lambang negeri
DESCRIPTION
kajian temptanTRANSCRIPT
NEGERI PERAK
BENDERA PERAK
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning
dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning
melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul
Ridzuan.
JATA PERAK
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit
yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.
Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga Padi
menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 1
NEGERI JOHOR
BENDERA JOHOR
Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri dan Rakyat
Jelata.
JATA JOHOR
Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan
Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan
Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua
ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang
buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang
berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua
jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogan kata negeri ialah " Kepada Allah
Berserah".
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 2
NEGERI KEDAH
BENDERA KEDAH
Bendera negeri Kedah memaparkan anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai
kuning yang tanda negeri ini beragama Islam, dan dilingkungi oleh
jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna
tradisional negeri Kedah yang turun-temurun dan juga melambangkan kemewahan,
sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam.
Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya. Padi
maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga
dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.
JATA KEDAH
Jambangan yang terdiri daripada lengkaran biji padi melambangkan komoditi pertanian
utama negeri – beras. Anak bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai
melambangkan kekuasaan pemerintah. Perisai pula melambangkan kekuasaan.
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 3
NEGERI KELANTAN
BENDERA KELANTAN
Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud
kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan
kesucian Raja Negeri Kelantan.
JATA KELANTAN
Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan
orang-orang Melayu Kelantan. Anak Bulan dan Bintang adalah tanda Islam. Dua
laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk
mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua
negeri ini di masa Che' Wan Kembang, Permaisuri Kelantan yang terlalu kasih pada
kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar
binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"
NEGERI MELAKA
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 4
BENDERA MELAKA
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan warna-warna yang terdapat
pada Jalur Gemilang dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan sabit dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda
agama Islam, agama negeri dan juga negara.
JATA MELAKA
Putih, kuning dan biru yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang terdapat di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah sebahagian dari Malaysia. Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang pecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada Islam sebagai agama rasmi.
Di samping itu, terdapat pokok Melaka, pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. 2 ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua bagaimana Melaka diasaskan. Dalam hikayat itu menceritakan bagaimana Parameswara menyaksikan pergaduhan antara seekor pelanduk dengan seekor anjing semasa baginda sedang berehat di bawah pokok melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan rusa yang kecil itu semasa berlawan dengan seekor anjing. Akhirnya baginda mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya Melaka. Pelanduk itulah yang telah menyebabkan Raja Melaka mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
NEGERI SEMBILAN
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 5
BENDERA NEGERI SEMBILAN
Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi
yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna
hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-
bahagian negeri ini.
JATA NEGERI SEMBILAN
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam
Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan
hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-
datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar.
Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam
Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di
tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang
di-Pertuan Besar.
NEGERI PAHANG
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 6
BENDERA PAHANG
Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika
dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih
adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna
bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan
pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai
keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta
kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan
berdaulat.
JATA PAHANG
Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran. Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyhur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas. Gading yang bersilang di bawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.
NEGERI PERLIS
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 7
BENDERA PERLIS
Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua warna. Pada jalur atas bendera
menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di
Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna
kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja iaitu D.Y.M.M. Raja Perlis yang
terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat
jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat".
Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan paduan warna bendera
negara Ukraine kerana jalur atas pada bendera Ukraine berwarna biru muda.
JATA PERLIS
Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil
utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan
negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana
kekayaan hasil padinya.
NEGERI PULAU PINANG
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 8
BENDERA PULAU PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih
pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning
melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat
namanya.
JATA PULAU PINANG
Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
NEGERI SELANGOR
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 9
BENDERA SELANGOR
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu
bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan
tenaga kepada negeri ini. Bulan sabit dan bintang pula ialah sebagai lambang
agama Islam, agama rasmi negeri Selangor manakala kesucian Agama Islam
ditunjukkan dengan warna putih.
JATA SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-
tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris
Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi
"Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang
dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
NEGERI TERENGGANU
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 10
BENDERA TERENGGANU
Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu. Ia
melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi
perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama
Islam, agama negeri.
JATA TERENGGANU
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan
Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.
Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama
rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali
menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.
NEGERI SABAH
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 11
BENDERA SABAH
Bendera negeri Sabah bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna
biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua
meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur
yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah
berwarna merah cili.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian
dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah
menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan
semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian
yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula
melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 12
JATA SABAH
Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini
melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan
rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri
Sabah. Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima
bahagian 'bahagian' yang terkandung dalam negeri Sabah.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan
kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna
biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat.
Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan
Negeri Sabah. Di bahagian bawah jata ini, terdapat cogan kata negeri Sabah, iaitu
Sabah Maju Jaya.
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 13
NEGERI SARAWAK
BENDERA SARAWAK
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat
dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri
contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan,
perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Warna hitam
melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan
sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di
mana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi
rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 14
JATA SARAWAK
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan
aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi
politik pembangunan. Lencana negeri ini juga boleh membezakan
keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 15
Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih
dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah
bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang
melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah
menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna
Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan
negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi
Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam
mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan
berkeperibadian Malaysia.
Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman
makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang
berasaskan sains dan teknologi.
Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong
dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang
keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-
tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan
kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian,
kesucian dan perpaduan.
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 16
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna
utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan
rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna
Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan
melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara
yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era
globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 17
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna
biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat
dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga
Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan
13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah
pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama
Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di
Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat
Kerajaan dan pentadbiran.
Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam
menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang
dinamik dan berprogresif.
Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya
dalam taman bercahaya
IZZAT AIMAN BIN AHMAD ZAINAL Page 18