laporan ajk fotografi lawatan ilmiah
DESCRIPTION
Laporan berkenaan lawatan ilmiah pengurusan dan pentadibran PJTRANSCRIPT
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA FOTOGRAFI
PISMP SEMESTER 5
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPISSebelum
Pada 6 hingga 8 Oktober 2015 yang lalu, seramai 44 orang guru pelatih daripada Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester Lima yang dianggotai unit bahasa
Melayu, unit Sejarah dan Pengajian Cina telah mengadakan Lawatan Ilmiah Ke Pusat
Sukan. Dalam lawatan ini kami sebulat suara memilih dua buah institusi sukan iaitu Majlis
Sukan Negeri Johor dan Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos.
Secara umumnya, tugas rasmi AJK Fotografi ialah mengambil gambar dan video sepanjang
program berlangsung, menyediakan softcopy untuk dihantar sebagai laporan. Dalam
tugasan merakam gambar, saya juga dibantu oleh AJK Dokumentasi dan rakan-rakan yang
lain. Saya bertanggungjawab untuk merakam segala aksi dan gelagat para guru pelatih
serta AJK-AJK yang terlibat dalam bentuk foto dan video. Secara keseluruhannya, tugas–
tugas dokumentasi telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang serius.
Tugas-tugas sebelum program:
Menyediakan peralatan dokumentasi iaitu kamera.
Tugas-tugas semasa program:
Semasa program berlangsung, AJK ini bertanggungjawab untuk merakam segala aksi dan
gelagat para peserta dan para pensyarah yang terlibat dalam bentuk foto dan video.
Tugas-tugas selepas program:
Mengumpulkan semua foto dan video setelah tamat lawatan untuk laporan keseluruhan.
Masalah yang dihadapi:
Antara masalah yang dihadapi adalah ketiadaan kamera DSLR yang boleh merakam
gambar dan video resolusi tinggi. Selain itu, telefon pintar yang digunakan juga mendapat
sedikit kesukaran kerana mudah panas dan cepat bateri habis. Selain itu, AJK Fotografi
yang seorang menyebabkan saya agak terkejar-kejar ketika merakam foto.
Penambahbaikan:
Pada masa akan datang, diharap kuantiti AJK Fotografi ditambah sekurang-kurangnya seorang. Selain itu, dalam urusan fotografi akan dapat mencari inisiatif menggunakan kamera DSLR bagi membolehkan lebih banyak gambar-gambar menarik dan cantik dapat ditangkap.