laporan 5 - ummah prihatin
TRANSCRIPT
1
LAPORAN 5
PROFIL NGO-NGO DAN INDIVIDU-INDIVIDU YANG
BERKECENDERUNGAN MENYOKONG GERAKAN ATEISME
1. Islamic Renaissance Front (IRF)
Individu yang perlu dipantau: Dr. Farouk
Musa
Status: Aktif
Aktiviti:
Banyak menganjurkan program yang
mempromosikan ideologi liberal dan
membawa masuk pelbagai individu yang
mempunyai ideologi sesat untuk dibawa
kepada masyarakat Malaysia.
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Menyatakan jikalau golongan ateis menikmati dan mempercayai kebebasan beragama
tanpa mempengaruhi orang lain untuk menganut agama mereka, sepatutnya tidak
timbul masalah untuk isu itu. Selain itu, IRF juga menerima dana daripada National
Endowment for Democracy (NED), iaitu sebuah badan NGO overt yang giat
mempromosikan proses demokrasi di dunia dan menguasai empat agensi yang
mendukung prinsip demokrasi yang sama iaitu American Center for International
Labour Solidarity (ACILS), Center for International Private Enterprise (CIPE), National
Democratic Institute for International Affairs (NDI) dan International Republican
Institute (IRI).
Bukan itu sahaja, IRF seolah-olah menggalakkan pembawaan sekularisme dan
bekerjasama dengan pelbagai entiti anti Islam. Sudah tentu kebebasan beragama adalah
sesuatu yang disokong IRF dan mereka juga mempunyai objektif agar umat Islam di
Malaysia mampu membuka minda ke arah ideologi IRF.
Sumber:
• http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/17/muslims-with-
atheistic-views-violate-shariah-laws-says-igp/
2
2. Lawyers for Liberty
Individu yang perlu dipantau: Eric
Paulsen
Status: Aktif
Aktiviti:
Disertai oleh golongan liberal
berpengalaman dalam bidang undang-
undang serta bersikap anti Islam dan anti
Melayu. Menerima dana yang kerap
daripada National Endowment for
Democracy (NED), iaitu sebuah NGO yang
berpangkalan di Amerika Syarikat yang
giat mempromosikan proses demokrasi
di dunia.
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Bersetuju bahawa golongan ateis tidak patut diganggu kerana mereka mempunyai hak
untuk mempercayai apa sahaja kerana mendakwa Perlembagaan Persekutuan memberi
jaminan kebebasan agama, sama ada untuk mempercayai Tuhan atau sebaliknya.
Beliau juga adalah seorang individu yang aktif dan lantang dalam mengusulkan hak
kebebasan beragama termasuk kepada yang beragama Islam. Bukan itu sahaja, beliau
juga menyatakan, “Undang-undang atau konstitusi Malaysia tidak memerlukan seseorang
untuk mempunyai agama untuk menjadi seorang rakyat di negara ini.”. Katanya lagi,
“Golongan ateis hanya ingin menjalankan kehidupan seperti biasa tanpa diikat dan
diganggu oleh institusi agama. Lagipun, tiada paksaan dalam agama.”
Sumber:
• http://www.thesundaily.my/news/2017/08/09/being-atheist-msia-not-against-
federal-constitution-say-lawyers
3
3. Atheist Republic
Individu yang perlu dipantau: Armin Navabi
Status: Aktif
Aktiviti:
Mempromosi ideologi ateisme dan menentang
pengajaran agama yang mempromosi penindasan dan
kekejaman. Mereka juga membantu golongan ateis di
serata dunia untuk berkumpul dan berkongsi
pengalaman masing-masing dengan mewujudkan
konsulat-konsulat di serata dunia untuk
memudahkan proses komunikasi di antara ahli-
ahli.
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Pada bulan Ogos 2017, Atheist Republic, sebuah
NGO yang mempunyai konsulat di merata dunia, selain memberi peluang kepada
golongan ateis di seluruh dunia untuk berkumpul dan berkongsi pandangan serta
menyediakan talian untuk menghubungi ahli-ahli yang lain. Ia mempunyai lebih
daripada 1.7 juta pengikut di seluruh dunia.
