kurikulum bersepadu sekolah rendah
TRANSCRIPT
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
Pada tahun 1982, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) telah
dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
Kemudian pada tahun berikut, pelaksanaan penuh dikuatkuasa di semua
sekolah rendah di Malaysia.
Menyorot kembali latar belakang penggubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ( FPK ), ahli Jawatankuasa Kabinet telah memberikan perhatian
yang serius kepada pembangunan kemanusiaan. Tindakan untuk
menterjemahkan perkara tersebut telah menjelma dalam KBSR seperti yang
ternyata dalam huraian matlamat sekolah di bawah;
“…matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan perkembangan
murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika sosial”
(Kurikulum Baru Sekolah Rendah, 1991:5)
Prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
Proses pelaksanaan KBSR berkait rapat dengan beberapa aspek
antaranya ialah prinsip KBSR, struktur KBSR, bidang pelajaran dalam KBSR,
strategi pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR dan penilaian dalam KBSR.
Terdapat empat prinsip dalam KBSR. Prinsip yang pertama ialah pendekatan
bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan
agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pendekatan
bersepadu berlaku melalui empat cara iaitu penggabungjalinan kemahiran,
penyerapan dan kesepaduan. Penggabungjalinan kemahiran dapat dibahagikan
kepada empat. Yang pertama ialah penggabungjalinan kemahiran dalam satu
mata pelajaran. Misalnya, empat kemahiran utama bagi mata pelajaran bahasa
ialah bertutur, mendengar, membaca dan menulis. Bagi satu sesi pengajaran
dan pembelajaran, hanya dua kemahiran sahaja (mendengar dan bertutur atau
mendengar dan menulis) digabungjalinkan. Seterusnya ialah penggabungjalinan
kemahiran antara mata pelajaran. Misalnya, aktiviti menyanyi digunakan dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Cara kedua dalam
pendekatan bersepadu adalah melalui penyerapan di mana pelbagai bidang ilmu
dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran. Misalnya, unsur Matematik
diserapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni serta nilai dalam mata
pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup seperti aspek bekerjasama dan hormat-
menghormati ditegaskan dalam kerja kumpulan atau projek. Cara ketiga pula
adalah kesepaduan antara dua unsur sama ada kurikulum dan kokurikulum.
Misalnya, aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform, kelab dan persatuan,
sukan atau permainan menjadi pelengkap kepada aktiviti kurikulum dalam bilik
darjah. Selain itu, kesepaduan antara unsur pengetahuan dan amalan serta
pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru. Sebagai contoh ilmu yang
diperoleh dalam bilik darjah boleh diaplikasi dalam situasi kehidupan seharian di
rumah, masyarakat dan sebagainya. Cara keempat dalam pendekatan
bersepadu pula adalah unsur merentasi kurikulum seperti alam sekitar merentasi
kurikulum, sains merentasi kurikulum dan kemahiran berfikir merentasi
kurikulum, nilai murni merentasi kurikulum, bahasa merentasi kurikulum,dan lain-
lain. Sebagai contoh, penggunaan Bahasa Melayu bukan sahaja diperoleh
melalui pembelajaran Bahasa Melayu tetapi juga melalui aktiviti pembelajaran
semua mata pelajaran yang lain. Sehubungan ini, adalah menjadi
tanggungjawab bagi guru dalam usaha mempertingkatkan penguasaan
kemahiran Bahasa Melayu dalam kalangan murid melalui aktiviti pengajaran,
tanpa mengira apa mata pelajaran yang mereka mengajar.
Prinsip yang kedua ialah perkembangan individu secara menyeluruh.
Selain daripada prinsip pendekatan bersepadu, KBSR juga berpegang kepada
prinsip perkembangan individu secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran
yang memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan jasmani, emosi,
rohani dan intelek murid. Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak boleh
dikembangkan secara berasingan. Dengan kata lain, ini bermakna setiap potensi
memang mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain. Sebagai contoh,
seorang murid yang berpotensi menjadi pemain bola sepak yang handal bukan
sahaja perlu mengembangkan ilmu (contoh: cekap dan tangkas) dan kemahiran
(contoh: cekap dan tangkas) mengenai permainan tersebut, malahan murid ini
juga perlu memupuk sifat bekerjasama, mematuhi peraturan, berdisiplin, berbakti
untuk sekolah dan negara dan sebagainya.
Prinsip yang ketiga pula adalah pendidikan seumur hidup. Pendidikan
diibaratkan sebagai satu usaha yang berterusan ia bermula dari saat kita
dilahirkan sehingga ke akhir hayat kita. Dengan kata lain, proses belajar berlaku
secara berterusan dan tiada had dari segi jangka waktu. Oleh itu, tidak akan
timbul satu keadaan di mana seseorang itu akan berhenti belajar. Secara amnya,
sekolah mempunyai dua peranan iaitu sekolah merupakan institusi formal
pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.
