kurikulum standard sekolah menengah mata … · 2021. 1. 18. · totaps, ricer, drabc dan posisi...
TRANSCRIPT
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS
Dokumen Penjajaran Kurikulum
SAINS SUKAN TINGKATAN 5
KATA PENGANTAR
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
melaksanakan penjajaran kurikulum selaras
dengan pengumuman pembukaan semula
sekolah berdasarkan Takwim Persekolahan
2020 yang dipinda. Pada ketika itu, Kandungan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) telah dijajarkan bagi tujuan kegunaan
pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi
keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Susulan penutupan semula sekolah sepenuhnya mulai 9 Novermber
2020, sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR) sehingga hari terakhir persekolahan bagi tahun 2020.
Meskipun guru telah berusaha untuk melaksanakan PdPR, namun
masih terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan
memberi implikasi terhadap pembelajaran murid pada tahun 2021.
Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan untuk meneruskan
pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 bagi tahun 2021.
Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 merupakan usaha KPM bagi
membantu guru untuk memastikan kelangsungan pembelajaran
murid dilaksanakan. Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah
kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
KSSM serta ditambah baik daripada dokumen penjajaran kurikulum
sebelumnya. Kandungan kurikulum disusun berdasarkan kandungan
asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala, kandungan
tambahan dan pelengkap perlu diajar bagi menyokong keseluruhan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran yang boleh dilaksanakan
melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran.
Harapan KPM agar guru dapat terus merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2021 dengan lebih
berkesan. KPM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
melaksanakan kurikulum yang dijajarkan.
Dr. LATIP BIN MUHAMMAD Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Dasar dan Sains & Teknologi) Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM MPEI Sains Sukan Tingkatan 5
1
Bidang
Standard Kandungan / Standard Pembelajaran
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
BIDANG 4 : KECERGASAN DAN PERSEDIAAN FIZIKAL
4.1 Pengenalan
Kecergasan
4.1.1 Menerangkan konsep asas
kesejahteraan.
4.1.2 Menerangkan perkaitan antara kecergasan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani untuk mencapai kesejahteraan.
4.1.3 Menjelaskan komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan dan lakuan motor.
4.2 Pengukuran
Kecergasan
Fizikal
4.2.1 Memerihal ujian untuk mengukur
komponen kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan.
4.2.2 Memerihal ujian untuk mengukur
komponen kecergasan fizikal
berdasarkan lakuan motor.
4.2.3 Merancang dan melaksanakan ujian
kecergasan fizikal.
4.2.4 Mentafsir keputusan ujian kecergasan
fizikal berdasarkan norma.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM MPEI Sains Sukan Tingkatan 5
2
Bidang
Standard Kandungan / Standard Pembelajaran
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
4.2.5 Menghasilkan laporan ujian
kecergasan fizikal.
4.3 Prinsip
Latihan
Fizikal
4.3.1 Menerangkan prinsip latihan fizikal.
4.3.2 Menerangkan contoh aplikasi prinsip
latihan dalam latihan fizikal.
4.4 Kaedah
Latihan
Fizikal
4.4.1 Menyenarai latihan yang
meningkatkan kecekapan sistem
tenaga aerobik dan anaerobik.
4.4.2 Menyenarai latihan yang
meningkatkan kecekapan sistem otot
rangka.
4.4.3 Memerihal isipadu dan intensiti
latihan sebagai pemboleh ubah dalam
latihan.
4.4.4 Merancang dan melaksanakan latihan
meningkatkan kecekapan sistem
tenaga aerobik dan anaerobik.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM MPEI Sains Sukan Tingkatan 5
3
Bidang
Standard Kandungan / Standard Pembelajaran
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
4.4.5 Merancang dan melaksanakan latihan
yang meningkatkan kecekapan
sistem otot rangka.
4.4.6 Menghitung beban latihan selepas
melakukan latihan jarak jauh perlahan
(Long Slow Distance - LSD) dan
sebelum latihan jeda berdasarkan
intensiti dan isipadu latihan.
4.4.7 Merancang dan melaksanakan satu
sesi latihan fizikal bagi sukan yang
dipilih.
4.4.8 Menerangkan perbezaan antara
keletihan dengan kelesuan otot.
4.4.9 Merancang strategi mengurangkan
keletihan dan kelesuan otot semasa
melakukan latihan fizikal.
