konsep konflik etnik di dunia.docx

11
Pengenalan Rasisme merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Ini telah mewujudkan banyak konflik di dunia. Malaysia juga baru berlaku di Low Yat Plaza. Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat. Pada suatu ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan dengan berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain.

Upload: shaun

Post on 15-Dec-2015

91 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep konflik etnik di dunia.docx

Pengenalan

Rasisme merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Ini telah

mewujudkan banyak konflik di dunia. Malaysia juga baru berlaku di Low Yat Plaza.

Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan

yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan

jelas dalam masyarakat. Pada suatu ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan

dengan berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa

bentuk dan lain-lain.

Page 2: Konsep konflik etnik di dunia.docx

1.1 Konsep konflik etnik di dunia

Konflik-konflik etnik sering berlaku di dunia kita. Antara konflik etnik yang amat diketahui adalah seperti konflik Palestin-Israel, konflik etnik di Bosnia, konflik di Myanmar.

Konflik adalah perkataan conflict iaitu pertelingkahan, pertikaian dan perbalahan.Konflik adalah cetusan awal kepada aktiviti yang tidak sihat sehingga membawa kepada peristiwa.Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa tidak puas hati

Sekiranya sesuatu kelompok manusia itu tinggal di kawasan masing-masing dan tidak pernah bertemu dengan kelompok manusia lain, maka isu hubungan ras atau etnik mungkin tidak timbul. Masalah hubungan etnik berbangkit sebaik sahaja manusia yang berbeza-beza latar belakang budaya itu bertemu dan bergaul antara satu sama lain. Pertembungan antara golongan berlainan ras dan etnik tidak dapat dielakkan kerana manusia sentiasa bergerak untuk mencari kawasan baru untuk diterokai, dijajah atau ditakluki. Sesetengah pertembungan telah menyebabkan berlakunya peperangan, dan penjajahan oleh satu kelompok ras ke atas kelompok lain. Misalnya, orang-orang Mongol yang mara ke kawasan Eropah, Asia Barat dan Cina telah menyebabkan berlakunya peperangan di antara mereka dengan penduduk asal tempatan.

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan berada ditahap rendah atau tidak bermoral.

Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

Konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia. Kurniaan Tuhan supaya setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah dijadikan punca perbalahan antara kaum. Sungguhpun konflik etnik dan ras telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini, konflik etnik dan ras tetap wujud di setiap pelusuk dunia.

Page 3: Konsep konflik etnik di dunia.docx

1.2 Faktor konflik etnik di dunia

1.2.1 Perebutan kuasa dari aspek politik dan ekonomi

Perebutan kuasa di antara kumpulan etnik. Dari aspek politik dan ekonomi, perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang mencetuskan banyak peluang baru yang menguntungkan telah memperhebatkan lagi persaingan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat. Setiap parti politik akan berusaha untuk mendapatkan sokongan padu daripada kumpulan masing-masing untuk memastikan kejayaan. Keadaan ini boleh mewujudkan konflik kerana terdapat penonjolan berbagai-bagai isu perkauman yang diutarakan untuk memenangi persaingan. Apabila pilihanraya diadakan sudah tentu masyarakat majoriti akan mengalahkan masyarakat minoriti. Apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya penindasan. Ini boleh menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puas hati dan mungkin boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok.Apabila kestabilan ekonomi tergugat, maka masalah atau konflik akan bertambah hebat.

1.2.2 Diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit

Diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata merupakan faktor yang utama pendorong berlakunya konflik etnik. Terdapat sesetengah masyarakat negara-negara tertentu masih menilai kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Ada kaum-kaum tertentu diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum lain yang status lebih rendah dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanfaatkan kaum yang berstatus rendah ini.

1.2.3 Layanan yang diberikan oleh satu kumpulan etnik ke kumpulan yang lain

Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh satu kumpulan etnik terhadap etnik yang lain. Konflik akan hanya wujud apabila mereka memandang dan menganggap bahawa perbezaan ras, kebudayaan, agama, kelas sosial atau lain-lain lagi sebagai sesuatu yang boleh membezakan taraf, kedudukan dan sebagainya. Ini terletak pada pandangan mereka sendiri. Ia juga boleh disebut sebagai diskriminasi.

1.2.4 Penubuhan organisasi

Penubuhan organisasi demikian bukan sahaja menghadkan keanggotaannya kepada anggota dari kumpulan etnik tertentu tetapi juga bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan kepentingan kumpulan yang diwakilinya. Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang berasaskan etnik dan ras, jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh perasaan perkauman itu di kalangan masyarakat. Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian boleh mendorong kepada peningkatan darjah polarisasi etnik dan ras.

Page 4: Konsep konflik etnik di dunia.docx

1.2.5 kepelbagaian budaya

Salah satu punca berlakunya konflik adalah kepelbagaian budaya yang ketara dan kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik, tetapi tidak diterapkan unsur-unsur integrasi nasional. Ini telah mewujudkan konflik etnik

1.2.6 Golongan elit memperalatkan perasaan perkauman

Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. Perasaan perkauman itu dijadikan mekanisma bagi memperkuatkan persaingan atau perebutan kuasa di kalangan mereka. Golongan elit ini juga seringkali akan menggunakan media massa samada surat khabar ataupun media elektronik untuk menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka timbulkan itu.

