kursus kepimpinan dan motivasi kerja 2016
TRANSCRIPT
Dalam era transformasi dibawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Kecemerlangan pekerja sering dikaitkan dengan aras kompetensi tinggi. Oleh itu keinginan untuk memperoleh kecemerlangan diri harus difahami sebagai usaha untuk mengasimilasikan istilah Al-Hijrah (perubahan/perpindahan), Al-Tajdid (pembaharuan untuk mengembalikan sesuatu kepada fokus/tujuan asal), Al-Islah (penambahbaikan berterusan) dan Al-Falah (kecemerlangan di dunia dan akhirat) dalam diri. Seterusnya, menyertai program kecemerlangan diri bermaksud berusaha membawa diri menuju kearah kehidupan yang lebih gemilang dan terbilang bagi mencapai misi agung dalam hidup iaitu Mardhatilah (keredaan Allah swt dalam segala tindak tanduk kita di dunia ini). Justeru itu pengisian program ini mengajak peserta membuang sifat pasif dan menggantikannya dengan minda, emosi dan personaliti atau karaktor yang berinisiatif, konsisten dan proaktif. Maknanya orang yang kecemerlangan diri perlu berusaha gigih baik fizikal, mentalnya mahupun emosinya dalam mengharungi halangan. Keinginan membina sikap positif, mengisi kemahiran, mencerna pengetahuan dan memperkasa personaliti adalah intipati kepada elemen motif dan aksi yang kemudiannya menjadi asas pekerja bermotivasi di tempat kerja. Bermotivasi untuk main peranan dalam melaksanakan visi, misi dan objektif organisasi tanpa mengira apa juga jenis jawatan mereka. Kejayaan organisasi amat bergantung kepada kecemerlangan dan motivasi pekerja menerusi penuaian bakat dari lima ranting pohon insan iaitu mendaya-upaya, merekayasa, merakyatkan, keteguhan dan nilai bersama. Kursus ini memberi penekanan tentang erti kecemerlangan, kecemerlangan diri, memenuhi diri dengan ciri-ciri berlandaskan sikap kerja positif dalam melaksanakan tugas mereka supaya diri dan organisasi mencapai keunggulan.
Matlamat ProgramDi akhir program ini para peserta akan dapat:
• Mengenalpasti kehabatan bakat yang membentuk kekuatan,
kelemahan dan potensi diri.
• Mengetahui dan menyedari pentingnya mengamalkan
langkah-langkah untuk menyerlahkan kecemerlangan diri menerusi
peranan mereka sebagai pekerja yang cemerlang
• Membentuk matlamat perubahan diri yang lebih dinamik, sistematik
dan berkesan
• Mengetahui kepentingan motivasi dan mengaplikasikan
kecemerlangan di dalam diri di tempat kerja
• Memiliki kompetensi berkomunikasi dengan lebih berkesan dan
mempunyai pengayaan diri atau imej peribadi yang profesional ke
arah kecemerlangan dan keyakinan
• Bekerja dalam pasukan yang kuat dan mantap serta dapat mengatur
strategi untuk Berjaya dalam kerja menerusi penghayatan nilai
murni semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab
• Memberi sumbangan yang bermakna dalam memaju dan
mencemerlangkan organisasi menerusi peningkatan prestasi kerjaya
dan kualiti kehidupan menggunakan kuasa minda, emosi dan
karektor positif.
Kandungan• Mengenalpasti khazanah bakat yang menjadi asas dan faktor
kejayaan dalam pengupayaan kompetensi diri
• Memahami dan mengatur plan tindakan kecekapan dan
kecemerlangan diri menerusi inventori kecemerlangan diri
bersesuaian dengan KPI diri dan organisasi
• Menguasai dinamika perubahan persekitaran dalam pengurusan
diri, keterampilan dan keperibadian unggul menerusi model EmAS
(transformasi minda, emosi dan karakter)
• Meningkatkan semangat kerja berpasukan melalui penghayatan nilai
dan prinsip kerja berpasukan
• Pemerkasaan kemahiran berunding menerusi penguasaan konsep
menang-menang dalam perundingan di tempat kerja melibatkan
pekerja-pekerja; pekerja-majikan; pekerja-pelanggan
• Membentuk motivasi & nilai dan etika dalam konteks seronok
bekerja dan kerja sebagai ibadah dalam memahami unsur insan
(manusia) dan insani (kemanusiaan).
