krisis ekonomi malaysia dan kesan keatas sektor pertanian

12
10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 1/12 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesannya keatas Sektor Pertanian Fatimah Mohd Arshad Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor Malaysia Emel: [email protected] Abstrak Penulisan ini bertujuan melakarkan secara ringkas kesan krisis mata wang RM keatas sektor pertanian Malaysia. Krisis ekonomi yang melanda adalah kesan sampingan fenomena globalisasi ekonomi dunia pada lewat 1990an. Kertas dimulakan dengan ulasan senario yang membawa kepada krisis tersebut. Beberapa penelitian umum dibuat mengenai kesan krisis tersebut kepada beberapa sektor ekonomi seperti imbangan perdagangan, eksport pembuatan, komoditi pertanian, import input, guna tenaga dan harga pengguna. PENGENALAN Sejarah menunjukkan bahawa krisis mata wang merupakan fenomena lazim dalam kitaran ekonomi. Cuma krisis lewat 1990an ini yang melanda Asia Timur dan Asia Tenggara adalah yang paling teruk dialami dirantau ini. Krisis seperti ini telah berlaku sebelum ini seperti di Eropah 19923, Amerika Latin 19945 dan kini Asia semenjak 1997. Skel atau magnitud krisis Asia kali ini adalah yang paling padah pernah dilihat oleh dunia. Negara yang terjejas dengan teruk akibat krisis kewangan tersebut termasuk Indonesia, Korea, Thailand, Malaysia dan Filipina. Indonesia misalnya pada awal 1998, nilai Rupiah jatuh sebanyak 80% berbanding dengan nilai US$, Thailand, Korea Selatan dan Filipina mengalami penurunan antara 3050% (Jadual 1). Pasaran saham di kelima negeri tersebut menjunam turun dan kerugian diandaikan sebanyak 60% dalam nilai USD daripada nilai pada awal 1997. The Economist (1998) menganggarkan bahawa hampir US$600 bilion nilai KDNK di rantau tersebut telah hangus begitu sahaja akibat daripada penurunan nilai saham tadi. Para ahli ekonomi berpandangan bahawa krisis ini berpunca daripada gejala globalisasi yang mula bertapak dalam pasaran kewangan dunia pada pertengahan 1990an. Negaranegara yang menampilkan struktur fundamental ekonomi yang lemah, telah dimangsakan oleh proses ini. Apapun, nyata krisis ini merupakan kitaran buruk yang tidak dijangka bagi Asia dan Malaysia setelah rantau ini mencatatkan pertumbuhan yang paling pesat selepas ekonomi pulih lewat 1980an. Dalam satu dekad yang lepas, pelaburan di Asia telah mencapai tahap US$9 bilion. Tetapi pada akhir tahun 1997, perkara sebaliknya berlaku, modal sejumlah US$12 bilion telah mengalir keluar daripada kawasan ini. Nota ini melakarkan secara ringkas mengenai krisis ini dan meneliti apakah kesannya kepada ekonomi negara amnya dan sektor pertanian umumnya. Nota dimulakan dengan definisi globalisasi dan hubungkaitnya dengan krisis kewangan. Ini dituruti oleh implikasinya kepada Malaysia daripada perspektif pertumbuhan KDNK, prestasi beberapa sektor terutama pertanian, guna tenaga dan juga harga pengguna. GLOBALISASI DAN KRISIS KEWANGAN Globalisasi atau pensejagatan merupakan fenomena baru dalam ekonomi dunia. Definisi istilah ini berbeza antara pakar atau pendita yang cuba mentakrifkan maksudnya. Jadual 1: Maklumat Makro Ekonomi Negara Asia Terpilih

Upload: firebolt-suhaimi

Post on 31-Jan-2016

253 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

maklumat berkaitan krisis ekonimi dan kesan terhadap industri pertanian

TRANSCRIPT

Page 1: Krisis Ekonomi Malaysia Dan Kesan Keatas Sektor Pertanian

10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian

http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 1/12

Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesannya keatas Sektor Pertanian

Fatimah Mohd Arshad Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor Malaysia Emel: [email protected]

Abstrak

Penulisan ini bertujuan melakarkan secara ringkas kesan krisis mata wang RM keatas sektor pertanianMalaysia. Krisis ekonomi yang melanda adalah kesan sampingan fenomena globalisasi ekonomi duniapada lewat 1990an. Kertas dimulakan dengan ulasan senario yang membawa kepada krisis tersebut.Beberapa penelitian umum dibuat mengenai kesan krisis tersebut kepada beberapa sektor ekonomiseperti imbangan perdagangan, eksport pembuatan, komoditi pertanian, import input, guna tenaga danharga pengguna.

PENGENALAN

Sejarah menunjukkan bahawa krisis mata wang merupakan fenomena lazim dalam kitaran ekonomi.Cuma krisis lewat 1990an ini yang melanda Asia Timur dan Asia Tenggara adalah yang paling terukdialami dirantau ini. Krisis seperti ini telah berlaku sebelum ini seperti di Eropah 1992­3, Amerika Latin1994­5 dan kini Asia semenjak 1997. Skel atau magnitud krisis Asia kali ini adalah yang paling padahpernah dilihat oleh dunia. Negara yang terjejas dengan teruk akibat krisis kewangan tersebut termasukIndonesia, Korea, Thailand, Malaysia dan Filipina. Indonesia misalnya pada awal 1998, nilai Rupiahjatuh sebanyak 80% berbanding dengan nilai US$, Thailand, Korea Selatan dan Filipina mengalamipenurunan antara 30­50% (Jadual 1). Pasaran saham di kelima negeri tersebut menjunam turun dankerugian diandaikan sebanyak 60% dalam nilai USD daripada nilai pada awal 1997. The Economist(1998) menganggarkan bahawa hampir US$600 bilion nilai KDNK di rantau tersebut telah hangus begitusahaja akibat daripada penurunan nilai saham tadi. Para ahli ekonomi berpandangan bahawa krisis iniberpunca daripada gejala globalisasi yang mula bertapak dalam pasaran kewangan dunia padapertengahan 1990an. Negara­negara yang menampilkan struktur fundamental ekonomi yang lemah, telahdimangsakan oleh proses ini. Apapun, nyata krisis ini merupakan kitaran buruk yang tidak dijangka bagiAsia dan Malaysia setelah rantau ini mencatatkan pertumbuhan yang paling pesat selepas ekonomi pulihlewat 1980an. Dalam satu dekad yang lepas, pelaburan di Asia telah mencapai tahap US$9 bilion. Tetapipada akhir tahun 1997, perkara sebaliknya berlaku, modal sejumlah US$12 bilion telah mengalir keluardaripada kawasan ini.

Nota ini melakarkan secara ringkas mengenai krisis ini dan meneliti apakah kesannya kepada ekonominegara amnya dan sektor pertanian umumnya. Nota dimulakan dengan definisi globalisasi danhubungkaitnya dengan krisis kewangan. Ini dituruti oleh implikasinya kepada Malaysia daripadaperspektif pertumbuhan KDNK, prestasi beberapa sektor terutama pertanian, guna tenaga dan juga hargapengguna.

GLOBALISASI DAN KRISIS KEWANGAN

Globalisasi atau pensejagatan merupakan fenomena baru dalam ekonomi dunia. Definisi istilah iniberbeza antara pakar atau pendita yang cuba mentakrifkan maksudnya.

Jadual 1: Maklumat Makro Ekonomi Negara Asia Terpilih

Page 2: Krisis Ekonomi Malaysia Dan Kesan Keatas Sektor Pertanian

10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian

http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 2/12

(yang dilanda Krisis Kewangan)

Negara Baki Akaun Semasa% KDNK

Penurunan Mata Wang Relatif kpd US$ (1/97­2/98)

Indonesia ­3.4 ­4.5 ­76Malaysia ­6.3 ­9.9 ­39Filipina ­4.5 ­2.9 ­36Singapura 15.2 16.2 ­16Korea Selatan ­4.9 2.7 ­43Taiwan 4.0 1.8 ­17Thailand ­7.9 ­4.2 ­49

Sumber: J.P. Morgan, World Financial Markets, First Quarter 1998

Pada dasarnya globalisasi adalah pembebasan ekonomi dunia daripada sebarang sekatan danherotan dalam perdagangan antara bangsa. Kadangkala globalisasi dimaksudkan juga sebagaisatu sistem kapitalisme yang diterjemahkan dalam skel ekonomi dunia ataupun laissez­faireglobalism. Kononnya, faedah positif daripada sistem kapitalisme dapat direplikasikan, malahdalam skel yang lebih besar jika ia mencakupi dunia (Kuttner, 1998). Model globalisasi tulinatau naïve merangkumi rasional­rasional berikut:

Kebebasan pergerakan barang dan perkhidmatan memaksimumkan kecekapan ekonomi,lantas kebajikan manusia sejagat. Andaiannya, jika persaingan untuk sesebuah negara,maka persaingan juga baik untuk seantero dunia.Kapitalisme yang liberal tidak memerlukan peraturan tegar tetapi teratur kendiri (self­regulating). Situasi ini dimungkinkan oleh kewujudan beberapa peraturan yang minimumiaitu terbatas kepada – etika menghormati hak milik harta dan akses kepada pasaranyang sama kepada semua.Sistem kapitalisme memerlukan campurtangan yang minimum daripada kerajaan. Seringdihujahkan bahawa polisi campur tangan seperti percukaian dan peraturan masing­masing akan menyekat pilihan pengguna dan mengherotkan pasaran.

Pasaran adalah telus dan harga adalah tertakluk kepada faktor fundamental – penawarandan permintaan. Implikasinya, pelabur adalah bebas untuk membeli/jual saham daripadamana­mana institusi daripada mana­mana negara di dunia sama ada untuk tujuanspekulasi dan pelaburan.

Ada yang menuduh bahawa globalisasi adalah agenda negara Barat terutama AmerikaSyarikat untuk meningkatkan kekuatannya dengan memerah ekonomi yang lemah. Sama adaagenda ini disengajakan atau merupakan satu perkembangan natural ekonomi dunia adalahpersoalan akademik dan empiris – satu bidang diluar daripada ruanglingkup penulisan ini.Namun pengalaman 18 bulan krisis di Asia baru­baru ini sudah cukup menyangkal kesahihanmodel globalisasi naïve ini kerana dalam realiti, pasaran dicirikan oleh pelbagaiketidaksempurnaan struktur dan ketidakseragaman gelagat dan persepsi institusi ekonomi.

