kp 01.01

12
KERTAS PENERANGAN ( RB-053-4-01-LE1-IS1/2 ) TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP EKSEKUTIF PENGELUARAN PERABOT – TAHAP 4 No. DAN TAJUK MODUL M01 PERFORM FURNITURE MARKET STUDY ACTIVITIES NO. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE1 CONDUCT MARKET NEEDS AND FURNITURE MERCHANDISE ANALYSIS LE2 CONDUCT CLIENT FURNITURE DESIGN ANALYSIS OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE MENTAKRIFKAN ISTILAH ASAS PEMASARAN DENGAN LEBIH MENDALAM SERTA DAPAT MENERANGKAN ELEMEN-ELEMEN ASAS YANG TERDAPAT DI DALAM PEMASARAN. PUSAT LATIHAN INDUSTRI PERKAYUAN TERENGGANU TERENGGANU TIMBER INDUSTRY TRAINING CENTRE (TTITC) LOT 3400, TERIS, 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU. TEL: 09-8240241 / 8240769 FAX: 09-8241519

Upload: cucu-maatok-meseiry

Post on 08-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kertas penerangan modul 1

TRANSCRIPT

PUSAT LATIHAN INDUSTRI PERKAYUAN TERENGGANU

TERENGGANU TIMBER INDUSTRY TRAINING CENTRE (TTITC)

LOT 3400, TERIS, 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU.

TEL: 09-8240241 / 8240769 FAX: 09-8241519

KERTAS PENERANGAN

( RB-053-4-01-LE1-IS1/2 )

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAPEKSEKUTIF PENGELUARAN PERABOT TAHAP 4

No. DAN TAJUK MODUL

M01 PERFORM FURNITURE MARKET STUDY ACTIVITIES

NO. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARANLE1 CONDUCT MARKET NEEDS AND FURNITURE MERCHANDISE ANALYSIS

LE2 CONDUCT CLIENT FURNITURE DESIGN ANALYSIS

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

MENTAKRIFKAN ISTILAH ASAS PEMASARAN DENGAN LEBIH MENDALAM SERTA DAPAT MENERANGKAN ELEMEN-ELEMEN ASAS YANG TERDAPAT DI DALAM PEMASARAN.

ISI KANDUNGAN

LE1 CONDUCT MARKET NEEDS AND FURNITURE MERCHANDISE ANALYSIS TASK 01.01 CONDUCT MARKET NEEDS AND FURNITURE MERCHANDISE ANALYSIS

No. & TAJUK

PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 CONDUCT MARKET NEEDS AND FURNITURE MERCHANDISE ANALYSIS

No. & TAJUK

TUGASANTASK 01.01 - CONDUCT MARKET NEEDS AND FURNITURE MERCHANDISE ANALYSIS

Code No. : RB-053-4-01-LE1-IS1/2Muka : 1 drp. 8

TAJUK: PEMASARAN DAN KEPERLUAN PASARAN DALAM INDUSTRI PERABOTTUJUAN :

Kertas penerangan ini akan menerangkan dengan terperinci tentang kaedah pemasaran dan keperluan pasaran dalam industri perabot pada masa kini. Pengetahuan tentang pemasaran adalah penting dalam industri perabot kerana melalui pemasaran,pengeluar dapat menjalankan perniagaan dan pembuatan perabot dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan pasaran pada masa kini. PENERANGAN : Pemasaran adalah merupakan suatu proses perancangan dan menjalankan konsep ,harga, promosi serta pengedaran idea,barangan dan servis utuk mewujudkan pertukaran yang dapat memuaskan objektif individu serta organisasi. Ia juga adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh individu,perniagaan dan organisasi yang mendapat keuntungan melalui memuaskan keperluan dan kehendak pengguna melalui proses pertukaran dalam kata lain pemasaran ialah pengagihan barang-barang dan perkhidmatan yang sesuai pada harga saluran komunikasi dan promosi yang sesuai.

Code No. : RB-053-4-01-LE1-IS1/2Muka : 2 drp. 8

Penyasaran pasaran iaitu:

Pemetakan pasaran membuka peluang-peluang pasaran kepada sesebuah syarikat pemasaran dan membolehkan syarikat memfokuskan kepada bakal-bakal pengguna yang berpontensi.

Langkah seterusnya yang perlu diambil oleh syarikat selepas pemetakan adalah menilai pelbagai segmen dan memutuskan berapa banyak segmen serta yang mana satu dipilih atau disasarkan.