BIDANG 5 : PEMAKANAN SUKAN
5.1 Pengenalan
Pemakanan
Sukan
5.1.3 Membandingkan kesan pengambilan
makanan berdasarkan piramid
makanan dengan piramid makanan
atlet terhadap prestasi atlet.
5.1.1 Membezakan antara pemakanan
dengan pemakanan sukan.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM MPEI Sains Sukan Tingkatan 5
4
Bidang
Standard Kandungan / Standard Pembelajaran
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
5.1.4 Mencerakin punca dan kesan
malnutrisi terhadap prestasi atlet.
5.1.2 Membincangkan kepentingan
pemakanan seimbang untuk
kesihatan dan prestasi atlet.
5.2 Keperluan Tenaga
dan Sumber Tenaga
dalam Pemakanan
Sukan
5.2.1 Menghuraikan tenaga daripada
sumber makanan.
5.2.2 Membezakan sumber tenaga
eksogenus dan endogenus untuk
aktiviti sukan yang berbeza dari segi
intensiti dan jangka masa.
5.2.3 Mengguna pakai Sistem Pertukaran
Makanan (Food Exchange System)
untuk menganalisis makanan yang
setara dari segi kalori dan kandungan
nutrien.
5.3 Bendalir Tubuh,
Elektrolit dan
Pentermokawalaturan
5.3.1 Menjelaskan bendalir tubuh, elektrolit
dan pentermokawalaturan.
5.3.2 Menjelaskan keperluan pengambilan
cecair dan elektrolit sebelum, semasa
dan selepas bersukan.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM MPEI Sains Sukan Tingkatan 5
5
Bidang
Standard Kandungan / Standard Pembelajaran
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
5.3.3 Merancang kuantiti minuman yang
perlu diambil sebelum, semasa dan
selepas bersukan berdasarkan jangka
masa aktiviti.
5.3.4 Membuat justifikasi status hidrasi
berdasarkan warna urin sebelum dan
selepas bersukan.
5.4 Bantuan Ergogenik
Pemakanan
5.4.1 Menghuraikan bantuan ergogenik
pemakanan.
5.4.2 Membahaskan peranan dan kesan
penyalahgunaan bantuan ergogenik
pemakanan seperti kafein, kreatin,
bikarbonat, whey protein dan tokokan
karbohidrat kepada kesihatan,
prestasi atlet dan pematuhan World
Anti Doping Agency (WADA).
5.5.1 Menerangkan strategi pemakanan
yang sesuai sebelum, semasa dan
selepas latihan dan pertandingan
berdasarkan jenis dan kuantiti nutrien
serta masa pengambilannya.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM MPEI Sains Sukan Tingkatan 5
6
Bidang
Standard Kandungan / Standard Pembelajaran
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
5.5.2 Merancang pemakanan yang sesuai
untuk seorang atlet bagi memenuhi
keperluan latihan atau pertandingan
mengikut jenis sukan.
BIDANG 6 : ASAS PSIKOLOGI SUKAN DAN SOSIOLOGI SUKAN
6.1 Asas Psikologi dalam
Sukan
6.1.3 Menghuraikan interaksi antara
emosi, kognitif dan fizikal terhadap prestasi atlet.
6.1.1 Menjelaskan Psikologi Sukan. 6.1.2 Menerangkan peranan dan etika
psikologis sukan serta bidang
kepakarannya.
6.2 Motivasi dan
Penetapan Matlamat
6.2.3 Membahaskan kesan ganjaran
kepada atlet.
6.2.4 Menerangkan kepentingan
penetapan matlamat kepada atlet.
6.2.5 Membandingkan penetapan
matlamat proses, matlamat hasil dan
matlamat prestasi kepada prestasi
atlet.
6.2.1 Menjelaskan motivasi dalam sukan.
6.2.3 Mengenal pasti sumber motivasi
intrinsik dan ekstrinsik.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM MPEI Sains Sukan Tingkatan 5
7
Bidang
Standard Kandungan / Standard Pembelajaran
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
6.2.6 Menjelaskan tahap penetapan
matlamat jangka pendek, jangka
sederhana dan jangka panjang.
6.3 Keagresifan dalam
Sukan
6.3.1 Menjelaskan keagresifan dalam
sukan.
6.3.2 Membezakan keagresifan ketara,
keagresifan instrumental dan
perlakuan asertif.
6.3.3 Menganalisis dan mengenal pasti
faktor-faktor yang mempengaruhi
keagresifan dalam sukan.
