kritik/analisis spn 21 kerja laporan
TRANSCRIPT
KRITIKAN DAN ANALISIS
1. PENDAHULUAN
Di dalam set pendahuluan, penulis ini dapat melahirkan idea-idea yang baik dalam menghuraikan maksud sistem pendidikan negara abad ke 21 ( SPN 21). Sebagai contoh dapat dilihat dalam jadual di bawah ini untuk melihat dengan lebih jelas struktur yang disampaikan.
Jadual 1: Jadual menunjukkan struktur isi-isi di dalam setiap perenggan
Menurut Sulasiah Munajir & Hamedi Mohd Adnan (2000) pendahuluan esei yang baik haruslah membayangkan sesuatu yang akan ditulis dengan memberikan (i) latar belakang isu yang ditanya dalam soalan, (ii)memberi definisi dan (iii) menyatakan isi utama.
Setelah dianalisis, penulis ada mengaitkan tiga-tiga rangka yang dinyatakan iaitu latar belakang isu yang ditanya dalam soalan mengenai mengenai sistem pendidikan (Perenggan 1 hingga 3). Memberikan definisi (Perenggan 4) dan menyatakan isi utama (perenggan 5-6).
Walau bagaimanapun, cara pengolahan isi yang diberikan tidak teratur dan kurang kemas malahan terdapat beberapa perenggan diterangkan secara berulang-ulang.
Sebagai cadangan:
Adalah lebih baik sekiranya pengertian SPN 21 bermula pada perenggan 3 dan kemudian diikuti bagi isi tujuan perlaksanaan SPN 21. Pada perenggan isi ke 3, 4 dan 6 diterangkan secara berulang-berulang dan maksud yang diberikan adalah sama. Oleh itu, adalah lebih baik dicantumkan perenggan 3, 4 dan 6 untuk menggelakkan kekeliruan. Dengan cara ini mampu menarik perhatian pemeriksa atas pengolahan ayat yang kreatif.
Pendahuluan dalam sesebuah karangan itu amat penting. Ia akan memberikan gambaran pertama kepada pemeriksa tentang mutu penulisan yang akan diperiksanya. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi penulisan yang mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang perbincangan dalam bahagian isi (Rossaliza Binti Haini : 2009)
Ini dapat saya simpulkan bahawa bakal guru ini belum dapat menghasilkan pendahuluan yang baik walaupun pada hakikatnya idea-idea yang diberikan munasabah.
1
1
IS
I :
Per
ubahan kuali
ti si
st
em
pend
id
ikan d
i negar
a i
ni
2
IS
I :
cabar
an-
cabar
an dal
am
per
ubahan kua
liti si
st
em
pend
id
ikan
3
ISI: Pel
aksanaan S
ist
em
Pend
id
ikan
Negar
a abad ke 21
4
ISI: Penge
rti
an Pel
aksanaan
5
ISI: Penge
rti
an SPN
21
6
ISI: Tu
juan Pel
aksanaan SPN
21
7
ISI: Pener
angan un
tuk
me
mu
lakan esei
1.2 Fakta yang betul
Bakal guru ini mengaitkan fakta-fakta yang kukuh dalam mengukuhkan jawapan beliau. Sebagai contoh:
“The national education should provide a dynamic, forward looking educational programme to provide knowledge and skills required by industry and services without ignoring values”
( Titah baginda Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ketika sambutan Hari kebangsaan yang ke 19 tahun)
(Perenggan 1, Muka surat 1)
1.3 Tatacara rujukan
Saya mendapati bahawa bakal guru ini membuat rujukan. Ini terbukti beliau menerangkan maksud ‘perlaksanaan’ melalui rujukan kamus komprehensif Bahasa Melayu tahun 2005. Penggunaan rujukan kamus dalam esei adalah bahan yang penting untuk memberi maklumat dalam pelajaran bahasa. Ini kerana rujukan kamus bukan setakat untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan tetapi berupaya menerangkan fungsi perkataan dalam ayat dengan tepat daa sesuai (S,Nathesan,1999). Tambahan pula, kamus tidak dapat dipisahkan dengan pengajaran bahasa dan tanpa kamus pengajaran bahasa tidak akan menjadi sempurna dan lengkap.
1.4 Hujahan yang baik
Hujahan yang diberikan ringkas dan mudah difahami
1.5 Bahasa Melayu
1.5.1 Ayat
Dari segi penggunaan ayat terdapat masih terdapat kekurangan dan kurang kemas. Menurut Sulasiah Munajir & Hamedi Mohd Adnan (2000) ayat yang tidak lengkap dan kurang menyalahi tatabahasa atau menyalahi tatabahasa akan menyebabkan gagasan tidak sempurna. Oleh itu, penulis hendaklah menghasilkan ayat yang gramatis dan baik.
1.5.2 Ejaan
Ejaan digunakan dengan baik. Tidak ada kesalahan ejaan pada bahagian ini
1.5.3 Frasa
Saya mendapati bahawa banyak kesalahan frasa yang dilakukan. Misalannya:
2
Tahun 2009 akan menjadi satu mercu tanda yang penting dalam Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Ini kerana, akan adanya perubahan dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam yang mana perubahan ini adalah selaras dengan perubahan zaman yang semakin moden ini. Memandangkan dunia semakin moden dan canggih, maka kualiti sistem pendidikan di Brunei juga turut dititiberatkan dan dipertingkatkan untuk menghadapi segala cabaran-cabaran yang baru.
(Perenggan 1 Muka surat 1)
Kesalahan 1: Penggunaan perkataan yang berulang-ulang iaitu perkataan ‘ini’
Pembetulan:
… Ini kerana akan adanya perubahan dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam selaras dengan perubahan zaman yang semakin moden.
Kesalahan 3: Penggunaan ayat yang kurang kemas dan digunakan secara berulang-ulang.
Contoh: Ayat 1:…..perubahan zaman yang semakin moden Ayat 2. Memandangkan dunia semakin moden…
Pembetulan
Bagi ayat ke (2) digugurkan.
Ini kerana akan adanya perubahan dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam selaras dengan perubahan zaman yang semakin moden. Maka, kualiti sistem pendidikan di Brunei perlu turut dititikberatkan dan dipertingkatkan untuk menghadapi segala cabaran-cabaran yang baru
Kesalahan 4: Penggunaan ungkapan‘yang mana’
Penulis ini cenderung menggunakan ungkapan ‘yang mana’ di dalam bahagian ini. Ini dapat dirujuk pada perenggan 1 dan perenggan 7. Ungkapan sedemikian memang menyalahi aturan-aturan Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu, ungkapan ‘yang mana’ hanya digunakan sebagai unsur pertanyaan, dan tidak wajar digunakan sebagai unsur keterangan relatif (S. Nathesan,1999)
Pembetulan : Perkataan ‘yang mana’ digugurkan.
…Ini kerana akan adanya perubahan dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam yang mana perubahan ini adalah selaras dengan perubahan zaman yang semakin moden
Kejadian gejala menggunakan ungkapan ‘di mana’ dan ‘yang mana’ sebagai unsur penghubung menurut kebanyakan ahli bahasa adalah berpunca daripada kelaziman pengguna terikut-ikut susunan ayat bahasa inggeris iaitu yang menggunakan kata relative where dan which untuk menghubung dua ayat.(S. Nathesan,1999: 92)
3
2. EKPEKTASI/HARAPAN SPN21 DAN GURU-GURU BARU
2.1 Isi-isi penting
Isi-isi yang diterangkan lebih memfokuskan kepada harapan SPN 21 daripada isi bagi
harapan kepada guru-guru baru. Sungguhpun demikian, isi bagi harapan SPN 21 diterangkan
secara umum sahaja malahan tidak memberangsangkan. Beliau tidak memberikan sebarang
contoh-contoh dan bukti yang mantap untuk mengukuhkan jawapan tersebut. Manakala isi
bagi harapan pada guru-guru baru hanya diterangkan satu isi sahaja. Hal demikian, dapat
disimpulkan bahawa penulis ini masih tidak dapat melahirkan idea-idea yang bernas dan
tidak kreatif dalam bahagian ini
Antara lain, terdapat juga isi yang kurang difahami dan maksud yang diterangkan tergantung.
