laporan ajk hadiah dan cenderahati
TRANSCRIPT
LAPORAN BIRO HADIAH DAN CENDERAHATI
Tugas-tugas sebelum program:
Salam sejahtera. Saya Tamilselvi A/P Nadarajah telah dilantik sebagai ketua
bagi Lawatan Ilmiah Ke Majlis Sukan Negeri Perlis. Saya dari kelas 5 PISMP dalam
mesyuarat pertama, satu gambaran ringkas mengenai bidang tugas biro hadiah dan
cenderahati telah diberikan. Saya juga turut diberi maklumat mengenai hadiah yang
diperlukan.
Dengan itu, saya telah berunding dengan pensyarah iaitu En.Rosli Bin Sham
untuk mengambil catatan hadiah dan bilangan cenderahati dan juga sijil. Saya diberi
tugas untuk menyediakan cenderahati yang harus diberi kepada pihak jabatan yang
terlibat. Dengan ini saya telah memohon cenderahati dan sijil dari pihak ipg. Saya
telah menerima 5 buah cenderahati dan beberapa sijil untuk lawatan ini.
Tugas-tugas semasa program:
Kami telah menyediakan cenderahati dan hadiah semasa agenda majlis
penutupan di SK Pulau Juar. Kami juga sedia untuk memberi hadiahnya pada waktu
yang tepat. Ahli kumpulan saya juga turut mengambil gambar bagi sesi dokumentasi
dan juga untuk buat kenangan kami. Kami juga diingatkan untuk menyiapkan
mencetak nama-nama peserta dalam sijil selepas tamatnya program ini.
Tugas-tugas selepas program:
Akhir sekali, saya telah menyediakan laporan untuk makluman setiausaha.
Dengan ini, saya telah melaporkan perkara yang berlaku dan masalah yang dihadapi
kepada pengarah program dan juga telah mengadakan satu sesi perjumpaan
dengan guru pelatih untuk mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh guru
pelatih sepanjang program berlangsung.
Sebagai ajk cenderahati dan hadiah saya telah belajar untuk mengurus satu
program yang memberi banyak manfaat kepada diri saya. Saya telah berusaha
sedaya upaya untuk menguruskan ajk ini supaya berjalan seperti yang dirancang.
Saya belajar dari setiap masalah yang timbul dan cuba untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Tambahan lagi, semua ahli dalam AJK saya telah memberikan
kerjasama yang amat baik sekali. Semua proses berjalan dengan lancarnya. Sekian
terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
-------------------------------------------
(TAMILSELVI A/P NADARAJAH)
AJK Hadiah dan Cenderahati,
Lawatan Ilmiah PJ,
IPG Kampus Tuanku Bainun.
LAPORAN AJK KEBERSIHAN
Sebelum:
Pada 4 Feb 2015 Jawatankuasa Kebersihan Program BIG Fasa1/ Siri5, 1
PISMP Ambilan Jun 2013 telah membuat mesyuarat bagi membincangkan dan
mengagihkan tugas untuk tindakan seterusnya. Mesyuarat dan perjumpaan ini
dihadiri oleh ketiga-tiga ahli iaitu KALISWARY A/P PULIANDRAN sebagai
Pengerusi, PARAMESWARI A/P KALIAPPAN sebagai Naib Pengerusi dan AGILA
A/P SARGUNAN sebagai Setiausaha.
Dalam agenda mesyuarat ini, kami diagihkan dan diberi tugas masing-masing
bagi melicinkan Program BIG ini. Kami dikehendaki memantau kebersihan semua
tempat untuk semua aktiviti sepanjang program ini.
Semasa:
Pada 10 hingga 12 Feb 2015 kami semua berkhidmat masyarakat (PASCA
BANJIR) di Sekolah Kebangsaan Pulau Juah. Sekolah itu terletak di Perak.Kami
ditugaskan di sekolah tersebut membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah
tersebut akibat banjir yang teruk.
