kulliyyah languages and management · melibatkan teks, video, audio dan watak maya. interaksi dalam...
TRANSCRIPT
KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT
KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER
(BMCO 4105)
Tajuk Tugasan :
LAPORAN APLIKASI FACEBOOK DALAM HUBUNGAN
INTERPERSONAL INTERNET
Nama Pelajar : AMIRA IDAYU BINTI AZLAN
No. Matrik : 1516692
Pensyarah : DR. ROSSENI BINTI DIN
PENGENALAN
Menjangkau tahun 2020, pelbagai perubahan dalam menghayati kehidupan selepas
arus pasca permodenan telah dicetuskan hasil daripada kesan globalisasi dunia.
Perkembangan teknologi saban hari telah memberikan peluang untuk manusia untuk
bereksperimen dengan sesuatu perkara secara lebih terperinci. Penggunaan internet telah
menjadi salah satu gaya hidup dan rutin kehidupan masyarakat tanpa mengira lapisan umur
dan generasi. Hal ini kerana kemudahan teknologi yang semakin canggih membolehkan
setiap orang dapat mengaksesnya bukan sahaja menerusi penggunaan komputer mudah alih
malah menerusi telefon pintar yang dilengkapi kemudahan melayari internet. Media dan
teknologi telah menjadi medium yang amat berguna kepada manusia sebagai alat pemudah
cara bagi pelbagai aktiviti yang ingin dilakukan oleh masyarakat di seluruh dunia.
Perkembangan Internet telah mempercepatkan kemampuan komunikasi masa kini,
malah juga telah merevolusikan proses pembentukkan hubungan manusia serata dunia.
Kepesatan perubahan teknologi membawa impak besar dalam kaedah komunikasi antara
masyarakat sejagat di dalam dunia. Internet digunakan oleh masyarakat sebagai alat interaksi
dan memberikan kemudahan untuk mereka bersosial. Internet juga dapat membentuk
perhubungan jangka masa panjang malah boleh berkembang secara realiti dalam kehidupan
sosial mereka. Interaksi dalam talian merupakan medium terbaik untuk menyampai dan
mendapatkan maklumat dengan pantas dan menyeluruh sama ada tempatan atau global.
Masyarakat boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dan pada bila-bila
masa.
Hubungan interpersonal merupakan salah satu hubungan yang terbentuk melalui
komunikasi pengantaraan komputer. Hubungan interpersonal adalah salah satu bentuk
komunikasi di mana seseorang bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi juga
menentukan kadar hubungan interpersonalnya yang menentukan ikatan kuat di antara
individu, atau hubungan antara sekumpulan manusia. Hubungan Interpersonal dalam talian
melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan
masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat secara global.
Penggunaan jaringan sosial internet kini mempunyai kemampuan yang hebat hasil daripada
gabungan tiga elemen utama; iaitu Teknologi, Perbualan dan Perkongsian Maklumat.
Fenomena Facebook, Twitter, Instagram dan laman jaringan sosial lain yang melanda
masyarakat hari ini adalah seiring dengan kemajuan dunia siber (Majeed, 2012). Penggunaan
jaringan sosial ini sememangnya telah memudahkan lagi masyarakat berinteraksi dalam
talian. Pelbagai aplikasi telah dicipta untuk bagi memudahkan komunikasi bersemuka dalam
talian. Aplikasi Facebook adalah salah satu jaringan sosial internet telah melahirkan bentuk
komunikasi baharu yang mengintegrasikan komunikasi massa dengan komunikasi
interpersonal. Kemunculan Facebook yang lebih ramai pengikutnya berbanding jaringan
sosial lain seperti Twitter, MySpace, Hi5 dan sebagainya telah berjaya menghubungkan dan
menggabungkan komuniti masyarakat dunia untuk berhubung dan berinteraksi dengan orang
lain. Aplikasi ini telah mewujudkan pelbagai jenis interaktiviti baharu seperti kumpulan
sembang, kumpulan maya, dan komuniti dalam talian. Kertas kerja ini akan membincangkan
mengenai aplikasi Facebook, iaitu Messenger dan Facebook Live yang boleh dimanfaatkan
dalam usaha mengembangkan hubungan interpersonal dalam talian.
LATAR BELAKANG KAJIAN
1. MOTIF INTERAKSI DALAM TALIAN
Teknologi dan internet sentiasa berkembang dari masa ke masa melibatkan
komunikasi merentas masa dan ruang dengan keupayaannya yang membolehkan sesiapa
sahaja berinteraksi dengan individu lain atau kumpulan di luar persekitaran fizikal bagi
membentuk, mengekal dan memperkukuh hubungan sosial. Interaksi sosial dalam ruang siber
ini dilihat telah mengubah bentuk komunikasi manusia. Masyarakat tidak perlu lagi keluar
dari rumah untuk mendapatkan maklumat dan berita. Mereka hanya perlu berinteraksi secara
maya untuk mendapatkan dan menyebarkan maklumat secara dalam talian.
Selain itu, interaksi dalam talian membantu seseorang yang tidak mempunyai
keyakinan diri. Komunikasi dalam talian mengurangkan formaliti dan menghasilkan
hubungan yang lebih erat pada peringkat awal perkenalan berbanding secara komunikasi
secara bersemuka (Cummings, Butler dan Kraut, 2002). Melalui interaksi dalam talian ini
sedikit sebanyak membantu seseorang mengeluarkan buah fikiran, perasaan dan pendapatnya
kepada khalayak tanpa merasa kurang yakin ataupun malu seperti yang kebanyakkan berlaku
semasa interaksi bersemuka. Sememangnya komunikasi bersemuka masih penting, namun
bentuk komunikasi ini perlahan-lahan digantikan dan dilengkapi oleh komunikasi
berperantaraan, iaitu media interpersonal dan media baharu, termasuk jaringan sosial dalam
talian. Hal ini membolehkan setiap orang bebas untuk berkongsi mengenai apa sahaja yang
ingin disampaikannya.