Sebagai contoh:
Di samping itu harapan SPN 21 ini adalah untuk memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi di alaf baru ini[1] di mana keadaan teknologi pada ketika ini kian berubah begitu pantas dan keadaan ekonomi pula mudah bergolak. Maka perlaksanaan SPN 21 ini di sekolah –sekolah [2] adalah tepat pada masanya di mana kementerian Pendidikan telah mewujudkan satu sistem pendidikan yang relevan [3] dengan kehendak semasa dan masa yang mendatang.
(Perenggan 2, Mukasurat 3)
Persoalan:
1) Apakah dia harapan SPN 21 yang memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi di alaf baru ini?
2) Apakah perlaksanaan di sekolah-sekolah bagi menempuhi SPN 21?3) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan yang relevan? Adakah terdapat sistem
pendidikan yang lain selainnya tertubuhnya SPN 21?(kekeliruan maksud yang diberikan)
Ulasan
Jawapan yang diberikan masih tergantung. Penulis seharusnya menyatakan contoh-contoh
apakah diantara keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran SPN 21 dan apakah perlaksanaan
SPN 21 di sekolah. Diantaranya sebagai contoh yang baik iaitu
1. Memperkukuhkan kompetensi dalam teknologi infokomunikasi (ICT) bagi penuntut,
guru dan pentadbir pendidikan termasuk integrasi ICT ke dalam kurikulum sekolah
2. Membentuk program yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan
meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
4
Selain itu juga, isi bagi harapan SPN 21 kepada guru-guru baru belum mencukupi untuk menjawab soalan ini dan perlu diberikan contoh-contoh yang lain. Sebagai contoh:
Harapan bagi guru-guru baru pula ialah dengan wujudnya SPN 21 ini, ia akan dapat melatih seorang guru untuk lebih berkreatif [ISI] dalam mengajar iaitu bukan hanya menggunakan satu kaedah sahaja yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi menggunakan pelbagai kaedah
(Perenggan 4, mukasurat 3)
Cadangan
Diantara harapan SPN 21 kepada guru-guru baru ialah
1) Memupuk budaya penyelidikan dikalangan guru-guru baru2) Menimbulkan pembelajaran yang konstruktivisme3) Berkebolehan di dalam pelbagai aspek bidang-bidang yang tertentu
Sehubungan dengan itu, ini mungkin dapat menguatkan lagi isi-isi beliau agar lebih padat dan bermutu.
2.2 Fakta yang betul
Fakta yang diberikan terdapat kekeliruan dan masih kurang dapat difahami. Kelemahan perenggan ini dapat dilihat bagaimana penulis ini menyampaikan idea, maksud ataupun isi tersebut. Teliti contoh kesalahan berikut ( tumpukan perhatian kepada fakta atau isi yang disampaikan)
Di samping itu harapan SPN 21 ini adalah untuk memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi di alaf baru ini[1] di mana keadaan teknologi pada ketika ini kian berubah begitu pantas dan keadaan ekonomi pula mudah bergolak [2]
(Perenggan 2, Mukasurat 3)
Persoalan:
Kenapa dengan ekonomi di negara ini yang boleh menyebabkan pergolakkan timbul sehinggakan SPN 21 turut menempuhi cabaran tersebut?
Penyataan di atas tiada rujukan yang sahih.Maksud yang disampaikan kurang difahami dan tidak ada fakta mengenainya malahan tidak disertakan di dalam lampiran untuk mengukuhkan jawapan beliau.
Ulasan:
Di dalam perenggan ini, teknologi berubah begitu pantas mungkin dapat diterima dengan kelogikkan fakta yang kukuh kerana dalam SPN 21 memerlukan guru mengukuhkan kompetensi dalam teknologi infokomunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi ekonomi mudah bergolak adalah idea yang kurang sesuai bagi mengukuhan idea yang bernas.
5
2.3 Tatacara rujukan
Penulis tidak ada memberikan sebarang rujukan bagi menguatkan lagi hujahnya. Sebagai contoh penulis tidak ada menggunakan perkataan ‘menurut’,’merujuk’, ‘mengikut kajian’ dan sebagainya. Sekurang-kurangnya jika penulis menggunakan ayat seperti ini dapatlah memastikan atau membuktikan bahawa beliau telah membuat rujukan kepada seseorang pakar pendidikan atau psikologi dan sebagainya. Di sini dapat saya simpulkan bahawa penulis lebih menggunakan kefahaman beliau sendiri
2.4 Hujahan yang baik
Penulis hanya menghujahkan secara ringkas dan terdapat maksud yang berbelit-belit.Penulis perlu mempelbagaikan ayat tersebut dengan menyelitkan kata hubung atau penanda wancana untuk menarik perhatian pemeriksa. Antara lain, dengan mengaitkan fakta dan bukti yang relevan akan mengukuhkan jawapan penulis esei tersebut. Berdasarkan tersebut, penulis akan mendapat permarkahan yang lebih tinggi hasil pengolahan yang kreatif dan bermutu
2.5 Bahasa Melayu
2.5.1 ayat
Saya mendapati bahawa penulis sukar untuk mengkontruksikan ayat dengan baik yang menyebabkan maksud yang disampaikan kurang difahami dan berbelit-belit. Misalnya:
Dengan adanya sistem pendidikan yang baru ini, Kementerian Pendidikan berharap ia akan dapat melengkapi generasi muda dengan pendidikan yang berkualiti dan mencapai pendidikan ke tahap yang tertinggi. Seterusnya ia akan dapat merapatkan jurang pencapaian (achievement gap) diantara kumpulan pelajar yang berbeza minat, keupayaan dan latar belakang yang berbeza supaya mereka lebih dinamik, proaktif dan dapat memperbaiki kehidupan masing-masing dan seterusnya akan dapat menyumbang terhadap pembangunan negara; bukan hanya tertumpu terhadap penghasilkan ‘emas hitam’nya iaitu minyak dan gas sahaja, tetapi juga kepada sumber tenaga manusia.
(Perenggan 1 , Mukasurat 3)
Penggunaan “seterusnya” cenderung digunakan. Adalah lebih baik sekiranya penulis menggunakan kata hubung selain menggunakan perkatan “seterusnya” agar maksud yang disampaikan berkesan dan lebih bemutu.
Penulis ini juga mencampuradukkan isi dalam perenggan ini. Saya mencadangkan isi yang dinyatakan di atas diterangkan pada perenggan yang baru. Huraian hendaklah lebih padat dengan bukti yang kukuh. Berdasarkan tersebut, ini membolehkan pemeriksa melihat isi-isi penting dengan lebih jelas dan padat
Antara lain juga, terdapat pengulangan ayat berlaku pada peranggan satu dan lima dengan memberikan maksud yang sama iaitu mengenai pembangunan negara. Namun dengan demikian, hal ini bukan menjadi satu masalah.Ini adalah kerana membuat pengulangan ayat pada bahagian yang tertentu menunjukkan bahawa perkara yang diulang itu diberi penekanan agar memberi kesan yang mendalam (Sulasiah Munajir &Hamedi Mohd Adnan,2000)
6
2.5.2 Ejaan
Tiada kesalahan ejaan di dalam bab ini
2.5.3 Frasa
Di samping itu, harapan SPN 21 ini adalah untuk memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi di alaf baru ini di mana keadaan teknologi pada masa kini.....
