kreativiti & inovatif ( tajuk : laporan modul penghasilan bbm multimedia microsoft office...

23
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH (ELEKTIF SAINS) SEKSYEN 1 CREATIVITY & INNOVATION BBP 10402 ASSIGMENT 2 PROJECT IN GROUP (MODUL BBM MULTIMEDIA MICROSOFT OFFICE POWERPOINT XP) MEMBERS: ROSDI BIN RAMLI (DB100316) SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN (DB100321) SAADAH BT MASRANI (DB100013) NORAZURA BT MOHD JOHAR (DB100309) SALWA BT BACHOK (DB100020) UNTUK PERHATIAN : PUAN HJ ZURINA BT YASAK

Upload: rosdi-ramli

Post on 26-May-2015

6.137 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH (ELEKTIF SAINS)

SEKSYEN 1

CREATIVITY & INNOVATION BBP 10402ASSIGMENT 2

PROJECT IN GROUP(MODUL BBM MULTIMEDIA MICROSOFT OFFICE POWERPOINT XP)

MEMBERS:ROSDI BIN RAMLI (DB100316)

SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN (DB100321)SAADAH BT MASRANI (DB100013)

NORAZURA BT MOHD JOHAR (DB100309)SALWA BT BACHOK (DB100020)

UNTUK PERHATIAN :PUAN HJ ZURINA BT YASAK

Report Format Guideline

Page 2: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

1.0 Introduction

1.1 Problem Statement

1.2 Information Gathered

2.0 The Proposed Invention

3.0 The Features

4.0 The Functions

4.1 Desciption of each component modul (Sila lihat Modul yang dilampirkan)

4.2 Instruction on of how the invention works

5.0 The Claim / Novelty

6.0 What are the new features installed / incorporated / included compared to other inventions ?

1.0 Introduction

Page 3: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali.

Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik

menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran semakin penting pada masa kini. Sebagaimana menurut

Musa (2001), cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan

menjadikannya alat untuk membantu kerja-kerja kita supaya menjadi lebih mudah dan berkesan. Dengan

itu, produktiviti dapat dipertingkatkan.

Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin

pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk

itu beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan

di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),

2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan penggunaan ICT dalam

pendidikan. Kesinambungan daripada memperkenalkan matapelajaran Teknologi Maklumat,

kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan ICT seperti program

pengenalan kepada computer pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992,

projek pelajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada

tahun 1995 telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah untuk

memperluaskan penggunaan ICT dalam pendidikan.

Menurut KPM, era perkembangan teknologi masa kini telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan.

Aspek teknologi digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai da

memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan

Page 4: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran

kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini.

Menyedari kepentingan dan keberkesanan penggunaan ICT dalam pendidikan, kerajaan telah

menambahkan pelbagai projek dan perancangan berkaitan dengan ICT yang bermula di sekolah

kebangsaan lagi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun

langkahlangkah untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-

2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk

memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian sekolah melibatkan

penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk

melaksanakan program-program tersebut, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal/bilik

komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD bagi pengajaran dan

pembelajaran serta melatih guru berkaitan ICT.

Page 5: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

1.1 Problem Statement

Atas tuntutan situasi teknologi masa kini,guru seharusnya mahir mempelbagaikan teknik

pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Masalah tidak tahu atau tidak

mahir menggunakan perisian komputer merupakan alasan yang paling kerap digunakan dalam kalangan

guru-guru selain masa untuk menyediakannya turut menjadi suatu alasan. Hasilnya penggunaan

komputer dan internet di kalangan guru untuk tujuan pengajaran masih di tahap minima.

Dalam menyampaikan isi sesuatu pelajaran, penggunaan bahan dan alat yang sesuai dan menarik

adalah amat penting walaupun ia bukan kemestian. Dalam situasi di Malaysia, alat bantu mengajar

adalah digalakkan dalam pengajaran untuk mencapai objektif pembelajaran. Sesetengah mata pelajaran

di sekolah, seperti mata pelajaran Sains tidak dapat

diterangkan dengan jelas khususnya isi pelajaran yang berbentuk abstrak. Hal ini mungkin

mendatangkan masalah kepada guru untuk menerangkan isi pelajaran dan pelajar pula menghadapi

masalah untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Contohnya isi pelajaran yang

abstrak seperti tajuk “Galaksi” dapat diatasi dengan menggunakan BBM berkomputer. Selain gambaran

jelas planet dan galaksi boleh ditunjukkan dengan jelas secara grafik. Sesuuatu sesi pembelajaran itu

lebih realistik dengan menggunakan teknik animasi.