2. HUBUNGAN DALAM TALIAN
Hubungan boleh didefinisikan sebagai kesinambungan interaksi antara dua orang atau lebih
yang memudahkan proses pengenalan satu sama lain. Secara umum, hubungan terbagi
menjadi hubungan positif dan negatif. Hubungan positif terjadi apabila kedua pihak yang
berinteraksi merasa saling menguntungkan satu sama lain dan ditandai dengan adanya timbal
balik yang serasi. Manakala, hubungan yang negatif terjadi apabila suatu pihak merasa sangat
menguntungkan sementara pihak yang lain merasa merugikan. Dalam hal ini, tidak ada
keselarasan timbal balik antara pihak-pihak yang berinteraksi. Selain itu, hubungan dapat
menentukan tahap keselesaan antara pihak yang berinteraksi. Semakin akrab pihak yang
berinteraksi , hubungan tersebut akan dibawa kepada tahap yang lebih tinggi.
Populariti interaksi dan hubungan siber di dunia telah meningkat secara dramatik dalam
beberapa tahun kebelakangan ini. Internet khususnya menyediakan konteks dan saluran lain
untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali untuk pertama kalinya, memulakan
perbualan yang bermakna dan membina hubungan jangka panjang yang stabil, serupa dengan
interaksi bersemuka (Walther & Burgoon, 1992 ). Hubungan dalam talian ini melibatkan
teks, video, audio dan watak maya. Ia boleh berlaku melibatkan pelbagai jenis masyarakat
yang berlainan negara, budaya dan agama di seluruh dunia. Walther (1996) berpendapat
bahawa terdapat tiga jenis hubungan yang dikembangkan melalui komunikasi pengantaraan
komputer iaitu impersonal, interpersonal dan hiperpersonal.
i. Impersonal
Komunikasi yang digunakan secara meluas kepada khalayak dengan menggunakan media
massa sebagai alat untuk menyampaikan maklumat. Namun, maklumat yang disampaikan
kurang mendapat maklum balas, sehingga mesej yang disampaikan bersifat satu arah.
Manfaat dari hubuungan interaksi Impersonal adalah maklumat sampai kepada ramai pihak
atau lapisan masyarakat secara singkat, berbeza dengan hubungan interpersonal yang hanya
dapat dalam menyampaikan maklumat dalam bilangan yang sedikit dan tertentu.
ii. Interpersonal
Hubungan komunikasi yang berlaku antara oleh dua orang atau lebih secara tatap muka,
ataupun melalui media elektronik. Hubungan ini melibatkan interaksi sesama penutur, dua
arah dan sama ada secara verbal dan non verbal. Mereka saling berkongsi informasi dan
perasaan antara individu dengan individu atau antara individu di dalam kelompok kecil
(Febrina, 2008). Komunikasi interpersonal memiliki tujuan untuk menjalinkan hubungan,
keakraban dan menciptakan persepsi yang sama. Lazimnya, komunikasi interpersonal lebih
efektif dalam menyampaikan maklumat, kerana berlakunya maklum balas secara langsung
antara penutur dan pendengar. Uniknya, komunikasi dalam hubungan interpersonal ini
memiliki simbol-simbol khusus dan hanya dimengerti oleh kedua penutur komunikasi,
sehingga orang lain tidak mengerti dengan bahasa atau simbol-simbol tersebut misalnya
komunikasi interpersonal antara dua sahabat, suami-isteri, majikan dan pekerja serta guru dan
Pelajar.
iii. Hiperpersonal
Hubungan yang melibatkan komunikasi menggunakan komputer sebagai pengantara boleh
menjadi hiperpersonal kerana komunikasi jenis ini mengatasi interaksi tatap muka. Bentuk
interaksi ini dapat memberikan pengirim maklumat kelebihan komunikasi atas interaksi tatap
muka tradisional. Apabila dibandingkan dengan interaksi tatap muka secara umum,
penghantar mesej hiperpersonal mempunyai keupayaan yang lebih besar untuk
mengembangkan strategi dan memperbaiki cara membentangkan dirinya, yang membolehkan
perwakilan diri dari satu individu ke individu lain menjadi lebih selektif dan optimum. Istilah
hiperpersonal dicipta oleh Joseph Walther (1996) untuk menggambarkan jenis komunikasi
yang berlaku dalam komunikasi berasaskan teks. Komunikasi hiperpersonal berlaku apabila
seseorang berasa selesa menonjolkan diri mereka dalam saluran komunikasi melalui media
dan bukan komunikasi secara langsung. Sebagai contoh, seseorang yang tidak mahir dalam
komunikasi tatap muka lebih tertarik untuk menulis apa yang mereka alami setiap hari di
dalam blog. Melalui penulisan, seseorang itu bebas menceritakan pengalamannya secara
konseptual dan lebih terperinci berbanding ketika berkomunikasi secara langsung. Di
samping itu, mereka juga boleh meletakkan gambar untuk mengukuhkan lagi cerita dan
mempunyai dokumentasi pengalaman hariannya.
