kuih katun
DESCRIPTION
.TRANSCRIPT
KUIH KATUN
BAHAN-BAHAN
500g tepung pulut
2 cawan air(bergantung kepada jenis tepung pulut)
1 sudu kecil air kapur
sedikit minyak masak
daun pisang untuk mengalas
1/2 cawan beras pulut (basuh,tos dan goreng tanpa minyak sehingga kuning)
1/2 biji kelapa parut (yg muda lebih bagus untuk kuih) dan campurkan secubit garam
2-3 kerek besar nnise(gula merah) + 2 cawan air dan didihkan sehingga nnise cairkalau pekat tambah air, biar sedang2 saja
Cara-cara:-
1. Satukan tepung pulut,dan air kapur dan masukkan air sedikit demi sedikit sambilgaul adunan hingga menjadi doh seperti membuat onde2 atau puteri mandi.
2. Sapu minyak pada loyang, alas daun pisang.Letakkan adunan tepung tadi,ratakan dan kukus sampai masak.
3. Gunakan garpu atau lidi untuk menyucuk adunan tadi, jika tidak melekat tandanya kuih dah masak lah..
4. Sejukkan,kemudian potong kecil-kecil sebesar ibu jari tangan,agak2 boleh masuk mulut la..
5. Gaulkan bersama kelapa parut tadi didalam pinggan.
6. Taburkan beras pulut goreng, dan cicah dengan air gula melaka enak sekali.
TEPUNG BUNGKUS
Sumber: Kak Liza via chetambiz.blogspot.compic: jom-masak-memasak.blogspot.com
Tepung Bungkus
Bahan-bahan untuk inti:
-1/2 biji kelapa muda parut-1 ketul gula melaka-2 s/b air-daun pandan
Bahan:
-1 cawan tepung beras-2 cawan santan + sikit garam-Daun pisang untuk membungkus-secubit garam
4 sudu besar tepung pulut [bancuh dgn 1 s/b air)
Cara:
1. Masakkan bahan inti sehingga kering. Bulat-bulatkan. Ketepikan dahulu.2. Ambil tepung pulut yg telah di bancuh sedikit dan leperkan dan masukan inti kelapa yg telah dibulatkan. Bulatkan dan ketepikan.3. Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau hingga separuh masak.4. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan dan bersihkan.5. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.6. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.7. Sejukkan dan hidangkan.
LAKSAM KELANTANLaksam Kelantan ni lain sikit dari yang lain..lain kat mana? kat bentuk laksa tu..lebih sedap dari laksa yang halus2 tu.Kuah pula dari kuah lemak. ditambah ulam-ulaman dan sedikit sambal
nak resepi tak..ni saya bagi ye..
bahan: (untuk buat laksa)
2 cwn tepung beras1/2 cwn tepung gandum2 sudu kecil tepung ubisecubit garam4 cwn air suam
Cara2:
1. Campur semua bahan dan gaul sebati2. Perap dlm setengah jam 4. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api5. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)6. Letak pinggan tu dlm periuk kukusan7. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis8. Kukus sampai keras9. keluarkan dan tunggu suam terus gulung10.gunting sederhana tebal
bahan: (kuah laksam)Kuah: 1/2 kg ikan selayang/sardin/kembungsedikit halia5 biji bawang merahsedikit serbuk lada hitam3 cwn santan (dari 1 biji kelapa)sedikit asam kepingsedikit gula
Buat kuah:1.Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.2.Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.
3.Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang.4.Buang tulang ikan.5.Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan.6.Masakkan bahan kisaran dalam periuk.7.Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.8.Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.9.Tutup api.
Ulam: kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, daun ketumbar- semua hiris halus dan campurkan bersamaTaugeh - direndam dalam air panas sebentarTimun - buang kulit, buang tengah dan hiris panjang
Buat sambal:1. Rebus semua cili selama 5 minit.2.Buang air rebusan dan tumbuk semua cili dengan sedikit garam.3.Tambahkan belacan dan sedikit air perahan limau nipis.
