kuliah 5 faktor tanah yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan
TRANSCRIPT
“SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA”.
SIFAT FIZIKAL TANAH
• Tiga ciri fizikal tanah yg penting:a. warna tanah
b. tekstur tanah
c. struktur tanah
a. WARNA TANAH
• Warna sesuatu tanah dpt menerangkan keadaan fizikal tanah dan kandungannya.
• Warna tanah berbeza mengikut tempat dan lokasi. • Warna tanah yg wujud sesuatu tanah menggambarkan
kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.
Perkaitan antara warna dengan keadaan tanah
KEADAAN TANAH Gelap (hitamkeperangan)
Sederhana gelap(perang kekuningan)
Pudar(kekuningan)
Bahan organikHakisan PengudaraanKetersediaannitrogenKesuburan
Tinggi RendahTinggiTinggi
Tinggi
SederhanaSederhanaSederhanaSederhana
Sederhana
RendahTinggi
RendahRendah
Rendah
WARNA TANAH • Tanah yg gelap warnanya (hitam keperangan) mempunyai
kesuburan yg tinggi kerana tanah jenis ini mempunyai bahan organik, udara dan ketersediaan nitrogen yg tinggi. Tanah ini sesuai utk aktiviti pertanian kerana kurang terdedah kepada hakisan.
• Tanah yg pudar (kekuningan) mempunyai keadaan fizikal yg berlawanan dgn tanah berwarna gelap. Manakala tanah berwarna sederhana gelap (perang kekuningan) mempunyai keadaan fizikal yg sederhana subur.
• Kebanyakan tanah tropika berwarna merah. Walau bagaimanapun, warna ini mungkin berbeza-beza iaitu warna merah hingga kekuningan. Keadaan ini menunjukkan bahawa tahap saliran dan pengudaraan berbeza dlm tanah-tanah tersebut.
WARNA TANAH HURAIAN
Merah - Menandakan kandungan oksida ferum di dalam tanah- Tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik- Tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukit- Tanah ini sesuai utk tnman getah dan kelapa sawit.
Perang - Mengandungi oksida ferum yg bercampur dgn bahan organik
- Mempunyai saliran yg baik
- Tanah ini subur dan sesuai utk kebanyakan jenis tanaman.
Kelabu - Menandakan kandungan oksida ferum dlm tanah yg bekalan
oksigennya telah merosot.
- Mempunyai saliran yg kurang baik utk menakung air
- Tanah jenis ini biasanya menakung air dan kurang beroksida.
- Pengudaraan kurang baik- Pada amnya, tanah jenis ini tidak sesuai utk kebanyakan
tanaman kecuali padi.
Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya.
Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya.WARNA TANAH HURAIAN
Kehitam-hitaman
- Mempunyai kandungan galian mangan oksida atau bahan organik yg tinggi.
- Biasanya menakung air dan mempunyai nilai pH yang rendah.
- Bahan organiknya lambat reput kerana kekurangan oksigen yang perlu dalam proses pereputan.
- Tanah jenis ini tidak sesuai utk kebanyakan tanaman kerana tidak mampu memberi sokongan kepada akar tumbuhan yang besar
- Tanaman yang sesuai ialah nenas dan sayur-sayuran.
Putih - Mempunyai banyak jenis galian tanah liat yg dikenali sbg koalinit.
Kuning - Warna kuning menunjukkan bahawa oksida ferum telah berpadu dgn molekul-molekul air
- Mempunyai saliran yg baik.- Tanah ini lebih lembab berbanding dengan
tanah yang berwarna merah
b. Tekstur Tanah.• Tekstur tanah ialah sifat
kasar atau halusnya sesuatu tanah atau peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat.
Ciri pasir, kelodak dan liat
CIRI-CIRI PASIR KELODAK LIAT
Saiz kumin Paling besar Saiz lebih kecildrpd kuminpasir
Saiz kuminpaling halus
Bentuk kumin
Bulat atau tiada
Bentuk tetap
Tiada bentuktetap
Kepingan nipis
Kandungan
kumin
Kebanyakannya
kuarza(oksida silika)
Kuarza Silikat(mengandungisilika,aluminiumdanmagnesium)serta unsurunsur lain.
Bercas atau tidak
Tidak Tidak Bercas
Ciri pasir, kelodak dan liat
CIRI-CIRI PASIR KELODAK LIAT
Rasa. Gerisik Licin spt tepung
Berasa lekit apabila lembab, keras dan padat apb kering.