3. KRITERIA UNTUK MENGENALI HUBUNGAN INTERPERSONAL
DALAM KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER
Hubungan interpersonal boleh digambarkan sebagai hubungan jangka panjang antara dua
orang atau lebih. Hubungan interpersonal atau lebih dikenali sebagai hubungan rapat adalah
satuan secara berkala dan juga mungkin berdasarkan cinta, urusan perniagaan, perpaduan
atau komitmen sosial yang lain. Penyatuan ini termasuk hubungan persaudaraan, keluarga,
persahabatan dan kenalan. Hubungan ini memerlukan usaha yang paling banyak untuk
memelihara dan mengekalkan serta dapat memberi sesuatu perasaan dari hubungan yang
terjalin. Selain itu, hubungan interpersonal boleh terbentuk dalam konteks pengaruh sosial,
budaya dan lain-lain. Konteksnya boleh berbeza mengikut hubungan keluarga atau
persaudaraan, persahabatan, perkahwinan, hubungan dengan rakan, kerja dan tempat ibadah.
Mereka mungkin dikawal oleh undang-undang, norma masyarakat, atau persetujuan bersama
dan menjadi asas kepada kumpulan sosial dan masyarakat secara keseluruhan.
Hubungan interpersonal biasanya dilihat sebagai hubungan antara individu, seperti
hubungan intim atau hubungan ibu bapa dan anak. Individu juga boleh mempunyai hubungan
dengan kumpulan manusia, seperti hubungan antara pensyarah dan pelajar, bapa saudara dan
keluarga, atau seorang pemimpin dan sebuah bandar. Akhir sekali, kumpulan atau bahkan
negara mungkin mempunyai hubungan dengan satu sama lain. Teori hubungan interpersonal
cenderung untuk mengkaji faktor-faktor yang melibatkan kedua-dua cara individu yang
pertama kali memulakan (Mesch & Talmud, 2007; Morahan-Martin & Schumacher, 2003)
dan membangun hubungan dengan orang lain, dan bagaimana hubungannya dapat dikekalkan
dari masa ke masa.
Brown dan Brown (2006) menggunakan istilah Teori Pelaburan Selektif (SIT) untuk
menerangkan pelaburan masa dan emosi dalam penyelenggaraan hubungan. Menurut teori ini
hubungan rapat yang dijalin oleh ikatan sosial memerlukan kos pelaburan masa dan tenaga
dalam jangka panjang yang berharga (CLI) untuk mengekalkan hubungan. Ini amat relevan
dalam hubungan ibu bapa dan anak. Brown dan Brown (2006) menyimpulkan bahawa
hubungan penyelenggaraan bermotivasi dari perspektif altruistik, seperti menjaga orang sakit
atau cedera, dan melindungi keluarga atau rakan sekerja semasa konflik atau perang. Mereka
mencadangkan ikatan sosial mengatasi kepentingan diri sendiri dan memotivasi pelaburan
yang berharga pada orang lain. Berbeza bagi Dunbar (1998), beliau mengenal pasti faktor
motivasi sebagai mementingkan diri dan hubungan yang dijalankan untuk mengelakkan
emosi negatif, ketidakselesaan dan kesepian.Tambahan lagi, komunikasi interpersonal yang
berjaya mampu mengekalkan hubungan baik dan dalam jangka masa yang lama.
Faktor keberhasilan komunikasi dilihat dari sudut pendengar.
Pendengar akan mudah menerima dan mencerna maklumat yang diberikan oleh
penutur
Pendengar harus bersikap ramah dan pandai bergaul agar tercipta proses komunikasi
yang lancar.
Pendengar harus memahami dengan siapa dia berbicara.
Pendengar bersikap bersahabat dengan penutur.
Faktor keberhasilan komunikasi dilihat dari sudut maklumat
Maklumat komunikasi interpersonal perlu dirancang dan disampaikan sehingga dapat
menarik perhatian pendengar.
Lambang-lambang yang didigunakan dapat difahami oleh kedua belah pihak, iaitu
penutur dan pendengar
Mesej-mesej tersebut disampaikan secara jelas dan sesuai dengan keadaan dan situasi
setempat.
Sediakan informasi yang praktik, berguna, dan membantu pendengar melakukan
tindakan yang diinginkan.
Mencadangkan solusi dan langkah-langkah untuk membantu pendengar
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
4. MODEL PENGURUSAN TANGGAPAN DALAM KOMUNIKASI
PENGANTARAAN KOMPUTER
Menurut model pengurusan tanggapan oleh O'Sullivan (2000), individu akan lebih memilih
untuk menggunakan saluran pengantaraan daripada bersemuka dengan situasi yang
melibatkan ancaman muka. Dalam modelnya, trend ini disebabkan oleh ciri–ciri saluran yang
membenarkan kawalan ke atas penukaran maklumat sosial. Model O'Sullivan menerangkan
kelebihan media dalam kawalan maklumat yang timbul daripada ciri saluran dan kemahiran
sosial, yang membolehkan seseorang mengawal dan menyekat aliran maklumat sosial dalam
interaksi. O'Sullivan menyatakan bahawa situasi yang mengancam muka mungkin kompleks
kerana terlibat cabaran individu menghadapi antara ketegangan dan ungkapan serta privasi.
Tambah beliau,beberapa saluran komunikasi boleh membantu individu menguruskan cabaran
ini dan hal ini lebih diterima apabila situasi tersebut timbul. Model O'Sullivan berdasarkan
pada anggapan bahawa saluran dengan ciri-ciri yang membolehkan isyarat-isyarat sosial
dikawal, seperti pengurangan maklumat nonverbal atau pertukaran mesej yang lebih
perlahan, membantu individu dengan kemampuan sederhana untuk menguruskan aliran yang
kompleks, samar-samar, atau perbualan yang berpotensi sukar.
