kuliah keempat.pdf

16
BML 301 FONETIK DAN FONETIK BAHASA MELAYU PROSES FONOLOGI BAHASA MELAYU KULIAH 4

Upload: syed-akil

Post on 25-Oct-2015

123 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Fonetik

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah keempat.pdf

BML 301FONETIK DAN FONETIK BAHASA MELAYU

PROSES FONOLOGI BAHASA MELAYU

KULIAH 4

Page 2: Kuliah keempat.pdf

Dengan berpandukan proses fonologi, transkripsi suatubahasa itu mudah dilakukan. Sebaliknya, jika kita melakukantranskripsi berdasarkan intusi kita sendiri, sudah pastitranskripsi tersebut tidak dapat dilakukan secara konsistenkrn intusi seseorang itu berbeza‐beza antara satu sama lain dan mudah dipengaruh oleh dialeknya sendiri. Antara proses fonologi yg penting dan terlibat secaralangsung dengan transkripsi ialah pengglotisan, pengguguran /r/, geminasi, perendahan vokal tinggi, penengahan vokal, penyisipan hentian glotis [/], penyisipangeluncuran [w, y] dan penyisipan faringgal [÷].

Pengenalan

Page 3: Kuliah keempat.pdf

Penglotisan ialah proses sesuatu fonem berubahmenjadi hentian glotis. Dalam BM, konsonan velar /k/ dan /g/ yang berada di posisi koda atau di akhir kata dalam suatu kata akan dioutputkansebagai konsonan hentian glotis. Contoh dalamperkataan /kakak/ [kaka/], /mak/ [ma/], /siksa/ [si/s´] dan /ragbi/ [ra/bi]. 

Pengglotisan

Page 4: Kuliah keempat.pdf

Pengguguran /r/

Dalam BM, konsonan /r/ di posisi koda dan di akhir kata tidak dibenarkan hadir pada struktur permukaan dan konsonan ini mengalami pengguguran. Contoh: 

/tukar/  [tuka]  /bakar/  [baka] /t´rkena/  [t´ken´]  /p´rlu/  [p´lu]/b´rlari/    [b´lari] /c´m´rlaN/  [c´m´laN]

Page 5: Kuliah keempat.pdf

GeminasiGeminasi ialah proses satu konsonan menjadi dua konsonan yang sama secara bergugus. Dalam BM, geminasi ini berlaku di sempadan akhiran apabila kata dasar yang diakhiri konsonan menerima akhiran /an/ atau /i/. Contoh /jalan‐i/  [jalanni] /t´man‐i/  [t´manni] /pulas‐an/  [pulassan] /bawah‐an/  [bawahhan]/masak‐an/  [masakkan]  [masa/kan] (/k/ di koda menjadi glotis)/tukar‐an/ tukarran [tukaran]* (/r/ pertama digugurkan krn 

tidak dibenarkan berada di posisi koda)

Page 6: Kuliah keempat.pdf

Perendahan Vokal Tinggi

Perendahan vokal ialah proses vokal tinggi menjadi vokal rendah. Dalam BM, vokal tinggi /i/ dan /u/ mengalami perendahan vokal kepada vokal [e] dan [o] apabila vokal tinggi itu berada pada suku kata tertutup di akhir kata.  Cth:

/buluh/  [buloh]  /susuh/  [susoh], /b´lum/  [b´lom]  /pilih/  [pileh], /cicir/  [cice]  /cantik/  [cante/].

Page 7: Kuliah keempat.pdf

Penengahan Vokal

Vokal yang berubah menjadi vokal schwa [´] dalam kata dikenali sebagai penengahan vokal. Dalam BM, vokal rendah /a/ akan berubah menjadi vokal tengah [´] apabila vokal itu berada di akhir kata. Contoh: 

/saya/  [say´]  /mana/  [man´] /lama/  [lam´]  /k´tawa/  [k´taw´], /bahaya/  [bahay´]

Page 8: Kuliah keempat.pdf

Penyisipan Hentian Glotis

Penyisipan konsonan  hentian glotis dalam BM, berlaku apabila dua vokal berurutan dan penyisipan ini tidak berlaku dalam kata dasar sebaliknya hanya berlaku di sempadan awalan, akhiran, kata ganda dan kata majmuk. Contoh: 

/diambil/  [di/ambel]  /juruazan/ [juru/azan] /gunaan/  [guna/an] /kaki ayam/ [kaki/ayam], /anai‐anai/ [anai/anai].