Ada dua aspek utama globalisasi yang mempengaruhi ekonomi nehara membangun sepertiMalaysia iaitu : perdagangan bebas barang dan perkhidmatan dan aliran bebas modal antarabangsa. Ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan pasaran kewangan global. Pasaran

Page 3: Krisis Ekonomi Malaysia Dan Kesan Keatas Sektor Pertanian

10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian

http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 3/12

kewangan global pula mempengaruhi secara langsung pembolehubah seperti kadar faedah,kadar pertukaran dan harga saham. Maka apabila pasaran kewangan dunia menjadi bebas,bermakna modal juga bergerak bebas. Memang tidak dapat disangkal bahawa modal – jikadilaburkan dengan bijak adalah satu usaha produktif. Bukan sahaja ia meningkatkankecekapan pengeluaran, menggalakkan inovasi dan memperbaiki kesejahteraan hidup danmeningkatkan kebebesan kepada manusia.

Dalam pasaran modal dunia yang bebas, modal akan bergerak ke kawasan yang dapatmemberi pulangan yang tertinggi. Kesan pertama globalisasi adalah perkembangan pesatpasaran kewangan dunia. Iaitu penarikan/pengumpulan modal ke pasaran dan institusikewangan ternama dunia dan agihan modal ke negara persekitaran dalam bentuk kredit,pelaburan portfolio ataupun secara tidak langsung melalui MNC atau korporat multi­nasionaldan juga kegiatan spekulasi dalam pasaran kewangan. Perkembangan ini membesarkan saizpasaran kewangan, penawaran modal melimpah­limpah – memudahkan negara lain terutamanegara kecil dan yang membangun menyumber modal dan kredit. Pada tahun 1994, kemuncakpasaran dana ini, lebih separuh daripada dana mutual Amerika mengalir masuk dalam pasarandana yang baru muncul ini.

Jadual 2: Petunjuk Luaran Negara Asia Terpilih, 1996

Butir Korea Malaysia Filipina Indonesia Thailand Hong KongBelanjawan ­1.8 ­0.5 ­0.9 0 1.5 1.3Akaun Semasa ­4.9 ­6.4 ­2.9 ­3.4 ­7.4 1.9Hutang Luaran 20.3 38.7 62.0 52.7 50.4 t.m.Hutang Jangka Pendek 360 76 296 181 164 t.m.Status Kredit A1 A1 Ba1 Baa3 A3 t.m.

Nota: t.m. – tiada maklumat Angka adalah peratus daripada KDNK kecuali Hutang Jangka Pendek dicampuramortization sebagai syer daripada rizab dan tahap kredit. Sumber: JP Morgan.

Pergerakan mata wang/dana merentasi dunia ditentukan oleh tiga faktor utama. Pertama;perbezaan kadar faedah antara negara. Dana akan tertarik kepada negara yang menawarkankadar faedah yang tinggi dan risiko politik­sosial yang minimum. Kedua; jangkaan pasarantentang prospek atau pergerakan nilai mata wang tersebut pada masa hadapan terutamajangka masa pendek. Ketiga; faktor teknikal dan sentimen pasaran yang bergantung kepadainterpretasi peserta keatas maklumat.

Senario pasaran dunia pula, selain dicirikan oleh liberalisasi pasaran modal, hutang yangbertimbun dengan banyak tidak dikawal dan diselia. Antara 1995 – Julai 98, Asia telahmengumpul hutang sebanyak US$83 bilion, meningkat sebanyak 28% daripada tahunsebelumnya. Daripada jumlah ini, 62% adalah hutang yang kurang daripada 3 bulan Kedua,pada tahun 1996, eksport barang elektronik telah menurun menyebabkan kadar pertumbuhaneksport yang lembap dan kapasiti berlebihan, Ketiga, nilai US$ (dibandingkan dengan Yen,Deusthe Mark) telah meningkat, menyebabkan negara yang menyandarkan mata wang negarakepada US$ mengalami kehakisan daya saing. Keempat, kos kredit adalah terlalu murah.

Berdasarkan kepada kerangka dan senario diatas, kita teliti bagaimana krisis ini bermula. Krisis

Page 4: Krisis Ekonomi Malaysia Dan Kesan Keatas Sektor Pertanian

10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian

http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 4/12

Asia bermula pada Julai 1997 apabila spekulator mata wang antarabangsa bertaruh keatasBaht ­ mata wang Thailand yang dijangka akan susut nilai kerana struktur fundamentalekonominya yang lemah (Jadual 2). Seperti negara Asia Tenggara yang lain, pembangunanpesat telah mendorong Malaysia dan Thailand pada awal 1990an melonggarkan kawalanterhadap pinjaman daripada luar negara, menghapuskan kordinasi pinjaman dan kawalankeatas bank telah menjadi lemah. Seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2, selain mengalamikurangan dalam akaun semasa, hutang jangka pendek Malaysia adalah 76% daripadaKDNKnya pada tahun 1996 dan hutang luaran pula adalah 38% daripada KDNKnya. Pinjamandomestik adalah yang tertinggi di Asia iaitu 170% daripda KDNKnya dan kebanyakan pinjamanini untuk tujuan bukan produktif.. Jadual ini merumuskan satu pemerhatian yang nyata –disebalik pertumbuhan pesat, fundamental ekonomi lemah; terutama akaun semasa masing­masing yang negatif dan jumlah hutang yang besar dibandingkan dengan ekonomi yang kukuhiaitu Hong Kong dan Singapura. Ini menjadikan ekonomi negara ini terdedah kepada kegiatanspekulasi mata wang yang aktif kesan globalisasi modal tadi.