(Perenggan 2, Mukasurat 3)
Kesalahan 1: Penggunaan ungkapan‘di mana’
Penulis ini menggunakan ungkapan ‘di mana’ di dalam bahagian ini. Ungkapan sedemikian memang menyalahi aturan-aturan Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu, ungkapan ‘di mana’ hanya digunakan sebagai unsur pertanyaan, dan tidak wajar digunakan sebagai unsur keterangan relatif (S. Nathesan,1999)
Pembetulan : Pengunaan di mana boleh dibaiki menjadi ayat-ayat berikut :
Di samping itu, harapan SPN 21 ini adalah untuk memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi di alaf baru ini dengan keadaan teknologi pada masa kini
Kejadian gejala menggunakan ungkapan ‘di mana’ dan ‘yang mana’ sebagai unsur penghubung menurut kebanyakan ahli bahasa adalah berpunca daripada kelaziman pengguna terikut-ikut susunan ayat bahasa inggeris iaitu yang menggunakan kata relative where dan which untuk menghubung dua ayat.(S. Nathesan,1999: 92)
Antara lain,
Ia akan dapat melatih seorang guru untuk lebih kreatif dalam mengajar ; iaitu bukan hanya menggunakan satu kaedah sahaja yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran....
(perenggan 4, muka surat 3)
Kesalahan 2: Penggunaan tanda baca koma bertitik (;)
Tanda koma betitik hanya digunakan (i) pada baris pertama dan kedua pantun dua dan empat kerat, dan (ii)memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara tanda baca koma bertitik digunakan kurang sesuai dan hendaklah digugurkan (Sulasiah Munajir &Hamedi Mohd Adnan,2000)
7
3. APAKAH CABARAN-CABARAN DALAM PERSEDIAAN GURU-GURU (TERMASUK GURU-GURU PELATIH) DALAM MENGHADAPI
CABARAN-CABARAN SPN 21
3.1 Isi-Isi penting
Terdapat isi-isi penting di dalam bab ini. Isi-Isi yang diberikan dikaitkan dengan contoh-contoh yang relevan. Sebagai contoh, penulis ini mengambil model Sarjana Muda Pendidikan sebagai salah satu program pendidikan perguruan di Universiti Brunei Darussalam iaitu guru-guru pelatih). Tujuan penulis ini adalah untuk mengukuhkan jawapan dengan mengaitkan SPN 21
Walau bagaimanapun, Isi-isi yang diterangkan hanya memfokuskan kepada cabaran yang bakal dihadapi pada guru-guru pelatih tetapi tidak dinyatakan dan diterangkan bagi guru-guru yang berkhidmat. Dengan demikian, bakal guru ini tidak mengikut kehendak soalan yang diberikan
Saya mendapati bahawa isi-isi yang digunakan tidak memberangsangkan.Isi-isi yang diolah masih terkawal malahan kekurangan idea-idea yang bernas. Penulis seharusnya mempelbagaikan dan ditambah isi-isi tersebut dengan lebih kukuh lagi. Dengan cara ini, sudah setentunya mampu menarik perhatian pemeriksa.
3.2 Fakta yang betul
Banyak kekeliruan fakta yang digunakan. Isi bagi menguatkan fakta masih belum dapat menjawab soalan yang diberikan. Maksud ayat seolah-olah tergantung.
Sebagai contoh:
Cabaran-cabaran dalam persediaan guru-guru seperti guru pelatih dalam menghadapi cabaran-cabaran SPN 21 ialah di dalam program Sarjana Muda Pendidikan ( SMP) iaitu salah satu program pendidikan perguruan di Universiti Brunei Darussalam ada terdapat kursus Latihan Mengajar. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengalaman kepada para guru pelatih yang bertugas di sebuah sekolah dan mereka akan berinteraksi dengan guru-guru dan pelajar-pelajar sambil mempelajari mengenai tanggungjawab perguruan daripada guru-guru sekolah. Ini adalah salah satu cabaran yang akan ditempuhi oleh seorang guru pelatih dalam menghadapi cabaran SPN 21 yang memerlukan seorang guru yang berkualiti tinggi dan berpengalaman yang luas mengenai pendidikan guru. Dari itu seseorang guru pelatih perlu lebih bersedia dalam mendalami teknik di dalam kursus Latihan Mengajar
(Perenggan 1, mukasurat 5)
Persoalan: Ayat tergantung.
1) Seterusnya apakah kesan yang akan timbul pada pelajar dan guru tersebut?2) Apa perbezaan di antara sebelum dan selepas SPN 21 yang menyebabkan penulis
perlu menerangkan untuk mendalami teknik? Lebih baik (Pengajaran dan Pengajaran)
8
Penulis tidak menyelitkan contoh-contoh teknik apa yang sesuai dalam SPN 21. Dengan demikian, ayat ini masih dianggap tergantung dan masih belum dapat mengukuhkan jawapan yang diberikan.
Antara lain,
Selain daripada itu, guru-guru pelatih perlu disediakan lebih banyak lagi latihan-latihan mengajar di sekolah sekolah supaya dapat memperolehi banyak pengalaman daripada guru yang berpengalaman dan juga persekitaran di sekolah dan juga lebih terdedah kepada ‘real world of schools’ Ini adalah disebabkan ada sesetengah sekolah membuat laporan mengatakan bahawa pihak sekolah mengalami kekurangan guru yang berpengalaman dalam sesuatu subjek.
(Perenggan 2, muka surat 5)
Dimanakah maklumat diperolehi dan mata pelajaran apakah yang kekurangan guru itu?
Fakta yang diberikan tidak ada rujukan yang sahih. Dengan menyatakan ‘sesuatu subjek’ sudah menampakkan keterangan yang diberikan masih tidak jelas dan tidak kukuh. Bahan bukti yang menyatakan kekurangan guru juga tidak disertakan di dalam lampiran sebagai sumber diperolehi . Oleh yang demikian, fakta yang digunakan masih kurang kepastian dan perlu mengukuhkan dengan bukti yang jelas
Ini dapat saya simpulkan penulis ini hanya mampu memberikan penjelasan dalam permasalahan tapi kurang memberikan bukti yang kukuh.
3.4 Tatacara rujukan
Penulis tidak ada memberikan sebarang rujukan bagi menguatkan lagi hujahnya. Sebagai contoh penulis tidak ada menggunakan perkataan ‘menurut’,’merujuk’, ‘mengikut kajian’ dan sebagainya. Sekurang-kurangnya jika penulis menggunakan ayat seperti ini dapatlah memastikan atau membuktikan bahawa beliau telah membuat rujukan kepada seseorang pakar pendidikan atau psikologi dan sebagainya. Di sini dapat saya simpulkan bahawa penulis lebih menggunakan kefahaman beliau sendiri
3.5 Bahasa Melayu
Dalam aspek bahasa banyak memberi pengaruh kepada keberkesanan karangan yang ditulis. Tanpa bahasa yang baik dan berkesan, karangan yang ditulis mungkin sukar untuk difahami dan cepat membosankan pembaca.(Sulasiah Munajir& Hamedi Mohd Adnan,2000). Kesalahan yang dilakukan oleh penulis dari segi ejaan, pemilihan kata, penggunaan ayat dapat dilihat dalam bahagian ini
9
3.5.1 Ejaan
KESALAHAN EJAANPERENGGAN KESALAHAN PEMBETULAN
1 tangungjawab tanggungjawab
1 berkualitit berkualiti
2 sesetegah sesetengah
3.5.2 Frasa
Terdapat kesalahan yang dilakukan oleh penulis dari segi tatabahasa.
