laporan aktiviti krmm
DESCRIPTION
Laporan KRMMTRANSCRIPT
-
LAPORAN AKTIVITI
MASJID POLITEKNIK
IBRAHIM SULTAN
DAN
KELAB RAKAN MUDA
MASJID
-
PROGRAM AKRAB
Tarikh : 9/12 /12 -13/12 /12
Tempat : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Objektif
Membimbing pelajar baru politeknik agar mengenali Islam dan
mengamalkannya.
Laporan
AKRAB merupakan program terawal Kelab Rakan Muda Masjid dan merupakan
program yang dijalankan sepanjang minggu suaikenal berlangsung. Sesuai dengan
minggu pertama Takwim PIS, iaitu Minggu SuaiKenal, Akrab mempunyai matlamat
untuk membimbing warga baru PIS agar mengenali dan mencintai Islam untuk
diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian walau di mana juga
mereka berada. Antara cara bimbingan yang dibawa adalah mengimarahkan
masjid, menjaga kebajikan dan memotivasikan warga baru PIS.
akan dijalankan bermula 9 disember 2012 sehingga 13 Disember 2012 iaitu
merangkumi Minggu SuaiKenal dan beberapa hari selepasnya. Sesuai dengan
matlamat Akrab, program ini akan dijalankan di Masjid PIS dan seluruh
kawasannya. Antara program yang telah dirancang adalah Jualan Gerai, Bicara
Helwa, Pameran, dan Pelancaran KRMM.
Disamping itu, KRMM turut membuka peluang kepada pelajar semester 1 untuk
menyertainya. Program telah berlangsung dengan jayanya dan telah mendapat
sambutan yang mengalakan daripada pelajar semester baru iaitu dengan
penyertaan menjadi sahabat biro Wasilah Utama sepanjang semester ini.
-
KEM KEKASIH 5
Tarikh : 21/09/12-23/09/12
Tempat : Tiram Indah Village
Objektif
1. Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai
seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah.
2. Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan
bersepadu dalam segenap aspek.
3. Menerapkan seni dan hiburan secara terkawal tanpa melanggar batas-
batas Islam dengan pembawaan mesej-mesej baik dan membina
sebagai memenuhi tuntutan muda-mudi masa kini.
4. Melahirkan remaja yang sihat, cergas dan cerdas ke arah melahirkan
pekerja-pekerja Islam yang produktif.
5. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara seislam dan
menghargai persahabatan.
6. Melahirkan rasa cinta kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa, ummah dan
kecemerlangan dunia serta akhirat.
Laporan
KEM KE ARAH SATU HARAPAN 5 atau nama ringkasnya
sokongan kepada sistem pendidikan khasnya kepada pihak pentadbiran,
masyarakat dan pertubuhan kerajaan serta bukan kerajaan. Sebagai sebuah
kelab perunding pendidikan latihan dan motivasi adalah menjadi matlamat
utama kami membawa Pembaharuan, Penambahbaikan dan Penyempurnaan
dalam sahsiah diri termasuk sistem pendidikan yang berkualiti sebagai
pemangkin dalam menjana kegemilangan diri, keluarga, masyarakat dan
negara.
-
1. MAJLIS SANTAPAN
UKHRAWI