Kurangan dalam akaun semasa menyarankan bahawa ekonomi tersebut memerlukan hutangberterusan. Kredit atau hutang daripada luar negara adalah separuh lebih rendah daripadadalam negeri. Ini mendorong firma meminjam hutang jangka pendek daripada luar negarakerana kadar faedah yang rendah dan pasaran modal yang bebas. Hutang jangka pendek inimudah terdedah kepada risko apabila pasaran beralih arah dan peminjam mendapati merekatersepit apabila nilai mata wang turun. Mereka tidak dapat menebus hutang dalam masa yangsingkat; apatah lagi apabila pinjaman ini adalah "pinjaman tanpa prestasi" atau NPL loan. DiMalaysia misalnya, sebahagian besar pinjaman digunakan untuk membuat spekulasi keatashartanah dan pasaran saham; iaitu satu contoh pinjaman yang tidak produktif tetapi untukkepentingan sebilangan kecil korporat yang besar. Tanpa kawalan yang ketat, hutang jangkapendek daripada luar negara telah meningkat dengan pesat. Ditokok pula oleh masalahdalaman seperti ketidaktelusan, korupsi dan kronisme, penglibatan ahli politik dan pegawaikerajaan dalam perniagaan, hutang tersebut mengumpan negara sebagai pertaruhan yangmenguntungkan kepada spekulator mata wang gergasi dunia (Dornbusch, 1998).Ketidakupayaan bank menebus hutang yang besar telah melemahkan situasi ekonomi negara.Walaupun Hong Kong mengalami masalah sektor hartanah, namun ekonominya tidak diserangkerana sektor banknya yang terkawal. Kesan spekulasi mata wang keatas mata wang negaraAsia dirumuskan dalam Jadual 1. Kesemua negara yang disenaraikan telah mengalamikejatuhan nilai mata wang yang ketara dalam jangka waktu yang singkat. Kejatuhan nilai matawang menjadikan hutang wang asing tadi lebih mahal untuk dibayar apatah lagi apabila hutangini tidak dilindungi (atau unhedged).

KESAN KEATAS EKONOMI

Krisis mata ekonomi telah menurunkan nilai mata wang Malaysia ke paras yang paling rendahdalam dua dekad yang lepas (Jadual 3). Nilai pertukaran RM/US telah menurun daripada 2.7pada tahun 1988 kepada 3.89 dalam 1997 (penurunan sebanyak 30%). Penurunan kadarpertukaran membawa beberapa implikasi penting kepada ekonomi. Kesan krisis ini keatasbeberapa pembolehubah ekonomi dibincangkan selanjutnya.

Kadar pertumbuhan KDNK Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3, kadar pertumbuhanekonomi negara telah menurun daripada angka antara 7­10% setahun kepada 4.8% setahunakibat masalah deflasi krisias kewangan tadi. Penguncupan ini berlaku kerana penguranganpermintaan dalam negeri. Permintaan dalam negeri menurun kerana (I) kekayaan sektorswasta terhakis dari kejatuhan nilai saham dan nilai aset, (ii) kadar faedah yang tinggi sebelumSeptember 1998, (iii) kesukaran sektor swasta untuk mendapatkan kredit, (iv) keadaan mudah

Page 5: Krisis Ekonomi Malaysia Dan Kesan Keatas Sektor Pertanian

10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian

http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 5/12

tunai yang ketat, (v) ketidakpastian jangkapendek dan sektor pekerjaan dan (vi) rakandagangan Malaysia juga mengalami kelembapan ekonomi lantas menjejaskan permintaan luarnegri Malaysia (Kementrian Kewangan, 1998).

Imbangan Pembayaran Pada tahun 1990, imbangan keseluruhan mencatat lebihan RM5365juta. Namun di tengah kepesatan ekonomi pad awal 1990an, negara mencatatkan imbanganpembayaran yang negatif iaitu pada tahun 1994­5. Apabila ekonomi dilanda krisis, angkamenjadi negatif kerana imbangan akaun semasa dan modal swasta bersih yang juga negatif.Menjelang 1998, imbangan pembayaran telah meningkat menjadi positif kerana akaun semasayang telah pulih (positif) dan imbangan akaun daganagan dan perkhidmatan yang positifsetelah berada di tahap negatif selama 8 tahun (1990­97).

Jadual 3: Pembolehubah Ekonomi Malaysia 1990­98

Tahun Pertumbuhan KDNK

Pertukaran Wang Asing (RM/US)

Imbangan Pembayaran (RM juta)

KLSECI

1990 9.4 2.6980 5365 505.921991 8.0 2.7235 3427 556.221992 7.8 2.6065 16744 642.961993 8.0 2.7010 29239 1275.321994 9.2 2.5578 ­8262 971.211995 9.5 2.5405 ­4403 995.171996 9.5 2.5265 6245 1237.961997 7.8 3.8900 ­10891 594.441998 4.8 3.8000 26763 t.m.

Sumber: Bank Negara Statistics, pelbagai tahun.

Kadar Perukaran RM Kadar pertukaran RM/US telah menunjukkan perubahan yang ketaradalam jangka waktu krisis (Jadual 4). Kadar pertukaran RM/US mencapai tahap yang palingrendah pada Ogos 1997 apabila ia mencapai 4.79. Kadar pertukaran ini terus berubahsepanjang tahun 1998 sehingga kerajaan mengambil keputusan untuk menetapkan kadarpertukaran tetap pada RM/US pada RM1=AS$0.2632 mulai September 1998.