Antara lokasi yang digunakan ialah tempat makan, tandas, tapak perhimpunan
sekolah. Sepanjang program ini berlangsung, tempat makan merupakan tempat
utama untuk semua peserta berkumpul dan menjamu selera. Secara keseluruhan,
selepas semua peserta selesai makan, semua peserta dikehendaki menbasuh
pinggan dan cawan masing-masing dan menyimpannya semula ditempat yang telah
ditetapkan. Sisa-sisa makanan pula dikehendaki dibuang ke dalam tong sampah
supaya sinki tidak tersumbat.
Antara lokasi yang kami membersihkan dan menceriakan adalah tapak
perhimpunan seperti melukis di dinding sekolah, mencucui pondok bacaan dan
menceriakan pondok seperti mengecat dan melukis.Setelah siap kami
mengemaskan tempat tersebut dan tidak meninggalkan sebarang sampah sarap di
kawasan sekolah tersebut. Ajk kebersihan juga telah menyediakan tempat
membuang sampah semasa membuat kebersihanya.
Selepas:
Di akhir hari perkhemahan sebelum bertolak pulang ke IPGKTB, kami telah
menjalankan tugas kami dengan mengutip sampah yang terdapat di kawasan
tersebut dan memastikan semuanya dalam keadaan teratur.
Kesuluruhannya, kami berpuas hati dengan keadaan kebersihan semua
lokasi untuk aktiviti Bina Insan Guru ini dan kebanyakan peserta mampu untuk
menjaga kawasan aktiviti dengan baik sehinggalah kami selamat tiba di IPGKTB.
Disediakan oleh,
____________________________
(KALISWARY A/P PULIANDRAN)
Ketua AJK Kebersihan
Program BIG Fasa 4
IPG Kampus Tuanku Bainun.
LAMPIRAN
LAPORAN AJK KEROHANIAN
Sebelum :
Program Bina Insan Guru dirancang akan diadakan di SK Pulau Juar,
Kampung Gajah. Jawatankuasa program tersebut diadakan seawal sebelum
bermulanya program ini. Saya dari kelas 4 PISMP MU/BHS/SEJ dan rakan saya dari
kelas 4 PISMP BM/PJ/RBT telah dipilih sebagai ketua biro kerohanian dan moral
pada mesyuarat yang dianjurkan. Dalam mesyuarat itu, satu gambaran ringkas
mengenai bidang tugas biro telah diberikan. Tugas utama biro kerohanian adalah
untuk memberi pendedahan tentang ajaran dan amalan kerohanian dan moral dalam
kehidupan yang dapat membantu dalam perkembangan diri individu.
Semasa :
Aktiviti kerohanian dan moral tidak dapat dijalankan pada masa yang
ditetapkan. Ini kerana Program Bina Insan guru ini diadakan sempena membantu
mangsa banjir malahan kami selaku guru pelatih melibatkan diri secara aktif dan
mempunyai masa yang amat singkat walaupun Pasca Banjir ini selama 3 hari 2
malam. Kesuntukkan masa ini kerana sekolah terdapat di kawasan pedalaman di
Kampung Gajah, Teluk Intan, Perak. Manakala kami sepasukan tinggal di Kampus
Ipoh dan setiap hari kami ulang alik menaiki bas ke sekolah dari tempat tinggal untuk
membantu memperhiaskan dan membersihkan kawasan sekolah.
Menurut pihak sekolah masih terdapat kerja keceriaan dan membersihkan
kawasan sekolah dan di dalam bilik darjah. Kerja perhiasan mengambil masa untuk
mengecat dan membersihkan kawasan sekolah. Maka aktiviti kerohanian moral
ditangguhkan kerana kekangan masa dan pasukan guru pelatih terlibat secara aktif..
Maka semua guru pelatih berganding bahu untuk menjayakan program ini pada
waktu yang singkat. Manakala pelajar islam turut terlibat dalam program ini. Maka
mereka bergilir-gilir bersembayang di tempat yang disediakan. Manakala pelajar
beragama lain turut melibatkan diri dalam aktiviti keceriaan demi mempercepatkan
proses program ini.
