lampiran kajian tindakan
DESCRIPTION
kajian tindakanTRANSCRIPT
Frenulum Linguae – istilah gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih
dikenali dengan ‘pelat’. Kebiasaannya pelat pada huruf R, S, F, D.
Pelat bukan akibat lidah pendek. Pelat biasanya berlaku pada kanak-kanak
seawal usia setahun. Diusia ini, kanak-kanak mula belajar mengenali huruf &
membunyikan huruf.
Anak kedua saya juga pelat. Tetapi apabila sudah mula bersekolah, pelat dia mulai
hilang & seterusnya sebutan menjadi normal.
Ada beberapa cara nak hilangkan pelat ni. Antaranya:-
1) Jangan ajar anak cakap pelat walaupun anak masih bayi lagi. Ibu bapa yang
suka bercakap pelat dengan anak-anak kecil berisiko tinggi menyebabkan anak
mereka bercakap pelat.
2) Selalu latih anak menyebut huruf R, S, F, D setiap hari. InsyaAllah, pelat anak
akan berkurangan kerana lidah bergetar dengan betul.
3) Bercakaplah dengan anak secara perlahan-lahan agar mereka mudah
menangkap bunyi yang hendak ditiru & perbetulkan sebutan anak jika ada kesilapan.
4) Geselkan cincin emas atau perak ke lelangit & lidah anak semasa mereka
tidur sambil berselawat Nabi. Saya pernah cuba cara ni, Alhamdulillah ada nampak
kesannya tetapi kena buat setiap hari.
Jangan risau, PELAT bukanlah cacat. Ia sesuatu yang normal & comel khususnya
pada kanak-kanak.
Sumber dari mymertro
Ditertawakan rakan hanya kerana bunyi aneh dalam setiap sebutan yang ‘terlahir’ di bibir. Bahkan, ada yang ‘berani’ meniru intonasi percakapannya dengan gaya jenaka. Beginilah saban hari terpaksa melalui keadaan sama dengan dikelilingi rakan yang kuat menyakat.
Lumrah manusia diberikan akal dan perasaan yang sering menerjah di lubuk hati. Seperti mereka yang pelat, risiko untuk kerap berkecil hati itu lebih tinggi. Malahan, ia turut membabitkan emosi dan mental seseorang.
KANAK-KANAK PELATBukan sesuatu yang pelik jika kanak-kanak bercakap pelat kerana pada
peringkat awal tumbesaran, kanak-kanak tidak boleh mendapat bunyi yang
betul. Secara biologi, lidah mereka tidak boleh mendapat bunyi yang tepat dan
apabila si kecil menutup bibir dan menghembus, perkataan pertama yang akan
keluar ialah `ma'. Sebab itu, panggilan untuk ibu di seluruh dunia
kebanyakannya bermula daripada huruf M seperti 'mak', `mama', `mummy' dan
`ma' kerana is antara perkataan awal yang keluar daripada mulut bayi.
Saintis Social dan Eksekutif Unit Penyelidikan dan Pembangunan Intelek Uforia
UiTM Perak, Airil Haimi Adnan, berkata pelat kanak-kanak bukan berpunca
daripada ajaran orang dewasa, sebaliknya perkara semula jadi yang tidak boleh
dielak dan biasanya dilalui setiap kanak-kanak. Menurutnya, perkataan itu
kemudian diikuti sebutan `pa', lalu timbulkan perkataan `papa' untuk
memanggil bapa. Perkataan lain seperti `abah', 'ayah' dan 'umi' jugamudah
disebut, tetapi kanak-kanak menyebut suku kata akhir terlebih dulu yang lebih
mudah disebut sebelum dapat menyebut perkataan penuh.
Sementara itu, untuk mereka yang menggelarkan diri sebagai ibu atau
bonda, walid (bapa), si anak mengambil masa menyebut perkataan berkenaan
kerana si bayi akan menuturkan apa yang mampu dikeluarkannya dulu. "Pada
1980-an dan 1990-an, masyarakat kita sering diingatkan supaya jangan melayan
kanak-kanak dengan bercakap pelat kerana dikhuatiri menyebabkan kanak-
kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik apabila besar. "Sebenarnya, ada dua
pendapat berbeza dalam hal ini, iaitu tidak salah bercakap pelat jika hendak
mengajuk atau bermanja dengan anak itu. "Kanak-kanak boleh faham
percakapan kita j ika kita 'bercakap bahasa betul atau bercakap pelat ketika
berbual dengannya. Satu pendapat lagi, jangan amalkan bercakap pelat sebab
nanti mcmpengaruhi kecekapan si kecil bertutur," katanya. Punca kanak-kanak
lambat bercakap bukan disebabkan dia bercakap pelat. Perbezaan gender
antara faktornya iaitu kanak-kanak perempuan lebih cepat membezakan bunyi,
menyebabkan dia lebih cekap bercakap berbanding kanak-kanak lelaki.
Bagaimanapun, daripada segi lain, kanak-kanak lelaki lebih cepat menguasai
kemahiran fizikal, misalnya berlari berbanding kanak-kanak perempuan.
"Sebaik-baiknya, apabila kanak-kanak mampu bercakap normal, jangan
bercakap pelat dengannya kerana kanak-kanak tidak menyukai kelakuan itu
kerana rasa dipermainkan. lni menyebabkan dia tidak berminat bercakap atau
berbual. Jika hendak mengusik tidak mengapa, tetapi jangan diamalkan,"
katanya.