Jadual 4: Kadar Pertukaran RM/US (Januari 96­Disember 1998)

Bulan 1996 1997 1998Januari 2.56 2.49 4.54Februari 2.55 2.48 3.67Mac 2.54 2.48 3.64

Page 6: Krisis Ekonomi Malaysia Dan Kesan Keatas Sektor Pertanian

10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian

http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 6/12

April 2.49 2.51 3.73Mei 2.50 2.51` 3.87Jun 2.49 2.52 4.17Julai 2.49 2.64 4.14Ogos 2.49 2.96 4.22September 2.51 3.20 3.8Oktober 2.53 3.44 3.8November 2.53 3.50 3.8Disember 2.53 3.89 3.8

Sumber: Kem. Kewangan(1998): Laporan Ekonomi1998/99http://www.bnm.gov.my/pub/msb/latest/v­06.pdf

KLSECI KLSECI mengukur prestasi 100 saham dalam pasaran. Ia mewakili prestasi pasaransaham dan sebagai petunjuk kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhan. Setelahekonomi Malaysia mengatasi krisis 1987­88, KLSECI telah pulih mencapai tahap 1275 padatahun 1992 dan tahap ini dipertahankan sehingga tahun 1996 ((Jadual 3). Semasa krisis indeksini menjunam kepada 261 pada bulan September 1998. Nilai saham telah menurun 70% iaitudaripada RM463 juta kepada RM141 diakhir 1998.

Pengeluaran Pengeluaran sektor utama ekonomi turut terjejas disebabkan oleh permintaanyang berkurangan, penawaran yang berlebihan dan juga kekangan penawaran. Dalam Jadual5, nyata sektor utama ekonomi seperti pertanian, pembuatan, perkilangan, dan pembinaanmengalami penurunan nilai pengeluaran. Sektor pembinaan menurun dengan ketara sekali,dengan penurunan sebanyak –19.2% pada tahun 1998. Perngeluaran industri berorientasikanpasaran dalam negeri – logam, gelas dan produk logam asas – mencatatkan penurunan.Begitu juga industri

Jadual 5: KDNK Malaysia Mengikut Sektor 1992­99 (RM juta)

Butir 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999Pertanian,perhutanan &perikanan

15531 (4.7)

16205 (4.3)

16047 (­1.0)

16231 (1.1)

16584 (2.2)

16804 (1.3)

15813 (­5.9)

16421 (3.9)

Perlombonagn & Kuari 8075 (1.6)

8039 (­0.4)

8241 (2.5)

8979 (9.0)

9381 (4.50

9475 (1.0)

9399 (­0.8)

9517 (1.30)

Perkilangan 26859 (10.5)

30324 (12.9)

34842 (14.9)

39790 (14.2)

44684 (12.2)

50270 (12.5)

67354 (­5.8)

47809 (1.0)

Pembinaan 3619 (1.7)

4023 (11.2)

4589 (14.1)

5385 (17.3)

6150 (14.2)

6732 (9.5)

5439 (­19.2)

5002 (­8.0)

Elektrik, gas dan air 1931 2176 2474 2797 3134 3543 3791 4064

Page 7: Krisis Ekonomi Malaysia Dan Kesan Keatas Sektor Pertanian

10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian

http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 7/12

(13.8) (12.7) (13.7) (13.0) (12.1) (13.0) (7.0) (7.2)Pengangkutan,penyimpanan & perhubungan

6481 (6.6)

6921 (6.8)

7776 (12.4)

8852 (13.8)

9711 (9.7)

10530 (8.4)

10835 (2.9)

11160 (3.0)

Perdagangan borong &runcit hotel dan restauran

11190 (11.1)

12428 (11.1)

13427 (8.0)

14781 (10.1)

16163 (9.4)

17290 (7.0)

17047 (­1.4)

17126 (0.5)

Kewangan, insurans,hartanah &perkhidmatanperniagaan

9644 (10.4)

10650 (10.4)

11713 (10.0)

12939 (10.5)

14825 (14.6)

16240 (9.5)

16911 (4.1)

17615 (4.2)

Perkhidmatan kerajaan 9201 (4.9)

10073 (9.5)

11022 (9.4)

11454 (3.9)

11931 (4.2)

12654 (6.1)

12958 (2.4)

13276 (2.5)

Perkhidmatan lain 1983 (8.3)

2146 (8.2)

2298 (7.1)

2478 (7.8)

2687 (8.4)

2880 (7.2)

2923 (1.5)

2970 (1.6)

Tolak: Bayaran Perkhidmatan Bank

5376 (11.9)

6411 (19.3)

7381 (15.1)

8503 (15.2)

10032 (18.0)

11498 (14.6)

12280 (6.8)

13378 (8.9)

Tambah: Cukai Import 3728 (7.8)

4043 (8.4)

4927 (21.9)

5090 (3.3)

5402 (6.1)

5765 (6.7)

3747 (­35.0)

3755 (0.2)

KDNK pada hargapasaran

92866 100617 109976 120272 130621 140684 133939 135338

Nota: Angka untuk 1998 dan 1999 adalah anggaran. Sumber: Kem. Kewangan, Laporan Ekonomi 1998/99.

berorientasikan eksport seperti separa konduktor, wayar dan kabel, tekstil, kasut dan keluarankayu turut menurun. Tetapi keluaran seperti telivisyen dan keluaran getah merekodkanpermintaan eksport yang tinggi. Kegiatan pembinaan menjadi lembap keranan hakisankekayaan penduduk disebabkan harga saham yang rendah, kesulitan mendapat kredit dankadar faedah yang tinggi. Kesemua faktor ini menjejaskan keseimbangan penawaran danpermintaan hartanah.