6.4 Kebimbangan dan
Kemahiran Psikologi
Sukan
6.4.1 Menjelaskan kebimbangan dalam
sukan.
6.4.2 Mengenal pasti faktor penyebab
kebimbangan.
6.4.3 Membezakan antara kebimbangan
tret dengan kebimbangan seketika.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM MPEI Sains Sukan Tingkatan 5
8
Bidang
Standard Kandungan / Standard Pembelajaran
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
6.4.4 Melakukan kemahiran psikologi
sukan dengan menggunakan
kaedah pernafasan, relaksasi otot
progresif, imageri dan kata
rangsangan kendiri bagi
meningkatkan prestasi dalam sukan.
6.4.5 Memilih kemahiran psikologi yang
sesuai mengikut situasi dan individu
untuk meningkatkan prestasi dalam
sukan.
6.5 Pengenalan Sosiologi
Sukan
6.5.3 Membandingkan antara proses
sosialisasi ke dalam sukan dengan
sosialisasi menerusi sukan.
6.5.1 Menjelaskan Sosiologi Sukan.
6.5.2 Membezakan antara main, sukan,
rekreasi dan Pendidikan Jasmani.
6.6 Kesan Penglibatan
dalam Sukan
6.6.1 Membahaskan kesan penglibatan
individu dalam sukan.
6.6.2 Menganalisis kesan penyertaan dan
penganjuran sukan kepada negara
dalam kontek sosial, ekonomi, politik
dan patriotisme berdasarkan satu
contoh penganjuran sukan.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM MPEI Sains Sukan Tingkatan 5
9
Bidang
Standard Kandungan / Standard Pembelajaran
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
BIDANG 7 : KECEDERAAN SUKAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN
7.1 Pengenalan
Kecederaan Sukan
7.1.1 Menjelaskan punca kecederaan
sukan berdasarkan faktor kendiri, pihak ketiga, peralatan dan persekitaran.
7.1.2 Menerangkan langkah-langkah pencegahan kecederaan sukan dari segi pakaian, peralatan sukan, peralatan perlindungan dan persekitaran.
7.1.3 Menerangkan peralatan perlindungan yang digunakan dalam sukan untuk mencegah kecederaan.
7.1.4 Menghasilkan alat ganti peralatan
perlindungan yang boleh digunakan dalam sukan.
7.2 Jenis-jenis
Kecederaan Sukan
7.2.1 Menghuraikan jenis kecederaan
sukan yang melibatkan tisu lembut dan tisu keras.
7.2.2 Mengenal pasti tanda dan simptom pelbagai kecederaan sukan.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM MPEI Sains Sukan Tingkatan 5
10
Bidang
Standard Kandungan / Standard Pembelajaran
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
7.2.3 Membezakan kecederaan akut dan
kecederaan kronik.
7.3 Pengurusan
Kecederaan Sukan
7.3.1 Menjelaskan pengurusan
kecederaan yang melibatkan Talk, Observe, Touch, Active Movement, Passive Movement, dan Skill Test (TOTAPS), Rest, Ice, Compression, Elevation, dan Refer (RICER), Danger, Respons, Airway, Breathing, dan Circulation (DRABC) dan posisi pemulihan.
7.3.2 Menunjuk cara pengurusan
kecederaan yang melibatkan TOTAPS, RICER, DRABC dan
posisi pemulihan.
7.3.3 Menerangkan fungsi balutan, splinting dan taping.
7.3.4 Melakukan teknik balutan, splinting dan taping.
7.3.5 Menghasilkan alat ganti bagi alatan balutan, splinting dan taping.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM MPEI Sains Sukan Tingkatan 5
11
Bidang
Standard Kandungan / Standard Pembelajaran
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
7.4 Terapi dan
Rehabilitasi Sukan
7.4.1 Menerangkan rehabilitasi sukan dan
kepentingan rehabilitasi sukan.
7.4.2 Mencadangkan terapi yang sesuai
berdasarkan jenis kecederaan
sukan.
7.4.3 Menerangkan peringkat-peringkat rehabilitasi sukan.
7.5 Stres Haba
7.5.1 Menjelaskan stres haba dan punca
stres haba.
7.5.2 Menjelaskan kecederaan yang
disebabkan oleh stress haba.
7.5.3 Mencadangkan strategi
mengurangkan risiko stres haba.
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM MPEI Sains Sukan Tingkatan 5
12