langkah-langkah mengatasi penyalahgunaan wang di sekolah

Upload: wernlin

Post on 10-Oct-2015

91 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Langkah-Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Wang Di Sekolah

Langkah-Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Wang Di Sekolah

Pihak pentadbir haruslah sentiasa membuat pemantauan dan tindakan susulanCth: Memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guruKesemua kes penyelewengan (2004-2008) disebabkan kesalahan etika yang dilakukan oleh Guru Besar. Hal ini berlaku disebabkan sikap Guru Besar yang merasakan dirinya ketua organisasi sesebuah sekolah dan beranggapan tidak akan ada individu lain yang akan memantaunya di samping sahsiah diri yang rendah.

Membuat Pengurusan BelanjawanPemberian bantuan yang disediakan oleh kerajaan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Kebiasaannya, pihak pentadbir gagal membuat perbelanjaan mengikut peruntukan yang ditetapkan. Oleh sebab itu, pihak tersebut terpaksa menyalahgunakan wang yang sepatutnya diberikan kepada murid yang memerlukan bantuan untuk menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi tersebut.

Ibu bapa melibatkan diri dengan PIBGSekiranya PIBG aktif di sekolah, masalah penyelewengan wang di sekolah ini dapat dibendung. Penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat untuk pemilihan murid yang layak menerima bantuan KWAPM juga dapat memberikan kesan positif untuk mengelakkan masalah penyalahgunaan wang KWAPM ini.

Bantuan KWAPM akan diberikan kepada murid yang berdaftar melalui Sistem eKASIH.Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dilaksanakan berdasarkan senarai nama yang diperolehi daripada Data Kemiskinan Nasional yang dikenali sebagai eKASIH. semua bantuan persekolahan akan diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan Sistem eKASIH ini. Dengan cara ini, masalah penyalahgunaan kuasa oleh guru-guru yang tidak bertanggungjawab dapat diatasi.

Melaksanakan Sistem Satu Murid Satu Akaun Bank (KPM)Sistem bayaran terus disalurkan ke dalam akaun murid. Jika sebelum ini, wang pengagihan KWAMP akan dikreditkan ke dalam akaun sekolah. Selepas itu pihak pengurusan sekolah yang akan mengagihkan wang bantuan tersebut, tidak semestinya wang tersebut akan terus diedarkan kepada murid. Bagi pihak pengurusan yang bertanggungjawab, kemungkinan wang tersebut akan digunakan dahulu untuk kegunaan atau kepentingan lain. Hal ini akan menyebabkan penyelewengan dalam pihak pentadbir.

Mempunyai Tahap Kesedaran Individusentiasa membuat muhasabah diri dan sedar hidup mengikut tahap kemampuan. sentiasa mengikhlas diri untuk bekerja sebagai guru dengan amanah, jujur dan tekad untuk menolak rasuah dengan tegas. berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan.