagi menjayakan hasrat tersebut, guru haruslah sentiasa mempersiapkan diri

dengan ilmu dan kemahiran mengikut perkembangan semasa supaya

Page 8: Konsep Dan Kepentingan Integriti

pengetahuan tersebut boleh disampaikan kepada mereka dan seterusnya

menjadi bekalan mereka sehingga dewasa. Jelaslah, hal ini secara tidak

langsung akan meningkatkan nilai integriti dalam kehidupan sebagai seorang

guru.

Seterusnya, guru juga haruslah memiliki tahap kesabaran yang tinggi

sewaktu menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik. Personaliti guru

semasa berinteraksi dengan muridmemainkan peranan yang penting kerana

sikap tersebut akan turut mempengaruhi suasana pengajaran dan pembelajaran.

Personaliti guru juga sering menjadi perhatian murid. Guru yang mempunyai

tahap kesabaran yang tinggi akan mencerminkan personaliti guru tersebut

sebagai seorang pendidik yang sejati. Guru yang sabar tidak akan membeza-

bezakan murid beliau dan hanya menyayangi murid yang berkelakuan baik

sahaja. Setiap murid dilayan dengan adil supaya integriti guru tersebut sebagai

seorang pendidik tidak akan dipertikaikan.

Pada masa dahulu, personaliti guru sentiasa menjadi ikutan dan mereka

turut dijadikan idola oleh masyarakat setempat. Status sebagai seorang

pembentuk generasi yang akan datang sememangnya dipandang tinggi dan

dianggap mulia oleh mereka. Namun, situasi pada masa kini telah berubah sama

sekali disebabkan oleh sikap sesetengah guru yang mengambil sikap sambil

lewa tentang perkara tersebut. Lama-kelamaan, sifat-sifat tersebut semakin

pupus dalam diri seorang guru memandangkan golongan guru sendiri yang tidak

menjiwai tugas sebenar mereka sebagai seorang pendidik. Perkara ini tidak

seharusnya berlaku memandangkan ia mempunyai perkaitan yang sangat kuat

dengan integriti sebagai seorang guru.

Page 9: Konsep Dan Kepentingan Integriti

Selain itu, guru juga haruslah sentiasa memastikan bahawa sesi

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan menarik dan penuh dengan

informasi yang berguna. Guru seharusnya mempunyai kebolehan untuk

mewujudkan suasana yang menyeronokkan semasa proses pembelajaran

sedang berlangsung. Contohnya, guru mengunakan media dalam pengajaran

untuk menarik perhatian murid-murid. Melalui penggunaan media, guru akan

dilihat sebagai seorang yang proaktif dan sentiasa menitikberatkan hasil akhir

pengajaran. Penggunaan media juga akan membantu murid untuk memahami

dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu dengan lebih baik.

Seterusnya, guru juga haruslah berkebolehan untuk memberi

pengharapan baru kepada murid-murid yang gagal dalam pembelajaran. Guru

yang berintegriti tidak akan mengkritik anak-anak muridnya yang tidak berjaya

dan menyebarkan perkara yang tidak elok tentang anak-anak murid mereka

kepada guru-guru yang lain. Hal ini sememangnya bertentangan dengan etika

sebagai seorang guru yang profesional. Guru seharusnya memberi kesedaran

kepada murid-murid bahawa kegagalan bukanlah penamat kepada kehidupan

mereka. Guru yang berintegriti akan menggunakan pendekatan yang halus tetapi

berkesan untuk menaikkan semula semangat murid untuk belajar dan

memperbaiki kelemahan mereka dalam pembelajaran.

Di samping itu, guru juga mestilah mempunyai kemahiran untuk

membentuk nilai dan sahsiah terpuji dalam diri anak didikan mereka. Menurut

Ragbir Kour (2007), guru bertanggungjawab untuk membentuk murid memiliki

akhlak yang mulia dan nilai-nilai murni yang tinggi.Bagi merealisasikan hasrat

tersebut, guru terlebih dahulu haruslah memiliki sifat-sifat terpuji dalam diri

supaya ia boleh menjadi tauladan kepada murid-murid di sekolah. Sebagai ibu

bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai yang dipaparkan oleh guru di

sekolah akan menjadi ikutan mereka. Guru haruslah sentiasa memastikan nilai-

Page 10: Konsep Dan Kepentingan Integriti

nilai yang ditonjolkan di sekolah adalah berbentuk positif supaya nilai tersebut

dapat dibentuk dan diterapkan dalam jiwa murid-murid.

Amanah dalam menjalankan tanggungjawab juga termasuk dalam skop

integriti sebagai seorang guru. Penghayatan terhadap nilai tersebut sedikit

sebanyak akan membantu dalam memantapkan lagi nilai integriti dalam diri.

Guru seharusnya bersikap amanah dalam mendidik murid-murid dengan

memastikan ilmu yang disampaikan adalah bertepatan dengan garis panduan

yang telah ditetapkan. Di samping itu, guru juga tidak seharusnya menggunakan

pendekatan secara langsung sahaj untuk membentuk sahsiah murid. Pengajaran

secara tidak langsung juga boleh diaplikasikan dalam memastikan proses

pengajaran memberi impak kepada murid-murid di sekolah.

Page 11: Konsep Dan Kepentingan Integriti

Refleksi

Tugasan ini diberikan oleh pensyarah penyelaras iaitu Encik Azmi. Kami

diberikan taklimat di Dewan Kuliah C mengenai skop yang diperlukan untuk

menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini hendaklah dilakukan secara berpasangan.

Saya menyiapkan tugasan ini bersama rakan sekelas saya iaitu Nurul Ezzaty.

Semasa mendapat tugasan, kami telah merancang untuk membahagikan

tugasan. Hal ini kerana kami tidak tinggal bersama dan ini menyukarkan proses

perbincangan dilaksanakan bersama-sama. Oleh yang demikian, saya

ditugaskan untuk membuat soalan yang kedua manakala Ezzaty membuat

soalan yang pertama. Pada awalnya, agak sukar untuk melaksanakan tugasan

ini kerana tugasan ini memerlukan saya berfikir mengenai masalah-masalah

yang timbul yang menyebabkan adanya guru yang tidak berintegriti di sekolah.

Namun begitu, setelah diberikan penerangan oleh Cik Guan mengenai tugasan

ini, saya merasakan tugasan ini mudah dilaksanakan dan tidak membebankan

kami.

Pencarian bahan seperti buku-buku mahupun nota-nota mengenai integriti

telah dilaksanakan bagi memastikan saya tidak tersasar dalam membuat

penulisan mengenai tugasan ini. Tugasan ini turut membuatkan saya sebagai

guru pelatih tidak sabar untuk menjadi guru yang lebih berintegriti demi

memajukan masyarakat yang berada di Malaysia. Tambahan pula, tugasan ini

dapat membentuk saya agar menjadi guru yang berintegriti dan dapat memikul

akauntabiliti. Tugasan seperti ini wajar dilaksanakan kepada kesemua guru

pelatih.

Page 12: Konsep Dan Kepentingan Integriti