Justeru itu, dapat mempelajari beberapa nilai murni yang perlu ada pada
seseorang guru seperti nilai kepercayaan kepada tuhan, bertanggungjawab,
menepati masa, kasih sayang, hormat- menghormati dan kerajinan melalui aktiviti
Bina Insan Guru Pasca Banjir. Disamping itu, nilai kasih sayang yang dipelajari
akan membantu saya untuk menyesuaikan diri saya dalam masyarakat. Selain itu,
memperolehi banyak maklumat yang berfaedah yang akan menampilkan diri
sebagai seorang guru dalam masyarakat ini. Guru juga memainkan peranan yang
amat penting untuk membina insan yang gemilang dan terbilang dalam masyarakat
pada masa akan datang. Oleh itu, bakal guru- guru mestilah menjadi seorang yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Di samping itu dapat membina fikiran terbuka di
kalangan para guru pelatih. Sebagai contohnya, semasa membincangkan sesuatu
perkara dalam satu kumpulan, sikap terbuka adalah sangat penting untuk
mengelakkan perselisihan salah faham berlaku.
Saya harap pastinya kami akan mengaplikasikan semua pengajaran yang
diperolehi pada masa yang akan datang terutama apabila mengajar di sekolah pada
masa akan datang nanti.
Selepas :
Selepas tamat program ini dengan jayanya, saya sebagai ketua kerohanian
mengadakan satu perjumpaan untuk berterima kasih atas kerjasama mereka
sepanjang sei program Bina Insan Guru ini dijalankan.
Laporan Disediakan Oleh :
__________________________
(ALAMELU RATHANAM A/P KUPPUSAMY)
Ketua AJK Kerohanian
Program BIG Fasa 4
IPG Kampus Tuanku Bainun.
LAMPIRAN :
LAPORAN AJK MAKANAN
SEBELUM
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu wahana kearah pembinaan dan
pembentukan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan
keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang
selaras dengan prinsip Rukun Negara, falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru. Oleh itu, program BIG merupakan kursus yang telah
diwajarkan untuk dilaksanakan oleh semua guru pelatih di setiap Institut Pendidikan
Guru bagi melahirkan guru yang berkualiti.
Kumpulan BIG Fasa 4 yang terdiri daripada 4 PISMP sesi Januari 2015 telah
turut serta dalam Program Khidmat Masyarakat dan Gotong-royong Bantuan Pasca
Banjir Fasa II yang telah dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia bermula dari 9 hingga 12 Febuari 2015, bertempat
di Sekolah Kebangsaan Pulau Juar Perak. Seramai 49 guru pelatih telah terlibat
dalam program ini.
Sebelum pergi ke program tersebut, pensyarah telah memaklumkan kepada kami
bahawa makan dan minum sepanjang berlangsungnya program tersebut akan ditaja
oleh pihak penganjur. Bagaimanapun, bagi menampung sebarang kemungkinan
masalah yang tidak dijangkakan akan timbul, pihak IPG Kampus Tuanku Bainun
akan memberikan bekalan tambahan iaitu dalam bentuk wang, mengikut kadar yang
telah diperuntukan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran
Malaysia kepada setiap pelatih.
SEMASA
Sepanjang program tersebut makanan telah disediakan sepenuhnya oleh pihak
penganjur. Semua ahli jawatankuasa makanan telah memberikan komitmen yang
baik dan memuaskan sepanjang program berlangsung. Tugas ahli jawatankuasa
adalah mengagihkan makanan kepada semua guru pelatih dan memastikan semua
guru pelatih mendapat makanan yang telah disediakan. Selain itu, kami juga
menyediakan tempat dan ruang makan guru pelatih serta memastikan tempat
tersebut dalam keadaan bersih sebelum dan selepas makan.
SELEPAS
Walaupun timbul sedikit masalah seperti kelewatan pengagihan makanan, dan
makanan yang berlebihan, namun semua masalah yang timbul dapat diatasi dengan
baik, dan semua ahli jawatankuasa telah melaksanakan tugas dengan baik dan
lancar. Kesilapan yang timbul akan kami jadikan sebagai sandaran untuk
penambahbaikan dalam tugas AJK Makanan dengan lebih baik di masa akan
datang.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh;
……………………………………………………………………
(NURUL HANA BT ROSELE)
Ketua AJK Makanan
Program BIG Fasa 4
IPG Kampus Tuanku Bainun.
LAMPIRAN :