Atheist Republic secara tiba-tiba telah berkongsikan satu foto perjumpaan ahli-ahli
yang disyaki adalah Melayu murtad dan juga bangsa lain yang mendukung ateisme. Ia
telah mencetuskan kerisauan di kalangan pemimpin-pemimpin negara dan juga
masyarakat Islam di Malaysia. Selain daripada itu, pengasas Atheist Republic ini pernah
mengadakan sebuah temu bual bersama seorang penolong pengarang di Malay Mail,
Zurairi AR yang mendukung dan mengetengahkan pemahaman ateisme yang telah
menular di laman media sosial baru-baru ini.
Susulan daripada temu bual bersama beliau tersebut, wujud campur tangan daripada
media Barat dan mereka memberikan gambaran yang buruk terhadap sistem
pemerintahan yang berlandaskan konsep Islam. Bukan itu sahaja, pengasas Atheist
Republic telahpun mengugut Kerajaan Malaysia supaya berhenti mengganggu golongan
ateis di Malaysia atau bakal dimalukan di peringkat antarabangsa. Akhir sekali, terdapat
beberapa bahan bacaan yang mengaitkan negara Malaysia di laman sesawang mereka
dan kebanyakannya berunsur menghasut untuk membenci dan memburukkan nama
Islam dan Malaysia.
Sumber:
4
• http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/targeting-atheists-will-ruin-
moderate-image-malaysia-told)
• http://www.atheistrepublic.com/news/malaysia-world-watching
• https://www.facebook.com/AtheistRepublic/photos/a.199993620087505.50762.13
0148817071986/1500361930050661/?type=3&fref=mentions
• http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/08/malaysia-
probes-atheist-group-after-uproar-over-muslim-apostates/
4. Projek Dialog
Individu yang perlu dipantau: Individu-individu atau kumpulan yang terlibat dengan
Projek Dialog
Status: Aktif
Aktiviti:
Mengadakan projek wacana sosial yang diwujudkan untuk mempromosikan kebebasan
bersuara, selain daripada memupuk sifat untuk menghargai ideologi liberalisme,
kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak asasi manusia termasuk
menerima fahaman Syiah di Malaysia. Mereka sering menganjurkan perbahasan,
pertukaran pendapat bersama pihak-pihak yang mendukung ideologi sesat. Contohnya,
bekerjasama dengan Kerajaan Kanada untuk melatih golongan LGBT dan mengadakan
sesi dialog dan ceramah bersama tokoh-tokoh liberal di Malaysia.
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Mengadakan projek dialog dengan kerjasama Kerajaan Kanada dan pihak gereja yang
disertai oleh golongan ateis, Muslim dan penganut agama lain untuk memupuk sikap
menghargai ideologi dan penerimaan agama yang berbeza. Projek Dialog juga pernah
menganjurkan dan menggalakkan beberapa siri tentang ateisme. Selain itu, mereka,
pernah melibatkan seorang individu dan melantik beliau sebagai seorang editor iaitu
Benz Ali. Benz Ali adalah individu yang banyak mencetuskan kontroversi pada satu
ketika dahulu dan terkenal dengan pembawaan hujah-hujah yang menyesatkan serta
mendakwa Tuhan itu tidak wujud. Beliau sangat mendukung fahaman ateisme dan
menggunakan platform Projek Dialog sebagai landasan dakyah beliau.
Mungkin kerana tindak tanduknya terlalu menarik perhatian, maka mereka telah
menggunakan cara lain untuk menarik sokongan terhadap mereka. Adakah wujud
kemungkinan bahawa gerakan ateisme salah satu jentera serangan daripada musuh
yang dilantik sebagai untuk mengganggu ketenteraman secara sekali sekala? Liberal
dan ateis boleh bercampur kerana mereka yang liberal ini boleh berkembang sebagai
5
seorang ateis dan yang liberal mempercayai hak seseorang itu untuk mempercayai
kewujudan Tuhan kerana mereka mempercayai kebebasan beragama bermaksud untuk
memilih tidak mempunyai agama.