Had potensi pendekatan O'Sullivan seperti beberapa pendekatan lain untuk
komunikasi yang diperantara komputer, ianya terlalu banyak penekanan pada ciri saluran
dalam menentukan bagaimana media mampu membantu individu dalam proses komunikasi.
Walaupun beberapa pendekatan kepada konsep "kemampuan" telah membincangkannya
sebagai ciri, sumber, atau peluang yang terdapat dalam persekitaran (iaitu ciri saluran dalam
persekitaran komunikasi yang disegerakan), perspektif yang lebih baru telah
membincangkannya sebagai hubungan atau persilangan antara individu dan beberapa ciri
alam sekitar yang mempengaruhi hasil bagi individu tersebut (Chemero, 2003).
Selaras dengan pendekatan itu, kemampuan media telah dikonseptualisasikan sebagai
persilangan yang muncul antara ciri-ciri saluran (contohnya, komunikasi berasaskan teks)
dan kualiti individu yang menggunakan saluran tersebut (contohnya, keupayaan untuk
mencipta mesej berkualiti menggunakan teks) yang memacu hasil dalam persekitaran
komunikasi yang dimediasi (Rabinowitz, 2004; lihat juga van Dijk, 2004, untuk pemodelan
yang sama dengan kemampuan media).Penggunaan pendekatan ini terhadap kemampuan
media dan konsep kawalan maklumat Goffman (1963) untuk memperluaskan model
O'Sullivan (2000), kawalan maklumat akan dikonseptualisasikan sebagai kemampuan media
yang mempengaruhi keupayaan individu untuk mengawal atau menyekat aliran maklumat
sosial semasa interaksi melalui komunikasi interpersonal sederhana. Keupayaan ini akan
dipertikaikan dan kemudiannya membawa kepada corak keutamaan saluran dalam situasi
sosial yang melibatkan ancaman kepada persembahan diri.
KAJIAN LITERATUR
Kajian literatur bertujuan untuk pemahaman penyelidikan terhadap teori-teori terkini dalam
bidang yang hendak dikaji. Pemahaman teori membantu perspektif terhadap penyelidikan
yang dijalankan. Perspektif yang betul membolehkan kajian terhadap masalah dilakukan
secara objektif, teratur dan rasional sebagai keperluan saintifik dalam proses penyelidikan.
Bahagian ini menujukkan beberapa kajian-kajian lepas berkaitan dengan fokus kajian yang
menyentuh mengenai aplikasi Facebook dan hubungan interpersonal internet.
Kertas kerja yang bertajuk “Peran Facebook dalam Komunikasi Interpersonal: Studi
Deskriptif Kualitatif tentang Peran Facebook sebagai Media dalam Komunikasi Interpersonal
antara Guru dan Murid di SMP Maria Immaculata” adalah hasil kajian oleh Skolastika Santi
Pertiwi / Y. Bambang Wiratmojo di Universitas Atma Jaya Yogyakarta, Indonesia. Kertas
kajian ini membincangkan mengenai aplikasi Facebook (FB) digunakan sebagai media untuk
berkomunikasi antara guru dengan murid di SMP Maria Immaculata (MI). Komunikasi
interpersonal antara mereka dapat dilihat dari aspek hubungan personal, penerapan tata tertib,
dan belajar mengajar. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui peranan Facebook dalam
komunikasi interpersonal antara guru dan murid di SMP MI. Jenis penelitian deskriptif
kualitatif ini dilakukan adalah dengan cara pemerhatian Facebook Timeline milik beberapa
guru, wawancara via inbox dan tatap muka. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan teori
ABX Theodore Newcomb, komunikasi Harold Lasswell dan 4 model komunikasi Goleman
dan Hammen. Hasil penelitian, pengkaji menyimpulkan bahawa ketika A dan B melakukan
komunikasi dengan X sebagai mediumnya dan mencapai keadaan simetri, maka komunikasi
tersebut mempu memberikan dampak positif. Jika tidak, maka akan mempengaruhi sistem
sosial antara mereka. Hasil dapatan membincangkan mengenai sudut positif dan negatif
jaringan sosial Facebook yang membolehkan guru untuk berkomunikasi dengan pelajarnya
sebagai seorang rakan.
Seterusnya, adalah kertas kerja bertajuk “Penggunaan Laman Rangkaian Sosial
(Facebook) Dalam Kalangan Guru: Motif Dan Kesannya” telah dihasilkan oleh Faridanura
Binti Abdullah bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk
mengkaji penggunaan laman rangkaian sosial Facebook dalam kalangan guru di sebuah
daerah di Pontian. Terdapat lima objektif yang dirangka iaitu mengenal pasti motif
penggunaan Facebook dalam kalangan guru, mengenal pasti kesan penggunaan Facebook
dalam kalangan guru, menentukan perbezaan dalam faktor penggunaan Facebook oleh guru-
guru berdasarkan jantina, menentukan perbezaan dari segi kesan penggunaan Facebook oleh
guru-guru berdasarkan jantina, dan mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh guru-guru
dalam penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan
kajian tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif yang mana data diperoleh sepenuhnya
menerusi borang soal selidik. Pengkaji membuat kajian terhadap 85 yang terdiri daripada
guru bukan dalam kalangan pentadbir. Kesemua data telah dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package For Social Science Version 16.0. Data telah dianalisis secara deskriptif
dengan melihat peratusan dan tahap min pembolehubah dan secara inferensi yang melibatkan
ujian-t. Daripada analisis min yang telah dilakukan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
motif dan kesan penggunaan laman rangkaian sosial untuk integrasi dan interaksi sosial
adalah pada tahap tinggi. Selain itu, pengkaji dapat mengenal pasti halangan utama dalam
penggunaan Facebook untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ialah pelajar tidak
menggunakan laman sosial untuk berbincang tentang pelajaran tetapi hanya untuk bersosial.
