laporan ajk soalan maklumat tambahan big penanda aras fasa 5

Upload: norhanisah-harun

Post on 16-Oct-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

  • 5/26/2018 Laporan Ajk Soalan Maklumat Tambahan Big Penanda Aras Fasa 5

    http:///reader/full/laporan-ajk-soalan-maklumat-tambahan-big-penanda-aras-fasa

    LAPORAN AJK SOALAN MAKLUMAT TAMBAHAN BIG PENANDA

    ARAS FASA 5

    Program Bina Insan Guru untuk Siri 5/2014 kami guru pelatih semester 5 PISMP

    perlu melaksanakan satu program Penanda Aras. Pada 26 Februari 2014 yang lalu, kami telah

    melakukan program Penanda Aras di Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal iaitu sebuah Sekolah

    Kluster Kecemerlangan . Program ini telah disertai oleh kumpulan 5 PISMP TESL 2 dan

    5 PISMP TESL 3. Selaku ketua AJK Soalan Maklumat Tambahan, saya telah

    membahagikan beberapa tugas kepada AJK bawahan saya, Nur Fadziela, Nur

    Hidayah, Nanthini, Poopathi dan Sethubathi bagi menyediakan senarai soalan yang

    hendak dikemukakan kepada pihak SK Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang.

    Kami telah berbincang dan bekerjasama dengan baik demi menghasilkan soalan-

    soalan yang bernas untuk diajukan kepada pihak sekolah. Hal ini adalah untuk

    memastikan supaya kami tidak pulang dengan tangan kosong malah kami mendapat

    maklumat yang lengkap tentang perihal maklumat tambahan sekolah.

    Setiap seorang daripada kami ditugaskan untuk menyoal soalan-soalan yang

    telah disediakan ketika sesi temu bual bersama tuan Guru Besar Sk Bagan Jermal iaitu

    Tn Hj . Kamaruzaman b. Salim. Syukur ke hadrat Ilahi, kami berjaya mendapatkan

    makluman yang kami kehendaki daripada Yang Berbahagia Tuan Guru Besar dan jugaGuru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Marzhuki B. Ramli.

    Soalan dan jawapan untuk bahagian maklumat tambahan Sk Bagan Jermal

    boleh dirujuk di bahagian lampiran.

    Laporan Disediakan Oleh, 28 FEBRUARI 2014

    (NORHANISAH BINTI HARUN)

    KETUA AHLI JAWATANKUASA SOALAN MAKLUMAT TAMBAHAN

    PROGRAM BIG FASA 5

  • 5/26/2018 Laporan Ajk Soalan Maklumat Tambahan Big Penanda Aras Fasa 5

    http:///reader/full/laporan-ajk-soalan-maklumat-tambahan-big-penanda-aras-fasa

    LAMPIRANSOALAN MAKLUMAT TAMBAHAN

    BINA INSAN GURU FASA 5

    5 PISMP TESL 2 DAN TESL 3

    SOALAN MAKLUMAT TAMBAHAN

    1. Program Khas

    Soalan :Adakah sekolah mempunyai program khas?

    Jawapan: Ya, banyak program telah dianjurkan demi meningkatkan prestasi murid-

    murid seperti Program Makan Kismis, Program Jagawaris Tahun 4,5 dan 6, Program

    Exploring English The Global Way, Program Aur dan Tebing dan banyak lagi

    Soalan:Bagaimanakah pihak sekolah mendapatkan kerjasama murid dan guru untuk

    menjayakan sebarang program yang dianjurkan?

    Jawapan : Guru perlu sentiasa berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masingagar para murid dapat mencontohi usaha guru. Jika guru member kerjasama yang baik,

    sudah pasti murid-murid juga akan memberikan yang terbaik daripada diri mereka.

    2. Syarat Kemasukan Murid

    Soalan:Adakah terdapat sebarang ujian saringan untuk kemasukan sekolah?

    Jawapan: Tiada, kami menerima semua jenis pelajar untuk belajar di sekolah ini, tiada

    syarat khas untuk kemasukan pelajar.

    3. Keistimewaan Sekolah

    Soalan:Apakah keistimewaan Sk Bagan Jermal?

    Jawapan: Sk Bagan Jermal cemerlang dari aspek Kokurikulum iaitu dari segi aspek

    Derap Juara iaitu aktiviti kawad kaki yang menjadi juara pada peringkat Kebangsaan.

    4. Rahsia kecemerlangan sekolah

    Soalan:Apakah rahsia mengekalkan kecemerlangan sekolah?

    Jawapan: Guru perlu sentiasa jujur, ikhlas dan redha demi memastikan anak murid

    mendapat yang terbaik dan mengekalkan kejayaan mereka.

  • 5/26/2018 Laporan Ajk Soalan Maklumat Tambahan Big Penanda Aras Fasa 5

    http:///reader/full/laporan-ajk-soalan-maklumat-tambahan-big-penanda-aras-fasa