Menyedari hakikat ini, pengaplikasian Alat Bantu Mengajar (BBM) Berasaskan komputer adalah

perlu dilaksanakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, setiap guru haruslah

menggunakan Alat Bantu mengajar (BBM) yang berteknologi tinggi berasaskan komputer seiring

dengan situasi semasa. Dengan teknologi sudah tentu menolong guru merancang pengajaran mereka

termasuk perancangan sebelum, semasa, dan selepas menerbitkan bahan pengajaran contohnya

penggunaan modul BBM. Kejayaan sesuatu pengajaran adalah bergantung kepada kreativiti guru,bukan

penggunaan BBM semata-mata, lebih lagi dengan wujudnya keperluan pelajar yang pelbagai.

Page 6: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

Walau bagaimanapun, masih lagi ramai guru yang mempunyai masalah penggunaan ICT

semasa pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah cara menggunakan perisian power point,tidak

menganal fungsi ikon pada perisian, cara menggunakan slide presentation,cara menggunakan textbox .

Selain itu, guru juga tidak tahu untuk memasukkan video atau untuk link dan hyperlink dalam power

point. Masalah tidak tahu dan tidak mahir ini akan menyumbang kepada tidak menggunakannya.

Oleh itu,kumpulan kami ingin memperkenalkan suatu kaedah (manual) penggunaan Modul

BBM Multimedia Microsoft Power Point).bagi memudahkan guru menyediakan bahan-bahan

pengajaran seterusnya mengaplikasikan dalam kelas.

Page 7: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

1.2  Information Gathered

Daripada permasalahan di atas,meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid

powerpoint dapat menarik minat murid.Menilai sejauhmana penggunaan kit pembelajaran dan slaid

powerpoint dapat meningkatkan penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Murid-murid akan mendapat pengetahuan yang lebih dan memahami konsep dengan lebih cepat

jika mereka diberikan kaedah pengajaran berbantukan komputer. Mereka juga mempunyai sikap positif

terhadap mata pelajaran yang akan diajar jika mereka menggunakan kaedah pengajaran berbantukan

komputer. (Kulik dan Kulik,1987).

Persembahan menerusi komputer membolehkan seseorang meningkatkan ciriciri interaktif ke

dalam persembahan multimedia yang dibangunkan. Multimedia yang interaktif memberikan pelbagai

penekanan kepada pengguna berbanding secara pasif.

Crowe dan Palmera-Leynes berkata : “ terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa bahan

multimedia interaktif mampu mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu yang diajar

sebagai 30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional.” (Baharuddin et

al(2000)

Terdapat kajian membuktikan bahawa multimedia yang interaktif dapat membina sikap positif

dan mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar dan pelajar dapat belajar dengan berkesan dalam

persembahan isi kandungan yang menggunakan elemen-elemen multimedia yang menarik (Micheal dan

Ann, 1997).

Persembahan dengan berbantukan komputer telah digunakan dengan meluas dalam urusan

kehidupan manusia. Perisian seperti Power Point telah memanfaatkan pelbagai bidang contohnya,

Page 8: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

pendidikan, perniagaan, dan bidang latihan. Guru hanya memerlukan masa yang pendek untuk

menghasilkan persembahan multimedia dengan memilih saiz dan warna perkataan atau latar belakang

daripada perisian sahaja. Ini lebih menjimatkan masa daripada

membuat poster atau model. (Pamela, 1999)

Page 9: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

2.0   The Proposed Invention

Penggunaan komputer dalam pendidikan bukan sahaja melibatkan pengurusan pendidikan dan

pendokumentasian maklumat pelajar tetapi ia juga boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Oleh kerana komputer hanyalah satu media dan alat yang membantu dalam proses

P&P maka, guru hendaklah memainkan peranan dalam membina perisian sebagai Alat Bantu Mengajar

(BBM) bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang produktif dan berkesan.

Kumpulan kami telah mencipta Modul BBM Multimedia (Microsoft Power Point) bagi

meransang minat guru untuk menggunakannya sebagai interaktif yang menarik dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran.

Modul ini memuatkan beberapa perkara :

A) Cara Menyediakan BBM Multimedia dengan menggunakan Microsoft Power Point

- Menerangkan bagaimana membuat direktori (Fail) kerja dan memulakan program Microsoft Power

Point.

B) Persekitaran Power Point.

-Memperkenalkan persekitaran Microsoft Power Point(tempat untuk membina Presentation Slaid).

-Mengenal Ikon di dalam Power Point XP.

C) Cara Memulakan Slaid Presentation Power Point XP.