Sumber:
• http://olfkb.blogspot.my/2016/01/projek-dialog-with-fr-francis-andrew.html
• http://www.projekdialog.com/featured/ateis-agnostik-melayu-dan-lain-lain-kita-
tidak-keseorangan/
• http://www.heraldmalaysia.com/news/projek-dialogs-visit-to-the-kota-bharu-
parish/27862/5
5. Dr. Patricia
Anne Martinez
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Beliau merupakan seorang Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Kristian di
Malaysia yang telah menyatakan sokongannya terhadap golongan ateis di Malaysia yang
begitu berani menonjolkan diri di media sosial. Selain daripada itu, beliau juga
mendakwa Melayu murtad berhak untuk meninggalkan agama Islam.
Antara kenyataan beliau di media sosial adalah, “Love their courage” dan “Freedom of
religion in our Constitution and in fundamental Human Rights is also the freedom not to
have a religion.” Selain daripada itu, Persekutuan Kristian Malaysia dilaporkan mewakili
90 peratus gereja di Malaysia dengan jutaan pengikut daripada kalangan penganut
beragama Kristian.
Bukan itu sahaja, beliau juga pernah menghina Mufti Perak dengan menyamakan Mufti
Perak dengan seekor keldai pada bulan April 2017 ketika menyokong kenyataan Siti
Kasim.
Sumber:
• http://bersihotai.blogspot.com/2017/04/kerana-tegur-siti-kasim-mufti-perak.html
• https://www.menara.my/kebebasan-beragama-juga-bermaksud-kebebasan-untuk-
tidak-beragama-patricia-martinez/
6
6. Clement Chin
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Dilaporkan daripada Menara.my, aktivis Perhimpunan
Bersih tersebut mengkritik semua negara Islam yang
menurutnya menyekat kebebasan bersuara dan beragama,
namun bebas berdakwah kepada masyarakat bukan Islam.
Beliau berkata, “Berdasarkan pembacaan-pembacaan saya,
tidak ada satu pun negara Muslim yang ada
demokrasi yang bagus dan efektif yang
memisahkan antara agama daripada
pemerintahan.” Tambahnya lagi, “Mereka akan
menghukum mereka yang dituduh murtad,
berdakyah kepada umat dan kufur kepada Islam
semata-mata. Pada masa yang sama, tidak
mengendahkan dakwah yang dilakukan kepada
orang-orang kafir.”.
Tuduhnya lagi, “Secara mutlaknya semua negara
Muslim tidak membenarkan kebebasan bersuara
dan beragama. Inilah sebabnya Islam yang radikal
tidak boleh wujud bersama dengan demokrasi.”.
Bukan itu sahaja, beliau juga rajin menghina
pemimpin Islam di Malaysia dan pernah menyatakan, “Kebanyakan mufti terlebih makan
dedak. Setiap kali mereka membuka mulut, cacing akan keluar dari mulut mereka.”.
Clement Chin juga terlibat dalam gerakan Bersih, sebuah kempen demonstrasi jalanan
yang ingin menjatuhkan Kerajaan Malaysia.
Sumber:
• https://www.menara.my/kebebasan-beragama-juga-bermaksud-kebebasan-untuk-
tidak-beragama-patricia-martinez/
• http://bersihotai.blogspot.com/2017/04/kerana-tegur-siti-kasim-mufti-perak.html
7
7. Farouk A Peru
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Beliau adalah seorang penulis kolum di
Malay Mail dan memang terkenal dengan
membawa ideologi liberal dan sering
menyatakan ketidakpuasan hati dengan
kerajaan dan agama Islam di Malaysia. Baru-
baru ini, beliau telah menyatakan bahawa,
“Saya lebih suka/cenderung untuk menyertai
golongan ateis daripada menyokong
sekumpulan penindas dan fasis Islam.” Kata-
kata tersebut dikeluarkan kerana beliau
menyelar kenyataan Ketua Polis Negara
terhadap golongan ateis. Selain daripada itu,
beliau juga ada menyatakan, “Rakan-rakan,
sebab inilah kita perlu mengeluarkan agama
daripada pentadbiran kerajaan.”.
