konsep pendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatif

3
 20/8/2014 Gal ak si Il mu 89: Konsep Pendek atan: Induk t i f, Deduk tif, Elek tik , Komuni k at i f  ht tp: //gal ak si il mu89. bl ogspot.com/2012/ 06/k onsep-pendek at an- induk tif-deduk ti f .ht ml 1/ 3 galaksiilmu89.blogspot.com htt p:/ /galaksiilm u89.blogspot.com/2012/06/ konsep-pendekatan-induktif -deduktif .ht ml Konsep Pendekatan: I ndu ktif, Dedukti f, E lektik, Komun ikatif KONSEP PENDEKATAN  Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan tidak memerlukan bukti dan alasan. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk menc apai objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Hal ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Hal ini dikhuatiri proses penga jaran dan pembelaj aran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Seki ranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat mem ilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelaj aran berlaku secara efektif.  Pendekatan pengajaran yang bera saskan pengelolaan muri d adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pende katan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaks udkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang b oleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas mem ilih kaedah yang difiki rkan waj ar bagi setiap pendekatan tersebut.  Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pen dekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.  Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah- kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi m anakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pe ndekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.  Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengaj ar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisipl in atau pend ekatan bersepadu. Hal ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baharu. Pendekatan ini ada lah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Upload: cheahsin-tan

Post on 04-Nov-2015

341 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

murid dan alam belajar

TRANSCRIPT

  • 20/8/2014 Galaksi Ilmu 89: Konsep Pendekatan: Induktif, Deduktif, Elektik, Komunikatif

    http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.html 1/3

    galaksiilmu89.blogspot.com http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.html

    Konsep Pendekatan: Induktif, Deduktif, Elektik, Komunikatif

    KONSEP PENDEKATAN

    Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan

    dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai

    kaedah atau cara sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada

    satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran

    berdasarkan kepada objektifnya. Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan

    tidak memerlukan bukti dan alasan.

    Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada

    cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Sebagai guru yang

    mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka.

    Hal ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang

    pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan

    yang sama terhadap murid yang berlainan. Hal ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang

    dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau

    keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang

    sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.

    Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu,

    pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan

    sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan

    dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

    Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan

    deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke

    isi abstrak.

    Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru

    manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-

    kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan

    kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang

    memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah

    perbincangan kumpulan.

    Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran

    mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan

    interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Hal ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah,

    Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baharu. Pendekatan ini adalah

    sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut

    tema-tema tertentu.

  • 20/8/2014 Galaksi Ilmu 89: Konsep Pendekatan: Induktif, Deduktif, Elektik, Komunikatif

    http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.html 2/3

    Pendekatan Induktif

    Pendekatan Indukif ialah pendekatan yang melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-

    maklumat kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Maksudnya di sini ialah menggunakan

    pendekatan dengan mengemukakan contoh yang khusus kepada murid-murid kemudian murid-murid akan

    berfikir seterusnya akan membuat generalisasi atau kesimpulan umum yang berkaitan dengan contoh

    tersebut. Perkara ini dapat membimbing murid-murid memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta

    penting yang terkandung dalam setiap contoh itu. Dengan cara ini, murid-murid mudah ingat dan faham

    dengan isi pengajaran guru kerana dengan membuat teori atau kesimpulan umum tersebut murid mudah

    mengingati dan mengaplikasikannya semasa menjawab peperiksaan.

    Pendekatan Deduktif

    Pendekatan kedua ialah pendekatan Deduktif. Pendekatan Deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu

    pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau

    peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Guru memberikan rumus, prinsip,

    hukum, teorem atau peraturan tertentu kepada murid dan mengajarnya kepada murid sehingga murid

    memahami, kemudian murid akan mengaplikasikannya atau menggunakannya sebagai proses menyelesaikan

    masalah dalam Matematik.

    Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang

    baharu daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah diketahui. Maksudnya di sini ialah

    daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu, murid-murid dapat memahami sesuatu yang

    baharu. Mereka mungkin memperoleh idea yang baharu bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan.

    Daripada idea atau pemahaman yang baharu itu boleh dibentuk rumus, prinsip, hukum, teorem atau

    peraturan yang baharu asalkan tidak terpesong daripada konsep masing-masing.

    Dalam pendekatan deduktif ini, guru memberitahu murid objektif pada peringkat awal. Murid dibimbing

    mengingat hukum, prinsip, teorem atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan

    masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baharu.

    Pendekatan Eklektik

    Seterusnya ialah pendekatan eklektik. Pendekatan ini adalah satu pendekatan yang diwujudkan hasil

    daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Segala ciri-ciri baik yang terdapat dalam pendekatan

    tertentu akan digabung dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tertentu. Pendekatan ini sesuai

    digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan.

    Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran

    membaca dalam kalangan kanak-kanak. Pendekatan eklektik juga digunakan apabila sesuatu pengajaran

    memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang

    pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja.

    Pendekatan Komunikatif

    Berikutnya ialah pendekatan komunikatif. Pendekatan ini berfokuskan kepada aktiviti berinteraksi dan

    berkomunikasi. Selain itu, pendekatan ini menekankan makna di dalam proses pengajaran. Dialog yang

    digunakan adalah tertumpu pada fungsi komunikasi sahaja. Di dalam pendekatan ini, konteks dan situasi

  • 20/8/2014 Galaksi Ilmu 89: Konsep Pendekatan: Induktif, Deduktif, Elektik, Komunikatif

    http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.html 3/3

    sangat dipentingkan. Pada masa yang sama, percubaan untuk berkomunikasi amatlah digalakkan.

    Terjemahan boleh diterima dengan syarat murid-murid mendapat faedahnya. Bahasa pula diperolehi melalui

    proses cuba dan ralat.

    Selain daripada pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik dan pendekatan komikatif,

    terdapat juga pendekatan-pendekatan seperti pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan

    terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran

    yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka

    pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori

    behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan

    situasi.

    Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan seolah-olahnya

    menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-

    cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah

    kaedah-kaedah pengajaran.