SEKTOR PERTANIAN

Pengeluaran Pengeluaran pertanian keseluruhannya telah menurun dalam tahun 1998.Pengeluaran kelapa sawit mencatatkan penurunan sebanyak 8.1% dibandingkan dengan tahun1997 (Jadual 6). Salah satu faktor utama yang menyebabkan penurunan adalah faktor cuaca –iaitu kemarau yang disebabkan oleh El Nino pada enam bulan pertama 1998 dan 6 bulankedua ­ musim lembap dan hujan La Nina. Penghasilan sehektar juga menampilkan penurunansebanyak 0.8% daripada 19.1 tan metrik/hektar kepada 19.05 tan metrik/hektar dalam jangkamasa yang sama.

Pengeluaran getah juga telah menurun sebanyak 10.3 antara tahun 1997 dan 1998,Kemerosotasn ini disebabkan oleh penurunan kawasan getah, kekurangan tenaga buruh danharga yang tidak yang tidak lumayan walaupun hasil sehektar bagi perladangan dan pekebunkecil bertambah baik dengan peningkatan tanaman dengan klon yang berkualiti tiinggi. Selainharga getah yang telah merosot, penurunan nilai RM telah meningkatkan kos input terutamabaja sebanyak 30%. Kenaikan harga input telah menurunkan daya saing industri ni keranabutiran baja merangkumi sebanyak 20% kos tanaman getah muda dan 34% tanaman getah

Page 8: Krisis Ekonomi Malaysia Dan Kesan Keatas Sektor Pertanian

10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian

http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 8/12

matang.

Jadual 6: Pengeluaran dan Eksport Komoditi Pertanian (1992­99)

Komoditi 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999Minyak Kelapa Sawit (000 tan)

6373 5536

7403 5838

7220 6863

7811 6656

8386 7324

9062 7609

8337 7250

8918 7850

Getah (‘000 tan) 1173 1­35

1075 937

1101 1017

1089 1013

1082 980

971 1018

900 1012

890 1000

Kayu Balak (‘000meter Kubik)

43511 17888

37135 9288

35672 8417

34032 7746

31820 6985

27906 6396

23720 5040

22650 5000

Koko (‘000 tan) 220 125.4

200 123

177 83

131.4 52.5

120.1 42.5

106.0 31.0

89.6 15.0

99.0 20.0

Nota: Angka pertama adalah pengeluaran dan kedua adalah eksport. Angka untuk 1998 dan 1999 adalah anggaran. Sumber: Kem. Kewangan, Laporan Ekonomi 1998/99.

Pengeluaran kayu kayan telah merosot sebanyak 20.6% antara 1997 dan 1998. Kemerosotanadalah disebabkan oleh permintaan yang menguncup daripada negara pengimport tradisionalMalaysia seperti Thailand, Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong yang turut mengalamimasalah krisis ekonomi. Pengurangan pembalakan juga disebabkan oleh polisi kerajaan yangbertujuan untuk mengekalkan hutan daripada pembalakan yang berlebihan.

Masalah cuaca yang dibawa oleh El Nino (yang menyebabkan kekeringan) telah turutmenjejaskan pengeluaran koko. Kawasan yang ditanam dengan koko telah menurun sebanyak4.3% antara 1997 dan 1998 iaitu daripada 156738 hektar kepada 150000 hektar.

Jadual 7: Pengeluaran Tanaman Lain, Tembakau dan Perikanan

(‘000 tan)

Komoditi 1997 1998 %

perubahanPadi 1849 1764 ­4.6Koko 106.0 89.6 ­15.5Lada Hitam 18.0 20.0 11.1Nanas 119.8 123.1 2.8Tembakau 99.7 110.0 10.3Buah­buahan 1174 1195 1.8Perikanan 1131 1166 3.1

Page 9: Krisis Ekonomi Malaysia Dan Kesan Keatas Sektor Pertanian

10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian

http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 9/12

Ternakan 894.6 932.4 4.2Nota;Angka untuk 1998 dan 1999 adalah anggaran.

Sumber: Kementrian Pertanian dan Kementrian Perusahaan Utama

Pengeluaran pertanian yang lain mencatatkan rekod yang positif kecuali padi yangmenunjukkan pengeluran yang berkurangan (Jadual 8). Tanaman lain seperti nanas, ladahitam, sayur dan buah­buahan menampilkan kenaikan pengeluaran antara 1997 dan 1998.

Eksport Pendapatan eksport daripada sektor pertanian telah meningkat sebanyak 26.6%antara 20.7% antara 1997 dan 1998. Kenaikan pendapatan eksport adalah berpunca daripadanilai eksport yang tinggi bagi minyak kelapa sawit, minyak isi rong kelapa sawit dan lada hitamyang didorong oleh oleh harga eksport yang tinggi berikutan penyusutan ringgit.