Cabaran-cabaran dalam persediaan guru-guru seperti guru pelatih dalam menghadapi cabaran-cabaran SPN 21 ialah di dalam program Sarjana Muda Pendidikan (SMP) iaitu salah satu program pendidikan perguruan di Universiti Brunei Darussalam ada terdapat kursus latihan mengajar.
(Perenggan 1, Mukasurat 5)
Kesalahan
Pada perenggan ini, pengolahan ayat kurang kemas dan berbelit-belit. Ini adalah disebabkan perkataan ‘ialah’ dan ‘iaitu’ digunakan serentak dalam menerangkan satu makna ayat. Penulis sepatutnya mempelbagaikan ayat dengan lebih kreatif supaya menarik perhatian pemeriksa
Pembetulan
Cabaran-cabaran SPN 21 ini telah menguji keupayaan guru termasuklah guru-guru pelatih di institusi perguruan. Sebagai contoh program Sarjana Muda Pendidikan (SMP) bagi program pendidikan perguruan di Universiti Brunei Darussalam ada terdapat kursus latihan mengajar
Selain daripada itu, guru-guru pelatih perlu disediakan lebih banyak lagi latihan-latihan mengajar di sekolah-sekolah supaya dapat memperolehi banyak pengalaman daripada guru yang berpengalaman dan juga persekitaran di sekolah dan juga lebih terdedah kepada ‘real world of schools’
(Perenggan 2, Mukasurat 5)
Kesalahan
Pembinaan ayat di dalam perenggan ini kurang kemas dan kurang kreatif. Selain itu juga, ayat lewah berlaku iaitu penggunaan kata hubung ‘dan juga’ digunakan berulang-ulang.
Pembetulan
Selain itu juga,guru-guru pelatih perlu diberikan perdedahan awal di dalam krusus latihan mengajar di sekolah agar dapat memperolehi banyak pengalaman yang berguna dari guru-guru yang bertauliah dan berpengalaman agar dapat persekitaran ‘real world of schools’
10
Dengan adanya SPN 21 inilah di harap akan bertambah ramai lagi guru tempatan Brunei yang berpengalaman dan berkualiti untuk bekerja sebagai guru nanti.
(Perenggan 2, Mukasurat 5)
Kesalahan
Penulis keliru dengan penggunaan kata sendi di. Kata sendi di berfungsi sebagai kata perposisi dan merujuk kepada lokasi atau tempat ( Abdullah Jumain Abu Samah: 2008). Kata sendi di hanya akan ditulis terpisah jika merujuk kepada lokasi atau tempat. Perkataan ‘harap’ bukan merujuk kepada lokasi dan tempat. Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan.
4. APAKAH KAEDAH, STRATEGI, PENDEKATAN, TEKNIK PENGAJARAN YANG DIGALAKKAN DALAM SPN21?
4.1 Isi-Isi penting
Penulis dapat menjawab soalan yang diberikan iaitu dapat memberikan pengertian dan menyatakan contoh-contoh dalam penggunaan kaedah, strategi, pendekatan dan teknik pengajaran. Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa ke semua isi-isi yang diterangkan masih belum jelas dan tidak spesifik dalam menjawab soalan yang diberikan. Isi-isi yang diterangkan terlalu ringkas dan adakala diterangkan secara berbelit-belit menyebabkan lari daripada maksud isi. Malahan juga, contoh-contoh yang diberikan juga kurang berkesan kerana penulis tidak mengaitkan contoh-contoh tersebut dengan penggunaan sistem pendidikan negara abad ke 21 (SPN 21)
Kesalahan 1
Konsep pendekatan ialah cara mendekati sesuatu. Dalam konteks bilik darjah, pendekatan merujuk kepada cara-cara bagaimana objektif-objektif jangka panjang dapat dicapai dalam sesuatu mata pelajaran. Pendekatan biasanya berasaskan satu-satu teori pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pendekatan induktif. Ia adalah berasaskan Model Pemikiran Induktif yang dipelopori oleh Hilda Taba
(Perenggan 2, Mukasurat 6)
Pada perenggan ini, penulis memberikan pengertian konsep pendekatan dan contoh yang diberikan adalah pendekatan induktif berasaskan model Hilda Taba. Namun, keterangan yang diberikan tidak jelas seolah-olah maksud yang diberikan tergantung. Selain itu juga, penulis ini hanya menyatakan bahawa pendekatan induktif itu adalah dipelopori oleh Hilda Taba tetapi tidak dikaitkan dengan SPN 21.
Dalam perenggan ini, penulis hanya menyatakan satu pendekatan sahaja. Seharusnya, penulis perlu lagi memperkembangkan isi tersebut agar lebih spesifik dan tepat. Sebagai contoh, penulis dapat pendekatan lain iaitu pendekatan Deduktif, Eklektif, Tematik dan sebagainya.
11
Kesalahan 2
…Kaedah strategi, pendekatan dan teknik pengajaran yang digalakkan oleh SPN 21 ialah seperti mengadakan lawatan ke tempat- tempat yang tertentu, sumbangsaran, inkuiri, penyelesaian masalah, kuiz, drama, bercerita, kajian dari luas kelas, permainan, main peranan, projek. Teknik perbincangan seperti bahas, forum seminar, reinforcement seperti model-model, carta, poster, artikel majalah dan surat khabar juga digalakkan dalam SPN 21
(Perenggan 7, Muka surat 8)
Pada akhir perenggan, barulah penulis mula menyatakan satu persatu apa yang digalakkan dalam SPN 21. Contoh-contoh hanya dinyatakan tetapi tidak dijelaskan dengan sebarang bukti yang digunakan dalam SPN 21. Di sini, penulis mencampuradukkan contoh tersebut yang boleh menyebabkan kekeliruan terjadi. Penulis sepatutnya mengaitkannya terlebih awal dengan isi yang diterangkan perenggan sebelumnya. Dengan demikian, ini sudah setentunya keterangan yang diberikan itu jelas dan padat.
Sebagai pembetulan, saya memecahkan dan menyusun isi-isi tersebut untuk menghasilkan pengolahan ayat yang berkualiti. Sebagai contoh memilih isi bagi menerangkan maksud “Teknik”
RAJAH 2: struktur pengolahan isi yang bersistematik dan baik
TEKNIK
PENGERTIAN TUJUAN JENIS TEKNIK CONTOH SPN 21 BUKTI
KESAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID DAN GURU SPN 21
[BINAAN ISI]
Konsep teknik membawa maksud cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.Ia merangkumi aktiviti perlakuan dan kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang telah dilaksanakan. Teknik ini mengambil kita faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih.[PENGERTIAN] Ia adalah bertujuan supaya guru dapat mengendalikan langkah langkah di dalam aktiviti pengajaran tersebut agar dapat menarik minat pelajar.[TUJUAN] Di antara jenis teknik di dalam pengajaran ialah seperti teknik bercerita, perbincangan, penyoalan,simulasi, main dan sebagainya.[JENIS-JENIS].