Daya penyimpanan air
Rendah Sederhana Tinggi
Saliran Baik Sederhana Kurang baik
Penyimpanan air dan nutrien
Kurang baik Sederhana Kurang ketelapan air
Pengudaraan
Baik Sederhana Kurang baik
Pengelasan Kumin Tanah
NAMA PISAHAN TANAH
DIAMETER KUMIN MENGIKUT SISTEM PERSATUAN SAINS TANAH
ANTARABANGSA (SISTEM ATTERBERG)
Pasir sangat kasar
Tiada
Pasir kasar 2.00 – 0.20mm
Pasir sederhana
Tiada
Pasir halus 0.2 – 0.02mm
Pasir sangat halus
Tiada
Kelodak 0.02 – 0.002mm
Liat Kurang drpd 0.002mm
Tekstur Tanah.• Dpt dikesan melalui cara merasa dgn tangan atau melalui cara
makmal iaitu kaedah mendapan di mana kumin-kumin tanah dibiarkan mendap terlebih dahulu berbanding kumin yg halus.
• Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya telah ditetapkan mengikut sistem pengelasan tekstur tanah.
• Cthnya: Sistem Atterberg menetapkan kumin yg mempunyai diameter 2.00 hingga 0.20mm sbg pisahan pasir kasar.
• Pisahan kelodak mempunyai ciri di antara kumin pasir dan kumin liat dgn saiz kuminnya di antara 0.02 – 0.002mm diameternya.
• Pisahan liat merujuk kepada jenis kumin tanah yang mempunyai ukuran diameter tertentu spt yang ditentukan oleh sistem pengelasan tekstur tanah. Kumin liat mempunyai diameter kurang drpd 0.002mm.
Kelas Tekstur Tanah:• Merujuk kepada satu kumpulan tanah yg mempunyai
sifat kasar dan halus disebabkan oleh kehadiran pasir , kelodak dan liat mengikut peratusan yg tertentu. Sifat ini ditunjukkan oleh petak tertentu pada carta segitiga tekstur tanah.
• Peratus pasir, kelodak dan liat sesuatu tanah ditentukan dalam makmal melalui cara pemendapan. Nilai peratusan ini kemudian digunakan utk menentukan kelas tekstur bagi contoh tanah tersebut dengan merujuk carta segi tiga tekstur tanah.
• Kelas tekstur tanah liat ialah sifat sesuatu contoh tanah yg bertanah liat disebabkan oleh kahadiran kumin tanah liat yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan kumin kelodak dan pasirnya.
Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman:
1. Tanah yg bertekstur kasar spt tanah pasir membenarkan air mengalir dgn mudah.
2. Tanah bertekstur kasar mempunyai lebih banyak liang utk peresapan gas. Pertukaran gas yg baik akan membekalkan oksigen yg mencukupi utk kegunaan organisma tanah.
3. Tekstur tanah akan mempengaruhi kandungan gas dan air di dalam tanah.
4. Tekstur tanah yg lebih halus spt tanah liat membolehkan tanah menyimpan nutrien dan melakukan proses penyerapan nutrien oleh kumin liat.
Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman:
i. Tekstur tanah mempengaruhi proses pemugaran. ii. Tanah bertekstur halus mengandungi byk liat dan
menyukarkan kerja pemugaran.iii. Tanah yg mengandungi terlalu banyak pasir atau
liat mungkin dapat diubah dgn mencampurkan bhn organik mengikut ketersediaan bhn-bhn organik tersebut.
c. Struktur tanah
• Struktur tanah ialah susunan kumin tanah yg terdiri drpd pasir, kelodak dan liat dalam bentuk tertentu.
- Melalui proses pembentukan tanah, kumin-kumin tanah itu akan digabungkan mengikut bentuk tertentu berdasarkan ke adaan kawasan itu. Susunan kumin-kumin itu dinamakan agregat tanah dan akan wujud dalam pelbagai bentuk.
• Tanah yg mengandungi kumin-kumin pasir spt di kawasan pantai dianggap tanah yg tidak berstruktur. Kumin-kumin itu tidak digabungkan kpd bentuk-bentuk tertentu.
4. Struktur tanah• Apb sesuatu tnh sentiasa mengalami tindakan air hujan,
kumin-kumin tanahnya mungkin akan dipisahkan. - Tanah liat yang diasingkan membentuk ketulan-ketulan
besar akan menyebabkan air sukar meresap melaluinya.- Struktur tanah bertekstur halus dapt dibaiki agar lebih
sesuai utk tanaman. Tanah yg bertekstur halus lebih tinggi kandungan tanah liat menyebabkan saliran dan pengudaraan kurang baik. Kumin tanah boleh digabungkan dengan menggunakan bahan organik supaya ciri fizikal dpt diperbaiki.
- Butir rapuh adalah struktur terbaik bagi kebanyakan tanaman kerana berciri rongga.