- Menerangkan paparan tetingkap yang boleh di klik untuk melengkapkan slide.Contohnya paparan

Insert Clip Art digunakan untuk memasukkan Clip Art.

D) Cara Membina Persembahan Slaid

Page 10: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

- Menerangkan bagaimana membina slide, membuat teks,menggunakan teks,mewarna perkataan dan

memasukkan gambar ke dalam salid.

- Selain itu, ia menerangkan juga bagimana memasukkan video dan audio bunyi, cara membina diagram,

memasukkan auto shape,effect(kesan) pada grafik dan membuat show advance timeline.

E) Cara Memasukkan Sound Effect Pada Item Custom Animation.

- Menunjukkan paparan tetingkap untuk memasukkan sound effect ke dalam slaid.

F) Cara Membuat Trigger Pada Jawapan

- Untuk membina lembaran kerja atau latihan .

- Langka-langkah untuk menyediakan latihan diberikan satu persatu

G) Cara Membina Advance Slide

- Menerangkan fungsi Advance Slide sebagai satu bahagian dalam slide transition yang berfungsi

mengtransisikan satu persatu slaid secara mouse click atau automatik.

H) Cara Membina Hyperlink

- Merupakan satu arahan yang diterjemahkan dalam bentuk skrip (commad) yang telah sedia ada dalam

Power Point untuk menghubungkan dari satu slaid ke slaid ,fail atau program aplikasi yang lain.

Modul ini adalah sebagai bahan sokongan untuk guru. Guru boleh menggunakan perisian untuk

mengukuhkan kefahaman pelajar di samping memudahkan proses pengajaran guru. Selain itu ia dapat

memudahkan tugas guru dalam penyampaian isi pelajaran dan sekaligus dapat menarik minat pelajar

kerana BBM ini diterapkan unsur-unsur multimedia seperti grafik, animasi, audiodan lain-lain lagi.

Page 11: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

3.0   The Features

Manual (Modul BBM Multimedia Microsoft Power Point) ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang

dapat memudahkan guru menggunakannya sebagai satu aplikasi atau kaedah dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Oleh yang demikian, kami telah mengumpulkan beberapa perkara yang perlu dilakuan dalam

memperkenalkan manual (Modul BBM Multimedia Microsoft Power Point).

☺ Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru terhadap penggunaan

ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

☺satu usaha untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bantu mengajar yang mempunyai ciri-

ciri interaksi yang tinggi dipasaran.

☺ Memperkenalkan penggunaan perisian dalam bentuk yang paling ringkas dan mudah

difahami

☺Modul BBM ini dapat memberi idea dan pengetahuan tambahan kepada guru-guru dan

pengguna untuk mengajar

☺Dengan adanya modul BBM ini, guru dapat mengatasi beberapa kekangan

BBM yang berasaskan bahan cetakan iaitu dari segi kos yang tinggi, sukar dibawa dan mudah

rosak

☺ Menyenaraikan arahan penggunaan dengan teratur agar mudah difahami untuk diaplikasi.

☺Memperkenalkan ikon-ikon yang terpapar dalam perisian Microsoft Power Point.

☺Menerangkan paparan-paparan yang boleh membantu untuk membina slaid,hyperlink.

☺Menyediakan skrip arahan dari satu langkah kepada langkah yang lain.

Mesra pengguna iaitu Modul ini bukan sahaja untuk pembinaan Bahan Bantu Mengajar sahaja ☺

malahan boleh digunakan untuk apa – apa bentuk persembahan slaid seperti untuk majlis keraian,

organisasi dan seumpama dengannya.

Page 12: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

4.0   The Functions

1. Membantu guru menghasilkan alat bantu mengajar (BBM) yang lebih afektif menggunakan

multimedia.

2. Menyediakan satu alat bantu mengajar (BBM) yang canggih dan menarik bagi kegunaan para

guru terhadap sesuatu tajuk pengajaran yang hendak diajar.

3. Memudahkan guru untuk menyediakan alat bantu mengajar (BBM) berdasarkan subtopik.

4. P&P dapat dijalankan mengikut aras kebolehan murid berdasarkan sukatan pelajaran.

5. Dapat memperkenalkan multimedia sebagai satu komponen dalam persekitaran pengajaran dan

pembelajaran.

6. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kerana dapat menarik minat

pelajar untuk belajar.

7. Dapat mengekalkan daya tumpuan pelajar kerana mereka boleh menjawab soalan yang diberi

dengan menggunakan perisian multimedia yang telah disediakan oleh guru.