“Pihak polis dan Majlis Agama mengugut
untuk mengganggu seorang individu hanya
kerana dia mempunyai pandangan yang
berbeza daripada orang Islam. Kita tidak
boleh membiarkan penindasan ini terus
berlaku.”. Beliau menyelar tindakan pihak
bertanggungjawab yang mengganggu hak
golongan ateis untuk tidak beragama. Akhir
sekali, beliau mengeluarkan kenyataan,
“Mereka yang tidak senang dengan
kewujudan Atheist Republic adalah yang lemah imannya. Mengapa golongan ateis yang
perlu bertanggungjawab ke atas kegusaran mereka?”
Sumber:
• https://www.facebook.com/farouk.a.peru?fref=ts
8
8. Chandra Muzaffar
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Beliau memegang jawatan
sebagai pengerusi Yayasan
1Malaysia dan merupakan
seorang penyumbang kepada
buku bertajuk, Breaking the
Silence-Voices of Moderation:
Islam in a Constitutional
Democracy. Beliau menentang
tindakan kerajaan
mengharamkan buku tersebut berikutan mempunyai unsur untuk memudaratkan
ketenteraman awam dan membawa kefahaman sesat terhadap Islam. Lebih
menganehkan, beliaulah yang mengetengahkan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk
menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan bertentangan yang dibuat
oleh beliau baru-baru ini ialah, "Hak untuk mempercayai Tuhan juga bermaksud hak
untuk tidak mempercayai Tuhan," katanya. "Jika Tuhan tidak memaksa sesiapa pun untuk
mempercayai Tuhan, maka kenapa kita perlu memaksa seseorang untuk mempercayai
Tuhan?”.
Sumber:
• http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/17/igp-gets-flak-
over-warning-to-atheists/
• http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/27/g25-hits-out-at-
government-ban-on-its-book/
9
9. Zurairi AR
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Beliau merupakan seorang
Penolong Pengarang Berita di Malay
Mail Online. Beliau banyak
memperjuangkan ideologi
liberalisme dan sering menulis
tentang isu-isu yang tidak menjaga
sensitiviti agama Islam seperti
penulisan artikel, “Homoseksual itu
fitrah, binatang pun buat”. Selain
itu, beliau juga pernah menemu
ramah pengasas Atheist Republic,
yang telah menimbulkan
kontroversi dan mencetuskan
kerisauan di kalangan masyarakat
Islam baru-baru ini dan
berpendapat menentang golongan
ateis hanya akan menjatuhkan imej
Malaysia.
Bukan itu sahaja, beliau
berpendapat kalimah Allah boleh
digunakan oleh agama lain kerana
pengunaan nama Allah itu sudah
lama digunakan di negeri Sabah dan
Sarawak. Penulisannya juga
didukungi oleh sebuah akaun
Facebook yang bernama South-East
Asian Atheists (SEA-Atheists.org) di
mana di dalam artikel beliau, beliau
menyentuh tentang hak seseorang
untuk mempunyai agama atau tidak
dan ia tidak sepatutnya dipengaruhi
oleh pentadbiran agama. Selain
daripada itu, beliau juga pernah
menyatakan bahawa Nabi
Muhammad adalah punca kejadian
ekstremisme yang berlaku di dunia
ini.
10
Sumber:
• http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=380744.html
• https://www.facebook.com/SEA.Atheists/posts/658511854180229
• https://www.menara.my/homoseksual-itu-fitrah-binatang-pun-buat-zurairi-a-r/
• http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=380744.html
• http://www.ismaweb.net/2016/07/what-does-zurairi-expect-to-get-by-
demonising-the-prophet/
11
10. Fuad Rahmat
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Beliau juga perlu dipantau kerana
beliau adalah pengarah dan salah
seorang pengasas Projek Dialog selain
daripada menerima latihan di sebuah
institusi Jesuit di Universiti Marquette,
Amerika Syarikat. Semasa sesi temu
bual diadakan bersama seorang
pegawai di sebuah institusi agama,
beliau mendakwa terdapat sebuah
akaun di Facebook yang pernah
menyenaraikan Fuad Rahmat sebagai
seorang ahli Atheist Republic tetapi ia
sudah tidak lagi wujud. Walaupun
tidak begitu kerap penglibatan beliau
yang dapat dilihat secara umum,
beliau tetap boleh disyaki kerana
meluluskan, merekrut dan
menggalakkan pelbagai bahan bacaan dan individu yang mampu membawa ideologi
yang boleh menyesatkan tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia.