AKOK
AKOK..simple aje nama nya ..kuihnya rasa telur dan manis..ada pelbagai perisa samada pandan, nise(gula melaka), dan jagung. Kalau pergi ke negeri Kelantan kalau tak 'acu cuba try test'(maksudnya try aje tapi panjang berjela ayat dia..hihi) akok nih memang tak sah..ada bentuk 2 jenis akok kedut dengan akok tak berkedut..mesti kurang faham kalau anda tak biasa tengok dan makan..
ni resepi saya paste kat sini..resepi asal dari 1 facebook..cuba try pakai oven pun jadi cuma kena ada oven yang ada api atas bawah
bahan -bahannya:10 biji telur ayam300 gm gula melaka200 ml air400 ml santan2 helai daun pandan1/2 sudu kecil garam70 gm tepung
cara membuatnya:1. masak gula melaka bersama 200ml air hingga larut,masukkan sekali daun pandan yg dicarik2.2. tutup api. biarkan suam.3. masukkan santan & bahan lain. kacau sebati. tapis.4. panaskan acuan akok/ muffin tray. dalam oven 210 degC.5. letak lapisan paling atas dlm oven. masukkan sedikit minyak dlm acuan. biarkan minyak panas.6. tuangkan bancuhan akok setinggi 1".kuih akan mengembang. bila sejuk akan kecut balik
APAM BERAS
Saya masa kecik2 sampailah sekarang suka makan apam beras ni sebab dia lembut dan gebu..dimakan pula dengan kelapa parut..kalau di Kota Bharu biasa makan dengan kuah laksam..sedap jugak..tak caya try..kalau masa berpantang kuih ini je yang boleh makan..yang bubuh telur semua adalah dilarang sama sekali oleh orang tua..tapi kalau pantang sendiri tu bedal aje apa yang ada..hehe
bahan:
- 300gm tepung beras-10 sudu besar gula pasir-1 sudu besar yis-300ml air-3 sudu kecil eno- pewarna-hijau-merah
Cara2:
-adunkan tepung dengan air, yis dan gula-kemudian biarkan semalaman-kemudian setelah dibiar semalaman ,bahagikan adunan kepada 3 dan di bubuh warna-setiap bahagian di bubuh 1 sudu kecil eno dan biarkan sampai berbuih-sediakan periuk kukusan dan panaskan sekali acuan apam dan tuang sedikit adunan kedalam acuan-biarkan hingga masak dan sedia dihidangkan bersama kelapa parut yang digaulkan garam sedikit.
ONDE-ONDE
Kalau time bulan puasa onde-onde pasti banyak dijual di bazar ramadhan..sekarang ni semua makanan harganya mahal..agak berbaloila kalau buat sendiri dan pastinya lagi sedap..ha sapa nak mencuba buat onde-onde ni jom tgk bahan-bahannya.
Bahan-bahan:
-tepung beras pulut-air secukupnya-kapur makan-air daun pandan( daun pandan diblend bersama air dan ditapis)-pewarna hijau-secubit garam-gula melaka9 dipotong 4 segi kecil)-kelapa parut( untuk buat kuih)-air secukupnya untuk rebusan
Cara:
-rebus air dalam satu periuk besar dan tunggu menggelegak-uli tepung pulu bersama air dan kapur makan sedikit dan air daun pandan dan pewarna hijau-uli sampai menjadi doh kental-buat doh kecil2 dan tekan pada tapak tangan sebesar duit 50 sen dan bubuh gula melaka sebagai inti dan tutup menjadi bulat2-masukkan dalam air rebusan tadi dan tunggu sehingga onde-onde timbul barulah kita angkat dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul sedikit garam.-sedia untuk dihidangkan
Resipi Butir Nangka (kuih kelantan)
Bahan-bahan:1. tepung beras pulut - setengah kilo.cukup untuk 3 orang makan2. 5 helai daun pandan - diblend ambil air3. 3 helai daun pandan - disimpul4. setengah sudu besar halba5. santan - sebiji6. sekerek gula melaka7.garam8.air mendidih
Cara-cara:buat doh menggunakan tepung beras pulut.. Tambah air pandan sehingga tepung tidak melekat di tangan dan menjadi doh.ketepikan.
Masak air sehingga mendidih di dalam satu periuk.
Dalam periuk yang lain, masak santan bersama gula melaka, daun pandan yg disimpul, garam dan halba.seimbngkan rasa garam supaya kuah jadi lemak manis.kacau sentiasa.Setelah mendidih, kecilkan api.
Ambil sedikit doh dan gentel menjadi seperti biji nangka. Masukkan ke dalam air mendidih tadi.ulang sehingga habis semua doh.
Biji nangka yang masak akan terapung di bahagian atas air. Cedok menggunakan penapis besi dan terus masukkan ke dalam kuah santan. Kacau sekali sekala.