Pemilihan strategi sasaran pasaran

a) Selepas memilih sasaran pasaran berdasarkan kriteria yang sesuai seperti yang dibincangkan tadi,pemasar perlu membuat keputusan tentang strategi sasaran yang sesuai.

b) Strategi sasaran terbahagi kepada tiga kategori ,iaitu pemasaran tidak terbeza,pemasaran tertumpu dan pemasaran terbeza.

Pemasaran tidak terbeza

Strategi ini sebenarnya ialah strategi pemasaran massa,iaitu syarikat tidak mengambil kira perbezaan yang terdapat dalam pasaran. Sebaliknya,syarikat menawarkan produknya kepada semua segmen dengan menggunakan campuran pemasaran yang sama,iaitu produk,promosi,pengedar dan penentuan harga yang sama. Hal ini bermakna tiada penyesaran dilakukan dalam strategi ini.

Pendekatan ini dapat menjimatkan kewangan syarikat kerana pengeluaran boleh dilakukan secara massa atau dalam jumlah yang banyak. Pendekatan ini juga dapat menjimatkan masa,usaha dan perbelanjaan pemetakan dan penyesaran.

Pendekatan ini hanya digunakan oleh syarikat-syarikat besar seperti Pepsi dan Coke yang mampu menyasarkan kepada pasaran massa dengan perbelanjaan pengiklanan yang sangat tinggi. Biasanya, hasil untung yang diperolehi adalah amat lumayan.

Pemasaran tertumpu

Dalam strategi ini, syarikat memilih satu atau dua segmen pasaran yang boleh disasarkan dengan campuran pemasaran yang sama. Strategi ini sangat popular di kalangan syarikat-syarikat kecil kerana sumber syarikat yang terhad.

Dengan menyasarkan kepada segmen yang khusus dan kecil ini,syarikat dapat menapak dan menguasai pasaran yang mempunyai kemungkinan dimasuki oleh pesaing lain. Contohnya , Pelangi Air mengamalkan pemasaran tertumpu dengan hanya memfokuskan penumpang-penumpang yang ingin ke destinasi tempatan dengan cepat tetapi selesa.

Kebanyakan syarikat yang Berjaya hinggan menjadi syarikat gergasi bemula dengan membuat penyesaran menggunakan strategi pemasaran tertumpu.

Code No. : RB-053-4-01-LE1-IS1/2Muka : 3 drp. 8

Pemasaran terbeza Dalam strategi ini,syarikat berhasrat untuk menyesarkan kepada beberapa segmen pasaran dan cuba mereka bentuk tawaran atau produk yang berbeza bagi setiap segmen. Contohnya ,Proton mengeluarkan pelbagai model seperti Iswara,Wira ,Satria ,Putra dan Perdana untuk memenuhi pelbagai keperluan segmen pengguna yang berbeza dari segi umur,pendapatan dan status sosial.

Antara semua strategi campuran pemasaran oleh proton ,hanya strategi pengedar sahaja yang sama ,iaitu pemasaran semua model diedarkan oleh Edaran Otomobil Nasional (EON). Faktor lain seperti produk,harga dan promosi adalah berbeza bagi setiap segmen pasaran.

Oleh itu ,sebelum keputusan untuk menggunakan strategi terbeza ini dibuat,syarikat perlu menimbangkan antara peningkatan jualan yang bakal diraih dengan kos yang meningkat.

Analisis keperluan pasaran

Fizikal

Sosial

Individu

Code No. : RB-053-4-01-LE1-IS1/2Muka : 4 drp. 8

a. Keperluan

Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan fizikal seperti makanan dan pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang, keperluan individu seperti ilmu pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti kemajuan diri dan juga kejayaan diri. Keperluan-keperluan ini bukan dicipta oleh pemasar, ia merupakan sebahagian dari asas kejadian manusia. Keperluan manusia ini penting kepada pemasar kerana ia dapat membantu pemasar dalam mengenalpasti produk yang perlu ditawarkan dan diperlukan oleh pengguna.b. Kehendak Kehendak pula, merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta personaliti individu. Sebagai contoh, seorang eksekutif jualan mungkin memerlukan kereta mahal seperti Honda untuk menjaga imej dan statusnya sebagai seorang pegawai, manakala seorang kerani jualan mungkin memadai dengan kereta Proton sahaja. Di sini menunjukkan bahawa personaliti individu tersebut memainkan peranan di dalam membentuk kehendak seseorang .

c. Permintaan Apabila kita mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, kita akan berkehendakan kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran. Oleh itu, apabila seseorang mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli , kehendak akan bertukar menjadi permintaan.