Kertas kerja yang bertajuk “Media Sosial Dan Pengembangan Hubungan
Interpersonal Remaja Di Sidoarjo” oleh Totok Wahyu Abadi, Fandrian Sukmawan dan Dian
Asha Utari di Universitas Muhammadiyah Sidoarjo, Indonesia. Tujuan kertas penelitian ini
adalah untuk menganalisis dan menjelaskan penggunaan media sosial di kalangan remaja,
pengembangan hubungan interpersonal, dan pengaruh media sosial terhadap pengembangan
hubungan interpersonal remaja Sidoarjo. Penelitian ini melibatkan seratus siswa SLTA
sebagai responden ini menggunakan pendekatan eksplanatif. Para pengkaji melakukan
pengumpulan data secara random sampling, data dianalisis dengan menggunakan teknik
penganalisisan statistik deskriptif dan regresi berganda. Hasil penelitian mereka menunjukkan
bahawa penggunaan jaringan sosial oleh remaja banyak tercenderung kepada tujuan untuk 1)
mendapatkan berbagai informasi, 2) memperkuat hubungan di antara sesama pengguna, 3)
melepaskan ketegangan, 4) memenuhi keperluan emosional, dan 5) meningkatkan keyakinan
diri. Pengembangan hubungan yang dilakukan oleh remaja lebih dominan terhadap pencarian
informasi identiti diri, idea ataupun pemikiran, serta alamat akaun pengguna. Hasil dapatan
kajian mendapati tahap perkembangan hubungan interpersonal (persahabatan) melalui
jaringan sosial sebesar adalah 68.7%. Manakala penggunaan jaringan sosial berpengaruh
terhadap pengembangan hubungan interpersonal bagi remaja di Sidoarjo sebesar 43,4%.
APLIKASI FACEBOOK
Facebook dicipta oleh Mark Zuckerberg pada Februari 2004 di Universiti Harvard (Wilson,
Gosling, & Graham, 2012). Pada mulanya, Facebook dibangunkan sebagai rangkaian sosial
atas talian khusus bagi Universiti Harvard tetapi telah dibuka kepada umum pada tahun 2006
(Hew, 2011). Sejak pembukaannya, pengguna Facebook telah meningkat dan rangkaian
tersebut telah mencapai sebanyak 874 billion pengguna sejak September 2013 (Facebook,
2013). Pada asasnya, Facebook merupakan tempat untuk bersosial atas talian di mana
pengguna boleh menambah kawan, menghantar mesej, dan mengemaskini profil peribadi
untuk kawan-kawan mereka mendapatkan maklumat ringkas mengenai diri mereka (Quan-
Haase & Young, 2010).
Di dalam Facebook, pengguna juga boleh menyertai kumpulan alam maya yang
dibuat berdasarkan minat yang sama dengan tujuan untuk berkenalan antara satu sama lain,
berkongsi minat, dan hobi. Facebook adalah merupakan laman rangkaian sosial yang paling
popular dan telah berjaya menarik banyak perhatian kebelakangan ini. Facebook juga telah
menjadi rangkaian sosial yang paling kerap digunakan dengan lebih daripada 1 bilion
pengguna aktif setiap bulan (Alexa, 2014). Statistik laporan oleh Alexa (2014) melaporkan
bahawa Facebook adalah merupakan laman sosial yang kedua tertinggi daripada lima laman
web yang paling tinggi dilawati di Internet selepas Google.com.
Bagi penggunaan Facebook di Asia, Malaysia merupakan negara ke-lapan tertinggi
dengan 13.3 juta pengguna aktif berdaftar di Facebook (Talip, 2013), dan menduduki tempat
keempat di Asia Tenggara selepas Indonesia, Filipina, dan Thailand dari segi nombor
pengguna Facebook (Talip, 2013). Laman web sosial Facebook dikatakan memberikan
kemudahan kepada pengguna untuk menyalurkan maklumat atau mengemaskini status,
berkongsi dan tag gambar, dan gaya hidup berkomunikasi.
Facebook merupakan salah satu jaringan sosial internet yang telah melahirkan bentuk
komunikasi baharu. Facebook memudahkan komunikasi bersemuka dalam talian dan telah
mewujudkan pelbagai bentuk interaktiviti baharu untuk menghubungkan para penggunanya.
Facebook telah memperkenalkan aplikasi Messenger dan Facebook Live yang dapat
menggalakkan hubungan Interpersonal antara para pengguna dalam talian.
a) MESSENGER
Facebook Messenger atau lebih dikenali sebagai Messenger adalah aplikasi dan platform
penyampaian mesej. Pada mulanya dikenali sebagai Facebook Chat pada tahun 2008, dan
mengubah perkhidmatan pemesejannya pada tahun 2010. Seterusnya aplikasi IOS dan
Android diperkenalkan secara berasingan pada Ogos 2011. Selama bertahun-tahun, Facebook
telah mengeluarkan aplikasi baru pada pelbagai sistem operasi yang berbeza,
melancarkan laman web yang berdedikasi antara muka , dan telah memisahkan fungsi
pemesejan dari aplikasi Facebook utama. Pengguna boleh menggunakan messenger secara
antara muka web atau dengan memuat turun aplikasi yang boleh digunakan berasingan.