SPN 21 menitikberatkan teknik simulasi.[CONTOH SPN21 ] Ini terbukti di dalam SPN 21, Sekolah rendah Ahmad Tajudin di Daerah Belait, teknik nyanyian dan pelbagai pemainan seperti susun suai gambit( jigsaw puzzle) telah diterapkan di sekolah.[BUKTI] Dengan adanya teknik pengajaran guru seperti ini dapat menarik perhatian pelajar serta galakkan mereka untuk berfikir di luar kotak. [KESAN]
Kesalahan 3
12
Konsep teknik bererti cara menjelaskan pelbagai langkah dalam pengajaran . Misalnya, dalam kaedah bercerita, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan cerita itu bermakna dan menyeronokkan. Bagi menguji kefahaman murid tentang cerita itu, guru menggunakan teknik menyoal
(Perenggan 5, Muka surat 7)
Dalam perenggan ini, penghuraian isi terlalu ringkas dan tidak kreatif. Contoh-contoh yang diberikan dengan tidak tepat. Di sini, dapat dilihat bahawa guru ini tidak dapat menghuraikan keterangkan yang padat.
Pembetulan
Konsep Teknik pula dibawah konteks pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut pandangan Edward M.Antony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan oleh guru dengan tujuaan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.’
4.2 Fakta yang betul
Penulis tidak menguatkan isi dengan sebarang fakta-fakta yang betul. Fakta yang diberikan masih terdapat kekeliruan dan masih kurang dapat difahami
kesalahan 1
Pendekatan biasanya berasaskan satu-satu teori pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pendekatan induktif. Ia adalah berasaskan Model Pemikiran Induktif yang dipelopori oleh Hilda Taba
(Perenggan 2, Mukasurat 6)
Fakta yang dijelaskan oleh penulis mengenai Model Pemikiran Induktif tidak diberikan dengan spesifik. Maksud pendekatan induktif juga tidak diterangkan dengan jelas. Oleh yang demikian, untuk menerangkan maksud pendekatan masih keliru dan kurang difahami.Penulis juga tidak mengaitkan dengan SPN 21.Jika penulis dapat memberikan dengan jelas dengan fakta-fakta yang kukuh, sudah setentunya akan menghasilkan satu isi yang padat dan baik
13
4.3 Tatacara rujukan
Penulis tidak ada memberikan sebarang rujukan bagi menguatkan lagi hujahnya. Sebagai contoh penulis tidak ada menggunakan perkataan ‘menurut’,’merujuk’, ‘mengikut kajian’ dan sebagainya. Sekurang-kurangnya jika penulis menggunakan ayat seperti ini dapatlah memastikan atau membuktikan bahawa beliau telah membuat rujukan kepada seseorang pakar pendidikan atau psikologi dan sebagainya. Di sini dapat saya simpulkan bahawa penulis lebih menggunakan kefahaman beliau sendiri.
Meskipun penulis lebih menggunakan idea-idea beliau sendiri dalam membuat penulisan esei ini , tetapi saya mendapati bahawa penulis membuat satu kesalahan besar yang sepatutnya penulis tidak boleh lakukan. Ini terbukti:
Kesalahan 1
PENGERTIAN
Konsep pendekatan Ialah cari mendekati sesuatu. Dalam konteks bilik darjah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka panjang dapat dicapai dalam sesuatu mata pelajaran
(Perenggan ke 2, Mukasurat. 6)
Konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih satu-satu pendekatan serta ecekapan merancang kaedah-kaedah dan teknik untuk mencapai objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
(Perenggan 4,Mukasurat 6)
Konsep teknik bererti cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.
(Perenggan 5, Mukasurat 7)
Dalam perenggan ini,penulis memberikan maksud pengertian tersebut seolah-olah mengikut idea kefahaman beliau sendiri. Walhal, maksud pengertian di atas adalah hasil penulisan dari seorang pakar pendidikan iaitu Ee Ah Meng.Ini terbukti dapat dilihat rujukan di dalam buku Ee Ah Meng (2002), Pedagogi III Edisi Kedua (Semester III). Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.Johor Baharu. Malaysia
Ini dapat kita simpulkan bahawa penulis ini mengguna-pakai idea orang lain. Ini mencerminkan seorang guru yang tidak berkualiti dan tidak amanah. Seandainya, penulis ini menyertakan maksud tersebut sebagai rujukan, ini sudah setentunya dapat mengukuhkan jawapan beliau malahan dianggap kreatif dalam mengaitkan idea-idea dan rujukan. Tidak menjadi satu masalah jika penulis ini ingin menggunakan pengertian di atas, cuma perlu diubahsuaikan ayat agar lebih merujuk kepada idea-idea sendiri
14
Sebagai pembetulan, penulis dapat menggunakan seperti berikut :
Menurut Eh Ah Meng (2002 :70) Konsep pendekatan ialah cari mendekati sesuatu. Dalam konteks bilik darjah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka panjang dapat dicapai dalam sesuatu mata pelajaran
4.4 Hujahan yang baik
Penulis hanya menghujahkan secara ringkas dan mudah difahami. Penulis perlu mempelbagaikan ayat tersebut dengan menyelitkan kata hubung untuk menarik perhatian pemeriksa. Antara lain, mengaitkan dengan fakta dan bukti yang relevan akan mengukuhkan jawapan penulis tersebut. Berdasarkan tersebut, penulis akan mendapat permarkahan yang lebih tinggi hasil pengolahan yang kreatif
4.5 Bahasa Melayu
4.5.1 Ejaan
Terdapat beberapa kesalahan ejaan yang telah dilakukan oleh penulis. Sebagai contoh
KESALAHAN EJAANPERENGGAN KESALAHAN PEMBETULAN
1 pemgajaran pengajaran2 pemelajaran pembelajaran
3 pendeatan pendekatan
7 seperi seperti
8 menghasilakan menghasilkan
4.5.2 Frasa
Tidak mempunyai masalah. Pengolahan ayat sahaja yang perlu diperbaiki dan dikemaskan bagi menggelakkan kekeliruan agar mempermudahkan pemeriksa untuk memeriksa. Oleh itu, pelbagaikan kata hubung dan penanda wanca seperti walau bagaimanapun, jesteru itu, namun, serta dan sebagainya agar lebih menarik dan kemas.
15
4.5.3 Jadual
Penulis dapat menghasilkan satu jadual dengan baik. Jadual tersebut diterangkan dan dibahagikan mengikut susunan dan kelihatan lebih teratur dan kemas. Dengan adanya jadual tersebut, ini mempermudahkan pemeriksa untuk mengetahui isi-isi penting dengan jelas.
Walaupun jadual ini diterangkan secara teratur tetapi isi yang diberikan terlalu terhad. Penulis perlu menambahkan lagi isi-isi penting agar lebih padat dan spesifik.
Antara lain, kedudukan untuk menerangkan arah jadual hendaklah dinyatakan awal sebelum menghasilkan rajah tersebut. Sebagai contoh
Kesalahan 1
Jadual 1: jadual menunjukkan perbezaan di antara pendekatan, teknik,strategi dan kaedah
JENIS/PERBEZAAN PENDEKATAN TEKNIK STRATEGI KAEDAHPENGERTIAN
CONTOH
TUJUAN
Jadual 1: jadual menunjukkan perbezaan di antara pendekatan, teknik,strategi dan kaedah
(Perenggan 6, ms. 7)
Penulis tidak menyatakan sebarang rujukan dalam membuat jadual ini, oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa jadual ini adalah hasil daripada kreativiti beliau sendiri.