d. Keluaran Konsep ini menganggap bahawa pengguna lebih gemar kepada keluaran yang berkualiti tinggi, mempunyai pelbagai ciri dan berprestasi tinggi. Justeru itu, organisasi perlu menumpukan kepada pembetulan dan pembaikan keluaran secara berterusan. Contohnya industri telefon bimbit telah melakukan banyak perubahan ke atas pelbagai fungsi telefon bimbitnya, ini kerana mereka beranggapan bahawa pengguna gemarkan telefon bimbit yang mempunyai pelbagai fungsie. Pertukaran

Mungkin anda telah biasa dengan perkataan ini, tetapi di sini anda akan mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi. Pertukaran di dalam pemasaran membawa maksud pertukaran nilai antara dua belah pihak, daripada seorang pemasar kepada seorang pelanggan. Untuk membolehkan pertukaran berlaku , terdapat dua syarat iaitu:

i) Dua pihak mesti terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu

yang bernilai untuk ditukarkan

ii) Pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk berurusan antara satu

sama lain dan mempunyai kebebasan untuk menerima atau

menolak tawaran masing-masing.

Code No. : RB-053-4-01-LE1-IS1/2Muka : 5 drp. 8

f. Transaksi

Melibatkan urusan perniagaan di antara dua pihak

Menyatakan nilai iaitu harga barangan yang dibelig. Pasaran Merujuk kepada elemen yang seterusnya marilah kita sama-sama melihat sama ada apa yang anda faham mengenai pasaran adalah sama atau tidak dengan maksudnya yang sebenar. Dalam pemasaran, pasaran merupakan satu set atau himpunan bakal pembeli-pembeli yang berpotensi untuk membeli sesuatu produk.

Pembeli-pembeli ini mempunyai sesuatu keperluan atau kehendak yang boleh dipenuhi melalui pertukaran dan perhubungan. Saiz pasaran bergantung kepada bilangan orang yang mempunyai keperluan, sumber-sumber untuk melibatkan diri dalam pertukaran dan sanggup untuk menawarkan sumber-sumber ini sebagai balasan kepada apa yang mereka kehendaki.

Istilah asal pasaran merujuk kepada tempat di mana pembeli dan penjual berkumpul untuk bertukar produk antara mereka. Di antara pelbagai jenis pasaran yang wujud pada masa ini termasuk pasaran komoditi, pasaran kewangan, pasaran buruh dan sebagainya.Penyelidikan Pemasaran Satu fungsi yang menghubungkan pengguna, pelanggan dan orang awam kepada pemasar melalui maklumat. Maklumat yang diperolehi digunakan untuk mengenal pasti dan menghuraikan peluang dan ancaman pemasaran, mengkaji dan memiliki tindakan pemasaran, memantau prestasi pemasaran dan meningkatkan kefahaman tindakan proses pemasaran.

Proses Penyelidikan Pemasaran

Code No. : RB-053-4-01-LE1-IS1/2Muka : 6 drp. 8

Proses Perancangan Dan Pembentukan Keluaran Baru

Terbahagi kepada lima peringkat:

1. Peringkat idea2. Peringkat konsep3. Peringkat perkembangan keluaran 4. Ujian pemasaran 5. Peringkat kormersil

Urban dan Hauser (1980 ) telah mengenalpasti dua belas sebab kegagalan keluaran baru iaitu :

1. Pasaran terlalu kecil

2. Keluaran yang tidak sesuai dengan syarikat

3. Keluaran yang bukan baru atau tidak berbeza

4. Tidak ada faedah sebenar

5. Perletakan keluaran yang lemah

6. Kurang sokongan dari ahli ahli

7. Ralat peramalan

8. Tindakbalas saingan

9. Perubahan dalam citarasa pengguna

10. Pulangan ke atas pelaburan yang rendah

11. Perubahan dalam batasan persekitaran

12. Masalah masalah organisasi

Code No. : RB-053-4-01-LE1-IS1/2Muka : 7 drp. 8

Kitaran Perancangan Pemasaran

Analisis

Code No. : RB-053-4-01-LE1-IS1/2Muka :8 drp. 8

SOALAN ;

1. Jelaskan mengapa pemasaran dikatakan penting.(3 markah)2. Senaraikan 5 peringkat proses perancangan dan pembentukan keluaran baru 3. Apakah yang anda faham dengan keperluan pasaran?

RUJUKAN :

i. Effective Practice STPM Pengajian Perniagaan Muka Surat : 178-186

EMBED MSPhotoEd.3

Perancangan

Membentuk rancangan strategic

Membentuk rancangan pemasaran

Perlaksanaan

menjalankan rancangan

Pengawalan

Mengukur hasil

Menilai hasil

Mengambil tindakan pembetulan

_1364538709.bin