Messenger mempunyai 600 juta pengguna pada bulan April 2015, meningkat kepada 900 juta
pada bulan Jun 2016, 1 bilion pada Julai 2016, dan 1.2 bilion pada April 2017
b) FACEBOOK LIVE
Facebook Live adalah fitur atau fungsi baru Facebook yang membolehkan seseorang
menampilkan diri kepada orang lain secara langsung. Semua pengguna Facebook boleh
menggunakan Facebook Live untuk berinteraksi secara langsung dengan kenalan mereka
menerusi video. Facebook Live yang pada asalnya dilancarkan pada bulan Ogos 2015 dan
hanya terhad kepada selebriti sahaja. Bermula tahun 2016, Facebook Live menjadi tersedia
kepada semua pengguna iPhone Amerika Syarikat pada Januari 2016. Pada Februari 2016,
pelancaran global bermula. Ia menjadi tersedia untuk pengguna Android Amerika Syarikat
pada minggu berikutnya selepas 26 Februari. Bermula 1 Mac, Facebook mula mementingkan
kandungan secara langsung berbanding kandungan yang biasa. Pengulas menggambarkan
Facebook Live sebagai menandakan kemasukan Facebook ke dalam ruang ‘streaming’ secara
langsung, bersaing dengan jaringan sosial yang lain.
JUSTIFIKASI PEMILIHAN APLIKASI
Pemilihan aplikasi Messenger dan Facebook Live ini adalah bertitik tolak daripada
perkaitannya dengan hubungan interpersonal dalam talian. Kedua-dua aplikasi ini didapati
menepati keperluan dalam hubungan interpersonal antara pangguna. Selain berkongsi
maklumat dan berkomunikasi, interaksi dalam talian menggunakan aplikasi Messenger juga
mampu mengirim pelbagai jenis kandungan multimedia dan aplikasi Facebook Live
membolehkan pengguna berinteraksi secara semuka walaupun dalam talian. Selain
menjimatkan masa untuk bersemuka, pengguna dapat mengeratkan lagi hubungan walaupun
dari jauh. Hubungan interpersonal antara dua atau lebih orang akan menjadi lebih erat dengan
adanya aplikasi-aplikasi ini yang memberi peluang untuk mereka berhubung dimana jua pada
bila-bila masa. Kepelbagaikan fitur dan elemen interaktiviti yang ditawarkan oleh aplikasi
Messenger dan Facebook Live ini telah menjadikan Facebook sebagai jaringan sosial pilihan
utama masyarakat di dunia.
FUNGSI APLIKASI
a) MESSENGER
1. Teks
Anda boleh berhubung dengan kenalan tanpa mengira masa dan tempat. Anda juga boleh
mengetahui sama ada mesej anda telah dihantar kepada telefon rakan anda dan juga waktu
bila mereka membacanya.
2. Ilustrasi : Pelekat, Emoji & GIF
Ruang sembang yang lebih menarik dengan pelbagai jenis ilustrasi. Kongsikan pelekat
(stikers), emoji dan GIF yang menyeronokkan, comel, pelik dan penuh perasaan untuk
bersembang bersama.
3. Gambar dan Video
Messenger membolehkan anda mengambil dan merakam detik semasa perkara itu berlaku.
Anda boleh menambah lukisan atau teks untuk mengubahsuai gambar anda. Hantarkan semua
kepada rakan anda, kumpulan rakan atau siarkan ke “Stories” Messenger anda.
4. Kumpulan Maya
Kekal berhubung dengan kumpulan orang yang penting dalam hidup anda, seperti keluarga
dan rakan karib. Anda boleh menamakan kumpulan sembang anda dan menambah foto bagi
memudahkan kenalan mencapainya.
5. Panggilan Suara dan Video
Hubungi rakan dan keluarga di mana sahaja mereka berada, menggunakan peranti mudah alih
atau komputer riba anda. Perbualan lebih menyeronokkan dengan menggunakan
penapis(filters), topeng(masks), kesan(effects) dan lain-lain lagi. Panggilan suara dan video
ke serata dunia adalah percuma, tetapi anda akan dicaj untuk data apabila anda tidak
menggunakan Wi-Fi.
6. Mesej Suara (Audio)
Katakan, nyanyikan atau laungkan sahaja melalui mesej suara. Kadangkala anda tidak
mempunyai masa untuk menaip kesemua mesej. Contohnya, rakamkan sahaja mesej suara
apabila anda sedang dalam perjalanan atau mempunyai banyak perkara yang perlu
diperkatakan.
7. Permainan
Main permainan bersama rakan anda. Dengan adanya permainan menjadikannya lebih
seronok untuk kekal berhubung dengan rakan. Cabar rakan-rakan untuk mengalahkan skor
tinggi anda, bermain dalam masa yang sama semasa anda berhubung melalui panggilan
video.
8. Pembayaran
Penghantaran dan Penerimaan wang adalah percuma, cepat dan selamat melalui aplikasi
Messenger. Anda hanya perlu memasukkan maklumat kad kredit atau akaun PayPal anda
untuk memulakannya. Walau bagaimanapun, fungsi pembayaran menggunakan kad kredit
hanya boleh digunakan bagi pengguna di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan
Perancis. Penggunaan PayPal pula hanya berfungsi di AS.
