konsep kata kerja

Upload: ekhzanyasin

Post on 19-Oct-2015

57 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Konsep Kata Kerja

TRANSCRIPT

Imbuhan kata kerja bahasa melayu terbahagi kepada tiga subgolongan menurut fungsi tatabahasanya, iaitu kata kerja transitif, kata kerja tak transitif dan juga imbuhan ragam

Imbuhan kata kerja bahasa melayu terbahagi kepada tiga subgolongan menurut fungsi tatabahasanya, iaitu kata kerja transitif, kata kerja tak transitif dan juga imbuhan ragam. Kesemuanya bertanggungjawab bagi menghasilkan tiga lapisan yang utama. Dalam satu bentuk kata kerja terbitan yang mengandungi ketiga-tiga subgolongan ini, maka setiap subgolongan ini merupakan satu lapisan dalam struktur konstruksi penerbitan kata itu. Kehadiran setiap lapisan pengimbuhan ini berlaku dengan menurut aturan atau rentetan sepenuhnya dalam penerbitan kata kerja, dan ini tidak berlaku sembarangan. Rentetan atau aturan ini perlu diikuti dengan sepenuhnya untuk mengelakkan bentuk terbitan kata kerja yang tidak sempurna. Kata kerja yang diterbitkan dengan tidak menurut aturan ini adalah salah kerana tidak mematuhi syarat. Contohnya, perkataan mengguna, dibesar dan lain-lain. Ini adalah kerana mereka mengenepika satu lapisan dalam aturan proses penerbitan kaata kerja itu. Imbuahan ragam meN- dan di telah digunakan disini dengan tidak terlebih dahulu menjadikan kata dasar itu sebagai kata kerja transitif dengan menggunakan sama ada per-, -kan, -i atau gabungan imbuhan tersebut. Dalam lapisan ini,imbuhan-imbuhan tak transitif sekiranyaperlu wujud hendaklah didahulukan. Kemudian, baru diikuti dengan imbuhan transitif dan seterusnya imbuhan ragam.Imbuhan tak transitif : Imbuhan tak transitif ini merupakan imbuhan yang menghasilkan kata kerja yang tak transitif. Agi golongan imbuhan ini terdapat lima subgolongannya tersendiri :

Sisipan

gandaan

Awalan

Akhiran

Awalan

Imbuhan tak transitif juga boleh berlaku dengan tidak memerlukan wujudnya sbarang imbuhan lain. Semua imbuhan tak transitif ini boleh berlaku dengan imbuhan tak transitif yang lain dalam satu kata terbitan seperti segemilang (se+em+gilang) melainkan imbuhan sisipan hanyan satu sisipan yang boleh berlaku dalam satu kata. Imbuhan gandaan tidak boleh berlaku selepas imbuhan sisipan.Imbuhan transitif : Imbuhan transitif menerbitka kata kerja yang transitif. Dalam golongan ini terdapat dua subgolongan transitif iaitu :

Awalan

Akhiran

Kadang-kala kedua-dua imbuhan ini transitif ini boleh berlaku serentak seperti peR- -kan dan peR--i tetapi keadaan ini tidaklah perlu dianggap sebagai imbuhan semantic, kerana fungsi setiap satunya masih jelas

Imbuhan transitif juga masih boleh wujud tanpa imbuhan tak transitif seperti perkataan besarkan. Imbuhan ragam : Bagi imbuhan ragam ianya mempunyai empat imbuhan yang menyatakan ragam perbuatan iaitu :Ragam bangun membuat aktif

Ragam bangun kene buat (pasif)

Ragam tak sengaja (tak volitif)

Ragam kendiri (refleksi)

Imbuhan ragam juga boleh berlaku dengan , atau tanpa imbuhan tak transitif dan imbuhan transitif. Hanya satu imbuhan ragam sahaja yang boleh berlaku dalam satu kata. Walaubagaimanapun ada kekecualian bagi sebilangan kecil kata kerja yang mengandungi dua imbuhan ragam seperti dimengerti, memberhenti dan lain-lain tetapi tidak banyak. GOLONGAN KATA KERJAKata kerja transitif ialah kata kerja yang boleh diikuti oleh objek misalnya :

Dia menulis surat

KK objek

Dia membaca buku

K objek

Kata kerja transitif objek frasa dan objek klausaKata kerja dengan dengan objek frasa adalah kata kerja yang objeknyaterdiri dari hanya satu kata atau frasa. Disamping itu juga, terdapat sebilangan kecil kata kerja transitif yang hanya mengambil klausa sebagai objek. Kata kerja seperti ini adalah kata kerja kognisi dan beberapa kata kerja bukan kognisi seperti berkata.

Kata kerja ekatransitif dan dwitransitifKata kerja ekatransitif adalah kata kerja yang mempunyai satu objek sahaja, baik objek kata atau objek frasa mahuoun klausa. Manakala kata kerja dwitransitif pula menbawa maksud kata kerja yang boleh mengambil dua objek. Kedua-dua objek itu boleh terdiri daripada objek frasa, atau satunya objek frasa dan yang satu lagi objek klausa. Sebagai contohnya :

Dia memberi saya buku itu

Dia menghadiahkan saya baju itu.

Dia memberitahu saya bahawa dia tidak setuju.Kata kerja transitif jati dan kata jerja transitif semu

Kata kerja transitif jati boleh dimaksudkan sebagai kata kerja yang boleh dipasifkan da digunakan dalam ayat yang mempunyai pola Objek-Perbuatan-Pelaku, contphnya menulis, membaca, menarik, yang dalam bentuk pasifnya adalah ditulis, dibaca, ditarik dan dipakai.

Kata kerja transitif semu tidak boleh dipasifkan iaitu tidak boleh dikenakan awalan di. Contoh kata kerja transitif semu adalah ada, gemar, punya.Dia ada basikal

Dia gemar buah-buahan

Kata kerja aktif dan juga kata kerja pasif

Kata kerja aktif adalah kata kerja yang berfungsi pada perbuatan dalam ayat yang berstruktur Pelaku-Perbuatan dan kata kerja yang berkenaan boleh transitif dan juga boleh tak transitif.

Kata kerja aktif juga boleh dibahagikan kepada kata aktif jati dan kata aktif semu

Kata kerja aktif jati adalah kata kerja yang boleh dipasifkan. Kata kerja ini mengambil awalan me-, menulis, membaca, dan juga sebagainya.

Manakala kata kerja aktif semu pula bermaksud kata kerja yang tidak mempunyai bentuk pasifnya.

Kata kerja pasifSeperti juga dengan kata kerja aktif , kata kerja pasif juga boleh dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu kata kerja pasif jati dan juga kata kerja pasif semu. Kata kerja pasif jati adalah kata kerja yang mengambil awalan di- misalnya ditulis, dibaca dan sebagainya. Kata kerja ini berfungsi pada perbuatan dalam ayatObjek-Perbuatan-Pelaku. Contohnya,Surat itu ditulisnya.

Buku itu dibacanyaManakala kata kerja pasif semu adalah kata kerja yang tidak mengambil sebarang awalan kecuali per- dan berfingsi pada perbuatandalam ayat yang bersusunanObjek-Pelaku-Perbuatan, misalnya :

Hal itu saya katakan kepadanya

Tetamu itu hendak kami persilakan ke rumah kami.