Pendapatan eksport minyak kelapa sawit telah meningkat dengan mendadak dengan ketara –bertambah hampir 70% dalam 7 bulan pertama tahun 1998. Harga minyak kelapa sawit adalhdalam sebutan US$ maka, paras harga telah meningkat dengan banyak.Harga minyak kelapasawit telah meningkat daripada RM1314 pada 1997 kepada RM2336 pada tahun 1997 (Jadual9). Faktor­faktor fundamental pasaran juga mendorong kenaikan harga komoditi ini iaitu seperticadangan kerajaan Indonesia untuk mengharamkan eksport kelapa sawitnya, penawaranminyak dan lemak dunia yang agak ketat berbanding dengan permintaan yang masih kukuhdaripada negara­negara seperti China, Mesir, Afrika Selatan, Turki dan Amerika Syarikat.

Jadual 9: Harga Komoditi 1996 – 1998

Bulan Minyak Kelapa Sawit

(RM/tan)Getah (SMR20)

Sen/kg 1996 1997 1998 1996 1997Januari 1245 1315 1204 399.18 301.52Februari 1221 1346 2311 383.67 297.00Mac 1198 1281 2263 374.67 291.38April 1253 1299 2361 334.40 272.79Mei 1281 1314 2499 324.45 260.79Jun 1160 1214 2349 307.7 257.69Julai 1066 1179 2432 303.57 239.48Ogos 1126 1232 2481 304.57 249.21September 1188 1388 2409 313.5 260.67Oktober 1152 1620 2348 306.7 284.18November 1183 1168 2376 309.58 282.83Disember 1223 1848 2228 307.33 t.m.

Sumber: PORLA, PORLA update. MREDB: Rubber Market Review, pelbagai tahun.

Pendapatan eksport getah telah meningkat sedikit kerana kenaikan kecil harga komoditi ini.Harga getah berlegar antara 277 sen dan 313 sen dalam tahun 1998 – dipengaruhi oleh faktor

Page 10: Krisis Ekonomi Malaysia Dan Kesan Keatas Sektor Pertanian

10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian

http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 10/12

seperti pergerakan kadar pertukaran asing ringgit, keadaan penawaran dan permintaan danperkembangan politik di Indonesia, kesusutan getah dunia.

Kesan cuaca kering telah mengurangkan pengeluaran koko lantas eksport koko pada tahun1998. Harga koko walau bagaimanapun tela meningkat kesan daripada penurunan nilai ringgitdan permintaan yang kukuh bertentangan dengan situasi penawaran yang ketat.

Import Kesan langsung krisis tersebut adalah kenaikan harga import.. Nilai import negar atelahmeningkat sebanyak 13% antara 1997 dan 1998 dengan barang perantaraan mencatakanpertambahan yang paling ketara iaitu sebanyak 70%. Barang perantaraan yang digunakanuntuk industri pertanian seperti baja dan komponen untu industri makanan turut meningkatdengan ketara iaitu sebanyak 50%. Import makanan dan minuman (untuk penggunaanisirumah) dan yang telah diproses turut meningkat kerana kemerosotan nilai ringgit.

Guna Tenaga Sektor pertanian mengambil 16% daripada guna tenaga kesluruhan ekonomi.Bagi keseluruhan sektor, jumlah guna tenaga telah merosot antara 1997 dan 1998 sebanyak2.8% akibat daripada krisis ekonomi (Jadual 10). Masalah penurunan guna tenaga adalahpaling ketara dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan yang mencatatkan penurunansebanyak 5.3%. Penurunan berlaku akibat beberapa estet yang cuba menjimatkan kos denganmemberhentikan pekerja asing.

Indeks Harga Pengguna Tahun 1998 menampilkan peningkatan yang ketara dalan IHP iaituantara Januari dan September 1998 IHP telah meningkat sebanyak 5.2%. Jika 1994 dikirasebagai tahun asas, maka IHP telah meningkat 37% pada tahun 1998 iaitu satu peningkatanyang ketara (Jadual 11). Kenaikan harga makanan adalah disebabkan nilai import makananyng menaik kesan kemerosotan nilai ringgit. Dalam negeri pula pengeluaran makanan masihterbatas malah berkurangan. Pelaburan swasta dalam sektor tersebut merosot kerana masalhpenawaran, kekurangan tanah dan buruh dan kelembapan teknologi. Diantara komponenutama IHP, makanan mempunyai wajaran yang paling tinggi iaitu sebanyak 34.9%. Salah satupunca kenaikan adalah indeks makanan di rumah dan di luar rumah. Harga barang yangdikawal seperti tepung, gula, susu pekat dan ayam telah meningkat. Peningkatan harga ayamdaging adalah disebabkan kenaikan harga fid – atau makanan ayam. Hampir 80% makananayam dibekalkan daripada import.

Jadual 10: Guna Tenaga Mengikut Sektor, 1997 dan 1998

Sektor 1997 (‘000)

1998 (‘000)

% perubahan

Pertanian, perhutanan & perikanan 1494.5 1414.2 ­5.3Perlombonagan 38.8 38.6 ­0.5Pembuatan 2390.5 2321.1 ­2.9Pembinaan 874.2 756.6 ­3.4Perdagangan borong & runcit, hotel & restauran 1447.3 1441.2 0­.4Kewangan, insurans, hartanah & perniagaan 405.8 415.9 2.5Pengangkutan, penyimpanan & perhubungan 436.2 441.9 1.3Perkhidmatan kerajaan 873.2 875.0 0.2Perkhidmatan lain 768.8 780.3 1.5Jumlah 8805.1 8563.3 2.8

Page 11: Krisis Ekonomi Malaysia Dan Kesan Keatas Sektor Pertanian

10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian

http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 11/12

Sumber: Unit Perancangan Ekonomi.