Kepentingan Struktur Tanah kepada Tanaman
a. Struktur tanah yg baik mengandungi rongga antara agregat yg membenarkan air dan udara meresap dengan mudah. Keadaan ini menghalang air drpd bertakung. Oleh itu akar tanaman mendapat oksigen yg mencukupi.
b. Struktur yg baik menambahkan daya tahan tanah drpd kerosakan fizikal disebabkan oleh hakisan oleh timpaan hujan yg kuat. Kumin yg terpisah mudah ditiup angin atau dilarikan air. Manakala kumin yg bergabung menjadi binaan lebih besar sikar dipindahkan oleh agen hakisan.
a. Struktur yg baik juga dpt mengurangkan kesan ketoksikan gas karbon dioksida dlm tanah. Gas ini lebih mudah meresap ke uadar apabila tanah mempunyai struktur yg baik.
Ciri tanah dengan struktur yang baik:
Agregat tanah (gabungan kumin-kumin tanah)
Filem air mengisi liang halus dalam agregat
Ruang besar antara agregat yang membenarkan resapan gas dan pengaliran air.
Kepentingan Struktur Tanah kepada Tanaman
1.Struktur tanah dpt dibaiki dgn mencampurkan tanah dgn bahan-bahan organik.
2.Semasa proses pereputan berlaku, pelbagai jenis bahan akan dihasilkan termasuklah bahan-bahan yg bertindak sebagai pelekat yang akan menyatukan kumin-kumin tanah kpd susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh yg baik.
JENIS-JENIS STRUKTUR TANAH
JENIS STRUKTUR GAMBAR FOTO
Butir rapuh
Berlapis
Berblok
JENIS STRUKTUR GAMBAR FOTO
Prismatik
Kolumnar
JENIS-JENIS STRUKTUR TANAH
Jenis-jenis tanah yang tidak berstruktur
Berbutir tunggal Berbongkah (massive)
SIFAT KIMIA TANAHpH TANAH• Tanah tropika biasanya bersifat asid kerana mengalami
larut resapan keterlaluan kesan hujan lebat. • Setiap unit perubahan pH akan melibatkan perubahan
sepuluh kali ganda atas kepekatan ion Hidrogen (H+).• pH tanah merujuk kepada keasidan sesuatu larutan dan
ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+). • pH tanah dapat ditentukan dengan :
1. Kaedah Kuhn2. Meter pH
Mengapa pH Tanah Perlu Diukur?
• Untuk menentukan keasidan dan kealkalian tanah.
• Ini dapat menentukan kesesuaian tanah untuk tanaman.
“Pengukuran pH Tanah Dengan Menggunakan
Kaedah Kuhn dan pH Meter”
KAEDAH MENENTUKAN
PH TANAH
Kaedah Kuhn Bahan & Alatan Langkah-langkah Langkah Keselamatan
Kaedah pH meter Bahan & Alatan Langkah-langkah Langkah Keselamatan
Bahan & Alatan
Carta Warna pH
Penyumbat getah
Tabung uji
Air suling
Barium sulfat
Larutan penunjuk universal
Sampel tanah
Bahan & Alatan
Sampel tanah
Larutan Penunjuk Universal
Barium sulfat
Air suling
Tabung uji
Penyumbat getah
Carta Warna pH
Langkah-langkah
Isi tabung uji dengan 2.5 g Barium Sulfat
Tambahkan 2.5 g sampel tanah
Tuang air suling sehingga memenuhi
¾ tabung uji
Ulang guna dua sampel tanah yang lain
Biar beberapa minit. Perhatikan warna larutan dan
padankan dengan Carta warna pH
Sumbat tabung Uji dengan penyumbat
getah. Goncang larutan.
Tambah 2-3 titis Larutan penunjuk
Universal ke dalam tabung uji
Langkah Keselamatan
•Jangan gunakan ibu jari untuk menutup tabung uji semasa menggoncang.
Bahan & Alatan
Bikar 50 ml
Rod kaca Sampel tanah
Air suling
Meter pH
Bahan & Alatan
Meter pH
Air Suling
Sampel tanah
Rod Kaca
Bikar 50 ml
Langkah-langkah
Lakukan tentu ukuranmeter pH menggunakan
larutan tampan yang diketahui pHnya
Masukkan 10g sampel tanah dalam air suling.Tambah 10ml air suling
ke dalam bikar.
Biarkan 20 minit
Cuci hujung elektroddengan air suling
Catatkan bacaan meter pH
Kacau campuran dan masukkan
elektrod meter pH ke dalam
campuran tanah
Ulang eksperimen
menggunakan dua
sampel lain
Langkah Keselamatan
•Pastikan elektrod meter pH dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
Pada pendapat anda, manakah kaedah yang
lebih baik???? (Kaedah Kuhn atau Kaedah pH Meter)
KEASIDAN TANAH• Tanah gambut atau mineral memberi
sifat kemasaman.
• Semakin tinggi kadar ion H+ di dalam tanah, semakin masam tanah tersebut.