16
BAB 5
KLAFIKASIKAN CARA-CARA PENGAJARAN YANG DIGALAKKAN OLEH SPN 21 MENGIKUT KAEDAH, STRATEGI, PENDEKATAN DAN TEKNIK
PENGAJARAN
5.2 Isi-Isi penting
Penulis menyampaikan isi-isi penting secara teratur dan sistematik. Beliau memulakan esei dengan pendahuluan, isi-isi penting yang hendak disampaikan tetapi tidak disertakan kesimpulannya. Ini selaras dengan pendapat Kinzer dan Mandell (1978) perenggan pendahuluan boleh dianggap sebagai wajah sesebuah karangan, daripada wajahnya pembaca akan membentuk tanggapan, sama ada karangan berkenaan menarik, melucukan, berfaedah, bagus atau sebaliknya. Keadaan ini tergambar melalui peranan perenggan pengenalan; untuk menarik perhatian, mengekalkan perhatian dan menyatakan idea pusat kepada pembaca.
Sebagai contoh pada set pendahuluan
Klasifikasi bererti pengelasan atau pengasingan kepada beberapa bahagian atau kumpulan menurut sifat-sifatnya yang tertentu (kamus Komprehensif, 2005)
(Perenggan 1, Mukasurat 9)
Dengan memberikan maksud klasifikasi ini, ini memberikan kefahaman kepada penulis agar mengikut kehendak soalan yang diminta.
Penggunaan rujukan kamus dalam esei adalah bahan yang penting untuk memberi maklumat dalam pelajaran bahasa. Ini kerana rujukan kamus bukan setakat untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan tetapi berupaya menerangkan fungsi perkataan dalam ayat dengan tepat dan sesuai (S,Nathesan,1999). Tambahan pula, kamus tidak dapat dipisahkan dengan pengajaran bahasa dan tanpa kamus pengajaran bahasa tidak akan menjadi sempurna dan lengkap.
Kelemahan penulis dapat dilihat tatkala memasuki perenggan isi, saya mendapati bahawa isi-isi yang diterangkan secara umum sahaja. Isi diolah secara ringkas bahkan tidak kreatif. Ini menyebabkan isi yang diterangkan itu kurang menarik dan memberangsangkan.Penulis tidak memberikan contoh-contoh berhubungkait dengan SPN 21. Saya mendapati kebanyakkan pengolahan isi itu lebih membincangkan tentang asas pedagogi yang lazim digunakan dalam ilmu pendidikan.
Antara lain juga, penulis tidak membincangkan isi mengenai pendekatan walhal dalam penghasilan rajah ada dinyatakan.
17
5.3 Fakta yang betul
Terdapat beberapa ayat yang digunakan oleh penulis tidak diterima sebagai ayat yang betul. Penulis ini masih melakukan kesalahan-kesalahan yang sama, iaitu gagal menyampaikan fakta dengan tepat.
Kelemahan perenggan ini dapat dilihat bagaimana penulis ini menyampaikan idea, maksud ataupun isi dengan jelas dan tepat. Teliti contoh kesalahan berikut ( tumpukan perhatian kepada fakta atau isi yang disampaikan)
Kesalahan 1
Bagi kaedah yang digalakkan dalam SPN 21 pula ialah seperti kaedah inkuiri (darjah penglibatan guru di tahap yang sederhana). Tujuan kaedah ini adalah untuk membantu para pelajar memperolehi pengalaman dan keyakinan dalam mencari jawapan kepada soalan-soa2lan dan masalah yang mereka minati atau yang perlu diselesaikan[1]. Dalam kaedah ini, guru tidak menyediakan nota dan tidak menyampaikan pengetahuan melalui kuliah[2]. Sebaliknya guru berperanan sebagai pemerhati dan pembimbing. Terdapat pelbagai pendekatan dalam menggunakan kaedah inkuiri. Beberapa pendekatan melibatkan penemuan oleh para pelajar melalui rantaian penaakulan mereka sendiri.
(Perenggan 3 : mukasurat 10)
Kesalahan utama dapat dilihat melalui kaedah yang dipilih dengan tujuan kaedah .Tujuan yang diberikan itu belum dapat mengukuhkan jawapan beliau bahkan tidak spesifik untuk bagi kaedah inkuiri. Sebagai contoh kita tidak akan dapat mengetahui dan menduga samaada pelajar tersebut akan merasa yakin dengan melakukan aktiviti-aktiviti dalam kaedah inkuiri
Dengan demikian, tujuan kaedah Inkuiri yang jelas dan tepat dapat dilihat dalam buku pedagogi Mok Song Sang (2008: 199) iaitu diantaranya :
1) Melatih murid- murid supaya memerhati, berfikir, menaakul, mentafsir dan membuat kesimpulan dengan tepat
2) Membangkitkan naluri ingin tahu murid serta minat mereka terhadap aktiviti pembelajaran
3) Mengekalkan ilmu pengetahuan dalam ingatan melalui aktiviti kajian secara sendiri4) Memupuk semangat berdikari melalui aktiviti kajian secara sendiri
18
Kesalahan 2
Selain itu juga, penulis menyatakan bahawa penglibatan guru dalam kaedah inkuiri adalah di tahap sederhana iaitu hanya berperanan sebagai pemerhati dan pembimbing dan tidak akan menyediakan sebarang nota mahupun menyampaikan pengetahuan melalui kuliah.
Di sini, terdapat kekeliruan maksud iaitu “membimbing dan memerhati” dan “tidak menyediakan sebarang nota mahupun pengetahuan” adalah satu maksud dan makna yang berbeza tetapi penulis menyimpulkan makna tersebut adalah sama. Di sini saya membuat jadual untuk lebih menjelaskan lagi maksud tersebut:
Jadual 1: kekeliruan maksud dalam kaedah inkuiri
KAEDAH INKURI
ISI TAHAP KECERDASAN GURU
TAHAP KECERDASAN MURID
1. Guru berperanan sebagai pemerhati dan pembimbing
Sederhana ½ (GURU)½( MURID)Guru dan murid saling memberi dan membantu
2. Guru tidak menyediakan sebarang nota mahupun menyampaikan pengetahuan melalui kuliah
Rendah Pelajar sangat aktif tanpa ada bantuan guru.
Perhatian : Ayat ke (1) dan (2) adalah berbeza dari segi tahap kecerdasan guru. Apabila guru berperanan sebagai pembimbing sudah setentunya masih membantu muridnya dalam menyampaikan pengetahuan. Ini dapat disimpulkan bahawa penyimpangan maksud dan idea telah belaku. Penulisan esei sedemikian adalah di luar mantik (logik bahasa) atau tidak munasabah. (Abdullah Jumain Abu Samah : 2009)
Seorang guru perlu mengetahui bahawa kesalahan bahasa yang menyebabkan berlakunya peyimpangan fakta ataupun kesalahan fakta adalah lebih serius berbanding kesalahan tatabahasa. Ini menampakkan seorang guru yang tidak berkualiti.
5.3 Hujahan yang baik
Apabila sesuatu maksud dan idea yang disampaikan tidak bermutu dan fakta-fakta yang tidak bernas, ini sudah setentunya sukar untuk mendapat hujahan yang baik. Walaupun penulis ini kurang dalam menghujahkan fakta, tidak semestinya dianggap seorang yang lembab dan rendah darjah kecerdasannya atau IQ-nya. Ini cuma disebabkan beliau kurang peka tentang berlakunya penyimpangan maksud,idea ataupun fakta ayat-ayat yang ditulisnya. Dengan demikian, hasil penulisan yang tidak bermutu dan tidak kreatif terjadi.