8. Lokasi
Kongsikan peta bagi mana-mana lokasi.Anda boleh mencadangkan tempat pertemuan atau
mengemas kini tempat anda berada kepada kenalan-kenalan Facebook anda.
9. Temui Jenama Terkemuka
Messenger memudahkan anda untuk berhubung dengan jenama dan perniagaan kegemaran
anda, segalanya di satu tempat sahaja. Langgani dan ketahui perkembangan, dan berita. Anda
juga boleh menempah percutian dan mendapatkan tawaran terkini.
b) MESSENGER
1. Mencipta perbualan yang menarik bersama para pengguna di Facebook.
Facebook Live adalah cara terbaik untuk berinteraksi dengan rakan dan pengikut anda secara
langsung. Berkongsi segala perkara seperti, isu-isu hangat dan terkini. Reaksi langsung
daripada penonton dapat mengukur kelangsungan penyiaran anda.
2. Sambungan Serta Merta
Facebook Live membolehkan anda berhubung dengan orang yang selalu mengambil berat
tentang anda. Rakan-rakan dan para pengikut boleh menerima pemberitahuan apabila anda
bersiaran langsung. Hal ini membolehkan mereka boleh melapangkan masa untuk
berinteraksi bersama semasa siaran anda berlangsung.
3. Kongsikan Cerita dan Cara Anda
Dengan alat kreatif seperti Penapis (filters), tema (themes), dan kesan (effects), membolehkan
anda mengekspresi diri dengan pelbagai cara yang dapat mengujakan kenalan Facebook anda
dan mencipta interaksi yang lebih menyeronokkan.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan menggunakan Facebook Live
KELEBIHAN APLIKASI
MESSENGER :
Boleh menjadi medium pertukaran pelbagai jenis data atau informasi yang boleh
disampai atau diterima pada bila-bila masa dan di mana jua.
Mengeratkan hubungan dengan wujudnya interaksi secara peribadi dan berkumpulan,
yang boleh dilakukan secara tertutup atau terbuka, mengikut kemahuan pengguna
Dapat menjadi platform untuk memperoleh rezeki tambahan dengan cara melibatkan diri
dengan melakukan perniagaan.
FACEBOOK LIVE
Membantu meningkatkan interaksi akaun anda kepada rakan dan pengikut anda.
Segala aktiviti yang sedang dilakukan boleh dikongsi secara terus melalui video langsung
kepada para pengguna lain.
Para pengguna boleh memberikan reaksi dan berbalas komen semasa video itu bersiaran.
Membolehkan pengguna merakam kenangan indah dan video tersebut boleh disimpan di
halaman profil agar dapat dipertonton oleh pengguna lain di luar waktu siaran langsung.
Topik Hangat Soal Jawab Berita Semasa Siaran bersama
Prestasi Dibalik Tabir Tonton Bersama Demostrasi
KEBURUKAN APLIKASI
MESSENGER :
Boleh menimbulkan masalah-masalah yang tidak diinginkan, contohnya apabila diganggu
oleh orang yang tidak dikenal, dan sebagainya.
Membuat seseorang terleka dan lupa pada pekerjaan mereka
Berisiko dipergunakan untuk tujuan penipuan dan penyamaran. Contoh : Diajak bertemu
oleh orang yang tidak kenali , dan sebagainya.
FACEBOOK LIVE :
Berisiko terhadap keselamatan seseorang. Contohnya apabila seseorang itu mendedahkan
keberadaan mereka ditempat yang sunyi dan berseorangan.
Mengganggu keadaan sekeliling apabila membuat video tersebut secara berlebihan
LAMPIRAN
Segala lampiran yang disediakan ini adalah hasil tugasan yang telah saya pamer dan
persembahkan semasa Pameran Hari Inovasi Komunikasi Pengantaraan Teknologi Sempena
Hari Terbuka KPT pada 14 Mei 2018 di Dewan Konvensyen, Bangunan Gunasama Edu Hub
Pagoh
1. SLAID PEMBENTANGAN TEORI
2. POSTER HARI PAMERAN (SAIZ A1)
3. VIDEO SLAID PERSEMBAHAN HARI PAMERAN (APLIKASI)
4. BROSUR TEORI HUBUNGAN INTERPERSONAL INTERNET
5. BROSUR MESSENGER
6. BROSUR FACEBOOK LIVE
Disini saya sertakan bersama pautan bagi melihat segala hasil tugasan saya yang merangkumi
draf tugasan, poster, brosur, slaid dan video pembentangan. Segalanya telah saya muatkan ke
dalam satu folder ‘Google Drive’ yang bertajuk BMCO 4105 (Amira Idayu)
https://drive.google.com/open?id=1tzod8nACwUv78PCot7tnM9fIuzIl5VQW
PENUTUP
Refleksi
Hasil daripada laporan ini menjelaskan mengenai kemampuan aplikasi Facebook iaitu,
Messenger dan Facebook Live dalam mengembangkan hubungan Interpersonal. Hubungan
interpersonal atau lebih dikenali sebagai hubungan rapat yang mungkin berdasarkan cinta,
urusan perniagaan, perpaduan atau komitmen sosial yang lain sememangnya boleh berlaku
dalam komunikasi atas talian. Hal ini bersangkutan dengan kenyataan bahawa hubungan
dalam talian memberi kesan berbeza-beza pada seseorang individu, kerana ia bergantung
kepada kumpulan orang yang menggunakannya, dan tujuan mereka. Walther (1996) juga
telah membezakan proses pembentukan sosial antara komunikasi pengantaraan komputer dan
bersemuka adalah hakikat bahawa ia bukanlah mengenai "Jumlah maklumat sosial yang
ditukar tetapi mengenai kadar maklumat sosial yang ditukar".