• Tanah yang masam mempunyai kandungan jumlah ion H+ lebih tinggi daripada OH-
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEASIDAN TANAH
1. Kandungan Bahan Induk
2. Larutresapan
3. Penggunaan bahan kimia
4. Pereputan bahan organik
5. Penambahan asid karbonik dan asid nitrik
6. Respirasi akar dan organisma tanah
1. Kandungan Bahan Induk
• Banyak tanah di Malaysia berasal daripada Granit.
• Batu granit (kuardza, feldspar dan mika) mengandungi Aluminium.
• Aluminium mengalami hidrolisis lalu mengeluarkan ion H+ yang dapat menurunkan pH tanah.
2. Larutresapan• Pengeluaran bahan kation berbes
seperti Mg2+, K+ dan Ca2+ melalui larutresapan menyebabkan penurunan pH tanah
• Kation yang berbes ini akan digantikan oleh ion H+
3. Penggunaan baja kimia
• Apabila ammonium sulfat dicampurkan dengan tanah, ion ammonium NH+ akan dioksidakan kepada ion nitrat NO3 dan H+ melalui proses nitrifikasi
• Ion H+ akan menurunkan pH.
4. Pereputan bahan organik
Apabila bahan organik mereput, Apabila bahan organik mereput, pelbagai jenis asid organik yang pelbagai jenis asid organik yang
akan merendahkan pH tanah akan merendahkan pH tanah dihasilkan.dihasilkan.
Karbon dioksida bertindakbalas Karbon dioksida bertindakbalas dengan air di atmosfera lalu dengan air di atmosfera lalu
membentuk membentuk asid karbonik.asid karbonik.
5. Penambahan asid karbonik dan asid nitrik
Karbon dioksida + air Asid karbonik
• Tindakan kilat menggabungkan gas nitrogen dan Tindakan kilat menggabungkan gas nitrogen dan oksigen di atmosfera dan menghasilkan gas nitrogen oksigen di atmosfera dan menghasilkan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida.dioksida dan nitrogen oksida.
• Gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida ini Gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida ini bertindakbalas dengan air dan menghasilkan asid bertindakbalas dengan air dan menghasilkan asid
nitriknitrik
Gas nitrogen dioksida + air Asid nitrik Gas nitrogen oksida + air Asid nitrik
Gas nitrogen
oksigen Gas nitrogen oksida
Gas nitrogen dioksida
• Respirasi akar dan organisma tanah akan menghasilkan karbon dioksida.
• Gas karbon dioksida akan bertindakbalas dengan air lalu menghasilkan asid karbonik.
6. Respirasi akar dan organisma tanah
KESAN pH TANAH KEPADA TANAMANKETERSEDIAAN NUTRIEN Nilai pH tanah mempengaruhi ketersediaan
nutrien. Nutrien lebih mudah larut dlm larutan tanah pada
pH tertentu. Ini memudahkan nutrien diambil oleh akar tumbuhan.
Nilai pH yg terlalu rendah akan menyebabkan pembebasan ion ferum dan ion aluminium. Pada nilai pH yang tinggi pula, ion kalsium dan ion magnesium akan dibebaskan.
Keempat-empat ion tersebut bertindakbalas dgn fosfat lalu membentuk sebatian fosfat yg tidak larut. Keadaan ini menyebabkan fosfat kurang tersedia dlm tanah apabila pH terlalu rendah atau terlalu tinggi.
AKTIVITI MIKROB
• Kebanyakan mikroorganisma yg bermanfaat kpd tumbuhan hidup dalam julat pH 5.5 hingga 7.8.
• Mikroorganisma yg menjalankan proses penitratan akan terjejas apabila pH tanah di bawah 5.5 .
• pH tanah yg rendah juga akan merencatkan aktivti cacing tanah.
PENYAKIT TUMBUHAN• Patogen merupakan penyebab
penyakit. • pH tanah yg rendah akan
menyebabkan:i. patogen spt kulat mudah merebak.ii. Tumbuhan sukar memperolehi
nutrien yg diperlukan.iii. Pertumbuhan akan terjejas apabila
pH tanah terlalu tinggi atau rendah.
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Kekurangan boron
Kekurangan nitrogen
Kekurangan ferum
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Kekurangan MgKekurangan Mn
Kekurangan K
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Kekurangan Mn pada queen palm ( Syagrus romanzomana)
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Kekurangan Mg pada pokok Phoenix Canariensis
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Kekurangan Kalium pada Phoenix roebeleni
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Kekurangan Fe pada Syagrus romanzomana (kiri)
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Kekurangan Nitrogen pada bamboo palm
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Kekurangan Kalium
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Tanda kekurangan K
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Kekurangan Mn
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Kekurangan K
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Peringkat awal kekurangan Fe
Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:
Tanda kekurangan Mn
UNSUR PERLU UTK PERTUMBUHAN TUMBUHAN
• Sesuatu unsur dianggap perlu jika:i. Tumbuhan tidak dpt membesar dgn
sempurna tanpa unsur tersebut.ii. Tindakan unsur nutrien adalah spesifik
dan tidak dapat diganti oleh unsur nutrien lain.
iii. Unsur nutrien tersebut bertindak secara langsung dlm tumbuhan, unsur ini tidak mempengaruhi penyerapan unsur lain.
iv. Apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur nutrien tambahan, unsur tersebut akan memperbaiki keadaan kekurangan yg berlaku.