Sumber:
• https://aidcnews.wordpress.com/2016/10/17/berjayakah-dap-bawa-ideologi-
islam-demokrasi-indonesia-ke-malaysia/
12
11. Adlin Abd Jalil, Ali Abd Jalil dan Julie Jalaludin
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Individu-individu ini tidak asing lagi
di kalangan aktivis Islam. Mereka
dikatakan berkawan baik dan telah
melaksanakan serta menyatakan
betapa bencinya mereka kepada Allah
dan kebodohan masyarakat Islam
yang mempercayai Islam dan Institusi
Raja. Mereka juga merupakan Melayu
murtad yang telah banyak
menggerakkan dan menyampaikan
ideologi ateisme selama bertahun-
tahun. Adlin didakwa oleh beberapa
pihak telah menjadi ejen misionari
Kristian di Sweden dan telah
memurtadkan ramai masyarakat
Islam. Beliau juga pernah memuat
naik sebuah video yang mencetuskan
kemarahan di kalangan umat Islam
dengan membakar al-Qur’an untuk
ditonton oleh masyarakat dunia serta
bertujuan untuk menghasut orang
ramai.
Sehubungan itu, Julie pula dikenali
sebagai pengasas akaun Facebook
Murtad Singapore Malaysia dan juga
Murtad Pantai Timur yang telah
menarik minat golongan ateis dan
juga orang Islam yang ingin murtad
tetapi tiada kenalan untuk berkongsi
pengalaman.
Ali pula pernah membantah dan menghina pentadbiran Kerajaan Malaysia, selain
daripada menghina Sultan Johor dan bersekongkol bersama Juli dan Adlin dalam misi
untuk memburukkan Islam dan Malaysia. Mereka dikhabarkan masih aktif
menyebarkan hate speech di media sosial dan masih berhubung antara satu sama lain.
13
Sumber:
• http://www.mynewshub.cc/hangat/ali-abd-jalil-bersekongkol-dengan-melayu-
murtad-di-sweden/
• http://tengoktvonline.blogspot.my/2013/09/lagi-penghinaan-terbaru-kepada-
islam.html
• http://apple-bru.blogspot.my/2014/12/rupanya-sekutu-ali-abd-jalil-adalah.html
• https://twitter.com/makcikhajjah?lang=en
• https://www.facebook.com/ali.abdjalil?fref=ts
• http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/14/ali-adlin-juli-lejen-paling-
dikehendaki-malaysia/
14
12. Bella Swensen
Kaitan dengan gerakan ateisme -
Beliau merupakan pentadbir dan
pengasas akaun Warung Ateis di
Facebook, yang mengumpul
golongan ateis untuk berkongsi
pengalaman serta mempromosi dan
mempengaruhi umat Islam untuk
menghargai ateisme. Beliau juga
adalah penggerak dan pengasas bagi
Singapore Ex-Muslim Confession dan
memulakan projek Murtad
Appreciation Week. Beliau tidak
bersetuju cara Islam mengendalikan
kes murtad dan kerap mempromosi
ateisme kepada masyarakat Islam di
serata dunia. Zurairi AR adalah
antara penyolong tegar beliau.
15
Sumber:
• https://www.facebook.com/groups/warong.atheist/admins/
• https://www.facebook.com/SGExMuslimConfessions/posts/137944549873812
• https://www.facebook.com/bellapelach?fref=ts
13. Hishamuddin Rais
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Beliau boleh dikatakan antara pencetus dan pendukung awal gerakan ateis di Malaysia.
