kuiz mengenali bendera
DESCRIPTION
KUIZ MENGENAL BENDERA TING 1,2 DAN 3TRANSCRIPT
![Page 1: KUIZ MENGENALI BENDERA](https://reader036.vdocuments.pub/reader036/viewer/2022082505/563dbac4550346aa9aa7df32/html5/thumbnails/1.jpg)
PANITIA BAHASA MELAYUKUIZ BULAN KEMERDEKAAN ( MENENGAH RENDAH )
KUIZ MENGENALI BENDERA
1.Di dalam Malaysia ada terdapat berapa buah bendera?(A) 13 buah bendera (B) 14 buah bendera (C) 15 buah bendera
2.Warna yang terdapat pada bendera negeri Johor?(A)Putih, Merah dan Biru (B)Kuning, Merah dan Biru (C)Putih, Merah dan Kuning
3.Lambang yang terdapat pada bendera Sabah ialah(A)Gunung Ledang (B)Gunung Tahan (C)Gunung Kinabalu
4.Dua bendera negeri yang terdapat bintang pecah lima ialah(A)Johor dan Melaka (B)Sarawak dan Sabah (C)Perlis dan Negeri Sembilan 5.Dua warna yang terdapat pada bendera Kelantan ialah(A)Merah dan Kuning (B)Merah dan Putih (C)Merah dan Hitam
6. Jalur dalam bendera Melaysia mengandungi berapa jalur?
(A) 14 jalur (B) 13 jalur (C) 12 jalur
7. Bendera negeri manakah yang mempunyai warna putih dan hitam?
(A)Selangor (B)Pahang (C)Kedah
8. Bendera negeri manakah yang terdapat gambar pokok pinang?
(A)Perlis (B)Negeri Sembilan (C)Pulau Pinang
9. Bendera negeri Sarawak mempunyai berapa pecahan bintangnya?
(A)9 pecahan (B)10 pecahan (C)11 pecahan
10 .Bintang dan bulan sabit yang terdapat pada bendera Johor adalah berwarna?
(A)Hitam (B)Putih (C)Kuning
SILA LENGKAPKAN SLOGAN BERIKUT ( Tidak Melebihi 30 Patah Perkataan )
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana _______________________________ ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
NAMA :___________________________________ TINGKATAN :_________________
![Page 2: KUIZ MENGENALI BENDERA](https://reader036.vdocuments.pub/reader036/viewer/2022082505/563dbac4550346aa9aa7df32/html5/thumbnails/2.jpg)
Berbalas Pantun MERDEKA( MENENGAH ATAS )
Datuk Panglima pergi membajakKe tanah rata senja pulangnyaKalau saudari orang yang bijakNegera kita apa namanya?
Ikanlah keli di dalam perahuOranglah buta tangkap buayaKalau saudari ingin nak tahuNegara kita nama Malaysia
Ramalah rama di pohon duriMati ditimpa si buah nangkaKalau saudari orang bistariBulan berapa Malaysia merdeka?
Anak benggali ke kebun nyonyaPetiklah gambus anak MelakaWahai saudari ini jawabnyaTiga puluh satu Ogos Merdeka
Ke pasar lama membeli seraiSinggah bertanya Datuk MenteriKalau saudari orang yang pandaiDi mana letak Ibu Negeri?
Anaklah bilal dari MentakabPergi ke Johor buat kenduriSaudari soal mudah dijawabKuala Lumpur ibu negeri
Lima sekawan Tuah dan JebatLekir Lekiu juga KasturiKalau saudari orang yang hebatSiapakah nama Perdana Menteri?
Asalnya dari Batang KaliBegitu harum nama penyajakWahai saudari semua mengenaliPerdana Menteri Najib bin Razak
Manis rasanya buah pulasanHarum baunya buah cempedakKalau saudari orang yang bijakApakah tema hari kebangsaan?
Terbang burung dan rama-ramaHingga bersama di dahan merantiDi sini lahirnya sebuah cintaItulah jawapan soalan saudari
Buah durian buah berduriEnak isinya tidak terkataJika saudari bijak bestariSiapa pernah menjajah negara?