UNSUR PERLU UTK PERTUMBUHAN TUMBUHAN
• Nutrien – nutrien yg diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dapat dibahagikan kepada makronutrien dan mikronutrien. – Makro nutrien diperlukan dalam kuantiti
yg banyak, sementara mikronutrien diperlukan dalam kuantiti yg sedikit sahaja.
UNSUR PERLU UTK PERTUMBUHAN TUMBUHAN• Terdapat 9 unsur makronutrien yg perlu:
Oksigen, karbon, hidrogen, nitrogen, kalium, fosforus, sulfur, kalsium dan magnesium. Unsur karbon, hidrogen dan oksigen dpt diperolehi drpd air dan karbon dioksida melalui fotosintesis.
• Mikronutrien yg diperlukan termasuklah ferum, boron, mangan, zink, kuprum, molibdenum dan klorin.
Peranan nitrogen, fosforus dan kalium dalam tumbuhanUNSUR
UTAMA NUTRIEN
PERANAN DALAM TUMBUHAN
GEJALA KEKURANGAN
Nitrogen Komponen protein utamadiperlukan utk menghasilkanklorofil. Kehadiran nitrogenmempercepat proses tumbesarantumbuhan dan melebihkan hasildaun.
Klorosis (kekuningan)semua bahagiantumbuhan, bermulapada daun tua dahulu.
Fosforus Kehadiran unsur inimempercepatkan pengeluaranakar, bunga dan buah,mempercepatkan kematanganpokok dan menguatkan tangkaibuah-buahan, Fosforusberperanan penting dlmpenghasilan tenaga dandiperlukan di peringkat awalpembesaran tumbuhan.
Daun berwarna hijautua pada amnya dgnkehadiran warnakemerahan atau ungupada daun atau petiolpada sesetengahtumbuhan.
Peranan nitrogen, fosforus dan kalium dalam tumbuhan
UNSUR UTAMA
NUTRIEN
PERANAN DALAM TUMBUHAN
GEJALA KEKURANGAN
Kalium Menolong mempercepatkan pengeluaran bunga dan buah serta tumbesaran tisu meristem. Turut menambah kekuatan pokok serta keupayaan menahan penyakit. Unsur ini diperlukan utk metabolisme kanji, protein dan pengaktifan enzim.
Daun tua mengandungi tanda nekrosis (tisu mati) dengan tepi daun kelihatan spt terbakar, daun muda mungkin menunjukkan klorosis antara urat daun.
AMALAN UTK MEMBAIKI KEADAAN TANAH
• Kesuburan tanah merujuk kepada keupayaan tanah utk menampung pengeluaran hasil tanaman yg memuaskan.
• Kesuburan tanah perlu dijaga supaya pengeluaran tanah dpt dipulihara.
TANAH YANG BERMASALAH DI MALAYSIA:i. Tanah asid sulfat
– Merupakan sejenis tanah yg mengandungi tanah liat dengan pH kurang drpd 3.5.
– Kandungan aluminium dan ferum yg tinggi menyebabkan tanah ini kurang subur.
– Tanaman yg ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksikan aluminium , ferum dan mangan.
Tanah asid sulfat
Ditenggelami air Selepas disalirkan
Air pada tanah berasid
pH < 3.5 + Jarosit
KFe3(SO4)2(OH)6
Berwarna kuning pudar/pucat 2.5Y 8/3
Bahan sulfidik
Atau Horizon C/ lempung laut
Tanah yang bermasalah di Malaysia:
ii.Tanah gambut– Mempunyai kandungan bahan organik yg
tinggi serta saliran yg kurang baik. – Tanah ini tidak memberi sokongan kepada
akar pokok besar. – Oleh itu tanah ini tidak sesuai utk tanaman spt
pokok getah. – Tanah ini berasid dan kekurangan beberapa
mikronutrien spt kumprum, mangan , zink, ferum , molibdenum dan boron.
Tunggul Kayu Belum Reput di Tanah Gambut
Banjir di Tanah Gambut
Tanah gambut
TANAH YANG BERMASALAH DI MALAYSIA:
iii. Tanah bris– Mempunyai kandungan pasir yg tinggi
dan tidak berstruktur. – Tanah ini mempunyai lapisan keras yg
menghalang penembusan akar dan kurang daya penyimpanan air.