Antara lain,penulis perlu mempelbagaikan ayat tersebut dengan menyelitkan kata hubung dan penanda wancana untuk menarik perhatian pemeriksa
19
5.4 Tatacara rujukan
Klasifikasi bererti pengelasan atau pengasingan kepada beberapa bahagian atau kumpulan menurut sifat-sifatnya yang tertentu (Kamus Komprehensif, 2005)
(Perenggan 1, mukasurat. 9)
Penulis ada menyelitkan rujukan iaitu maksud ‘klasifikasi’ yang dipetik dari kamus komprehensif cetakan tahun 2005. Setelah dianalisis dan diperiksa, hasil rujukan yang diberikan adalah tepat. Penulis juga menerangkan maksud klasifikasi pada awal pendahuluan sebelum menyentuh kepada bahagian isi. Ini adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman yang jelas agar isi tersebut relevan dengan kehendak soalan.
Namun demikian, pada bahagian isi, penulis tidak mengaitkan sebarang rujukan bagi mengukuhkan jawapan yang diberikan. Sebagai contoh penulis tidak ada menggunakan perkataan ‘menurut’,’merujuk’, ‘mengikut kajian’ dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, sekurang-kurangnya jika penulis menggunakan ayat seperti ini dapatlah memastikan atau membuktikan bahawa beliau telah membuat rujukan kepada seseorang pakar pendidikan atau psikologi dan sebagainya.
Malahan lagi, rujukan yang berkaitan dengan SPN 21 tidak dikaitkan di dalam isi. Jelaslah di sini, saya mendapati bahawa isi yang diterangkan hanya pada kefahaman beliau sendiri dan secara umum dibincangkan. Dengan demikian, kefaktaan yang diberikan kurang jelas dan tidak kukuh.
5.5 Bahasa melayu
5.5.1 Ejaan dan Frasa
Dalam bahagian ini, tidak terdapat kesalahan ejaan yang dilakukan. Ejaan dan tatabahasa digunakan dengan baik.
5.5.2 Logik
Saya mendapati bahawa kelogikkan ayat kurang tepat dilakukan. Sebagai contoh :
Murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran kerana SPN 21 mahu murid dapat libatkan diri secara aktif manakala guru seorang pemimpin yang membimbing murid……
(Perenggan 1 :Mukasurat 9)
Ulasan : guru seorang pemimpin adalah kurang sesuai kerana penggunaan ‘seorang’ digunakan untuk menerangkan kereteria seseorang itu, tetapi ayat di atas adalah menunjukkan kata kerja. Perkataan yang sesuai digunakan adalah “sebagai”
20
5.5.3 Rajah dan Jadual
Penulis menghasilkan jadual dan rajah dengan baik. Penghasilan rajah bagi klasifikasi perlu ditambah dan dipelbagaikan agar menunjukkan rajah yang berkualiti dan kreatif. Dalam rajah muka surat 9 tidak disertakan cara-cara pengajaran bagi pendekatan.kaedah penyelesaian masalah dan sumbangsaran tidak dihuraikan
6. IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DALAM KONTEKS INI
6.1 Isi- Isi Penting
Walaupun pada hakikatnya terdapat isi-isi yang diberikan adalah relevan tetapi saya mendapati bahawa penulis tidak mengikut kehendak soalan yang telah diarahkan. Soalan meminta untuk menjelaskan apakah kesan-kesan yang dihadapi pada pengajaran dan pembelajaran. Penulis hanya menjelaskan peranan guru sahaja iaitu dalam pengajaran tetapi tidak dikaitkan dengan peranan pelajar di dalam pembelajaran. Di sini dapat disimpulkan bahawa isi-isi yang diberikan masih tidak kukuh. Sebagai contoh dapat dilihat melalui jadual yang saya hasilkan di bawah ini.
Jadual menunjukkan struktur isi perenggan yang diberikan
ISI-ISI PENTING(IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)
PERENGGAN ISI –ISI PENTINGPEMBELAJARAN/
PENGAJARAN
1Guru pendidikan Jasmani perlu mempunyai kualiti yang tinggi PENGAJARAN
2Guru pendidikan Jasmani perlu mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tertentu PENGAJARAN
3Subjek pendidikan jasmani dijadikan teras dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan untuk bersukan
PENGAJARAN
Selain itu juga, kurang kemantapan isi yang diolah. Penulis ini lebih membincangkan keterangan secara umum sahaja tanpa menyelitkan sumber yang di perolehi.
Cadangan: Mungkin adalah lebih baik, penulis menerangkan kaedah-kaedah SPN 21 yang digunakan dalam pendidikan jasmani serta membuat perbezaan di antara pengajaran dan pembelajaran jasmani sebelum dan selepas SPN 21. Dengan demikian, ini dapat mengukuhkan jawapan yang diberikan.
21
6.2 Fakta yang betul
Setelah dianalisis, pelajar didapati berjaya memberikan beberapa fakta-fakta yang betul dalam penulisan esei. Sebagai contoh
Di samping itu, ada juga terdapat Program Pendidikan Khusus di dalam SPN 21. Program ini adalah bagi pelajar yang berbakat dan berkercedasan tinggi dalam bidang akademik tertentu seperti sains, berkebolehan dalam muzik dan seni atau berkebolehan dalam bidang sukan.
(Perenggan 2, Mukasurat 11)
6.3 Hujahan yang baik
Bakal guru ini hanya menghujahkan secara ringkas dan mudah difahami. Beliau perlu mempelbagaikan ayat tersebut dengan menyelitkan kata hubung dan penanda wancana untuk menarik perhatian pemeriksa. Antara lain, bakal guru ini perlu lebih banyak mengaitkan dengan fakta dan bukti yang relevan agar dapat lebih mengukuhkan jawapan yang dihasilkan. Berdasarkan tersebut, bakal guru ini akan mendapat permarkahan yang lebih tinggi hasil pengolahan yang kreatif
6.4 Tatacara rujukan
Bakal guru ini tidak memberikan sebarang rujukan bahkan tidak disertakan dalam lampiran dalam bahagian ini walaupun pada hakikatnya fakta yang diberikan itu betul. Saya berpendapat dengan adanya rujukan diberikan, pemeriksa akan lebih yakin dengan pendapat atau ulasan yang di buat oleh penulis mengenai soalan ini.
6.5 Bahasa Melayu
Saya mendapati bahawa penulis sukar untuk mengkontruksikan ayat dengan baik yang menyebabkan kekeliruan dan ketidakkan logik ayat berlaku. Misalnya:
Selain daripada itu, Pendidikan Jasmani telah dijadikan menjadi sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah-sekolah. Ini bermakna mata pelajaran Pendidikan Jasmani ada mempunyai penilaian untuk melihat sejuah mana peningkatan tahap kecergasan fizikal terhadap seseorang pelajar.
(Perenggan 3, Mukasurat 11)
Ulasan: Penulis ini menyatakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani seolah-olah mata pelajaran yang baru diajaran di sekolah-sekolah walhal ianya sudah lama diterapkan sebelum SPN 21. Ini dapat dilihat cara penulis mengkonstruksikan ayat tidak betul sehinggakan maksud yang disampaikan turut berubah.
Pembetulan
Selain daripada itu, Pendidikan Jasmani telah dijadikan salah satu mata pelajaran wajib seteras dengan mata pelajaran yang lain dalam SPN 21....
22
PERBINCANGAN: PELAKSANAAN SPN 21 DI SEKOLAH-SEKOLAH SWASTA
Isi-isi penting
Dalam bahagian ini, penulis membuat perbincangan sebagai tambahan esei mengenai pelaksanaan SPN 21 di sekolah-sekolah swasta. Isi yang diberikan dapat menguatkan hujah-hujah beliau dengan menyertakan fakta pada lampiran. Ini merupakan kelebihan penulis, sekurang-kurangnya untuk memberikan penjelasan yang kukuh kepada pemeriksa.