Sehubungan dengan itu, maka KBSR membina asas bagi setiap murid dari segi
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka
menghadapi situasi dalam kehidupan seharian. Apabila tamat persekolahan,
proses pendidikan tidak berhenti begitu sahaja sebaliknya setiap individu
digalakkan untuk meneruskan proses pembelajaran masing-masing. Selain itu,
sekolah juga berperanan dalam memupuk minat setiap murid untuk terus
mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang
sedia ada. Usaha mencari ilmu memerlukan tabiat mahu mencari dan tahu
mencari ilmu. Dalam hal ini, guru memainkan peranan penting dari segi
menanam dan memupuk budaya ilmu dan budaya membaca dalam kalangan
anak murid mereka.
Prinsip yang terakhir iaitu prinsip yang keempat adalah pendidikan yang
sama untuk semua murid. Semua murid pada tahap persekolahan yang sama
mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan.
Yang berbeza adalah bahasa pengantar sahaja yang digunakan untuk
menyampaikan maklumat kepada murid-murid. Dalam KBSR, bahasa pengantar
ialah Bahasa Malaysia bagi Sekolah Rendah Kebangsaan, Bahasa Cina bagi
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Bahasa Tamil bagi Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Ini bermaksud bahawa kebebasan adalah
diberikan kepada rakyat untuk memilih sekolah mana yang sesuai dengan anak
mereka dan bahasa ibunda masih dapat dipelajari.
Struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
KBSR juga lebih dikenali sebagai kurikulum 3M. Ia adalah satu rancangan
pelajaran khususnya disediakan untuk murid-murid di sekolah rendah sahaja.
Kurikulum 3M mementingkan kebolehan murid-murid membaca, menulis dan
mengira. Ini bertujuan supaya murid-murid lebih senang menghadapi pelajaran di
sekolah menengah nanti. Dengan sistem ini, masa yang diperuntukkan bagi
pelajaran Bahasa Melayu bertambah, bertujuan membaiki kecekapan berbahasa
murid-murid. Secara umumnya, terdapat tiga bidang dalam KBSR, iaitu
komunikasi, manusia dan alam sekeliling dan perkembangan diri individu. Bidang
yang terkandung dalam KBSR itu tadi dibahagikan kepada enam komponen
seperti kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemahiran hidup, kesenian
dan kesihatan serta kokurikulum. Berikut ialah struktur KBSR mengikut bidang,
komponen dan mata pelajaran pada setiap tahap pendidikan rendah.
Bidang Komponen
Mata Pelajaran
Tahap 1 Tahap 2
Komunikasi - Kemahiran Asas - Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Matematik
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Matematik
Manusia dan alam
sekeliling
- Kerohanian
- Nilai dan sikap
- Pendidikan Islam
- Pendidikan
Moral
-
- Pendidikan Islam
- Pendidikan
Moral
- Sains
- - Kajian Tempatan
Perkembangan
diri individu
- Kemahiran
Hidup
- Kesenian dan
Kesihatan
- Kokurikulum
-
- Pendidikan
Muzik
- Pendidikan Seni
- Pendidikan
Jasmani dan
Kesihatan
- Kemahiran
Hidup
- Pendidikan
Muzik
- Pendidikan Seni
- Pendidikan
Jasmani dan
Kesihatan
Sumber : ( Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia, 2008:203)
Jadual 1.0 Struktur KBSR
Bidang Pelajaran
Ingatkah anda apakah ketiga-tiga bidang pelajaran dalam KBSR ? Ya,
Komunikasi, Manusia dan Alam Keliling, dan Perkembangan Diri Individu.
Bidang Komunikasi
Komponen Kemahiran Asas. Memberi tumpuan kepada tiga kemahiran asas
(3M), iaitu membaca, menulis dan mengira. Merupakan tunggak kepada
pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang
tergolong dalam bidang ini termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini di ajar pada
Tahap 1 ( Tahun 1-3 ) dan Tahap 2 ( Tahun 4-6)
Bahasa Melayu. Berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat
komunikasi perpaduan rakyat. Pada Tahap 1, murid-murid berusaha untuk
menguasai kemahiran asas seperti bertutur, mendengar, membaca dan menulis
melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada Tahap 2 pula, penekanan diberi
kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah
seperti bacaan, penulisan dan perbincangan.
Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk
melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta menghayati
bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa
ilmu selaras dengan semangat Rukun Negara dan Hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Bahasa Inggeris. Diajar sebagai bahasa kedua. Seperti mata pelajaran Bahasa
Melayu, pada Tahap 1, guru membimbing murid-murid untuk memperoleh
kemahiran asas seperti bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui
penggunaan bahan ilmu daripada sumber. Pengukuhan kemahiran asas tadi
diberi pada tahap 2. Selain itu, fokus juga diberi kepada kemahiran belajar dan
kemahiran berfikir.
Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Inggeris bertujuan untuk
melengkapkan murid dengan ilmu dan kemahiran asas dalam bahasa tersebut
agar mereka berupaya berkomunikasi secara lisan atau bertulis di dalam atau di
luar bilik darjah.
Bahasa Cina. Berfungsi sebagai alat komunikasi dalam situasi-situasi tertentu.
Sama seperti mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, murid-murid
tahap 1 diperkenalkan dengan empat kemahiran asas, iaitu bertutur, mendengar,
membaca dan menulis, dan pada Tahap 2 pula, penekanan juga diberi kepada
kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah.
Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Cina bertujuan untuk memberi
murid-murid peluang untuk menguasai kemahiran asas berbahasa dalam
Bahasa Cina sama ada secara lisan atau bertulis.
Bahasa Tamil. Sama seperti bahasa-bahasa yang lain, mata pelajaran ini juga
berfungsi sebagai alat komunikasi. Oleh itu, pada Tahap 1, keutamaan diberi
kepada empat kemahiran asas,iaitu bertutur, mendengar, membaca dan menulis
pada tahap 2, pengukuhan juga diberi kepada kemahiran belajar dan kemahiran
berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, perbincangan dan penulisan.
Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Tamil bertujuan untuk
menghasilkan murid yang berupaya berkomunikasi dalam Bahasa Tamil sama
ada secara lisan atau bertulis.
Matematik, Mengandungi tiga komponen pembelajaran iaitu Konsep Bahasa dan
Kemahiran Prosedur yang merentasi tiga bidang kemahiran, iaitu Nombor dan
Operasi , Ukuran dan Sukatan serta Masalah Bercerita.
Pada Tahap 1, murid-murid dibimbing untuk menguasai nombor, operasi
asas ( tambah, tolak, darab dan bahagi ) dan fakta asas, purata, peratus,
tambah, tolak, darab dan bahagi secara spontan. Manakala pada Tahap 2 pula,
penekanan diberi kepada penyelesaian masalah harian yang disediakan dalam
bentuk cerita. Di samping itu, murid-murid juga didedahkan kepada unit-unit
ukuran dan sukatan , graf, purata, peratus dan pecahan dan perpuluhan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran pula berfokuskan kepada beberapa
aspek seperti kemahiran berfikir, asas penguasaan, perkembangan kognitif,
kesepaduan, kemahiran pra syarat dan sokongan dan gaya pembelajaran.
Kesimpulannya, mata pelajaran Matematik bertujuan untuk membentuk
dan meningkatkan kebolehan murid dari segi konsep nombor dan kemahiran
mengira. Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalam penyelesaian
masalah harian secara berkesan dan berdisiplin.
Bidang Manusia dan Alam Keliling
Komponen Kerohanian, dan Nilai dan Sikap. Pada Tahap 1, mata pelajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diajar sedangkan pada Tahap 2, dua
mata pelajaran lain ditambah, iaitu Sains dan Kajian Tempatan.
Pendidikan Islam. Mengandungi tiga bahagian seperti yang berikut :
1. Asuhan tilawah Al-Quran – berfokuskan kepada aspek mengenal,
menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan. Selain itu, juga
menitikberatkan aspek membaca dan menghafaz serta mengetahui
pengertian-pengertian ayat – ayat tertentu dalam Al-Quran.
2. Asas ’Ulum Syari’ah – merangkumi tiga aspek ;
Aqidah – menegaskan aspek keimanan dan keislaman melalui
rukun Iman dan rukun Islam.
Ibadat – menekankan aspek ibadat dan amalan secara berterusan
Sirah Rasulullah S.A.W – menekankan sirah dan contoh yang
dijadikan panduan dan contoh dalam kehidupan seharian.
3. Asas Akhlak Islamiah – berfokuskan kepada pembentukan peribadi murid
agar berupaya menghayati akhlak dan tingkahlaku muslim yang mukmin.
Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Islam bertujuan untuk
membentuk dan meningkatkan bakat dan potensi murid agar menjadi individu
yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Pendidikan Moral. Mengandungi 16 nilai yang berasaskan agama, tradisi dan
adat resam pelbagai kaum etnik di negara ini selaras dengan nilai murni
sawarjagat dan prinsip-prinsip Rukunnegara. Nilai yang sama diajar pada tiap-
tiap tahun persekolahan. Akan tetapi, isi kandungan dan penekanan berbeza
sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Sebagai contoh,
pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi yang ada kaitan
dengan murid itu sendiri serta kehidupannnya seharian. Manakala pada Tahap 2
pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi institusi masyarakat,
negara dan antarabangsa. Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang
dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi
kehidupan seharian.
Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Moral bertujuan untuk
membentuk individu yang berbudi pekerti mulia dan bertanggungjawab melalui
pemupukan, penghayatan, dan amalan nilai murni.
Sains. Terdiri daripada dua perspektif, iaitu :
Bidang keilmuan – membekalkan rangka konsep agar murid dapat
memahami alam sekeliling, berupaya menggabungkan fakta dan konsep
dalam kehidupan seharian dan mencari perkaitan antara ilmu baru
dengan yang sedia ada.
Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah – mengembangkan kemahiran
menyiasat alam sekeliling, menggalakkan sifat ingin tahu, kreativiti,
berfikiran terbuka, ketahanan fdiri ( fizikal dan mental )
Secara pelaksanaan, pada Tahap1, unsur Sains disepadukan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa dan Matematik dalam modul-modul yang
disediakan. Manakala pada Tahap 2 pula, aspek-aspek seperti di bawah diberi
penekanan :
Pengalaman eksperiential
Pendekatan inkuiri
Penyelesaian masalah
Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
Aplikasi prinsip sains
Penerapan nilai intrinsik dan nilai murni
Kesimpulannya, mata pelajaran Sains bertujuan untuk melahirkan individu
yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia ke arah pembentukan
masyarakat berbudaya sains dan teknologi, dinamik dan progresif.
Kajian Tempatan. Merupakan tunggak utama bagi menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan murid. Disamping itu, dapat memmupuk kemahiran
sosial, kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam kalangan murid.
Justeru, pada Tahap 1, unsur-unsur Kajian Tempatan disepadukan
dengan mata pelajaran Bahasa. Manakala pada Tahap 2 pula, mata pelajaran ini
diajar sebagai satu mata pelajaran yang berasingan.
Kesimpulannya, mata pelajaran Kajian Tempatan bertujuan untuk
melahirkan murid yang taat setia kepada negara, cintakan tanah air, Bangga
menjadi rakyat dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan
negara.
Bidang Perkembangan Diri Individu
Komponen Kemahiran Hidup, Kesenian dan Kesihatan. Bertujuan untuk
meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan
kesenian dan kesihatan. Antara mata pelajaran terkandung dalam komponen
tersebut termasuk Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik dan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Kemahiran Hidup. Berfokuskan kepada pembelajaran eksperiental. Murid-murid
belajar cara menggunakan alatan, perkakas dan mesin tertentu semasa
mengikuti latihan amali yang dikendalikan. Dalam hal ini, empat tajuk utama
dititikberatkan seperti yang berikut :
Merekacipta
Mengurus diri dan kerja
Mengusaha niaga barang
Menyelenggara dan membaiki kerosakan kecil
Kesimpulannya, mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk memberi
murid peluang memperoleh ilmu berasaskan teknologi, kemahiran praktis asas,
keusahawanan dan pengurusan diri termasuk keselamatan diri, mengurus wang,
masa dan kerja dengan berkesan, dan sebagainya.
Pendidikan Seni. Melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang
mencakupi tiga aspek seperti dibawah :
Pemerhatian yang aktif dan terperinci
Interaksi yang inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan
Penghayatan karya seni dan alam sekitar
Untuk mencapai tujuan di atas, sukatan pelajaran diatur untuk memberi fokus
kepada empat kegiatan beikut :
Melukis dan membuat gambar
Membuat rekaan corak
Membentuk dan membuat binaan
Mengenal kraf tradisional
Pada Tahap 1, kegiatan seni dijalankan secara spontan dan tidak terbatas
agar mengembangkan daya imaginasi, kreativiti dan eksperesi diri murid.
Manakala pada Tahap 2 pula, tumpuan diberi kepada peningkatan pengetahuan
serta kemahiran seni.
Kesimpulannya, mata pelejaran Pendidikan Seni bertujuan untuk menyemai
asas kesenian bagi menghasilkan individu yang kreatif, inovatif, produktif,
prihatin terhadap nilai-nilai seni dan estetik dalam kehidupan dan alam sekitar
dan sebagainya.
Pendidikan Muzik. Skop kurikulum berbentuk asas dan umum dengan fokus
kepada latihan amali yang menyeronokkan. Untuk itu, maka kandungan
kurikulum merangkumi tiga bidang seperti yan berikut :
Nyanyian
Muzik dan gerakan
Permainan Alat Muzik
Pada Tahap 1, murid didedahkan kepada kemahiran dan konsep asas muzik
secara tidak langsung sedangkan pada tahap 2 pula, ilmu dan kemahiran
mereka akan ditingkatkan melalui aktiviti membaca dan menulis muzik.
Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Muzik bertujuan untuk
mengembang bakat dan nilai estetika murid melalui pelbagai pengalaman muzik.
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Menitikberatkan unsur sihat dan aktif.
Sukatan pelajaran tiga aspek utama iaitu:
Penglibatan yang aktif dan selamat
Interaksi yang berkesan dengan rakan sebaya, alat dan bahan
Dokumentasi dan penyimpanan rekod penglibatan murid
Untuk itu, maka kandungan mata pelajaran tersebut tersusun disusun
untuk meliputi empat tajuk seperti yang berikut :
Perkembangan Fizikal dan Pergerakan
Sukan dan Rekreasi
Jagaan Keselamatan
Jagaan dan Sayangi Diri Sendiri
Pada Tahap 1, mata pelajaran tersebut diajar secara bersepadu. Sebagai
contoh, Pendidikan Pergerakan merupakan sebahagian daripada tajuk utama
dalam sukatan mata pelajaran Mari Bergerak. Manakala pada Tahap 2 pula,
fokus diberi kepada kemahiran asas, permainan, olahraga dan pendidikan
pergerakan.