1.3 Kesan konflik etnik di dunia

1.3.1 kesan sosial

Kesan utama berlaku konflik etnik di dunia ialah kesan sosial. Dari segi kesan sosial , di mana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya kemelut perkauman. Kemelut perkauman ini akan memecah-belahkan kaum dan ini bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang agak pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Namun, ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan ini mungkin akan membawa kepada masalah rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Malaysia,dan perkara ini akan mengancam dan merosakkan struktur sosial di Malaysia dan akibatnya,rakyat tidak akan dapat hidup aman dan tenang lagi.

1.3.2 aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar

Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan negara mengalami kerugian atau defisit di mana perbelanjaan melebihi pendapatan. Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum , kerajaan terpaksa membelanjakan banyak duit untuk mengamankan negara dan pada masa yang sama pendapatan negara akan berkurang disebabkan ekonomi negara terbantut. Di samping itu, pelabur-

Page 5: Konsep konflik etnik di dunia.docx

pelabur juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan mereka juga membatalkan hasrat mereka untuk melabur di Malaysia .

1.3.3 Mata wang negara jatuh

Seterusnya ,mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk di mana apabila berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan negara kita untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.

1.3.4 Persaingan ekonomi yang tidak seimbang

Selain itu, kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Sebagai contoh, orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

1.3.5 Kesan kepada integriti dan imej negara

Lebih-lebih lagi,konflik ini memberi kesan kepada integriti dan imej negara. Seperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman ,Tun V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara dengan membuktikan kepada kerajaan British yang rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu padu di bawah satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan dan atas sebab itu jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana mampu bersatu dan bergerak walaupun rakyatnya terdiri daripada banyak kaum.Jikalau rusuhan kaum berlaku lagi, ini akan mencemarkan nama baik negara dimana ia akan jelas menunjukkan negara gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk.Secara tidak langsung, negara kita akan dipandang rendah oleh negara jiran. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti negara sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip demokrasi.

Page 6: Konsep konflik etnik di dunia.docx

1.4.1 Konflik etnk di Malaysia

1.4.1.1 Isu perkauman

Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan kepada garis perkauman atau etnik. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita.

1.4.1.2 Organisasi-organisasi yang bersaing

Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan seluas mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik.

Page 7: Konsep konflik etnik di dunia.docx

Apabila kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat mempengaruhi perkembangan politik dalam sesebuah negara.

1.4.1.3 Kesan penjajahan

Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan, tetapi kesan penjajahan British masih mempengaruhi minda setiap rakyat. Dasar pemeritahan British bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia iaitu golongan Melayu. Cina dan India. Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah, bahasa dan kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang. Dasar imigrasi telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara ini. Dasar ekonomi pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomi mengikut etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari kegiatan ekonomi yang berlainan. Dasar pendidikan British tidak memupuk perpaduan di Negara kita, sedangkan pendidikan Melayu dilakukan secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu tidak dipedulikan langsung. Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza.

1.4.2 Konflik etnk di Bosnia

Konflik etnik yang terjadi di Bosnia adalah gabungan dari faktor politik dan agama. Bosnia rasmi menjadi sebuah negara merdeka pada 15 Oktober 1991, melalui referendum yang diikuti oleh etnis Bosnia yang majoriti Muslim, dan Kroasia. PBB menyetujui keputusan ini. Keputusan ini ditentang oleh penduduk Serbia. Ini adalah awal terjadinya konflik etnik yang berujung pada konflik bersenjata internasional.

Serbia yang tidak setuju dengan hasil referendum kemudian mengebomkan ibukota Bosnia, Sarajevo, dan kota – kota lainnya. Data menyebutkan bahawa korban berjumlah sekitar 200.000 orang, di mana hampir semuanya beragama Islam. Gerakan ini bertujuan untuk menghapuskan etnik Muslim di Bosnia, dan mencegah terbentuknya negara Bosnia sebagai satu – satunya negara Islam di daratan Eropah. Serangan Serbia ke Bosnia ini juga disokong oleh negara–negara Barat yang terlibat Perang Salib.

Perang antara etnik Serbia dengan etnik Kroasia terjadi pada awal tahun 1992 akibat tidak menentunya situasi di wilayah Bosnia Herzegovina. Pecahnya konflik

Page 8: Konsep konflik etnik di dunia.docx

bersenjata antara pihak Serbia Bosnia dan Kroat Bosnia dimulai dari serangan pihak Kroat Bosnia, di bawah pimpinan dari golongan ekstrim kanan Kroasia, terhadap penduduk Serbia Bosnia di desa Sijekovac dekat kota Bosanski Brod.

Penyelesaian krisis di wilayah Bosnia Herzegovina melalui perundingan yang tidak berhasil menghentikan krisis Bosnia Herzegovina, dan telah mendorong konflik bersenjata di lapangan antara pihak Serbia Bosnia dengan Muslim. Perkembangan situasi politik di Bosnia Herzegovina turut mempengaruhi perkembangan situasi militer. Kegagalan usaha–usaha perdamaian yang disponsori oleh masyarakat internasional telah mendorong meningkatnya pertempuran-pertempuran di antara pihak–pihak yang bertikai di Bosnia Herzegovina. Persetujuan-persetujuan gencatan senjata tidak mampu menghentikan perang yang berkobar di antara pihak-pihak yang bertikai terutama antara pasukan Muslim Bosnia bersama-sama dengan Kroat Bosnia melawan pasukan Serbia Bosnia.