Page 9: Kuliah keempat.pdf

Penyisipan Geluncuran [w] dan [y]

Dalam BM, penyisipan geluncuran berlaku dalam urutan vokal apabila vokal pertama dalam urutan vokal itu terdiri daripada vokal tinggi /i/ dan /u/. Hal ini berlaku hanya dalam kata dasar dan kata dasar + akhiran /an/ dan /i/. Contoh: 

/buah/  [buwah] /diam/  [diyam] /kuah/ [kuwah] /dian/ [diyan]/guruan/  [guruwan] /tarian/  [tariyan]

Page 10: Kuliah keempat.pdf

Penyisipan Faringgal

Dalam BM, penyisipan faringgal [÷] berlaku di antara dua urutan vokal yakni dalam kata pinjaman bahasa Arab. Vokal yg mendahului faringgal itu menjadi nasal. Cth: 

/maaf/  [ma÷a)f] saat/  [sa÷a)t] /taat/ [ta÷a)t]/said/ [sa÷e )d]/muamalat/ [mu÷a)malat]/mualaf/ [mu÷a)laf] 

Page 11: Kuliah keempat.pdf

PemfaringgalanPemfaringgalan ialah proses suatu fonem berubah menjadikonsonan faringgal. Dalam BM, proses pemfaringgalanberlaku dalam dialek Utara iaitu di negeri‐negeri PulauPinang, Kedah, Perlis dan bahagian Perak Utara. Proses iniberlaku apabila konsonan /r/ di akhir kata berubah menjadikonsonan faringgal [÷]. Cth konsonan /r/ dalam dialek Melayuberubah menjadi faringgal ialah:/tawar/  [tawa÷] /bakar/  [baka÷] /tukar/ [tuka÷]/t´rjun/ [t´:jon]

Page 12: Kuliah keempat.pdf

Penasalan VokalVokal menjadi nasal apabila menerima fitur nasal daripada jirannya. Dalam BM, penasalan vokal ini adalah boleh diramal dan berlaku apabila vokal mendahului konsonan nasal dalam kata dasar dan di sempadan imbuhan. Proses penasalan vokal dalam BM hanya berlaku secara progresif sahaja yakni vokal menjadi nasal kerana menerima fitur nasal dari belakang atau dari sebelah kiri. Konsonan hentian glotis ///, geluncuran /w, y/ dan frikatif /h/ adalah tranperen kepada penyebaran fitur nasal daripada konsonan nasal. Contoh; /mana/  [ma )n´)] /¯a¯i/  [¯a)̄ i)] /mayaN/ [ma)ya )N] /mawas/ [ma )wa)s]/mahal/ [ma)ha)l] /guna‐an/  [guna )/a)n]

Page 13: Kuliah keempat.pdf

Asimilasi HomorganikAsimilasi ialah proses sesuatu fonem berubah kerana mengambil fitur jirannya. Jika asimilasi melibatkan fitur titik artikulasi, asimilasi itu dikenali sebagai asimilasi homorganik. Dalam BM, asimilasi homorganik ini berlaku dalam kata dasar dan kata morfologi yakni apabila konsonan nasal di sempadan awalan mengambil fitur titik artikulasi konsonan didepannya dan menyebabkan konsonan nasal /N/ (diakhir kata prefik /m´N/ atau /p´N/) berubah menjadi nasal homorganik [m, n, ¯, N]. Ini dikenali sebagai asimilasi nasal homorganik. Contoh /pandan/  [pandan], /sampan/  [sampan], /m´N+pukul/ m´mpukul [m´mukol], /p´N+tulis/ m´ntulis  [penules], /m´N+bawa/  [m´mbaw´], /m´Nguris/  [m´Ngures].

Page 14: Kuliah keempat.pdf

PengguguranKonsonan tidak BersuaraDalam BM, konsonan mengalami pengguguran selepas proses asimilasi nasal homorganik. Pengguguran ini berlaku hanyapada konsonan tidak bersuara di sempadan awalan sahaja. Sebaliknya, Jika konsonan yang mendahului nasal itu ialahkonsonan bersuara, maka konsonan bersuara itu tidakdigugurkan. Contoh pengguguran obstruen ialah

/p´N+pukul/  p´mpukol [p´mukol], /p´N+tanda/  p´ntand´ [p´nand´] /p´N+karaN/  p´NkaraN [p´NaraN]./p´N+bawa/  p´mbawa [p´mbawa]*

Page 15: Kuliah keempat.pdf

Kuiz 2 (10%)

Soalan:Berikan definisi proses‐proses fonologi bahsa Melayu berikut:

a.  Pengglotisanb.  Pengguran konsonan /r/c.  Asimilasid.  Penrendahan vokale.  Geminasi

Page 16: Kuliah keempat.pdf

SEKIAN…..

TERIMA KASIH