Kesimpulannya, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
bertujuan untuk menghasilkan murid yang aktif dan berilmu melalui pengajaran
kemahiran dan penyemaian nilai dan amalan gaya hidup sihat dan cergas.
Kokurikulum.
Merupakan pembelajaran yang dilaksanakan diluar jadual waktu persekolahan
dan berasaskan gerak kerja yang terancang. Merangkumi tiga aspek iaitu :
Pasukan berpakaian seragam, contoh : Pengakap, Bulan Sabit Merah dan
sebagainya.
Persatua atau kelab, contoh : Persatuan Matematik, Kelab Catur dan
sebagainya.
Sukan atau Permainan, contoh : Olahraga, Hoki dan sebagainya.
Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum bertujuan untuk menghasilkan individu
yang berdisiplin, bekerjasama, bersifat penyayang, dan mempunyai keyakinan
diri serta daya kepimpinan demi keluarga, masyarakat dan negara.
Penekanan dalam KBSR
Penekanan dalam KBSR terbahagi kepada 10 bahagian iaitu pertamanya dari
segi kemahiran asas di mana ianya terbahagi kepada tiga iaitu membaca,
menulis dan mengira. Ianya ditegaskan kepada tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga
tahun 3. Antaranya ialah asas membaca, menulis termasuk mendengar,
menyebut, mengenal dan membentuk lambang, huruf serta perkataan.
Manakala asas mengira pula merangkumi kemahiran membilang,
mengenal angka dan menggunakan operasi-operasi matematik tambah, tolak,
darab dan bahagi. Selain itu juga, pengukuhan seperti di atas juga dilakukan
pada tahap 2 di mana ianya ialah kemahiran lanjutan seperti pemahaman
konsep, penguasaan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah. Keduanya, penekanan diberikan kepada kemahiran
berfikir di mana ianya selaras dengan perkembangan intelek yang dititikberatkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka dalam KBSR, tumpuan diberi
kepada aspek berfikir.
Terdapat 2 jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir secara kritis
dan kemahiran berfikir secara kreatif. Keduanya saling kait-mengait dan
bertujuan membolehkan murid memahami, menilai dan mengaplikasikan
maklumat yang diterima agar dapat membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi.
Ketiganya ia berkaitan dengan nilai merentasi kurikulum. Terdapat dua
subjek yang menerapkan nilai-nilai murni iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral. Terdapat juga nilai-nilai murni yang diserapkan dalam subjek lain tetapi
secara tidak langsung dan langsung. Oleh itu, seharusnya nilai-nilai murni
diserapkan dalam pembelajaran agar ianya dapat dilihat oleh murid sebagai
tauladan kepada mereka. Sehubungan itu, semua pihak sekolah memainkan
peranan penting dalam memupuk nilai-nilai murni di sekolah.
Keempat, ianya merangkumi bahasa merentasi kurikulum dimana Bahasa
Melayu masih merupakan bahasa pengantar utama di sekolah rendah kecuali
untuk mata-mata pelajaran tertentu di tahun persekolahan tertentu. Oleh itu,
murid seharusnya dapat menguasai dengan baik dalam sebutan, struktur ayat,
tatabahasa istilah dan laras bahasa. Jadi sebagai seorang guru, mereka
seharusnya bukan sahaja memberi tumpuan kepada ilmu yang khusus kepada
mata pelajaran berkenaan tetapi bertanggungjawab terhadap penguasaan
Bahasa Melayu murid-muridnya.
Kelima adalah semangat patriotisme yang merentasi kurikulum. Amat
penting bagi guru memupuk semangat patriotisme kepada murid dalam semua
mata pelajaran di samping aktiviti kokurikulm dan khidmat masyarakat. Ia bagi
menghasilkan murid yang cintakan negara serta bangga menjadi warganegara
Malaysia.
Keenam adalah dari segi sains dan teknologi yang merentasi kurikulum.
Terdapat 4 unsur utama dalam pendidikan sains dan teknologi di mana yang
pertamanya ialah pengetahuan dari segi saintifik yang merangkumi fakta, prinsip
dan konsep. Keduanya ialah kemahiran saintifik termasuk proses pemikiran dan
kemahiran manipulatif tertentu. Ketiganya ialah sikap saintifik yang menegaskan
ketepatan, kejujuran, keselamatan dan terakhir sekali ialah penggunaan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, semua perkara di atas haruslah diserapkan dalam
semua matapelajaran agar ia dapat mengukuhkan serta memperkayakan mata
pelajaran yang lain di sekolah. Bagi strategi pengajaran dan pembelajaran pula,
ianya perlulah berpusatkan kepada murid selaras dengan matlamat KBSR.
