ksj drama surat untuk ina
TRANSCRIPT
Zali meminati seorang pengawas sekolah bernama Zalina.
Badar dan Jais telah mencadangkan kepada Zali agar menulis surat
kepada Zalina untuk berkenalan dengan gadis tersebut.
Badar dan Jais menyuruh Zali menulis surat tanpa nama
pengirim dan menyatakan niatnya ingin berkenalan dan bersahabat
dengan Zalina. Surat tersebut diletakkan di bawah meja Zalina tanpa
diketahui oleh sesiapa kecuali mereka bertiga.
Setelah membaca surat pemberian Zali, Zalina membawa
surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil berasa marah dan
meminta pelajar yang menulis surat kepada Zalina mengakui
perbuatannya. [email protected]
Namun, tidak ada sesiapa yang mengaku menulis
surat tersebut. Lalu, Cikgu Halil terpaksa memeriksa
semua tulisan pelajar untuk mengecam bentuk tulisan
yang sama seperti di dalam surat tersebut.
Akhirnya, mereka dapat tahu bahawa penulis surat
tersebut ialah Zali. Zali meminta maaf kepada Cikgu Halil
dan Zalina.
Zalina memaafkan Zali dan Zali mengucapkan
terima kasih kerana memaafkannya. Zalina meminta Zali
agar tidak mengulanginya lagi [email protected]
TemaKewajipan mematuhi peraturan sekolah dan utamakan pelajaran daripada cinta monyet
Persoalan i. Pergolakan jiwa remaja di alam persekolahan ii. Pengaruh rakan sebaya yang kuat terhadap remaja iii. Tanggungjawab guru dalam menyelesaikan masalah yang timbul iv. Kepentingan mengekalkan hubungan persahabatan
i. Permulaan Perbualan di antara Badar, Jais dan Zali. Badar dan Jais cuba mengorek rahsia Zali yang meminati Zalina.
ii. Perkembangan Badar dan Jais mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada Zalina. Badar dan Jais juga menyuruh Zali merahsiakan identitinya. Surat itu diletakkan di bawah meja Zalina
iii. Klimaks Zalina memberi surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil berasa marah dan menyuruh semua pelajar mengeluarkan buku latihan masing-masing. Cikgu Halil cuba mengesan orang yang menulis surat kepada Zalina melalui tulisan yang terdapat pada buku latihan.
iv. Peleraian Cikgu Halil berjaya mengesan penulis surat tersebut. Zali meminta maaf kepada Zalina. Zalina memaafkan Zali dan menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
Zali • Rakan baik kepada Badar dan Jais • Ingin berkenalan dengan Zalina • Berani mengakui kesilapannya
Badar • Rakan Zali dan Jais • Pandai mempengaruhi Zali
Jais • Rakan Zali dan Badar • Pandai mempengaruhi Zali
Zalina • Seorang pengawas sekolah • Seorang yang tegas, bijak dan cantik • Baik hati kerana memaafkan Zali
Cikgu Halil • Seorang guru yang tegas dan baik hati • Bijak menyelesaikan masalah
Latar i. Masa : pada waktu pagi ii. Tempat : di dalam kelas, di bawah
pohon berhampiran dengan kawasan lapang
iii. Masyarakat : masyarakat pelajar yang nakal,
masyarakat pelajar yang berani masyarakat guru
Gaya Bahasa i. Simile: Mukanya merah bagai udang
bakar, berlingkar macam ular sawa kekenyangan
ii. Metafora: ibunya dibaluti kesusahan, kotak fikiran, membatukan diri
iii. Peribahasa: sebesar kangkang kera, memasang telinga, jalan pintas
i. Bijak - Cikgu Halil bijak menyelesaikan masalah yang berlaku
ii. Berani - Zalina berani menunjukkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil
iii. Baik hati - Zalina sedia memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Zali
i. Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul ii. Jangan mudah termakan pujukan dan hasutan rakan-rakan iii. Kita hendaklah memaafkan individu yang sedar akan kesilapan yang dilakukan