Hiris kekacang hiris petolaHiris lada juga mentimunWahai saudari ini jawabnyaPortugis Belanda Inggeris dan Jepun
![Page 3: KUIZ MENGENALI BENDERA](https://reader036.vdocuments.pub/reader036/viewer/2022082505/563dbac4550346aa9aa7df32/html5/thumbnails/3.jpg)
Anak gadis meniti di titiSungguh cantik dan rupawanJika saudari bijak sekaliSiapakah bapa kemerdekaan?
Bersimpul mengkuang dalam ikatanMenjadi alas tradisi pinggir kotaTunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan Begitu mudah untuk menjawabnya
Mekar kiambang di dalam tamanDihias cempaka juga serojaCubalah saudari menjawab soalanSiapakah bapa pembangunan negara?
Anggun kebaya disarung nyonyaJadi ikutan pakaian tradisiTun Abdul Razak adalah orangnyaBapa Pembangunan penuh dedikasi
Berdagang barang di pasar atapBuah kurma, tin dan zaitunCubalah saudari lekas menjawabSiapakah dia Tun Hussein On?
Fesyen sedondon cantik warnanyaBerjumpa teman di Jalan TebrauTun Hussein Onn jawapannyaBapa Perpaduan panggilan beliau
Terlanjur berjalan singgah ke pekanMembaca akhbar berita mutakhirWahai saudari cubalah kenalkanSiapakah Tun Dr Mahathir?
Ragi diguna membuat rotiRoti dimakan orang utaraDr M mantan Perdana MenteriBapa Permodenan sentiasa berusaha
Jalan bersama beramai-ramaiMeniti sungai mengguna jambatanKiranya saudari bijak pandaiSiapakah bapa Modal Insan?
Mencari ilmu pergi ke sekolahBersama guru juga rakanJawapannya Datuk Seri AbdullahBapa Pembangunan Modal Insan
Mengail ikan di tepi titiUmpan bagus besar hasilnyaKalaulah saudari bijak bistariSiapakah dia Bapa Transformasi Malaysia?
Halia ditanam bersama kasturiPenyedap rasa banyak khasiatnyaMemang saya bijak wahai saudariNajib Razak Bapa Transformasi Malaysia
Orang Laos orang Kenya
Orang Myammar dan Sri Lanka
Kalau saudari pandai orangnya
![Page 4: KUIZ MENGENALI BENDERA](https://reader036.vdocuments.pub/reader036/viewer/2022082505/563dbac4550346aa9aa7df32/html5/thumbnails/4.jpg)
Apa dilaung Tunku saat merdeka?
Kenangan lara akan terbuku
Pusaka bangsa suka dan duka
Kalimah keramat sebutan Tunku
Tujuh kali laungan merdeka
Sungguh bersabar keringat dirasa
Di ambang merdeka rakyat menanti
Jika benar saudari bijaksana
Merdeka kita sudah berapa kali?
Tentera berani menggenggam pusaka
Melangkah mati nyawa diberi
Lima puluh tujuh tahun telah merdeka
Begitu mudah soalan saudari beri
Terang mentari teranglah bulan
Begitu indah Ciptaan Maha Esa
Cubalah saudari menjawab soalan
Apakah nama bendera negara?
Atur bata samalah rata
Agar binaan tidak goyah
Jalur gemilang bendera kita
Digenggam erat dikibar megah
Semua hamba di sisi Tuhan
Rebah sujud di atas sejadah
Wahai saudari cubalah ceritakan
Di mana tempat terlakarnya sejarah?
Pengembala kambing memerah susu
Pekebun kecil menorah getah
Kalau saudari ingin nak tahu
Di Stadium Merdeka terakam kisah.
![Page 5: KUIZ MENGENALI BENDERA](https://reader036.vdocuments.pub/reader036/viewer/2022082505/563dbac4550346aa9aa7df32/html5/thumbnails/5.jpg)