Selain daripada itu, beliau pernah mewujudkan sebuah universiti khayalan yang
dipanggil Universiti Bangsar Utama, di mana mereka akan melontarkan pendapat dan
berbahas antara satu sama lain. Beliau juga berhujah untuk membuktikan Tuhan itu
tidak wujud pada ketika itu. Walaupun beliau tidak aktif dalam pergerakan ateisme
pada zaman ini, tetapi kecenderungan bermulanya keberanian golongan ateisme di
Malaysia mungkin dibangkitkan oleh semangat Hishamuddin Rais. Sehubungan itu,
Hishamuddin Rais dikenali sebagai seorang individu liberal, anti kerajaan dan anti
IMRDM (Islam, Melayu, Raja, Daulah dan Maslahah).
16
Sumber:
• https://twitter.com/IshamRais?lang=en
• http://truthvaccine.blogspot.my/2013/11/umisone-kisah-pro-m-um-hishamuddin-
rais.html
• https://www.malaysiakini.com/columns/104212
• http://tukartiub.blogspot.my/2008/
14. Faisal Tehrani
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Beliau seorang penulis liberal dan
didakwa seorang penganut Syiah yang
mendapat gelaran “Tehrani” kerana
banyak membaca buku rujukan dari Iran.
Beliau telah mengeluarkan artikel yang
mempunyai kecenderungan menyokong
ateisme bertajuk, “Syahdan dia pun
menjadi ateis, antara ateis dan wahabi,
orang beragama dan tak beragama, siapa
lebih banyak bawa kehancuran?”. Analogi
beliau yang melabel Sang Megalomaniak
(mungkin merujuk kepada pejuang agama
Islam atau pemimpin Islam) tidak
menjalankan prinsip dengan penuh
tanggungjawab dan mengabaikan
tanggungjawab untuk menjaga hak
manusia. Kata-kata beliau yang cenderung
menunjukkan sokongan kepada ateisme
dipetik daripada laman sesawang Free
17
Malaysia Today “Ateisme, wahai
Sang Megalomaniak, mungkin
saja menakutkan; tetapi tidak
mematikan. Wahhabisme dan
ekstremisme agama, wahai Sang
Megalomaniak ternyata sah
menakutkan, dan sudah terbukti
mematikan.”.
“Islam, wahai Sang Megalomaniak
menjamin: a. Kebebasan memilih
keyakinan; b. Kebebasan memiliki
keyakinan; c. Kebebasan
mengungkapkan keyakinan; d.
Kebebasan menyampaikan,
menyebarluaskan dan membela
keyakinan. Islam, mengajarkan
tiada paksaan dalam beragama
(Surah al-Baqarah; 2 : 256). Islam,
mengajar jika Allah berkehendak, sudah tentu semua umat manusia diberikan iman.
(Surah Yunus; 10 : 99).”
“Islam, mengajarkan kewajipan Rasul itu hanyalah menyampaikan dan tidak lebih
daripada itu (al-Maa’idah; 5 : 99); dan Islam, mengajarkan agamawan tidak berkuasa ke
atas manusia lainnya (al-Ghasyiyah; 88 : 21-22). Jadi, Islam manakah yang Sang
Megalomaniak pegangi jika Islam sebenar tulen itu melindungi kemerdekaaan beragama,
dan yang tidak beragama?” Sang Megalomaniak melihat mereka yang tidak beragama
adalah ancaman. Sementara yang beragama itu kedamaian. Salah. Senarai panjang kaum
ateis menunjukkan sebahagian besar merekalah yang paling ke hadapan membela
keadilan, dan menyanggah kezaliman terhadap manusia tanpa memilih bulu.”