– Kekurangan air pada musim panas dan pHnya adalah sekitar 4.3 hingga 5.8.
TANAH BRIS
Lapisan Spodik
Tanah Bris
TANAH YANG BERMASALAH DI MALAYSIA:
iv. Tanah bekas lombong– Mengandungi 80% pasir dan tidak
berstruktur. – Sem. M’sia dianggarkan mempunyai
hampir 200 000 hektar tanah lombong kesan drpd aktiviti perlombongan bijihtimah.
– Tanah bekas lombong terdiri drpd mineral kuarza dan tidak mengandungi air yg banyak kerana peratus ruang rongga yg tinggi.
Tanah Bekas Lombong
TANAH YANG BERMASALAH DI MALAYSIA:
v. Tanah lempung– Tanah lempung ialah tanah yg
mengandungi kandungan liat yg tinggi.
– Kandungan liat yg tinggi menyebabkan tanah itu menjadi lekit apabila basah dan keras apabila kering.
– Jenis tanah ini mempunyai saliran yg kurang baik kerana mempunyai kadar peresapan air yg rendah.
– Tanah ini juga sukar digemburkan.
CARA MEMBAIKI KEADAAN TANAH
a. Pembajaan• Baja dapat dikelaskan kepada baja
kimia dan baja organik.• Baja kimia terdiri drpd bahan kimia
yg membekalkan satu nutrien utama atau lebih.
• Baja organik mengandungi nutrien utama tetapi dlm kuantiti yg lbh rendah drpd baja kimia.
Jenis-jenis dan ciri baja:
JENIS BAJA CIRI-CIRI
Baja lurus / tunggal
Membekalkan satu nutrien utama, manakala baja
campuran dan baja sebatian dpt membekalkanlebih drpd satu nutrien utama.
Baja campuran Terdiri drpd bahan baja yg dicampursecara fiziktetapi tidak disebatikan. Baja ini biasanyamengandungi kandungan nutrien yg rendah.
Baja sebatian Mengandungi nutrien yg telah disebatikan secara
kimia. Kandungan nutriennya disediakan dlmpelbagai nisbah.
Baja lengkap Mengandungi kombinasi semua nutrien utama yg
diperlukan iaitu nitrogen, fosforus, dan kalium.Mikronutrien, campuran enzim dan pengawaltumbuhan semulajadi juga terdapat dalam bajajenis ini.
Contoh Baja Kimia
Baja NPK GreenBaja Kompaun
12:12:12
Butir-butir Baja Kimia
PEMBAJAAN
• Gred baja ialah kuantiti nutrien utama yg terdapat dlm baja.
• Gred baja ditunjukkan berdasarkan peratus nitrogen, peratus fosforus pentoksida dan peratus kalium yg larut dlm air.
• Baja fosfat diletakkan ditepi bijibenih utk menggalakkan pertumbuhan akar pada waktu bijibenih baru disemai. Selepas anak benih membesar, baja nitrogen diberikan utk menggalakkan pembentukan anak pokok yg baik.
BAJA LURUS (TUNGGAL) YG MEMBEKALKAN NUTRIEN UTAMA
NITROGEN FOSFORUS KALIUM
UreaAmmoniumsulfatKalsiumNitratKaliumnitratAmmoniumnitratNatriumnitrat
46% N20% N
15% N
15% N
35% N
16% N
CIRP
Superfosfattunggal
Superfosfatganda dua
Superfosfatganda tiga
35% P2O5
16 -22% P2O5
25 – 30% P2O5
44 – 52% P2O5
Muriatepotasy
Kaliumsulfat
Kaliumnitrat
60 -63% K2O
50 – 53% K2O
44%K2O
Kuantiti nutrien baja organik tinja haiwan berdasarkan bahan kering
Jenis Tinja Haiwan
%N %P %K
Bebiri LembuKhinzirKudaAyam
2.00.71.00.71.6
0.50.20.3
0.150.6
2.30.50.70.41.6
Contoh baja organik:
a. Buangan kelapa sawitb. Hampas kacang tanahc. Tahi lembud. Tahi kelawar (Guano)e. Hampas udangf. Darah kering
Contoh baja organik
Baja tahi kelawar
a. tahi lembu
vanilla cow dung
Contoh baja organik
Pembajaan• Kelemahan baja kimia ialah melalui larian baja
nitrogen ke dalam sumber air. Bekalan yg berlebihan akan menggalakkan pertumbuhan alga. Apabila alga dan tumbuhan akuatik mati, pereputan sisa tumbuhan itu akan mengurangkan bekalan oksigen. Ini disebabkan baja nitrogen mudah larut dlm air dan dibawa ke dalam tanah.
• Baja organik dibuat drpd sisa tumbuhan atau haiwan yg telah reput spt tinja haiwan, kompos dan sisa pertanian.