Apa yang dapat saya simpulakan adalah bahawa jaringan sosial seperti Facebook
boleh dijadikan sebagai tempat yang membolehkan interaksi sosial, dan merupakan tempat di
mana mereka boleh berkongsi reaksi, bercerita, dan berinteraksi dengan orang lain. Facebook
mempunyai empat elemen yang berkaitan, iaiatu penerima, penghantar, ciri saluran, dan
proses maklum balas. Hal ini sesuai dengan apa yang telah diterangkan oleh Walther (1996)
mengenai elemen dalam proses komunikasi pengantaraan komputer. Pengunaan aplikasi
Facebook dapat mengeratkan hubungan interpersonal boleh digambarkan sebagai hubungan
jangka panjang antara dua orang atau lebih. Oleh itu, dengan adanya aplikasi Facebook ini
dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pengguna bagi perkembangankan hubungan
komunikasi interpersonal kerana fungsi aplikasi ini lebih praktikal, mudah dan menjimatkan
masa bagi para pengguna tanpa perlu bersemuka secara nyata. Sememangnya terdapat
applikasi-aplikasi lain seperti Instagram, Twitter, Skype, Snapchat, Facetime dan jaringan
sosial lain yang boleh digunakan untuk berinteraksi dan berkomunkasi semuka secara dalam
talian. Namun, pada pandangan saya aplikasi Facebook dilihat lebih bersesuaian untuk
digunakan bagi semua peringkat umur kesemua lapisan masyarakat.
Cadangan
Cadangan saya adalah mengenai penggunaan aplikasi Facebook secara keseluruhannya amat
sesuai diterapkan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Malah hasil pembacaan
saya, kajian oleh Hamann dan Wilson (2002) mendapati bahawa pelajar yang menyertai
dalam kelas atas talian mendahului para pelajar dalam pembelajaran tradisional iaitu secara
bersemuka. Hal ini menunjukkan Facebook sebagai modul pembelajaran yang membantu
pelajar terlibat aktif dalam pembelajaran. Selain itu, Facebook juga mampu mewujudkan
hubungan interpersonal yang baik antara tenaga pengajar dengan pelajar dan pelajar dengan
pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan atas talian. Sebagai contoh, laman sosial
Facebook ini, membantu pengajar dengan pelajar mereka tentang tugasan, kegiatan
mendatang, dan contoh kerja di luar waktu persekolahan. Bagi dalam kalangan pelajar pula,
para pelajar boleh menggunakan Facebook untuk menghubungi rakan sekelas mereka untuk
bertanyakan tentang tugasan atau peperiksaan serta berkerjasama untuk menyiapkan tugasan
atau projek kelompok dalam persekitaran atas talian
Oleh itu, saya memberikan cadangan kepada para pengajar untuk cuba memilih
Facebook sebagai satu platform untuk mendekati pelajar-pelajar dengan lebih dekat dan
mesra untuk mengetahui masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana
kajian membuktikan para remaja kini lebih selesa untuk berinteraksi dalam laman web sosial
daripada bersemuka terutamanya pelajar yang pendiam dan kurang berkeyakinan di dalam
kelas besemuka. Penggunaa Facebook diharap dapat memotivasi pelajar untuk meningkatkan
minat belajar serta aktif dan berani menyuarakan pendapat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Rumusan
Teknologi rangkaian komputer dan internet bukan hanya menghubungkan komputer, tetapi
juga penggunanya. Malah, teknologi ini sentiasa berkembang dari masa ke masa dan
melibatkan komunikasi merentas masa dan ruang dengan keupayaannya yang membolehkan
sesiapa sahaja berinteraksi dengan individu lain atau kumpulan di luar persekitaran fizikal
bagi membentuk, mengekalkan dan memperkukuh hubungan sosial terutamanya hubungan
interpersonal antara penggunanya. Penggunaan jaringan sosial seperti Facebook kini
mempunyai kemampuan yang lebih hebat hasil gabungan tiga elemen utama, iaitu teknologi,
perbualan, dan perkongsian maklumat. Hal ini telah menyebabkan lahirnya bentuk baharu
komunikasi yang mengintegrasikan komunikasi massa dengan komunikasi interpersonal
sehingga wujudnya interaktiviti baharu seperti kumpulan sembang, kumpulan maya di tempat
kerja, dan komuniti dalam talian.
Kertas kerja ini telah berjaya mengupas sedikit sebanyak mengenai aplikasi Facebook
sebagai salah satu jaringan sosial yang mampu menggalakkan lagi hubungan interpersonal
atas talian. Seseorang yang aktif berinteraksi dalam talian dan kerap bertukar maklumat sosial
mudah merasa dekat dan terjalin ikatan antara satu sama lain. Melalui kewujudan teknologi
web 2.0, interaksi sosial dalam ruang siber menggunakan aplikasi media baharu seperti
jaringan sosial dalam talian semakin menarik minat orang ramai, dan dilihat telah mengubah
bentuk komunikasi manusia. Walaupun komunikasi bersemuka masih penting, namun
perlahan-lahan telah digantikan dan dilengkapi oleh komunikasi berperantaraan, iaitu media
interpersonal dan media baharu, termasuk jaringan sosial dalam talian.