Fakta yang betul
Kelebihan yang dihasilkan oleh penulis ini ialah penulis ada mengaitkan fakta-fakta mengenai SPN 21 melalui sumber-sumber yang diperolehi. Akan tetapi perlu dikembangkan lagi isi yang diberikan.
Hujahan yang baik
Bakal guru ini hanya menghujahkan secara ringkas dan mudah difahami. Beliau perlu mempelbagaikan ayat tersebut dengan menyelitkan kata hubung dan penanda wancana untuk menarik perhatian pemeriksa. Antara lain, bakal guru ini perlu lebih banyak mengaitkan dengan fakta dan bukti yang relevan agar dapat lebih mengukuhkan jawapan yang dihasilkan. Berdasarkan tersebut, bakal guru ini akan mendapat permarkahan yang lebih tinggi hasil pengolahan yang kreatif
Bahasa Melayu
Ejaan
Terdapat kesalahan ejaan yang dilakukan oleh penulis ini.
KESALAHAN EJAANPERENGGAN KESALAHAN PEMBETULAN
1 dilaksanankan dilaksanakan
4 Di seklah-sekolah Di sekolah-sekolah
1 menyumabng menyumbang
Bahagian ini hanya sebagai tambahan penulis sahaja . Oleh itu, saya tidak perlu membuat semula dalam esei yang ingin yang saya hasilkan.
23
7. PENUTUP
7.1 Penyampaian isi
Penutup merupakan kesimpulan daripada huraian yang telah ditulis dalam perenggan isi yang merangkumkan keseluruhan dalam satu penerangan yang padat. Tanpa kesimpulan, karangan berkenaan dikatakan tidak lengkap atau tidak sempurna.
Dengan pengertian di atas, saya berpendapat bahawa penghasilan penutup yang dihasilkan oleh penulis ini tidak bertepatan dengan perkara yang dibincangkan. Ini dapat dilihat bahawa keseluruhan penutup adalah lebih membincangkan kepada harapan- harapan SPN 21 yang sudah dibincangkan dalam perenggan isi bahagian sebelumnya.Ini dapat saya simpulkan bahawa pengolahan penutup tidak memuaskan dan tidak kreatif.
Antara lain, penulis membuat bab 7 pada perenggan perenggan iaitu bab 7 adalah isi bagi perbincangan perlaksanaan SPN 21 swasta. Di sini kekeliruan berlaku samaada penutup yang diberikan ini bagi penutup keseluruhan bahagian isi atau bahagian 7.
7.2 Fakta yang betul
Kelebihan yang dihasilkan oleh penulis ini ialah penulis ada mengaitkan fakta-fakta mengenai SPN 21 melalui sumber-sumber yang diperolehi. Malahan fakta yang diberikan itu adalah benar dan kukuh. Ini dapat dilihat dalam perenggan ini.
…Proses pengajaran dan pembelajaran menurut yang dikehendaki oleh SPN 21, tidak lagi mengikut cara lama seperti ‘spoon feeding’ dan berfikir secara ‘outside the box’ s upaya para pelajar nanti akan dapat pendidikan yang menyeluruh seperti yang dimahukan oleh misi Kementerian Pendidikan
(Perenggan 2, Mukasurat 13)
Keterangan yang diperolehi ini telah saya sertakan di dalam lampiran untuk mengukuhkan bukti yang diberikan. Walaubagaimanpun, keterangan yang diberikan oleh bakal guru ini terlalu ringkas yang menyebabkan pengolahan isi yang terkawal. Adalah lebih baik kalau isi diutarakan dipelbagaikan dan ditambah agar lebih memantapkan hujahan beliau.
7.3 Hujahan yang baik
Bakal guru ini hanya menghujahkan secara ringkas dan mudah difahami. Beliau perlu mempelbagaikan ayat tersebut dengan menyelitkan kata hubung dan penanda wancana untuk menarik perhatian pemeriksa. Antara lain, bakal guru ini perlu lebih banyak mengaitkan dengan fakta dan bukti yang relevan agar dapat lebih mengukuhkan jawapan yang dihasilkan. Berdasarkan tersebut, bakal guru ini akan mendapat permarkahan yang lebih tinggi hasil pengolahan yang kreatif
24
7.4 Tatacara rujukan
Hasil rujukan ada digunakan di dalam set penutup. Walau bagaimanapun rujukan yang diperolehi tidak disertakan dalam lampiran.
7.5 Bahasa Melayu
7.5.1 Ejaan
Terdapat kesalahan ejaan yang dilakukan oleh bakal guru ini.
KESALAHAN EJAANPERENGGAN KESALAHAN PEMBETULAN
1 Berpelang Berpeluang
1 ang yang
1 menyumabng menyumbang
7.5.2 Frasa
Kesalahan dari segi frasa dapat dilihat dalam perenggan pertama ini.
Di samping itu, dengan adanya SPN 21 ini, ia bertujuan untuk melengkapi generasi muda melalui pendidikan yang berkualiti dan dapat memperbaiki kehidupan masing-masing dan di harap akan dapat menyumbang terhadap pembangunan negara
(Perenggan 1, mukasurat 13)
Kesalahan 1:
Beliau menggunakan kata hubung ‘dan’ berulang-ulang dalam satu ayat. Ayat diterangkan juga tidak kemas
Pembetulan
...ia bertujuan untuk melengkapi generasi muda melalui pendidikan yang berkualiti agar dapat memperbaiki kehidupan masing-masing dan diharap akan dapat menyumbang terhadap pembangunan negara
Beliau perlu menggunakan pelbagai kata hubung daripada hanya menggunakan kata hubung ‘dan’. Ini dapat memberikan pengolahan ayat yang mudah difahami dan lebih jelas
Kesalahan 2:
Beliau keliru dengan penggunaan kata sendi di. Kata sendi di berfungsi sebagai kata perposisi dan merujuk kepada lokasi atau tempat ( Abdullah Jumain Abu Samah: 2008). Kata sendi di hanya akan ditulis terpisah jika merujuk kepada lokasi atau tempat. Perkataan ‘harap’ bukan merujuk kepada lokasi dan tempat. Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan.
25
KESIMPULAN.
Secara kesimpulannya, penulis dapat memahami maksud Sistem Pendidikan Negara Abad ke
21 (SPN 21) akan tetapi pengolahan idea tidak begitu memuaskan yang menyebabkan
maksud yang diberikan tergantung. Fakta yang dihujah perlulah disertakan contoh-contoh
yang relevan agar mengukuhkan jawapan beliau. Penyimpangan dan kekaburan fakta juga
kelemahan penulis dalam menghasilkan penulisan esei yang bermutu.
Selain itu juga bahasa memainkan peranan penting di dalam membuat laporan yang baik dan
berkualiti. Ini adalah kerana kesilapan kecil boleh menyebabkan seluruh jawapan menjadi
musnah kerana tidak tepat. Oleh sebab itu, kita seharusnya menyisihkan semua kesilapan atau
kesalahan bahasa apabila menulis atau apabila berbahasa secara lisan. Abdullah Jumain Abu
Samah (2009).
Secara keseluruhan, markah yang layak diperolehi oleh pelajar ini adalah gred C. Seorang
penulis perlu ada ‘Mind Set’ sebelum penulisan jawapan dimulakan kerana penulisan yang
baik mencerminkan pemarkahan yang baik dan mudah difahami oleh pembaca.
26