Menurutnya, sampai satu tahap apabila kanak-kanak itu dapat mengenal
pasti bunyi yang betul, si kecil akan bercakap dengan bahasa betul. "Jika pada
usia enam tahun kanak-kanak itu masih pelat, perkara itu boleh diterima.
Bagaimanapun, jika pada usia tujuh hingga lapan tahun dia masih tidak mampu
bercakap dengan betul, ibu bapa diminta berjumpa pakar bahasa percakapan
bagi merujuk masalah itu," katanya. Anak murid saya ada yang pelat sehingga
berumur 5 tahun. Kanak-kanak pelat adalah sejak awal umur mereka dan
bukannya bermula di sekitar 5-7 tahun... dengan erti kata lain, mereka bermula
dari rumah iaitu sebelum melangkah ke sekolah. Ada dikalangan kanak-kanak
yang dikurniakan lidah yang pendek. Namun tidak dinafikan ada dikalangan
ibubapa yang sering menukar bunyi sesuatu sebutan bahasa seolah-olah
mengajuk bahasa kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak hanya menerima
sebutan tersebut tanpa mengetahui ianya betul atau salah kerana mereka
sememangnya hanya menyerap apa yang dipelajarai dan mudah menerima
sesuatu yang diajar itu.
Perkataan atau sebutan yang sering dipelatkan adalah perkataan 's'..
contohnya susu ditukarkan menjadi syusyu.. sibuk ditukarkan menjadi syibuk..
sayang ditukarkan menjadi syayang. Sekiranya perkataan tidak diperbetulkan
ianya akan kekal digunakan hingga kanak-kanak dewasa. Kanak-kanak yang
pelat akan menjadi amat malu dan menjadi kurang berkeyakinan untuk bergaul
apabila berada di sekolah. Selain itu, bahasa dan pertuturan kanak-kanak juga
sukar difahami oleh orang lain.
TIPS-TIPS MEMBANTU KANAK-KANAK PELAT
Bercakap memerlukan skill yang tinggi. Pelat ketika berusia tiga tahun
merupakan suatu yang normal, tetapi elok juga dibetulkan sebelum terlambat.
Kalau sampai sudah hendak sekolah masih pelat, boleh menimbulkan masalah
lain seperti inferior atau malu diejek oleh rakan-rakan.
Di antara tindakan susulan yang perlu dilaksanakan bagi membantu
kanak-kanak yang pelat adalah seperti menggunakan gabungan banyak otot
untuk menyebut perkataan dengan betul iaitu meniru bunyi yang dihasilkan.
Bila bercakap dengannya, tunjukkan mimik wajah yang tepat. Meniru mimik
wajah lebih mudah. Yang kedua, bercakap dengan perlahan (slow, bukan soft)
supaya lebih mudah kanak-kanak menangkap bunyi yang hendak ditiru. Yang
ketiga ialah mengenalpasti konsonan apa yang sukar disebutnya. Mulakan
dengan satu suku kata. Jika 'k' yang sukar disebut, latih sebut 'ku' dahulu.
Sudah dapat, ikuti dengan 'kuku'. Menumpukan satu konsonan pada satu-satu
masa. Melakukan aktiviti latih tubi. Sekejap-sekejap lebih baik tetapi berulang-
ulang. Jangan memaksa atau beri tekanan pada kanak-kanak kerana apabila
terlalu lama ia akan membuat kanak-kanak tersebut jemu. Memberi upah atau
dorongan jika dia berjaya menyebut dengan betul. Cukup sekadar pujian, tepuk
tangan atau dakapan kepada murid tersebut. Memberikan cermin muka kepada
kanak-kanak dan biarkan dia tersenyum di depan cermin. Ini dapat
mengaktifkan otot-otot wajahnya. Bercakap dengan cermin juga baik. Dia dapat
mengenalpasti otot-otot yang perlu digunakan ketika bercakap.
Selain itu, guru hendaklah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan
bahasa dan pertuturan kanak-kanak. Guru boleh menjalankan aktiviti bermain
peranan ketika di dalam kelas. Ia dapat membantu murid melatih dirinya
memperbaiki pertuturannya.
Guru perlu memperbetulkan setiap perkataan yang dipertuturkan jika didapati
perkataan pelat digunakan. Guru hendaklah mengambil berat tentang masalah
ini supaya kepelatan tersebut dapat diatasi dengan baik. Apa-apa pun proses
pembelajaran sepatutnya menyeronokkan ibu dan bapa, guru dan kanak-kanak.
Lebih interaktif lebih baik. Jika dia tidak dapat menyebut 's' dengan betul,
berikan ciuman dan sebut 'kissss'. Minta dia ulang pada anda. Cium dan sebut
'kiss.
Selain itu, guru hendaklah melakukan penyusunan, penilaian pemahaman
dalam ujian diagnostic. Memberi bimbingan yang khusus ke atas kanak-kanak
yang bermasalah. Memberi pendedahan tentang penggunaan program perisian
yang dapat membantu kanak-kanak. Menyokong interaksi sosial kanak-kanak
melalui rekreasi bersama-sama. Melakukan terapi seperti menjalankan aktiviti
main peranan secara kelas ataupun secara individu. Melaksanakan aktiviti
berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain melalui aktiviti permainan dan
perbualan. Guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang tahap
penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.
Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara
individu, kumpulan dan kelas melalui proses pembelajaran yang dilaksanakan.