8. Menjadikan multimedia sebagai media utama pengajaran dan pembelajaran dengan guru sebagai

pemudah cara dalam proses tersebut tanpa mengambil alih tugas guru sebagai pendidik.

9. Perisian ini dapat memberi pelajar gambaran sebenar secara visual setiap konsep – konsep

penting yang sebelum ini hanya mereka terima melalui ‘chalk and talk’ atau menggunakan

gambarajah statik.

10. Penggunaan animasi dan video juga dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap

konsep – konsep yang ditekankan berbanding dengan penggunaan buku teks serta carta pegun

yang sukar untuk memberi mereka gambaran sebenar.

4.1 Desciption of each component modul (Sila lihat Modul yang dilampirkan)

Page 13: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

4.2 Instruction on of how the invention works

1. Modul ini akan menjadi manual, rujukan atau panduan untuk menghasilkan Bahan Bantu

Mengajar Multimedia dengan menggunakan perisian Microsoft Office Powerpoint XP

khususnya untuk persediaan mengajar di dalam kelas.

2. Modul ini memberi penerangan tentang cara atau kaedah bagi membuat beberapa perkara iaitu :

A) Cara Menyediakan BBM Multimedia dengan menggunakan Microsoft Power Point

- Menerangkan bagaimana membuat direktori (Fail) kerja dan memulakan program Microsoft Power

Point.

B) Persekitaran Power Point.

-Memperkenalkan persekitaran Microsoft Power Point(tempat untuk membina Presentation Slaid).

-Mengenal Ikon di dalam Power Point XP.

C) Cara Memulakan Slaid Presentation Power Point XP.

- Menerangkan paparan tetingkap yang boleh di klik untuk melengkapkan slide.Contohnya paparan

Insert Clip Art digunakan untuk memasukkan Clip Art.

D) Cara Membina Persembahan Slaid

- Menerangkan bagaimana membina slide, membuat teks,menggunakan teks,mewarna perkataan dan

memasukkan gambar ke dalam salid.

- Selain itu, ia menerangkan juga bagimana memasukkan video dan audio bunyi, cara membina diagram,

memasukkan auto shape,effect(kesan) pada grafik dan membuat show advance timeline.

E) Cara Memasukkan Sound Effect Pada Item Custom Animation.

- Menunjukkan paparan tetingkap untuk memasukkan sound effect ke dalam slaid.

F) Cara Membuat Trigger Pada Jawapan

- Untuk membina lembaran kerja atau latihan .

Page 14: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

- Langkah-langkah untuk menyediakan latihan diberikan satu persatu

G) Cara Membina Advance Slide

- Menerangkan fungsi Advance Slide sebagai satu bahagian dalam slide transition yang berfungsi

mengtransisikan satu persatu slaid secara mouse click atau automatik.

H) Cara Membina Hyperlink

- Merupakan satu arahan yang diterjemahkan dalam bentuk skrip (command) yang telah sedia ada dalam

Power Point untuk menghubungkan dari satu slaid ke slaid ,fail atau program aplikasi yang lain.

Page 15: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

5.0 The Claim / Novelty

1. Mudah dan mesra pengguna kerana mempunyai arahan langkah kerja yang mudah dan jelas iaitu

menggunakan Bahasa Melayu berserta dengan imej anak panah yang membantu untuk

menghasilkan sesuatu perkara .

2. Mudah difahami kerana disertakan grafik persekitaran Powerpoint yang besar dan tersusun.

3. Mempunyai arahan langkah kerja yang tersusun iaitu dari yang mudah kepada yang sukar dan

setiap babak atau bahagian diperjelaskan mengikut kepentingan masing – masing dan saling

berkaitan.

4. Penyampaian mesej melalui arahan langkah kerja yang mudah dan jelas dimana banyak

membantu individu atau guru memahami dengan mudah dan secara langsung memberi motivasi

kepada individu atau guru untuk terus mencuba langkah kerja yang seterusnya sehingga berjaya.

Page 16: Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia microsoft office powerpoint xp )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

6.0 What are the new features installed / incorporated /

included compared to other inventions ?

1. Modul Microsoft Office Powerpoint XP yang diterjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa

Melayu.

2. Modul Microsoft Office Powerpoint XP yang menyediakan arahan langkah kerja untuk membina

Trigger pada jawapan khususnya untuk membina lembaran kerja atau latihan .

3. Modul Microsoft Office Powerpoint XP yang menyediakan arahan langkah kerja yang lengkap

untuk membantu individu atau guru dalam menghasilkan satu Bahan Bantu Mengajar

Multimedia (Document Powerpoint) sekiranya mengikuti setiap arahan langkah kerja dari mula

hingga akhir bahagian modul.