laporan-aktiviti-bengkel
DESCRIPTION
Bina insan guruTRANSCRIPT
LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM BINA INSAN GURU (FASA II)
TAHUN 2014
AMBILAN : JANUARI 2014
SEMESTER : 1 PISMP
OPSYEN : BAHASA TAMIL, BAHASA MELAYU, PENDIDIKAN KHAS,
BIMBINGAN DAN KAUNSELING & TESL
BILANGAN PELAJAR : 96 ORANG
TARIKH : 16/7/2014
FASA : 2
TEMPAT : DEWAN DATO KHAIRUDDIN ASHARI (DDKA)
LAPORAN REFLEKTIF :
TAJUK : CERAMAH / BENGKEL
(A)LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA
Pengacara Majlis Program Bengkel Pembinaan Insan
Guru Yang Seimbang
Pada 16 Julai 2014, sebanyak 96 orang guru pelatih yang terdiri daripada
opsyen Bahasa Tamil, Bahasa Melayu, Pendidikan Khas, Bimbingan dan
Kaunseling dan TESL telah mengikuti program ceramah Bina Insan Guru (BIG)
yang bertemakan Pembinaan Guru Insan yang Seimbang. Kami telah berkumpul
di Dewan Dato Khairuddin Ashari (DDKA) pada pukul 2.00 petang untuk
pendaftaran. Setelah semua guru pelatih berkumpul, program telah bermula
tepat pada pukul 2.30 petang.
Kami telah menjemput Puan Suria Bt Abd Jamil, Ketua Unit Kaunseling
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim sebagai penceramah
bengkel. Beliau telah menyampaikan pelbagai maklumat atau ilmu pengetahuan
yang berguna kepada kami. Sebelum memulakan slot pada hari berkenaan,
beliau telah mengadakan senaman minda supaya guru pelatih bersedia dan aktif
untuk mengikuti bengkel tersebut. Seterusnya, Puan Suria telah membincangkan
tentang kecerdasan emosi, kawalan emosi dan juga inventori personaliti warna.
Kami berharap maklumat-maklumat yang diperolehi terutamanya mengenai
kawalan emosi akan membantu kami di sekolah kelak.
Puan Suria Bt Abd Jamil, Ketua Unit Kaunseling Institut Pendidikan Guru
Kampus Temenggong Ibrahim sebagai penceramah bengkel.
Pensyarah dan juga semua guru pelatih membuat senaman minda
sebelum Puan Suria memulakan slot.
Selain itu, Puan Suria telah memberitahu bahawa profesion keguruan ini
merupakan kerjaya yang dihormati, mulia dan seorang guru harus memiliki
akauntibiliti yang tinggi dalam tanggungjawabnya. Beliau memberi penekanan
kepada sifat-sifat seperti emosi stabil, sabar, jujur dan juga suka senyum yang
dapat membentuk seorang guru yang berkarisma dan juga mewujudkan alam
belajar yang kondusif. Kerjaya guru merupakan kerjaya yang penting dan
mencabar. Oleh itu, beliau telah memberitahu supaya sentiasa bersyukur kepada
Tuhan dengan apa yang kita memperolehi.
Akhir sekali, Pengerusi Program Bengkel ini telah memberikan
cenderamata kepada Puan Suria Bt And Jamil sebagai penghargaan. Pengerusi
juga telah memberikan cenderamata kepada setiap Ketua Opsyen. Program
tersebut telah diakhiri dengan makanan petang yang enak sekali.
Borang Inventori Personaliti Warna yang telah digunakan untuk
mengenali ciri-ciri personaliti diri guru pelatih.
ISU/ MASALAH
Puan Suria telah membincangkan tentang isu-isu penjawat awam dan
juga antara masalah yang ada pada seseorang guru. Mengikut kajian, antara
masalah yang ada pada seseorang guru adalah seperti berikut:
Krisis kendiri
Sakit mental
Sakit kronik
Perkhidmatan
(B)Analisis SWOT
Prestasi rendah
Dadah
Keberhutangan
Pengerusi Program Bengkel memberikan cenderamata kepada
Puan Suria Bt And Jamil
I. KEKUATAN
1. Memahami untuk mengawal dan menguruskan emosi dengan baik
dalam setiap situasi yang kita hadapi.
2. Mengetahui untuk membina suasana alam belajar yang kondusif
dengan menggunakan pelbagai cara yang kreatif.
3. Mengetahui dan memahami tentang ciri-ciri personliti diri sendiri
mengikut warna dan juga dengan melukis seekor gajah.
4. Mengetahui tentang kepentingan mengamalkan sifat-sifat yang disukai
oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Meningkatkan kreativiti diri sebagai seorang guru supaya
mencerdaskan minda murid.
II. KELEMAHAN
1. Suasana dewan agak sejuk.
2. Letih kerana bengkel diadakan pada sebelah petang.
3. Masalah teknikal iaitu tidak dapat menonton beberapa video.
III. PELUANG
1. Berpeluang untuk mengenali personaliti diri sendiri.
IV. ANCAMAN
-Tiada-
1) REFLEKSI KENDIRI
i. MANFAAT PROGRAM
1. Berpeluang untuk menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan dapat
membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.
2. Berpeluang untuk mengenali kaedah-kaedah dan kepentingan
mengawal dan mengurus emosi.
3. Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan juga kreativiti dalam
membuat sebarang keputusan dan juga dalam pengajaran dan
pembelajaran.
4. Menjadi seorang guru yang berfikiran terbuka dan bersedia dalam
menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan.
ii. PENAMBAHBAIKAN
1. Tempoh masa bengkel perlu dipanjangkan supaya lebih banyak
ilmu pengetahuan disampaikan kepada guru pelatih.
2. Latihan dalam kumpulan boleh dijalankan untuk menyeronokkan
peserta dan juga untuk mewujudkan semangat kerjasama antara
satu sama lain.
Tandatangan Pelapor :
_________________________
(CHRMINI A/P RAVEENDHRAN)
Setiausaha,
2 PISMP Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (SK)