Ulang sehingga semua biji nangka masak.
Kuih Akok
Bahan-bahan (21 biji)
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula melaka
30 gram tepung gandum
3helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus
Cara cara:
Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga
rata. Tapiskan.
Panaskan oven pada suhu 200C. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya. Masukkan sedikit
minyak dalam setiap acuan.
Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia
akan sedikit mengecut.
Nasi Ayam Paling Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Lauk Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan
Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah
masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam
sekurang kurangnya satu jam.Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam
sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi
penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat
dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar
ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.
Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari
dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.
Nasi Ayam:
Mentega - tak guna
Minyak ayam - saya tambah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.
Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar,
bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk
ayam dan gula mengikut rasa.
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan
masak seperti biasa
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah
Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula,
garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga
likat.
Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.
Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur
Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.
Nasi Ayam Kukus Dengan Ayam Panggang
Nasi Ayam Kukus
Beras dibasuh dan ditos. Tumbuk halia dan bawang putih.
Panaskan butter dan tumis bahan tumbuk, rempah menumis serta daun pandan sehingga wangi. Kemudian dimasukkan beras dan digoreng seketika. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya.
Lepas itu pindahkan ke dalam loyang yang dimasukkan ke dalam bekas pengukus. Kukuslah sehingga nasi masak.
Ayam Panggang
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong empat (4)Minyak zaitun
Untuk paste3 sb bawang besar dikisar2 sb bawang putih dikisar1 sb halia dikisar3 sb kicap pekat1 sb madu1 sb serbuk kunyit1 sb cili kisar1 sk serbuk ketumbar1 sk jintan putih1 sk jintan manis1 sk lada hitamSos tomato, sos cili dan sos plumGaram
Hiasan1 biji kentang4 inci lobak merah dibelah1 biji bawang besar dibelah empat1 batang seleri dipotong sepanjang 2 inci
Cara cara
Rebus ayam sekejap untuk mendapatkan air rebusan ayam. Lumurkan paste keseluruh bahagian ayam. Ayam yang telah dilumur disusun dalam bekas untuk dipanggang yang telah disapu dengan butter.
Masukkan bahan hiasan dalam bekas dan direnjis minyak zaiton.Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama lebih kurang 30 minit. Keluarkan dari ketuhar dan angkat ayam yang telah masak. Bahan hiasan diasingkan dan dicurah sos yang terhasil semasa memanggang ayam.
Boleh lah dihidangkan dengan nasi ayam kukus.
Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci kunyit hidup**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Garam
Minyak untuk menggoreng.
Cara cara:
Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu
diperap. Perap selama 30 minit.
Ikan Patin Gulai Tempoyak
sumber: Mingguan Malaysia
Bahan bahan
1 ekor (1/2 kg) ikan patin
20 biji cili padi - kisar
2 batang serai - titik
1 helai daun kunyit - carik
2 cm kunyit hidup - kisar
1 cawan santan
2 cawan air
4 sudu besar tempoyak
Garam secukup rasa
Cara cara:
Siang dan bersihkan ikan. Kisar cili padi dan kunyit hidup.
Rebus ikan di dalam periuk berisi 2 cawan air dengan kunyit hidup dan cili padi yang telah dikisar,
serai, garam dan daun kunyit.
Apabila mendidih, keluarkan ikan.
Masukkan tempoyak dan santan. Kacau hingga agak pekat.
Apabila mendidih, masukkan semula ikan. Kacau sekejap dan angkat.
Ayam Masak Kerutuk
1 ekor ayam (potong ikut suka)
Bahan bahan kisar
2 labu bawang besar
3 bawang putih
sedikit halia
lain lain
4 sudu besar penuh rempah kerutuk
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 serai dititik
asam keping
sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang utk menumis
garam dan gula
Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)
Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. masukkan bahan yang dihiris dan bahan yang di blend.
Tumis hingga wangi dan kering. boleh juga jika semua bahan di blend sahaja tanpa dihiris. Masukkan
rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit
santan. Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.
Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula. Gula mesti lebih
kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit. sesuaikan kepekatan dan rasanya dan angkat.
Masakan kerutuk berwarna gelap dan berkuah agak pekat.
Ayam Percik Putih
Bahan bahan
Ayam belah 4
6 bawang merah
1/2 inci halia
1/2 asam keping
Garam dan gula
1 cawan santan pekat
1 batang serai
Ayam diperap dengan garam, bawang merah dan halia yang dikisar. Kukus hingga masak. Atau
boleh juga dicelur sahaja atau boleh dibakar terus. Susun dalam pemanggang dan bakar atas dapur
arang.