Implikasinya, guru dapat memfokuskan kepada murid dan melibatkan mereka
secara aktif sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Kelapan, penilaian mestilah dilakukan secara berterusan. Ia juga dikenali
sebagai penilaian formatif di mana ianya diijalankan sepanjang tahun. Ia
bertujuan mengenal pasti perkembangan dan kemajuan murid.
Akhir sekali, ialah pemulihan dan penggayaan dan apakah perbezaan
antara kedua-duanya, Pemulihan dijalankan kepada murid-murid yang
manghadapi masalah pembelajaran tertentu. Yang terakhir ialah prinsip mudah
alih di mana ia merujuk kepada dua perkara iaitu pengkaedahan serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan organisasi bilik darjah.
Proses Pelaksanaan KBSR
KBSR menganjurkan pengajaran yang bercorak kumpulan. Murid-murid
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu yang pandai, yang sederhana dan yang
lemah. Setiap kumpulan diajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang
berlainan. Yang pandai dan cepat menghabiskan pelajaran akan diberi kerja
tambahan ataupun kerja atau program pengayaan. Yang lemah diajar semula
secara kumpulan mahupun secara perseorangan dan guru menggunakan
kaedah pengajaran imbuhan atau memberi kegiatan pemulihan.
Selain daripada gerak kerja dalam bilik darjah, KBSR juga menggalakkan
gerak kerja di luar bilik darjah. Untuk pembelajaran di dalam bilik darjah, guru-
guru KBSR digalakkan menggunakan carta, kad latihan, kad kegiatan, buku
rujukan dan buku bacaan tambahan yang dikumpulkan di dalam perpustakaan
kelas. Dalam bilik darjah, perlu diadakan ruang tertentu untuk kelengkapan
bahan-bahan pembelajaran. Ruang ini disebut sudut pembelajaran. Manakala
gerak kerja di luar bilik darjah pula melibatkan aktiviti seperti lawatan sambil
belajar. Lawatan ini boleh dijalankan di tempat-tempat bersejarah, pusat-pusat
sains dan sebagainya. Pendidikan Jasmani juga merupakan salah satu aktiviti
luar bilik darjah. Melaluinya, murid dapat menonjolkan bakat terpendam dalam
bidang sukan di samping mengurangkan tekanan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, guru boleh mengadakan aktiviti
menyanyi dengan berkisarkan mengenai alam sekitar. Bagi subjek Kemahiran
Hidup pula, ada di antara sukatan pelajarannya yang memerlukan murid berada
di luar bilik darjah seperti berkebun di mana ianya secara tidak langsung dapat
memberi pendedahan awal kepada murid dalam bidang pertanian.
Buku teks masih digunakan untuk mata pelajaran Matematik dan Bahasa.
KBSR memberi tumpuan terhadap perkembangan individu ke tahap pencapaian
yang maksimum mengikut kemampuan dan keupayaannya. Ini bereti setiap
murid perlulah diberi perhatian supaya perkembangan pelajar yang diberi
kepadanya adalah seimbang dengan aras pencapaiannya. Pada dasarnya
kejayaan KBSR adalah terletak kepada mereka yang melaksanakannya. Pada
keseluruhannya berdasarkan gambarajah, keberkesanan pelaksanaan KBSR
adalah bergantung kepada tiga golongan individu iaitu guru besar/ penolong
kanan, guru-guru mata pelajaran dan murid-murid yang diajar.
Pelaksanaan KBSR
Program KBSR
Sumber : Siri Pendidikan Longman Pedagogi 1
Pelaksanaan yang berkesan
Faktor yang paling penting dalam pelaksanaan kurikulum ialah guru. Semua guru
yang terlibat malahan semua pengamal pendidikan mesti memahami, meyakini
dan berusaha untuk mengamalkan hasrat falsafah dan matlamat pendidikan
negara.
Bagi memastikan guru memahami dan menguasai falsafah itu secukupnya,
mereka perlu didedahkan kepada perkara itu dan berkaitan dengannya.
Rancangan untuk meningkatkan keikhtisasan guru-guru perlu dilakukan,
misalnya melalui dalam kelas, program membaca dan lain-lain. Perubahan sikap
dan tanggapan yang tidak sihat dalam kalangan guru amat ketara. Guru harus
dikeluarkan dari perangkap masa( tidak ada masa), perangkap rutin( kerja harian
yang sama) dan perangkap birokrasi( kerja apabila disuruh atau diarah). Sikap-
sikap yang sinis, curiga, apati dan antipati akan menghalang penerimaan. Sikap
guru mesti positif, optimis, inovatif, kreatif dan bertanggungjawab.