• Mengandungi banyak unsur karbon dan sedikit sahaja nutrien tumbuhan. Selain drpd membekalkan nutrien, baja ini juga dpt membaiki keadaan fizik tanah. Kuantiti nutrien yg dibekalkan oleh baja organik adalah lebih rendah berbanding dgn baja kimia.
PEMBEKALAN BAJA KEPADA TANAMAN:- melalui beberapa cara:
1. Taburan – Ditabur secara sekata di atas permukaan tanah.
Dilakukan ke atas bahan pepejal iaitu granul atau butiran halus
– Bahan baja yg biasa digunakan ialah CIRP. – Dibiarkan begitu saja atau digaulkan bersama
tanah.– Biasanya dilakukan selepas menyemai bijibenih.– Blh juga diletakkan padasekeliling pangkal pokok
selepas berumur 3 – 4 minggu.– Cara pembajaan ini juga dikenali sbg pembajaan
permukaan dan melibatkan penggunaan baja nutrien.
Pokok Bunga Dedap > Pembajaan dengan kaedah suntikan pada batang
Ladang Bunga Rose dalam Rumah Kalis Hujan dan SeranggaBunga Rose > Semburan Pada
DaunBuah Kelapa SawitKelapa Sawit > Tabur Terus
Koko > Tabur Terus atau suntikan
Tomato > Memasukkan baja pada lubang atau membaja diperparitan
Tanaman PadiSawah Padi – Tabur Terus
JENIS TANAMAN DAN KAEDAH PEMBAJAAN
Kaedah Tabur Terus
Kaedah tabur terus diaplikasikan di kawasan sawah padi
PEMBEKALAN BAJA KEPADA TANAMAN:
2. Alur – Baja diletakkan dalam alur pada jarak 4cm
sebelah kiri dan kanan bijibenih dan kira-kira 5cm di bawah bijibenih.
– Sesuai digunakan utk tanaman yg mudah rosak apabila tersentuh bahan baja spt tomato.
– Blh juga diletakkan dlm jalur 4 – 5 cm dlm sisi barisan pokok. Pembajaan ini biasa dilakukan apabila pokok sudah berumur 4 – 8 minggu.
Cara Alur
PEMBEKALAN BAJA KEPADA TANAMAN:
3. Poket– Dilakukan pada pokok buah-buahan atau
pokok yg ditanam secara tunggal.– Lubang-lubang poket digali sedalam 10 –
15cm dihujung kanopi kerana bahagian ini merupakan zon akar yg aktif.
– Baja diletakkan dlm lubang-lubang poket dan ditutup semula.
4. Semburan daun– Larutan cecair baja blh disembur utk
merawat kekurangan nutrien tertentu khasnya mikronutrien.
– Larutan baja dicampur dgn racun perosak utk disembur.
– Menjimatkan tenaga dan masa.
Cara poket
Rumah Lindungan Hujan dan Kalis Serangga
Kaedah pembajaan yang digunakan: Semburan pada daun tanaman
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MENGGUNAKAN BAJA KIMIA
KEBAIKAN KELEMAHAN
1. baja kimia disediakan dlm btk granul yg mudah digaul dgn tanah
2. dapat dibekalkan kpd tumbuhan melalui semburan daun
3. membekalkan nutrien tunggal atau lebih drpd satu nutrien.
4. disediakan dlm kandungan nutrien yg tinggi utk menjimatkan ruang penyimpanan serta kos pengangkutan.
1. Baja kimia yg diletakkan terlalu dekat dgn bijibenih akan merosakkan bijibenih.
2. Baja kimia yg berlebihan menyebabkan kerosakan secara langsung kpd tumbuhan
3. Baja jenis nitrat ataupun ammonium sulfat meninggalkan kesan ke asidan kepada tanah.
4. baja kimia berlebihan akan mencemarkan bekalan air bawah tanah.
PENGAPURAN
• Bahan kapur ialah bahan yg mengandungi kalsium (Ca).
• Terdapat juga kapur yg mengandungi bahan tambahan spt magnesium (Mg).
• Keberkesanannya ditentukan oleh kehalusan bahan kapur dan kandungan bahan kimianya.
Tujuan pengapuran ialah:
1. Mengurangkan keasidan tanah2. Membekalkan nutrien tumbuhan
- kalsium dan magnesium3. Membaiki agregat tanah
- meneutralkan cas-cas negatif pd kumin-kumin tnh dan menggalakkan kumin-kumin tanah bercantum. - Selepas penggumpalan berlaku, kumin-kumin tanah dilekatkan oleh pelekat yg dihasilkan oleh pereputan bahan organik. - Melalui proses ini lebih byk agregat tnh terbentuk. - Proses membina agregat tanah dinamakan proses pengagregatan tanah.
Faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum pengapuran:
1. Jenis tanaman– Getah dan kelapa sawit dpt tumbuh di atas
tanah berasid– Nenas juga toleren hingga pH 3.5 dan tidak
memerlukan bahan kapur yg banyak.– Koko tidak sesuai dgn kawasan berasud, oleh itu
perlukan pengapuran utk mengawal keasidan tanah.
2. Jenis bahan kapur– Kapur dolomit ( kalsium dan magnesium)– Kapur tohor ( kandungan kalsium tinggi ttp
sukar digunakan)
Faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum pengapuran:3. Jenis tanah
– Tanah jenis asid sulfat dan tnh gambut blh dirawat dgn bahan kapur.
– Pengapuran berlebihan akan mengakibatkan ketoksikan mikronutrien.
4. Kandungan bahan organik– Bahan organik dpt menyerap kation
spt hidrogen. Ion-ion Hidrogen yg terjerat itu akan menentang tindakan kapur utk mengubah pHnya.
Pemugaran• Adalah proses memecah dan
melonggarkan ke adaan tanah yg padat.
• Merangkumi kerja menggembur dan menghapuskan rumpai.
• Sebelum menanam, beberapa operasi persediaan tanah biasanya dijalankan.
• Operasi ini dibahagikan kpd:i. Pemugaran primerii. Pemugaran sekunder.
Tujuan pemugaran primer• Menyediakan permukaan tanah yg sesuai
utk dikerjakan oleh alat pemugaran sekunder.
• Memotong dan membalikkan tanah
• Memecah dan melonggarkan lapisan tanah keras
Tujuan pemugaran sekunder1. Menghasilkan keadaan tanah yg cukup halus
utk menanam atau menyemai2. Menyediakan batas tanaman3. Memusnahkan atau mengawal perosak4. Menimbus dan menggaul sisa tumbuhan5. Memusnahkan rumpai6. Mencampurkan baja dan kimia pengawal
perosak.
***Pemugaran yg kerap tidak digalakkan kerana akan merosakkan struktur tanah. Bahan organik yg terdedah akan cepat diuraikan. Kumin tanah lebih cepat dilarikan oleh air hujan.
PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN HAKISAN
JENIS HAKISAN
CIRINYA
HakisanPermukaan
Hakisan peringkat awal, pd prkt ini satu lapisan
nipis permukaan tanah akan hilang.
Hakisan alur Hakisan pada peringkat kedua. Kerosakanjenis ini masih blh dipulihkan.
Hakisan Lurah Hakisan jenis alur dibiarkan tanpa dikawalmaka hakisan lurah akan terhasil. Kerosakan
iniamat sukar dipulihkan.
Hakisan Permukaan
Hakisan Permukaan
Hakisan Alur (Rill Erosion)Hakisan Alur (Rill Erosion)
kesan laluan airkesan laluan air ukuran kedalaman < 1 meterukuran kedalaman < 1 meter
Hakisan Alur
Hakisan Lurah
Hakisan Lurah
Hakisan Lurah
Hakisan lurah (Gully Erosion) Kedalaman Hakisan lurah (Gully Erosion) Kedalaman > 1 meter> 1 meter
Prinsip pencegahan dan pengawalan hakisan tanah adalah:
1. Melindungi permukaan tanah
2. mengelakkan pengaliran air drpd melalui saluran sempit
3. Mengurangkan kelajuan larian air
Kaedah untuk mencegah hakisan tanah:1. Menanam penutup bumi
- Jenis tumbuhan kekacang:
Centrosema pubescens
Calopogonium mucunoides
- tugasnya ialah menutup permukaan tnh dgn sempurna.
- kekacang blh mengikat nitrogen dan akan meningkat kesuburan tanah jika sisa tumbuhan digaulkan dgn tanah.
Centrosema pubescens
Calopogonium mucunoides
Kaedah untuk mencegah hakisan tanah:2. Membuat teres
• Bertujuan utk mengelakkan air hujan drpd mengalir terus menerusi lereng-lereng bukit.
• Memperlahankan larian air.
Kaedah untuk mencegah hakisan tanah:3. Menanam mengikut kontur
– Kawasan-kawasan yg curam yg ditanam dengan tanaman getah dan kelapa sawit
– Dengan menggunakan penanaman mengikut kontur akan dpt mengelakkan air hujan drpd mengalir menuruni sepanjang lereng bukit.
4. Membuat sungkupan
Kaedah untuk mencegah hakisan tanah:
5. Menanam secara jalur– Pokok ditanam mengikut jalur yg
merentasi lereng bukit atau kawasan curam.
– Tujuannya ialah utk mengelakkan air drpd mengalir terus di sepanjang kawasan curam.
– Mengelakkan tanah dibawa lari oleh air.
6. Membina sistem perparitan– Sistem saliran yg terdiri drpd parit-
parit blh memindahkan air yg berlebihan dr permukaan tanah.
“Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.”