Jadual 11: Indeks Harga Pengguna 1988­98

Tahun IHP 1990=100

1981 78.61982 83.21983 86.31984 89.61985 89.91986 90.61987 91.61988 94.31989 96.91990 1001991 104.51992 109.71993 113.61994 117.71995 122.01996 126.61997 130.11998 137.3

Sumber: Jabatan Statitistik, Indeks Harga Pengguna

KESIMPULAN

Krisis kewangan yang melanda Asia dan Malaysia khususnya merupakan lumrah lazim kitaransesuatu ekonomi, cuma krisis kali ini adalah terlalu padah yang pernah direkodkan dalamsejarah ekonomi negara ini mahupun di negara Asia yang lain. Kesan krisis ekonomi tidakterbatas kepada pembolehubah ekonomi sahaja, tetapi melampaui politik dan sosialsebagaimna yang terbukti di Korea, Thailand, Indonesia dan Malaysia sendiri. Punca utamakepada krisis kewangan ini adalah proses globalisasi yang mula bertapak dalam pasaranantara bangsa. Salah satu ciri utama globalisasi yang mempengaruhi ekonomi dunia adalahperdagangan bebas dan aliran modal dan dana yang liberal merentasi dunia. Rasional kepadapensejagatan adalah; kapitalisme atau laissez faire seantero dunia akan menghasilkan faedahkapitalisme sebagaimana yang dicapai oleh sesebuah negeri secara berasingan. Aliran modalyang bebas telah mendorong spekulator mata wang mengaut keuntungan daripada mata wangekonomi negara membangun yang lemah fundamental ekonominya seperti Malaysia. Strukturekonomi dalaman Malaysia pula – seperti di Indonesia dan Korea – dicirikan oleh sektorperbankan yang tidak telus, kawalan bank yang longgar, pinjaman wang asing tanpa lindungnilai, dan amalan kronisme mendedahkan gabungan "ahli politik­peniaga­bank" serentakkepada risiko ketidakpastian. Jumlah pinjaman yang besar dan tidak dilindung nilai mengheret

Page 12: Krisis Ekonomi Malaysia Dan Kesan Keatas Sektor Pertanian

10/23/2015 Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesan keatas Sektor Pertanian

http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm 12/12

gabungan "ahli politik–peniaga­bank" tadi dan seluruh negara ke kancah deflasi mata wangyang serius.

Kesan krisis tersebut menjejaskan ekonomi terutama dari segi imbangan pembayaran negara,kadar pertumbuhan KDNK dan kehakisan kekayaan pihak swasta dan firma. Permintaandomestik menurun lantas melembapkan pengeluaran. Walau bagaimanapun krisis inimendedahkan beberapa perkara strategik iaitu (I) sektor pertanian telah dapat bertahan dalamkrisis tersebut – iaitu pendapatan eksport pertanian telah meningkat dalam kadar yang tertinggidibandingkan dengan sektor lain walaupun syernya dalam eksport kian mengecil. (ii) Krisismeningkatkan nilai import makanan kepada hampir RM10 bilion – menyarankan bahawaMalaysia masih lagi bergantung kepada eksport untuk bahan makanan, (iii) Kenaikan hargaimport bahan perantaraan seperti baja dan fid telah meningkatkan kos pengeluaran pertanian.Jika ini berterusan ia akan menghakis daya saing sektor ini dalam jangka panjang.

Globalisasi adalah fenomina yang terpaksa kita depani dalam alaf yang akan datang. Krisis inimemberi pengajaran pengajaran bernas walaupun kosnya tinggi kepada negara. Pemerhatiantentang sektor pertanian menyarankan beberapa implikasi polisi keatas sektor ini. Pertamapelbagaian ekonomi adalah strategi mapan dalam menghadapi sistem ekonomi global tanpasempadan dan liberal ini. Kecekapan kos dan teknikal adalah pra­syarat utama untuk bersaingdalam sistem ini. Bermaksud, sektor pertanian masih mempunyai tempat yang strategik dalamekonomi dari segi pendapatan eksport disamping menyediakan gunatenaga, tapak untuk agro­industri dan sekuriti makanan. Kedua, sektor makanan Malaysia memerlukan pembaharuanuntuk mengurangkan pergantungan pasaran import yang tidak menentu. Ketiga, kenaikanharga input pertanian yang menjejaskan daya saing pertanian negara menyarankan bahawasektor ini masih belum mencapai tahap kecekapan teknologi yang sepatutnya untukmengurangkan pergantungan kepada bahan import. Dalam persekitaran ekonomi global dantidak bersempadan ini, mempertahankan kecekapan dan daya saing adalah satu kemestian.

RUJUKAN

Kementerian Kewangan Malaysia (1998), Laporan Ekonomi 1998/99, Kuala Lumpur:Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Rudi Dornbusch (1998), Asian Crisis Themes, Asli Review, 5: 1­17. Robert Kuttner (1998), Of Our Time Globalism Bites Back, Asli Review, 5:54­8. The Economist (1998), East Asian Economies, March 7 – 13:1­21.