Dari sudut ikhtisas, guru mesti meyakini sesuatu, bersedia untuk meyakini
orang lain terutamanya anak didik, berilmu dan berkemahiran. Guru harus
melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab, penuh dengan
kasih sayang, berkebajikan, pemurah dan berbudi bahasa. Guru mesti berusaha
mengenali mereka dengan sebaik-baiknya. Guru harus membina jalinan
Bahan sokonganStrategi mengajar dan memimpin
Bahan KBSR
perhubungan yang erat melalui pengenalan dan kemesraan. Dengan itu, murid
akan lebih menaruh kepercayaan kepada guru mereka.
Selain itu adalah faktor sekolah. Ianya terdiri daripada fizikal iaitu prasarana
dan persekitaran sekolah serta bukan fizikal iaitu interaksi sosial. Fizikal yang
positif akan melahirkan minat murid terhadap sekolah mereka. Interaksi sosial
yang baik akan mewujudkan budaya yang mencerminkan peribadi dan imej
sekolah. Oleh itu, sekolah harus menampilkan imej seperti sebuah
keluarga( keluarga kedua), taman pendidikan dan gedung ilmu .
Di samping itu juga, ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan penting
sebagai agensi tidak formal yang sentiasa berhubungan dengan agensi formal
iaitu sekolah. Golongan ini harus membantu pihak sekolah dalam melaksanakan
program pendidikan yang telah dirancangkan.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Berpusatkan kepada murid, mengambil kira faktor perbezaan individu dan
berasaskan kepada kebolehan murid yang berbeza-beza. Oleh itu, tindakan
yang harus diambil oleh guru ialah dengan mewujudkan suasana bilik darjah
yang kondusif (selesa) dan merangsang pembelajaran supaya murid lebih
bersemangat untuk belajar. Suasana dan persekitaran yang merangsang
pembelajaran dapat dibahagikan kepada dua kriteria iaitu fizikal dan sosio-
emosi.
Faktor fizikal merujuk kepada ruang pembelajaran yang disusun secara
kreatif seperti kedudukan kerusi dan meja yang menarik. Sudut pembelajaran
dan sudut kerja yang dilengkapi dengan perabot dan bahan pembelajaran yang
interaktif dapat memberi murid peluang untuk membuat percubaan dan
penerokaan. Ruang pameran hasil kerja murid pula dapat memberi peluang
kepada murid untuk menilai sejauh mana hasil kerja mereka dan berusaha untuk
melakukan yang lebih baik pada masa akan datang. Bahan pengajaran dan
pembelajaran yang pelbagai dan menarik dapat mencabar murid untuk
mempamerkan kebolehan mereka.
Faktor sosio-emosi juga penting kerana aspek seperti pertuturan dan
perlakuan guru yang berbudi bahasa dan bersopan santun dapat memupuk
kemesraan di antara guru dengan murid selain menjadikan suasana
pembelajaran lebih selesa untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Keprihatinan guru terhadap kehendak murid yang berbeza-beza
dapat memberi guru lebih pengetahuan dalam memudahkan guru ketika proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru harus mempunyai kebolehan
untuk memberi galakan dan dorongan kepada murid agar dapat menaikkan
minat murid untuk belajar dengan tekun.
Prinsip-prinsip dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula berfungsi
sebagai garis panduan guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan kepada murid-murid. Antara prinsip-prinsip penting yang harus
dipatuhi oleh guru berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran
termasuk penglibatan muid yang aktif dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum,
penilaian yang berterusan diberi penekanan bagi semua mata pelajaran,
penilaian kendiri ke arah penambahbaikan bertujuan untuk meningkatkan
perkembangan murid dan penerokaan cara-cara penyempurnaan tugasan yang
diberi. Selain itu, prinsip-prinsip lain yang turut dinyatakan adalah perolehan
pelbagai pengalaman bagi mengukuhkan pemahaman dan penguasaan
kemahiran tertentu, peluang membuat keputusan secara rasional dan keupayaan
mempertahankan keputusan tersebut, penghargaan diberi atas usaha murid bagi
memupuk dan meningkatkan sifat yakin diri, daya saing yang sihat dan sifat
berani serta penguasaan kemahiran belajar dan berfikir agar murid lebih
berupaya mengurus pembelajaran masing-masing dengan lebih berkesan lagi.
Keberkesanan pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran dapat
dipastikan dengan jika beberapa faktor iaitu main peranan, tunjuk ajar, lakonan,
simulasi, sumbang saran, bercerita, lawatan, permainan dan projek yang
dilaksanakan dijalankan dengan baik.
Penilaian
Penilaian bermaksud proses mengumpul maklumat secara bersistematik
bertujuan untuk membuat pertimbangan dan selanjutnya membuat keputusan.
Selain itu juga, terdapat pelbagai definisi berkaitan penilaian dan secara
keseluruhannya ia boleh dikatakan sebagai satu proses mengumpul maklumat
untuk membuat keputusan pendidikan mengenai penguasaan, kemajuan dan
pencapaian murid. Penilaian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu jenis
formatif dan sumatif.