Sumber:
• http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0103&pub=Utusan_Malay
sia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm
• http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/05/05/faisal-tehrani-books-
banned/
• http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/08/10/syahdan-dia-
pun-menjadi-ateis/
• https://ustazmoden.wordpress.com/2011/01/09/utusan-malaysia-tidak-sedar-
siapa-faisal-tehrani/
18
15. Marina Mahathir
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Tokoh liberal yang namanya tidak asing lagi
bagi rakyat Malaysia ini adalah individu yang
sangat aktif mempromosikan ideologi
liberalisme, feminisme, hak sama rata jantina
dan mendukung kempen LGBT selain
daripada mengetuai dan menjadi penasihat
untuk beberapa NGO anti kerajaan dan anti
Islam yang berada di Malaysia. Dalam kaitan
beliau dengan gerakan ateisme, beliau telah
mengalu-alukan sebuah badan peguam untuk
mempertahankan golongan ateis apabila
mereka menentang Rukun Negara menjadi
asas kepada Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan beliau yang dipetik daripada
laman sesawang Malay Mail Online adalah
seperti berikut :
“This is coming from the Muslim lawyer? Well
I'm glad he's standing up for atheists.
Congratulations! I'm glad he believes in
freedom of belief," Marina said, referring to
Muslim Lawyers Association Malaysia
President, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
"But again, I would like to congratulate Datuk Zainul Rijal for considering those who do
not believe in God.".
“Believing in God is about spiritual foundation. It is not just one God. It's about spirituality.
No way are we trying to impose one religion or one's belief upon society. It's not about
imposition.".
Sumber:
• http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/marina-glad-muslim-
lawyers-standing-up-for-atheists#1HDHlcJ6u2xsYIYm.97
• http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/483592-apa-salah-saya-
marina-mahathir.html
19
16. Profesor Zachary Abuza
Kaitan dengan gerakan ateisme:
Beliau merupakan seorang ahli akademik Amerika Syarikat yang berpangkalan di
Washington. Antara kenyataan-kenyataan beliau yang menunjukkan beliau tidak
berpuas hati dengan tindakan pemimpin Kerajaan Malaysia berkaitan dengan insiden
Atheist Republic adalah:
Sumber pertama kenyataan Profesor Zachary Abuza:
Bercakap kepada Channel News Asia (CNA), pakar dalam bidang politik dan
keselamatan Asia Tenggara di Kolej Perang Kebangsaan Washington itu merupakan
respons kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan
Kassim bahawa ateis di Malaysia harus “diburu”.
“Malangnya komen menteri mencerminkan sikap tidak bertoleransi dalam
kalangan masyarakat Melayu mengenai hal-hal agama. Ini merupakan gambaran
yang ramai melihat minoriti etnik dan agama minoriti Malaysia sebagai
penghalang jalan untuk melaksanakan sepenuhnya undang-undang syariah (di
negara ini).”, kata beliau.
Beliau menambah, kumpulan minoriti nampaknya sangat mengambil berat tentang
perubahan kemasyarakatan menyeluruh yang berlaku sebagaimana katanya,
“Malaysia bukanlah sederhana seperti dulu.”
Sumber kedua kenyataan Profesor Zachary Abuza:
KUALA LUMPUR: An American expert on terrorism said he was baffled by Malaysia’s
decision to work closely with Saudi Arabia in promoting moderation and countering
terrorism through the establishment of a new centre in Putrajaya.
Zachary Abuza, a professor at the National War College in Washington and an expert on
Southeast Asian conflicts, said he failed to understand why Prime Minister Najib Razak is
partnering with Riyadh, which is known for its spread of Wahhabism which he described
as an “intolerant version of Islam”.
“Saudis have been spreading Wahhabism throughout the world, especially Southeast Asia,
from a more tolerant brand of Shafi’ite Islam to a more austere version,” said Abuza in an
interview with FMT. “To reach out to Saudis to form a centre of moderate Islam is a joke.
Nothing moderate about Saudi Arabia.”, said the professor, who has done extensive
research on terror-related activities as well as the conflicts in southern Thailand and
southern Philippines.
Najib recently announced that the government had approved 16ha of land in the
administrative capital of Putrajaya to build a new “centre for peace” named after the
20
present Saudi King. The King Salman Centre for International Peace (KSCIP) followed a
highly publicised visit by the Saudi ruler to Malaysia last March, as well as Najib’s
participation in a summit in Riyadh attended by US President Donald Trump.