MetodologiProgram dua hari ini menggunakan gabungan kaedah ceramah dan
pemudah cara (lecture & facilitate), perbincangan kumpulan menerusi
aktiviti berasaskan pengalaman (experiential learning), main peranan
dan analisa inventori menggunakan lukisan projektif.
pippa.usm.my
Pro
gram
Um
um
PULAU PINANG17-18 OGOS 2016
Kursus Kepimpinandan Motivasi Kerja
YuranMYR
* Yuran Sahaja 590*
PemudahcaraProf. Madya Dr. Main Rindam, PhD. telah berkhidmat sebagai tenaga akademik di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains
Malaysia sejak Oktober 1991 dan telah terlibat lebih 20 tahun dengan pengisian serta pengendalian program motivasi untuk pelbagai agensi
kerajaan dan swasta. Selain bidang akademik, beliau turut main peranan dalam program pendidikan sepanjang hayat dengan mengendalikan
kursus asas psikologi dan motivasi kerja. Memiliki pengalaman luas dalam membangun kompetensi sumber manusia, beliau pernah menjadi
Ketua Fesilitator bagi Program Intensif Meningkatkan Pengupayaan Insan (PIMPIN) yang dianjurkan oleh Unit Latihan, USM. Pada tahun 2013,
beliau telah dilantik sebagai Felo PiPPA dan merupakan penulis aktif dalam pembinaan modul kecemerlangan diri dan motivasi dan artikel jurnal
tentang transformasi dan kompetensi sumber manusia. Keunikan menyertai program-program beliau ialah peserta akan berkongsi kemahiran
menggunakan lukisan projektif dan pelbagai kaedah penyampaian dalam usaha membongkar potensi sebenar bakat, kecemerlangan diri dan
motivasi mereka.
Siapa Patut Hadir• Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gred 41- 54
• Penyelia kumpulan pelaksana Gred 27-40
• Individu yang berminat
Kursus Kepimpinan dan Motivasi Kerja
Bil. Nama Jawatan Tel. Bimbit Emel
• Bayaran boleh dibuat melalui Cek I Pesanan Kerajaan I Draf Bank atas nama USAINS HOLDING SDN. BHD. dan hantar ke: Pusat Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Awam, Suite 244. Kompleks Eureka USM, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.• PIPPA berhak meminda jadual serta kandungan program tanpa sebarang notis awal. Yuran adalah tertakluk di bawah terma dan syarat digariskan dalam Polisi Pendaftaran PIPPA.• Caj 100% akan dikenakan terhadap sebarang pembatalan selepas surat pengesahan penyertaan dikeluarkan oleh pihak penganjur. • Pihak PIPPA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tempahan tiket penerbangan, penginapan yang dibuat sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh pihak penganjur.
Lengkapkan borang di bawah dan fakskan ke : +604.653.6060 atau emel ke : [email protected] untuk mendaftar ?
Butiran OrganisasiORGANISASI : PEGAWAI MELULUSKAN :
ALAMAT :
TELEFON : FAKS : E-MEL :
Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran AwamSuite 244, Kompleks EUREKA, Universiti Sains Malaysia11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : +604.653.6057 +604.653.6056Faks : +604.653.6060 Emel : [email protected]
Anjuran :
pippa.usm.myCENTRE FOR INNOVATION AND PRODUCTIVITY IN PUBLIC ADMINISTRATIONPUSAT INOVASI DAN PRODUKTIVITI PENTADBIRAN AWAM
U N I V E R S I T I S A I N S M A L A Y S I A
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .Simpan bahagian ini dan fakskan ke nombor yang diberi
Hubungi Sekarang +604.653.6058 Fax : +604.653.6060
Email : [email protected]
8 Ogos 2016Tarikh Tutup