Formatif ialah penilaian yang mengesan pencapaian dan perkembangan
murid. Penilaian ini dijalankan sepanjang tahun semasa proses pengajaran dan
pembelajaran atau setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar. Ia bagi
mengenalpasti kelemahan murid berhubung dengan satu-satu kemahiran bagi
melaksanakan aktiviti pemulihan. Sebagai contoh penilaian formatif ialah
Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS). Penilaian Kemajuan
Berasaskan Sekolah ini dikendalikan oleh pihak sekolah dan ia merangkumi
ketiga-tiga bidang iaitu kognitif, afektif, psikomotor serta sikap dan bakat murid-
murid. Dalam penilaian ini guru bertindak merancang dan melaksana cara dan
bagaimana untuk menilai perkembangan dan pencapaian murid-murid secara
berterusan dengan menggunakan kaedah seperti pemerhatian, ujian lisan dan
bertulis.
Bagi ujian sumatif pula ianya adalah penilaian yang mengukur tahap
pencapaian murid pada akhir satu-satu tempoh pembelajaran, misalnya
peperiksaan akhir tahun, peperiksaan awam seperti UPSR, SPM dan
sebagainya. Contohnya dalam ujian UPSR, ia dikendalikan oleh Lembaga
Peperiksaan untuk menguji pencapaian murid-murid dalam Tahun 6. Aspek
penilaian yang diutamakan berfokuskan kepada domain kognitif, iaitu
penguasaan kemahiran 3M ( membaca, menulis, mengira ). Contoh mata
pelajaran yang diuji ialah Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan lain-lain lagi.
Perbandingan Antara PKBS dan UPSR
ASPEK PKBS UPSR
Bentuk Formatif Sumatif
Tujuan Menilai pencapaian dan
perkembangan menyeluruh
Hanya menilai
pencapaian
Kaedah Formal dan tidak format
( pemerhatian, ujian lisan, ujian
bertulis )
Formal (ujian lisan dan
bertulis )
Cara
Pelaksanaan
Berterusan, terancang dan serta-
merta.
Terancang di mana ia
mengikut masa dan
tarikh yang ditetapkan.
Tempoh
pelaksanaan
Dari Tahun 1 hingga Tahun 6 Pada akhir Tahun 6
Aspek Penilaian Kognitif, afektif,psikomotor,
kemahiran(berbahasa, mengira,
sosial, saintifik, amali dan belajar)
Perkembangan ( minat, bakat
dan sikap )
Penghayatan nilai dan kesihatan
diri
Amalan Fardhu Ain
Kognitif,afektif,
psikomotor, kemahiran
berbahasa dan mengira.
Cara Pengrekodan Markah, Gred, Skala
Kadar
Markah dan Gred
Cara Pelaporan Lisan atau Bertulis (gred
dan markah )
Gred
Perkara yang direkod Kemajuan, Pencapaian
Diri. Kekuatan Diri,
Kelemahan Diri.
Pencapaian
Perkara yang dilapor Kemajuan, Pencapaian Pencapaian
( Sumber : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, 2008 : 220 )
Dalam penilaian di atas, terdapat juga tidakan susulan yang akan diambil.
Di antaranya ialah pengukuhan di mana ianya bertujuan mengukuhkan
pemahaman dan penguasaan murid serta mendorong mereka belajar dengan
lebih tekun lagi. Bagi mencapai tujuan ini, guru akan memberi latihan lebih
banyak lagi kepada murid. Keduanya boleh juga diberikan pemulihan iaitu aktiviti
pembelajaran khusus kepada murid yang gagal menguasai kemahiran 3M.
Menurut kebiasaan guru boleh menjalankan pemulihan dalam kelas
ataupun pemulihan khas. Pemulihan dalam kelas ialah dimana guru menjalankan
pembelajaran kepada murid yang mengalami masalah yang ringan. Bagi
pemulihan khas pula, ia merangkumi masalah pembelajaran yang serius.
Kebiasaanya, murid-murid hanya ditempatkan di kelas pemulihan khas pada
waktu tertentu sahaja. Kemudiannya, akan dimasukkan ke kelas asal seperti
biasa. Susulan terakhir yang boleh dilakukan ialah pengayaan di mana ia
merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tambahan dan pelbagai
bertujuan meningkatkan ilmu murid-murid. Ia merangkumi aktiviti pembelajaran
yang terancang dan bersifat mencabar.
Rumusan
Kesimpulannya, pelaksanaan KBSR yang sempurna sememangnya dapat
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah penghasilan individu
yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun Satu sehingga
Tahun Enam di Tahap Dua ini amat komprehensif dan mengambilkira semua
aspek proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah
termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan nilai merentasi
kurikulum. Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk para pendidik, murid-
murid dan ibu bapa berganding bahu dan komited dalam usaha pelaksanaan
KBSR, sudah pasti matlamat FPK akan tercapai dan sistem pendidikan negara
kita akan standing dengan sistem pendidikan negara-negara membangun yang
lain di dunia ini.