It has emerged that the Muslim World League (MWL), an organisation heavily funded by
the Saudi government to prop up the kingdom’s Islamic image worldwide, is also involved
in the new centre. MWL has for decades acted as Riyadh’s chief mouthpiece through the
publication of Islamic materials and the financing of mosques and Islamic centres from
Asia to Europe.
But a recent report by a British think tank linked MWL to extremist ideologies behind
militant groups such as Al-Qaeda, Taliban and Islamic State (IS), adding that MWL’s
Associate World Assembly of Muslim Youth (WAMY), “has had a long history of
involvement with the promotion of violent Islamist extremism and the distribution of
hateful literature.”. “Equally, MWL has had officials and member of organisations linked
with both Al-Qaeda and the Taliban.”, said the London-based Henry Jackson Society in its
report, “Foreign Funded Extremism in the UK”, released early this month.
Formed by Saudi intelligence
Abuza said he was not surprised by the report, saying MWL was a creation of the Saudi
intelligence when the kingdom was financing the Mujahidin fighters in Afghanistan who
fought the invading Soviet Union, the US’s main rival in the 1980s. He said the group had
channelled “money and extreme elements”, but acknowledged that Saudi-sponsored
groups including MWL had carried out many humanitarian projects in far-away Muslim
heartlands such as the Philippines and Indonesia.
However, he said many of the charities “have been misdirected or misused by militant
groups”. He said in recent times, Saudi-linked organisations have been actively promoting
Wahhabism, the controversial strand of Islam which has inspired the Saudi ban on women
from driving, among other restrictions.
Abuza did not dismiss the possibility that KSCIP was also geared towards promoting
Wahhabism. “The Saudis want to spread Wahhabism, because that’s their soft power over
the Muslim world.”, he said. He said IS has gained a proportionately large following
among Malaysians when compared to neighbouring countries, citing the Khatibah
Nusantara, the IS-linked group consisting of Southeast Asian militants.
Najib does not need Saudis
Abuza said Malaysian authorities had so far done well in countering IS, and that this was
in contrast to their denials in the past over Jemaah Islamiah, a regional organisation
linked to Al-Qaeda. But he still could not understand the need for the Saudi connection in
countering terrorism, adding that it could have to do with 1MDB.
21
“Saudi Arabia has always been important to Najib, politically and financially, like 1MDB,
investments. In terms of foreign policy, that’s a harder question. Clearly Najib is following
the Saudi line. Whether he’s doing it out of principle or investments, that’s hard to say.
Najib doesn’t have to go to the Saudis.”, said Abuza, adding that there was no ideological
difference between the Saudis’ interpretation of Islam and that of IS.
“The Saudis are not challenging IS ideology.” Abuza said KSCIP was “counter-productive”
in fighting IS and terrorism .“If you want to set up an ideological challenge to IS, it has to
be more pluralistic, tolerant rather than mimicking less barbaric practices.”.
Sumber ketiga kenyataan Profesor Zachary Abuza:
“Malaysia has become steadily more intolerant, and this has been a top down government
policy.”, said Dr. Zachary Abuza, a professor at the National War College who focuses on
Southeast Asian politics and security issues. Abuza described the clergy as state-sponsored
with vetted sermons. “The people most at risk are clearly the ethnic minorities, atheists,
and Christian Malays, which is actually unconstitutional. I was just in Malaysia, and the
intolerance displayed by Malays is growing. I don’t know one Chinese Malays or Indian
that is not alarmed at where this is headed.”.
Kenyataan beliau lebih banyak mengkritik dan alternatif beliau sangat cenderung
kepada ideologi liberalisme. Apakah kepentingan beliau untuk melindungi hak golongan
ateis? Mengapa beliau tidak senang hati dengan Undang-Undang Syariah di Malaysia?
Apakah kepentingan Amerika Syarikat terhadap negara ini?
Sumber:
• http://thediplomat.com/2017/08/intolerance-rising-atheists-at-risk-in-malaysia/
• http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysia-s-atheists-fearful-
following-calls-by-a-minister-to-9116338
• http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/14/its-a-joke-us-
terror-expert-baffled-by-saudi-led-putrajaya-centre/