kssr bidang mengambar aktiviti capan
TRANSCRIPT
MENGGAMBAR
Tahun : 1
Bidang : Menggambar
Aktiviti : Capan
Tema : Alam Semulajadi
Tajuk : Jambangan Bunga
Masa : 60 minit
Media : Alatan: Berus, pallete, bendi, limau , pelepah pisang daun dan batang
betik
Bahan: kertas lukisan, warna air
EMK : Elemen Kreativiti Dan Inovatif
Elemen Keusahawanan
Bahan bantu mengajar : Contoh- contoh corak capan/karya
STANDARD KANDUNGAN
1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenali, menamakan dan memahami bahasa seni visual
yang terdapat pada karya seni.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 : Rupa- organik
2.1.1.2 : Warna –primer dan sekunder
2.1.1.3 : Jalinan- tampak
2.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 : Harmoni- ulangan atau susunan yang terancang
2.1.2.2 : Kesatuan- dalam alam semulajadi
2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni dalam
menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 : Alatan: Berus, pallete, bendi, limau , pelepah pisang daun dan batang
betik
2.2.1.2 Bahan: kertas lukisan, warna air
2.2.2 Menyatakan teknik penggunaan media dalam penghasilan corak terancang teknik capan
2.2.2.1 Teknik- capan (corak terancang)
2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Menghasilkan corak teknik capan
2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual
2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan serta hubung kait antara manusia dengan alam semula jadi
2.4.3 Menghargai karya sendiri , rakan dan nilai komersil
STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik Guru menunjukkan kepada murid contoh-contoh karya corak teknik capan kepada muridGuru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran dan menunjukkan
bahan media yang hendak digunakan (belum dipotong)Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan .
Aplikasi Seni
Guru menunjukkan bahan yang belum dipotong, contoh (batang betik dan limau ) dan menghubungkaitkan dengan bahasa seni visual.Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis bahan-bahan
lain yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik capan.Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan bahan dalam penghasilan corak teknik capan.
Ekspresi Kreatif
Murid membuat penerokaan pada bahagian lipatan pertama kertas lukisan.
Murid menghasilkan corak teknik capan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Guru mengedarkan kertas lukisan dan warna kepada muridGuru menunjukkan cara memotong bahan media iaitu bendi dan
pelepah pisang.
Langkah 2
Bancuhkan warna yang hendak digunakan Sapukan warna yang siap dibancuh tadi diatas permukaan
potongan pelepah pisang dan limau. Capkan pelepah pisang dan limau yang telah diwarnakan dengan
menekankannya pada bahagian hadapan/luar kertas lukisan secara terancang.
Langkah 3
ILUSTRASI AKTIVITI
Ulangi langkah 2 dengan menggunakan warna yang berlainan
Capkan secara terancang sehingga menghasilkan bentuk jambangan bunga.
Apresiasi Seni Murid mempamerkan karya dan menceritakan tentang hasil
karya sendiri dari segi susunan, kekemasan serta fungsi karya seni.
Murid diminta mencari sumber media lain yang ada pada mereka yang boleh digunakan sebagai alat untuk teknik capan.
Guru menerangkan fungsi hasil karya tersebut boleh digunakan sebagai pembalut buku, pembalut hadiah dan sebagainya.