Blend bawang merah dan halia bersama santan. Masak hingga pekat. Masukkan garam, gula dan
asam keping. Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah.
Kuah percik dilumur pada ayam yang dibakar. Bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga
percik melekat di ayam.
Ayam Percik Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga
separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar,
siapkan bahan kuah.
Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak
sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan
ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.
Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan
Bahan bahan:
Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
7 - 8 biji cili kering
3 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Timun, Kacang Panjang atau Cili hijau Kelantan (jika suka)
Ikan direbus dengan asam keping dan garam seperti gambar di bawah. Kesemua bahan di atas di
blend. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau
selalu. Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah
minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang
yang dipotong.
Singgang tulang lembu
Tulang lembu
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Lengkuas (hiris)
Halia (hiris)
Ketumbar (ditumbuk sedikit)
Asam keping
Cili kering (dipotong)
Garam
Serbuk perasa
Masukkan kesemua bahan di atas bersama tulang ke dalam periuk dan direbus hingga tulang empuk.
Atau boleh juga direbus tulang terlebih dahulu. Masukkan garam dan sesuaikan rasanya.
Teresek Jantung Pisang
Ayam
Hati, kaki atau apa apa jer
Jantung pisang
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit
Rempah ketumbar
Santan
Garam dan gula
Kerisik kelapa
Asam keping
Jantung pisang dihiris, rendam dalam air garam dan diperah bagi mengeluarkan air yang pahit. Blend
cili, bawang bawang, ketumbar, halia, kunyit dan lengkuas. Masak ayam dengan bahan kisar hingga
air agak kering. Masukkan santan, asam keping. Masukkan santan dan masak hingga agak naik
minyak. Masukkan garam dan gula. Masukkan jantung pisang dan akhir sekali masukkan kerisik
kelapa. Sesuaikan rasa dan kepekatan
Kuih Butir Nangka
Bahan-bahan kuah
Santan pekat
2 helai daun pandan - disimpul
Gula dan garam – secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba
Cara memasak:
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa
kacau supaya tidak berketul. Saya masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.
Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api…
Bahan-bahan biji nangka:
1 cawan tepung beras pulut
Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
Pewarna hijau
Sedikit air kapur
Garam
Cara membuat:
Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan
ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula). Terus masukkan doh itu
ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya
dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.
Kuih Onde Onde aka Buah Melaka)
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan:
Tepung pulut (ikut suka berapa banyak)
5 helai daun pandan (jus pandan secukupnya)
Gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]
Sedikit kapur
Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan dan air kapur sedikit demi sedikit hingga adunan boleh
digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Gula melaka dipotong kecil kecil atau dihancurkan sedikit supaya ia cair semasa dimasak.Saya
tak suka rasa gula melaka yang berbiji semasa mengunyah kuih tersebut.
4. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel adunan bulat bulat.
5. Panaskan air hingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan dalam air rebusan
supaya airnya wangi.
6. Masukkan bebola pulut tadi.
7. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
8. Terus golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
9. Bolehlah dihidangkan bersama teh o panas panas.
Nasi Kerabu Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika
mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut.
Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.
Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)
Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan
serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu
dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga
pecah minyak.
Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti
agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.
Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula
Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan
kelapa goreng.
Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan
garam dan gula.
Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Hiris halus kesemua ulam ulaman.
Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.
Lauk pauk
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa jer yang disukai
Kuih Lompat Tikam
Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur
Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam
Pulut Merah
1 cawan pulut
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya
Air gula melaka:
1keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan
Cara lapisan hijau:
Gaul rata semua bahan lapisan hiau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk
diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.
Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak.
Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.
Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke
dalam loyang dan disejukkan.
Cara lapisan putih:
Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan
sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.
Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap
Cara Pulut Merah:
Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam
halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi
dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan
pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.
Cara Air Gula Melaka:
Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. Tapis dan sejukkan.
Cara menghidang:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.
Masukkan juga sedikit pulut.
Kuih Pulut Sekaya Telur
Lapisan Bawah
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sk garam halus
sedikit minyak masak (jika guna santan kotak)
Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.
Kukus dengan semua bahan di atas selama 25 minit. Loyang dialas dengan plastik wrap dulu, jika
mahu terus menggunakan loyang yang sama.